GENERASI MADANI SEKOLAH BEBAS DADAHGENERASI MADANI SEKOLAH BEBAS DADAH
BIODATA ISI KANDUNGAN: DISEDIAKAN OLEH: TEU XIN TIAN & SIA JIA XUAN SMK CONVENT (M) BATU PAHAT JEB0017 TINGKATAN TIGA NAMA MURID : NAMA SEKOLAH : KOD SEKOLAH : TINGKATAN : NURULZAHINDA BINTI JALIL GURU KAUNSELING NAMA GURU : JAWATAN GURU : GURU PEMBIMBING Biodata Pendahuluan Apa itu Generasi Madani? Mengapa Sekolah Bebas DadahAdalah Penting? Pendidikan Pencegahan Dadah. Strategi Mewujudkan Sekolah Bebas Dadah. Kisah Pelajar yang pernah menjadi Penagih Dadah Penutup Penghargaan 2 3 4 5 6 7 8 9 10 2
Masalah penagihan najis dadah dalam kalangan muda bukan lagi satu kes yang baharu. Penagihan najis dadah bukan sahaja mendatangkan kesan negatif kepada individu malahan menggugat keharmonian masyarakat dan negara. Walaubagaimanapun, dalam usaha membentuk generasi madani yang bebas dadah, sekolah memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikan pencegahan yang efektif. Buku skrap ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan kesedaran mengenai bahaya dadah, alkohol, rokok vape, inhalan, dan HIV/AIDS serta mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar. Diharapkan melalui buku skrap ini, masalah penagihan najis dadah dapat diperangi sehingga akar umbinya. 3 Pendahuluan
4 Generasi Madani adalah generasi yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, keadilan, dan kesedaran sosial yang tinggi. Mereka adalah individu yang: Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula mencatatkan madani sebagai membawa maksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan dengan menyemai nilainilai murni kekeluargaan bagi pembinaan masyarakat. Ia juga merujuk kepada fatrah Madinah dalam sirah Rasulullah SAW. Dalam konteks pembinaan masyarakat, model negara Madinah yang didirikan oleh Rasulullah SAW adalah contoh bagi pembinaan generasi madani yang holistik. Sesuai dengan slogan baharu “Malaysia Madani” yang diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menjadikan gagasan ini sebagai jalan ke depan untuk Malaysia serta masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya terus melangkah ke hadapan. Bahagian 1 :Apa Itu Generasi Madani? 你的段落⽂字 Kesedaran Sosial: Nilai-nilai Positif: Gaya Hidup Sihat: Menjauhi amalan merosakkan seperti penyalahgunaan dadah, alkohol, dan rokok vape. Mengamalkan integriti, hormat-menghormati, dan tanggungjawab. Prihatin terhadap isu-isu masyarakat dan aktif menyumbang kepada kesejahteraan bersama.
5 Keselamatan dan Kesihatan Pelajar: Perkembangan Sosial dan Emosi Pencegahan Awal Sekolah yang bebas dadah dapat memastikan pelajar tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Pelajar akan mempunyai hubungan yang lebih sihat dengan rakan-rakan dan keluarga, serta lebih berkemungkinan terlibat dalam aktivitiaktiviti positif seperti sukan dan kelab. Mereka akan memanfaatkan masa yang berkualiti dan berkuantiti dalam aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti kokurikulum. Bahagian 2: Mengapa Sekolah Bebas Dadah Penting? Sekolah Bebas Dadah adalah penting untuk: Dadah boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan fizikal dan mental pelajar. Sekolah yang bebas dadah memastikan pelajar kekal sihat dan mampu menumpukan perhatian untuk berjuang dalam medan akademik. Sekolah yang bebas daripada dadah memastikan persekitaran yang lebih selamat untuk semua pelajar, mengurangkan risiko keganasan dan jenayah yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah. Dengan memastikan sekolah bebas daripada dadah, kita bukan sahaja melindungi pelajar tetapi juga melahirkan pelajar lebih sihat, produktif, dan berjaya. Sekolah yang bebas dadah akan memberikan kesedaran dan pencegahan awal kepada pelajar tentang musibah dan padah yang akan dibawa oleh penyalahgunaan dadah. Dengan ini, pelajar akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah jenayah dan menjadi seorang yang benci akan dadah.
6 Bahagian 3: Pendidikan Pencegahan Dadah 3.1 Bahaya Dadah 3.2 Bahaya Alkohol 3.3 Bahaya Rokok Vape dan Inhalan 3.4 HIV/AIDS Fizikal: Kerosakan organ dalaman seperti hati dan otak. Mental: Risiko tinggi untuk mengalami gangguan mental seperti skizofrenia dan kemurungan. Sosial: Kecenderungan untuk terlibat dalam jenayah dan masalah sosial. Kesihatan: Kerosakan hati, masalah jantung, dan risiko kanser. Tingkah Laku: Kehilangan kawalan diri, risiko kemalangan, dan keganasan. Kesihatan Paru-Paru: Penyakit paru-paru seperti bronkitis dan asma. Ketagihan: Nikotin dalam rokok vape menyebabkan ketagihan yang tinggi. Penularan: Melalui penggunaan jarum suntikan yang tercemar. Pencegahan: Pendidikan awal mengenai seks selamat dan penggunaan jarum suntikan bersih.
Hari Antidadah Kelab Antidadah Karnival Kesedaran Kerjasama Komuniti Pengawasan dan Penguatkuasaan 8 Bahagian 4: Strategi Mewujudkan Sekolah Bebas Dadah Aktiviti seperti pertandingan poster, penulisan esei, dan persembahan drama bertemakan anti-dadah. Menawarkan peluang kepada pelajar untuk mengasah bakat sekali gus mencelikkan minda tentang pengetahuan dadah. Penubuhan kelab yang mempromosikan kehidupan bebas dadah dan mempromosikan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid akan menjauhi dadah dan menjadi seorang yang sihat sentiasa. Menganjurkan karnival dengan aktiviti pendidikan dan rekreasi yang meningkatkan kesedaran murid tentang risiko penyalahgunaan dadah. Sekolah akan bebas daripada dadah dan mewujudkan persekitaran sekolah yang aman dan ceria. Pihak sekolah hendaklah menguatkuasakan peraturan sekolah yang tegas terhadap penyalahgunaan dadah. Pihak berkuasa juga hendaklah mengadakan pemeriksaan berkala untuk memastikan persekitaran sekolah bebas dadah. Pihak sekolah boleh bekerjasama dengan pihak polis dan agensi berkaitan. Pihak sekolah juga boleh melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti pencegahan dadah.
Berdasarkan satu blog rasmi daripada seorang penagih dadah, penulis berharap agar pengalamannya dapat menjadi pengajaran dan iktibar kepada setiap individu. Mula-mulanya, dia mengenali rokok pada tingkatan 2. Pada masa itu juga terkenal dengan ganja dan penulis benci akan orang yang menghisap dadah. Pada umur 18, penulis mula terjerumus ke lembah kehinaan kerana didikan agama dan moral yang senipis kulit bawang. Dia bermula menghisap ganja. Dia mengamalkan budaya hedonisme dengan mencuba ubat. Selepas penulis sudah lali dengan ubat , dia pula minum arak walaupun dia tahu bahawa arak adalah raja kejahatan. Pada masa itu, penulis mula melawan ibu bapanya dan banyak kali menjatuhkan air mata mereka. Dia berasa dirinya semakin teruk dan terdapat banyak dosa yang telah dilakukan olehnya. "Sudah jatuh ditimpa tangga" , dia mengalami kemalangan jalan raya dan tangannya patah. Walau bagaimanapun, dia masih menghisap dadah dan ganja untuk menghilangkan rasa kebosanan. Selepas sembuh daripada kemalangan, dia ditawarkan kerja di Jepun. Di situ, dia menganjak paradigma dari segi pemikiran, akidah dan disiplin. Dia mula bergaul dengan rakan yang positif dan mula menyedari kesalahannya. Dia berdoa dan bersolat setiap hari. Pada suatu hari, dia diterima masuk ke institut pengajian tinggi awam (IPTA). Penulis merasai Tuhan banyak membantu dia dan menariknya daripada kancah jenayah. Sejak masa itu, dia berazam akan berhenti segala gejala yang menderhaka Tuhan. Dia mula berhenti gejala tersebut dan sekarang sudah berjaya berhenti menghisap dadah. 9 Bahagian 5: Kisah Pelajar yang pernah menjadi Penagih Dadah
9 Sebagai penghias akhir bicara bagi segala isi yang telah saya huraikan di atas isu penyalahgunaan dadah izharnya merugikan negara kerana generasi muda hari ini merupakan tonggak harapan pada hari muka. Golongan ini merupakan pemimpin pada masa depan dan penggerak aspirasi negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah bebas dadah telah memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan generasi madani. Sekolah bebas dadah memerlukan komitmen dan usaha berterusan dari semua pihak. Melalui pendidikan, sokongan, dan kerjasama, kita dapat merealisasikan aspirasi negara iaitu menzahirkan peneraju negara pada masa hadapan yang berwibawa dan berkaliber. Marilah kita menggembleng kudrat dalam usaha ini dan membanteras masalah ini tanpa kompromi. Kami percaya bahawa dengan kerjasama daripada semua pihak, sekolah akan menjadi tempat yang selamat, sihat, dan bebas dari dadah. Ingatlah “Generasi Madani, Sekolah Bebas Dadah” ! Penutup Kementerian Pendidikan Malaysia: Program Sekolah Bebas Dadah. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK): Bahan Pendidikan dan Kempen. Sumber Rujukan
~ Sekian Terima Kasih ~ 10 Kami, Teu Xin Tian dan Sia Jia Xuan bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kuriniaNya yang kami dapati, kami berjaya menghasilkan buku skrap ini yang bertajuk: Sekolah Madani, Sekolah Bebas Dadah. Jutaan terima kasih yang kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam pengahasilan buku skrap ini. Dengan sukacitanya, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru pembimbing kami, iaitu Cikgu Nurulzahinda Binti Jalil kerana memberikan bimbingan dan kepercayaan kepada kami dalam penyediaan buku skrap ini. Bimbingan cikgu Nurul amat kita hargai dan apresiasi. Selain itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia kerana membekalkan peluang ini kepada kami untuk mengenali tanggungjawab kami terhadap pendidikan pencegahan dadah dan betapa pentingnya mengelakkan diri daripada penyalahgunaan bahan. Akhir kata, jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang telah membantu dalam proses penyediaan buku skrap ini. Penghargaan