The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by xuewenlai234, 2021-03-20 08:15:35

Folio Badminton Tahun 2021

Folio Badminton Tahun 2021

SMK METHODIST ACS(M) SEREMBAN

Jalan Lintang,Bandar Seremban,70200
Seremban,Negeri Sembilan

【Folio Badminton Tahun 2021】

Nama:Lai Xue WEN
Kelas:5 Alpha
Nama Guru:Puan Azma Binti Mohamad Amin

Pengenalan

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang
pemain bertentangan(perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu),
yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi
yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu
tangkis menggunakan raket mereka agar bulu tangkis dapat melepasi atas jaring dan
jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas
lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi
atas jaring. Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif
perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran. Bagi
tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang:
pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia
juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik,
kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

Rujukan:

Retrieved from http://www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=13&titile=kenali-sukan-
badminton&more=1&c=1&tb=1&pb=1

Sejarah dan Perkembangan

Sejenis permainan yang hampir serupa dengan permainan tersebut dipanggil Poona iaitu
permainan yang dimainkan di India. Permainan asli India ini dimainkan dengan sebatang
betkecil dan pelancar berbulu telah menarik minat dan perhatian tentera British di Poona.
Permainan Poona yang dibawa balik ke England dan dipopularkan di Estet Badminton
House telah mendapat nama baru iaitu ‘Badminton’. Dalam tempoh 20 tahun
diperkenalkan di England banyak kelab badminton ditubuhkan di Wales, Scotland dan
England. Pada tahun 1893 Persatuan Badminton England ditubuhkan. Pada tahun 1899
Pertandingan Kebangsaan Inggeris pertama telah diadakan. Kejohanan ini merupakan
kejohanan pertama di dunia untuk permainan badminton.

Sejarah badminton di luar negara

Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan
yangboleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar
memukul-mukulbulu tangkis ciptaan mereka itu. Namun permainan mereka itu telah
berjaya menarik minatsebahagian daripada penduduk di situ. Atas usaha seorang askar
Inggeris iaitu Kolonel H.Q. Selby yang bertugas di Karachi India pada ketika itu, telah
menubuhkan pasukan Badmintonnya sendiri yang diberi nama ‘Bath Badminton Club’
dan undang-undang permainan tetapi masih belum sempurna. Pada tahun 1934
Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan. Presiden pertama ialah Sir
George Thomas. Beliau menjawat sebagai Presiden IBF dari tahun 1934-1955. Pada
tahun yang sama(1934) Persatuan Badminton Malaysia ditubuhkan. Sukan Badminton
berkembang dan padatahun 1992 Badminton menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik.
Detik permulaan Piala Thomas ialah pada tahun 1939 dan orang yang
bertanggungjawabialah Sir George Thomas dan kemudiannya terpilih menjadi presiden
IBF.Pada peringkat awalnya Piala Thomas diadakan tiga tahun sekali untuk pemain
lelaki sahaja.Pertandingan mengandungi sembilan perlawanan iaitu lima acara
perseorangan dan empat acara bergu. Mulai tahun 1982 pertandingan Piala Thomas

diadakan dua tahun sekali. Pada tahun 1984 format pertandingan diubah kepada lima
perlawanan iaitu tiga acara perseorangan dan dua acara bergu. Pertandingan Piala Uber
dianjurkan oleh Persatuan Badminton Antarabangsa (IBF) khas untuk wanita. Piala ini
dihadiahkan oleh Puan Betty Uber seorang pemain Badminton terkenal di England.
Kejohanan pertama diadakan pada tahun 1957. Mulai tahun 1984 Piala Uber juga
mengikut format Piala Thomas. Kejohanan Seluruh England ialah Kejohanan Terbuka
(individu) yang paling berprestij di dunia. Kejohanan ini diadakan pada setiap tahun.

Sejarah Badminton Di Malaysia

Pada tahun 1925 Persatuan Badminton Pulau Pinang ditubuhkan. Selepas itu diikuti
dengan penubuhan Persatuan Badminton Perak. Pada tahun 1934, Persatuan
Badminton Malaya ditubuhkan dengan J.I Woods sebagai presiden yang pertama. Pada
tahun 1937 Persatuan Badminton Malaya bergabung dengan Persatuan Badminton
Antarabangsa (IBF). Pada tahun 1960 Persatuan Badminton Malaya (BAM) telah
ditubuhkan dengan Tan Sri Mohd Khir Johari sebagai presiden yang pertama. Tugas
utama BAM adalah memajukan permainan badminton negara melalui pelbagai program
dan perancangan yang diwujudkan.

Rujukan

Kok Teck Seng Ooi Eng Kooi. (n.d.). sejarah perkembangan badminton. Retrieved from
Google: https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/dasar/1222-sukan-
badminton-sekolah-menengah-bm/file

Ukuran, Peralatan Dan Pakaian

1.0 Ukuran

Tinggi jaring 1.55 m di tiang dan 1.524 m di tengah gelanggang.

2.0 Gelanggan

• Bentuk gelanggang badminton berbentuk segi empat tepat berukuran
13.40m x 6.10 m. Lebar garisan 40mm .
• Untuk perseorangan dan beregu, kawasan garisan pendek dikira keluar
(out) semasa servis.
• Dalam beregu, kawasan antara garisan belakang gelanggang (long) dan
garisan servis beregu (short) adalah luar (out) semasa servis.
• Dalam beregu, kawasan gelanggang 6.10 m x 13.40 m digunakan.
• Gelanggang perseorangan ialah 5.18 m x 13.40 m.
Gambar Rajah ukuran gelanggang

https://wongsengkhen.files.wordpress.com/2019/07/5b8b8-saizbadmintoncourt.gif

3.0 Peralatan Dan Pemakaian

Raket

Raket diperbuat daripada besi, aluminium atau grafit.Setiap raket
akan dipasang dengan jaringyang diperbuat dari sinar(string).

Bulu Tangkis

Terdapat dua jenis bulu tangkis iaitu yang
diperbuat daripada bulu angsa dan nilon plastik.Bulu
tangkis adalah lebih sesuai untuk perlawanan sebenar.

4.0 Pakaian

Pakaian harus selesa dan tidak menghalang pergerakan. Keperluan
berpakaian dalam permainan badminton adalah baju T, seluar, stokin, tuala dan
kasut

Kasut badminton

i. Kefleksibelan tapak penting untuk mendapatkan
pergerakan kaki yang selesa.
ii. Tapak kasut harus mempunyai cengkaman yang
baik untuk mengatasi sebarang masalah di permukaan
gelanggang.
iii. Tapak kasut harus berlapik dan mempunyai daya
serapan yang baik untuk mencegah kecederaan
kepada sendi dan otot.

Rujukan

Kok Teck Seng Ooi Eng Kooi. (n.d.). undang-undang dan peraturan badminton.
Retrieved from Google: https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-
jurnal/dasar/1222-sukan-badminton-sekolah-menengah-bm/file

Undang-undang dan peraturan badminton

Peraturan Permainan

Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF.

a)Sistem Pemarkahan

-Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata.
– Setiap kali serve, pemain akan dapat mata.
– Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikan kepada
pemain.

-Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang .
– Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang dapat menambah
mata menjadikan kedudukan 30 akan memenangi permainan tersebut.
– Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan pada set kedua.

b)Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia

Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima
disiplin iaitu

i)perseorangan lelaki

ii)perseorangan wanita

iiii)beregu lelaki

iv)beregu wanita

v)beregu campuran.

c)Status ranking diperakui oleh Badminton of World Federation (BWF).
Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan dan beregu :

-Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai.

-Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah
apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan setahun.

-Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai.

– Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya menang.

– Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia.

– Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira berpandukan
kedudukan dunia.

c) BATAL
Batal berlaku apabila:

• sekiranya servis tidak betul sekiranya semasa servis, bulu tangkis :-
• tersangkut di atas jaring dan terletak diatasnya
• setelah melepasi jaring, tersangkut di jaring; atau
• dipukul oleh pasangan penerima servis sekiranya dalam permainan, bulu

tangkis:
• jatuh di luar sempadan gelanggang
• menebusi atau melalui di bawah jaring
• gagal melintasi jaring
• tersentuh syiling, bumbung atau dinding
• tersentuh badan atau pakaian pemain
• tersentuh benda-benda lain atau pemain diluar kawasan gelanggang;

(make bye-laws dealing with cases in which ashuttle touches an
obstruction).

• terlekat dan terletak seketika di atas raketdan kemudiaannya dikaup
semasa melakukan sesuatu pukulan (slung stroke)

• dipukul dua kali berturut-turut (satu pukulan –tidak batal)

• dipukul oleh pemain dan pasangannyasecara berturut-turut

• terkena raket pemain dan bulu tangkis tidakbergerak menghala
kearah gelangganglawan

d) Semula
semula diberikan apabila:

• servis dilakukan sebelum penerima servis bersedia

• penerima dan pembuat servis dibatalkanserentak
semasa permainan, bulu tangkis
(tersangkut di atas jaring dan terletak di atasnya)

• bulu tangkis pecah dan terpisah

• permainan terganggu

• permainan terganggu oleh jurulatih

• hakim garis tidak nampak

• berlaku kejadian yang tidak dijangka

Jaguh Badminton Malaysia

TAN WEE KIONG&GOH V SHEM

LEE CHONG WEI

GOH LIU YING&CHAN PENG SOON

KOO KIEN KIAT&TAN BOON HEONG
SIDEK Family

HAFIZ HASHIM

Teknik Permainan Badminton

Kemahiran pegangan raket

KEMAHIRAN ASAS MEMEGANG RAKET
Pada peringkat awal,penting bagi seseorang pemain itu mengetahui cara me
megang raket dengan betul,rasionalnya,permainan seseorang pemain itu
bergantung kepada cara pegangan raket badminton.cara pegangan
raketyang salah akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada pemain
sepertikecederaan pada pergelangan tangan.
Terdapat 2 pegangan asas iaitu :
A.pegangan depan(forehand grip)
B.pegangan kilas (backhand grip)

-Pegangan 1 dan 2 sering digunakan manakala pegangan 3 tidak

sesuaikerana pegangan dibuat pada tapak tangan dan tidak pada jari.

A.Pegangan Depan

Jari yang tidak memegang raket akan memberikan kekuatan
pada pergelangan tangan bagi medapakan aksi pukulan yang baik serta
kekuatan yang diperluukan. Jika raket dipegang dengan kuat, akan
menghadkan pergerakan pada pergelangan tangan dan kekuatan
berkurangan.

B. Pegangan kilas

Digunakan untuk memberi pergerakan yang baik pada perrmukaan kilas
raket serta memudahkan pergerakan raket pada sisi kilas pemain.Caranya,m
emusingkan sedikit raket di dalam jari mengikut arah putaran jam jika anda
pemain tangan kanan untuk membawa ibu jari kepada bahagian rata
pemegang raket.

Kemahiran Servis

Servis terbahagi kepada 3 iaitu:

• Servis tinggi
• Servis rendah
• Servis kilas

Servis Tinggi

Servis tinggi yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh hampir ke garisan
belakang gelanggang pihak lawan.
Ø Berdiri dalam petak servis
Ø Pegang raket dengan teknik pegang depan
Ø Berat badan di kaki belakang
Ø Sebelah tangan memegang bulu tangkis paras
pinggang
Ø Ayun tangan ke hadapan sambil lepaskan bulu
tangkis.
Ø Kontak bulu tangkis di bahagian muka raket
Ø Pindahkan berat badan ke kaki hadapan

Servis Rendah

Servis rendah selalu digunakan dalam permainan beregu. Pergerakan bulu
tangkis yang rendah dan hampir terkena jaring menyukarkan pihak lawan
untuk melakukan serangan.
Ø Berdiri di dalam petak servis

Ø Pegang raket dengan teknik pegang depan

Ø Pegang bulu tangkis separas pinggang

Ø Ayun raket ke belakang sambil siku fleksi

Ø Mata ke arah bulu tangkis

Ø Kunci pergelangan tangan

Ø Bulu tangkis dilepaskan ke bawah sedikit dari paras pinggang

Ø Kontak bulu tangkis pada tengah raket.

Servis kilas

Servis kilas digunakan dalm permainan beregu dan juga perseorangan
• Berdiri dalam petak servis
• Pegang raket mengikut teknik pegang kilas
• Bulu tangkis dipegang separas pinggang dan
hampir ke bahagian muka raket

– Berat badan berada di kaki hadapan
– Lakukan pukulan dengan pergerakan kilasan pergelangan tangan

Rujukan

Badmintonbible.com. (2015). The three types of badminton serve | Badminton
Bible. [online] Available at: https://www.badmintonbible.com/articles/serving-
guide/badminton-serve-types [Accessed 2 Jun. 2015].




Click to View FlipBook Version