PERANAN RAKYAT DALAM
PEMBANGUNAN NEGARA
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU21032
SESI 2 2021/2022
PUAN ZALYPAH BT
DAWAN
AHLI KUMPULAN
MUHAMAD SUFI BIN TEOH WEI ZHI NAVINESWARAN A/L MUHAMMAD FAIZUDDIN
MAHAMUD 08DKA21F2053 YOGEHSWARAN BIN OSMAN
08DKA21F2050 08DKA21F2001 08DKA21F2034
2
PENGENALAN
Pembangunan merupakan satu proses yang sangat penting dalam
sesebuah negara bagi membolehkan negara tersebut mencapai kemajuan
dari pelbagai aspek kehidupan manusia seperti
ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi dan sebagainya. Selain itu,
perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal dan kebendaan.
Pembangunan akan berubah dari masa ke semasa dengan begitu cepat dan
pesat mengikut peredaran zaman.
Di Malaysia pembangunan yang pesat biasanya lebih kerap berlaku
di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan
Georgetown. Matlamat utama pembangunan negara digubal ialah supaya
rakyat mendapat faedah dan bersama-sama menikmati hasil pembangunan.
Tambahan adalah untuk memberi peluang pekerjaan,kemudahan dan
manfaat kepada tahap sosio ekonomi masyarakat setempat.
3
Memperkukuh PERANAN Menyokong
kan RAKYAT DALAM dasar dasar
PEMBANGUNAN yang digubal
perpaduan oleh kerajaan
antara kaum NEGARA
Menjadi
Meningkatkan 4 rakyat yang
ilmu kreatif dan
pengetahuan inovatif
MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN ANTARA KAUM
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu
bangsa dan negara di mana masyarakatnya menganggap diri mereka
sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, keturunan dan
kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada
pelbagai kaum, adat resam, budaya yang pelbagai, pasti wujud
pandangan yang berbeza daripada segala sudut dan persoalan.
Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan
ekonomi antara kaum.
Semua rakyat Malaysia, terutama generasi muda, perlu menghayati
konsep perpaduan di bawah 1Malaysia dengan setiap orang menerima
keunikan orang lain supaya kita dapat hidup bersama dalam saling
menghormati dan percaya. Ini kunci kepada negara yang aman,maju
dan kesejahteraan rakyat.Bangsa dan pembangunan negara tidak akan
bermakna jika generasi muda tidak diserapkan dengan nilai-nilai yang
sesuai untuk mengisi peranan warganegara dan kepemimpinan hari
ini.
5
MENYOKONG DASAR-DASAR KERAJAAN
- Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita haruslah
memberi sokongan dalam menjayakan dasar-dasar yang telah
digubal oleh kerajaan.Malaysia kini telah memberi tumpuan
kepada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) 2021-2025. Namun,
pembentangan rangka RMKe-12 terpaksa ditangguhkan atas
beberapa perubahan yang perlu dilakukan supaya dapat
meningkatkan kerelevanan strategi dan objektifnya mampu
dicapai. Antara salah satu sebab penangguhan ini adalah
disebabkan Covid-19 yang merebak di Malaysia pada akhir tahun
2019 mengakibatkan ekonomi negara terjejas. Walau
bagaimanapun, dimaklum bahawa strategi RMKe-12
menggariskan hala tuju besar negara, iaitu Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dan Matlamat Pembangunan
Mampan (SDG).
6
Selain daripada dua hala tuju utama ini, Dasar Keusahawanan
Nasional, Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindak Ekonomi
Digital Malaysia serta MyDIGITAL juga diambil kira dalam RMKe-12 ini.
Oleh itu, segala strategi memerlukan perancangan yang rapi dan
mengambil kira semua cabaran dan masalah yang mungkin dihadapi
serta menyediakan jalan penyelesaian yang sewajarnya kerana tiada
penyakit yang tiada penawarnya. Sekiranya rakyat tidak memberi
sokongan, sudah tentu dasar-dasar kerajaan ini akan menemui jalan
kebuntuan. Namun begitu, terdapat segelintir rakyat mengutuk
keberkesanan dasar-dasar kerajaan yang akan menjejaskan
pembangunan negara. Bidalan kata bahawa, “bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat”, rakyat haruslah
berganding bahu dengan pemimpin negara untuk memajukan negara
serta menjamin kesejahteraan Malaysia.
7
MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN
Rakyat dan negara perlu bercita-cita mewujudkan sebuah masyarakat
progresif untuk mencapai kemajuan di bidang sains dan teknologi
selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa
sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan
perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam pelbagai bidang ilmu
pengetahuan, sains dan teknologi. Rakyat negara ini digalakkan
memperoleh segala kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk
mewujudkan sebuah negara maju yang berdaya saing di peringkat
global.Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu
masyarkat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan
teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara
maju sebagaiaman matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan
tersebut tidak akan menjadikan rakyat Malaysia terkeluar daripada
batas-batas agama dan nilai-nilai keagamaan.
8
MENJADI MASYARAKAT YANG KREATIF DAN INOVATIF
- Rakyat,terutamanya golongan muda perlu kreatif dan inovatif untuk
memacu pembangunan negara yang gemilang. Hal ini demikian kerana
hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang
yang baharu dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri
teknologi komunikasi dan maklumat(ICT), umat yang gigih dan berani
mencuba sesuatu yang baharu akan menikmati buah kejayaan yang
manis. Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani
berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli denganaplikasi yang teratur.
Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak
terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun
demikian, impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi
perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan
remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan
atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi remaja.
Pendek kata, pembangunan negara akan tercapai jika negara kita
mempunyai barisan pelapis negara yang kreatif dan inovatif.
9
PENUTUP
Kesimpulannya,pada hari ini, rakyat Malaysia dapat
menikmati kesejahteraan hidup adalah hasil daripada
pendekatan pembangunan negara yang dirancang sejak
kemerdekaan dicapai.Secara keseluruhannya,
pembangunan ekonomi yang seimbang menjadi
matlamat utama dalam pengubahan dasar pembangunan
ekonomi negara. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia
mestilah bersyukur kerana lahir dalam negara yang
harmoni ini, dan seluruh rakyat Malaysia mestilah
berkerjasama antara satu sama lain untuk memajukan
negara ke tahap yang lebih tinggi.
10
SUMBER RUJUKAN
§ https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2018-
09/469640/memupuk-semangat-perpaduan-dan-patriosme1
§ https://www.mmu.edu.my/wp-content/uploads/2021/09/EILEEN-MAH-HUI-
SHAN-.pdf
§ http://teamsejarahdsk.blogspot.com/2016/07/pengenalan-pembangunan-
negara.html?m=1
§ http://devansashein.blogspot.com/2017/02/tanggungjawab-individu-
terhadap-negara.html
§ https://www.scribd.com/doc/142356049/Peranan-Generasi-Muda-Dalam-
Pembangunan-Negara
11