MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Khamisah Awang Lukman
Shamsul Bahari Shamsudin
PUSAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2
PUSAT E-PEMBELAJARAN
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
© 2019 by Pusat e-Pembelajaran, Universiti Malaysia Sabah
Manual Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Sabah is made available under a Creative
Commons Attribution-NonCommerce 4.0 Licence (international):
http://creativecommons.org/licences/by-nc/4.0
eISBN 978-967-15642-3-3
Pusat e-Pembelajaran makes no representation – express or implied, with regard to the accuracy of information
contained in this book. Users of the information in this book need to verify it on their own before utilizing such
information. Views expressed in this publication are those of the author(s) and do not necessarily reflect the
opinion or policy of Universiti Malaysia Sabah. Pusat e-Pembelajaran shall not be responsible or liable for any
special consequential, or exemplary problems or dameges resulting in whole or part, from the reader’s use of, or
reliance upon, the content of this book.
Editor
Profesor Dr. Khamisah Awang Lukman
Profesor Madya Dr. Shamsul Bahari Shamsudin
Compiled by:
Puan Armawaty Natasha Abdul Rahman
Puan Nur Sarifarinah Asmuin
Puan Zurina Erny Taufik
Puan Ah Lin Ginol
Publish by:
Pusat e-Pembelajaran
Aras 5 Blok Selatan Bangunan Canselori
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu
Sabah Malaysia
Tel: 088-321121
Fax:088-320126
http://oer.ums.edu.my
Email: [email protected]
E-Book Coordinator Armawaty Natasha Abdul Rahman
Layout Nur Sarifarinah Asmuin
Graphic Designer Armawaty Natasha Abdul Rahman
Mohd Zulfadhlee Bin Abdul Nasyir
Reviewers (Pewasit) Prof. Madya Dr. Saihpudin @ Sahipudin Saupin
Prof. Madya Dr. Nelbon Giloi
E-book Developer Danial Asrafi Yahya & Fong Soon Fook
System Administrator Salfarah Abdullah
Cetakan Pertama 2019
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 3
KANDUNGAN
PRAKATA 6
PENGHARGAAN 8
TERMA DAN DEFINISI 9
BAHAGIAN I 12
PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UMS 12
14
1. DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 20
2. PERANAN PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI UMS
BAHAGIAN II 28
PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 28
29
1. PERATURAN KESELAMATAN AM 31
2. PERATURAN KESELAMATAN DI PEJABAT 32
3. PERATURAN KESELAMATAN DI MAKMAL / BENGKEL 34
4. PERATURAN BEKERJA DI DALAM MAKMAL SELEPAS WAKTU PEJABAT UMS
BAHAGIAN III 36
PROSEDUR-PROSEDUR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 36
37
1. PROSEDUR KEBERSIHAN TEMPAT KERJA
2. PROSEDUR NOTIFIKASI ADUAN, KEMALANGAN, KEMALANGAN NYARIS, KEJADIAN 41
BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN 45
3. PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN DAN PENGUNGSIAN BANGUNAN 48
4. PROSEDUR PENGUNGSIAN BANGUNAN 52
5. PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS (BANTU MULA)
BAHAGIAN IV 55
GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 55
1. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN JKKP-JFPIU (JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT JABATAN/ FAKULTI/ PUSAT/ INSTITUT/ UNIT) 56
2. GARIS PANDUAN ALAT LINDUNG DIRI 60
3. GARIS PANDUAN KEMUDAHAN PETI PERTOLONGAN CEMAS 67
4. GARIS PANDUAN PENGURUSAN SISA MAKMAL 69
5. GARIS PANDUAN KAWALAN RISIKO DI TEMPAT KERJA 78
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 4
LAMPIRAN 81
LAMPIRAN 1 82
LAMPIRAN 2 83
LAMPIRAN 3 85
LAMPIRAN 4 87
LAMPIRAN 5 102
LAMPIRAN 6 107
LAMPIRAN 7 108
LAMPIRAN 8 109
LAMPIRAN 9 110
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 5
PRAKATA
Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS ini diterbitkan untuk dijadikan panduan
kepada semua pekerja, pelajar serta orang lain yang berurusan dengan kerja-kerja dalam premis
UMS berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pengurusan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di tempat kerja adalah dinamik dan sentiasa berubah. Pendekatan pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan dititikberatkan bagi memastikan elemen penting seperti
dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi, perancangan dan pelaksanaan serta
penilaian semula pencapaian dilaksanakan di UMS.
Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS membincangkan dua elemen pengurusan
keselamatan merangkumi polisi dan pengaturan kendiri bagi memastikan keselamatan dan
kesihatan di UMS terhadap mereka yang mewujudkan risiko dan bekerja dengan risiko
tersebut. (peraturan, prosedur dan garis panduan berkaitan).
Antara objektif manual ini adalah untuk:
a. Menyediakan panduan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan
menekankan pelaksanaan di semua peringkat JKKP-J/F/P/I/U;
b. Menerangkan undang-undang, peraturan umum, prosedur dan garis panduan untuk
dipatuhi;
c. Mengambil langkah yang setakat yang praktik melindungi keselamatan dan kesihatan
semua pekerja, pelajar dan pelawat yang berurusan;
d. Mencegah dan mengelakkan kecederaan, penyakit pekerjaan, atau kematian di kalangan
pekerja dan pelajar yang disebabkan daripada aktiviti pekerjaan seterusnya memupuk
budaya kerja selamat dan sihat.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 6
Manual ini diwujudkan untuk menggerakkan semua pihak di UMS khususnya Ahli
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di setiap J/F/P/I/U untuk melaksanakan
pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan mengikut kriteria yang telah ditetapkan di
dalam manual dan akan dianalisa keberkesanannya sepanjang masa.
a. Mewujudkan peraturan, prosedur dan garis panduan berkaitan KKP secara umum dan
boleh digunakan bila-bila masa;
b. Semua pekerja perlu memberi kerjasama dan memahami tugas masing-masing dalam
bidang KKP semasa berada di kawasan UMS;
c. Pengguna manual ini hendaklah merujuk kepada dokumen lain yang dikeluarkan oleh
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Malaysia atau agensi lain yang terlibat
secara langsung dengan proses kerja dilakukan.
Oleh itu, manual ini dapat membantu para akademik, kakitangan, pelajar, kontraktor dan
pelawat untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat berkaitan Pengurusan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan di UMS, prosedur, garis panduan, peraturan serta dokumen sokongan
lain dalam menjalankan sebarang aktiviti atau kerja agar produktiviti dan kelangsungan serta
misi UMS dapat direalisasikan.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 7
PENGHARGAAN
Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) UMS ingin merakamkan sekalung
penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam Bengkel Pemurnian Manual Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan UMS dan di atas sumbangan mereka dalam memberi maklumat dan
penyemakan manual ini.
Mereka adalah seperti berikut:
Prof. Madya Dr. Sazmal Effendi Arshad
Dr. Khairul Anuar
En. Motinius Guntalib @ Claudius Motinius
En. Sarianshah Shamsudin
En. Suhaimie Sahabudin
En. Muhin Haji
En. Ahmad Sudin
En. Izham Abu Bakar
En. Mohd Ari Nazrul Abd. Rahman
Pn. Fairendy Fairuz
Cik Salmi Afidah Shabudin
En. Gorden Lazarus
Pn. Arni Binti Hamrus
Pn. Rina Suryani Sulong
Cik Starinne Bte Adimas
Pn. Marni Jasli
En. Fritzgerald Anak Andrew
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 8
TERMA DAN DEFINISI
Bagi tujuan rujukan di dalam manual ini, terma dan definisi berikut digunakan.
a. Naib Canselor
Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah
b. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah
Satu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang terdiri daripada Pengurusan
Tertinggi UMS yang ditubuhkan dan berfungsi memantau isu KKP yang dipengerusikan
oleh Y. Bhg. Naib Canselor UMS
c. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan – J/F/P/I/U
Satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdiri daripada wakil
pekerja dan wakil majikan yang ditubuhkan dan berfungsi menurut perundangan di
peringkat Jabatan/ Fakulti/ Pusat/ Institut/ Unit (J/F/P/I/U) yang dipengerusikan oleh
Dekan/ Pengarah / Ketua Unit
d. Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit (J/F/P/I/U)
Terdiri daripada fakulti, jabatan, pusat, institut dan unit yang terdapat di dalam universiti
seperti Jabatan Canselori, Jabatan Pendaftar, Perpustakaan dll.
e. Ketua Jabatan
Dekan fakulti, Pengarah atau Ketua untuk J/F/P/I/U berkenaan.
f. Audit
Merupakan satu proses yang sistematik, bebas dan didokumenkan untuk mendapatkan
bukti dan penilaian dibuat secara analisa untuk menentukan tahap pematuhan kriteria
audit.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 9
g. Hazad
Punca, situasi atau tindakan yang berpotensi untuk memudaratkan samada kecederaan
atau gangguan kesihatan, kerosakan harta, kerosakan persekitaran tempat kerja atau
kombinasi di antaranya.
h. Insiden
Kejadian yang berkaitan dengan pekerjaan yang boleh menyebabkan kecederaan,
masalah kesihatan atau kematian.
i. Pekerja
Semua kakitangan yang bertugas di Universiti Malaysia Sabah
j. Pelajar
Seseorang yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah
k. Kontraktor
Seseorang atau sesebuah organisasi yang dilantik untuk menyediakan perkhidmatan
kepada UMS mengikut spesifikasi, terma dan keadaan yang telah dipersetujui.
l. Pelawat
Seseorang yang bukan kakitangan mahupun kontraktor yang masuk ke premis UMS
dengan kebenaran.
m. Orang Yang Kompeten
Seseorang yang telah menghadiri kursus dan latihan yang bersesuaian dan mempunyai
pengetahuan yang mencukupi serta berpengalaman dan berkemahiran untuk
melaksanakan tugas yang spesifik.
n. Pemantauan Aktif
Aktiviti-aktiviti berterusan yang menyemak samada langkah-langkah pencegahan dan
perlindungan bahaya dan risiko, seperti penyusunan rancangan untuk melaksanakan
pengurusan KKP di universiti adalah menurut kriteria yang ditentukan.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 10
o. Risiko
Kombinasi kebarangkalian dan akibat untuk sesuatu kejadian berbahaya yang spesifik
berlaku.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 11
BAHAGIAN I
PENGURUSAN KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN UMS
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 12
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 13
1. DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS ini disediakan berasaskan kepada
keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Seksyen 16 yang
mana menekankan beberapa perkara penting berkaitan dengan dasar keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang wajib dilaksanakan oleh majikan. Antara perkara tersebut
termasuklah;
a. Menyediakan satu pernyataan bertulis dasar am berkenaan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan;
b. Menubuhkan organisasi dan perkiraan untuk menjayakan perlaksanaan dasar;
c. Mengkaji semula dasar; dan
d. Memaklumkan setiap pekerja mengenai pernyataan dasar tersebut.
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini hanya boleh digunakan setelah diluluskan
oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pegawai dan kakitangan yang
bertanggungjawab menyimpan dan mengemaskini Dasar Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan ini mestilah mengikut arahan pengemaskinian yang dikeluarkan dari masa ke
semasa.
1.1 Objektif
Objektif Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah untuk;
a. Menyatakan tumpuan dan komitmen UMS dalam memastikan keselamatan dan
kesihatan pekerja.
b. Menggariskan dasar dan objektif UMS dalam membangun dan melaksanakan
program-program dan aktiviti-aktiviti dalam menyediakan tempat kerja yang
selamat dan sihat.
1.2 Skop Pelaksanaan
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini hendaklah dilaksanakan di semua
premis di dalam kawasan Universiti Malaysia Sabah termasuk Kampus Antarabangsa
Labuan (UMS-KAL) dan Fakulti Pertanian Lestari Sandakan, Blok Klinikal, Pusat
Perubatan Desa Kudat dan Kolej-kolej kediaman Luar kampus dan mana-mana premis
bawah seliaan UMS.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 14
1.3 Rujukan Normatif
Penyediaan dokumen ini adalah merujuk kepada kehendak Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) serta peraturan-peraturannya dan lain-lain akta
yang berkaitan dan tertakluk kepada pindaan atau perubahan terkini (jika ada).
Kewajipan menyediakan dasar am keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
diperuntukkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514),
Bahagian IV Seksyen 16.
“Kecuali dalam apa-apa hal yang ditetapkan adalah menjadi kewajipan tiap-tiap
majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk menyediakan dan seberapa
kerap yang sesuai mengkaji semula penyataan bertulis dasar amnya berkenaan
dengan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja dan
organisasi dan perkiraan yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu,
dan membawa pernyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada perhatian kesemua
pekerjanya”.
Skop pelaksanaan ini dilaksanakan oleh Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(PKKP) UMS. Pengecualian terhadap keperluan seksyen ini hanyalah bagi majikan dan
orang-orang yang bekerja sendiri yang menjalankan pengusahaan dengan tidak lebih
daripada lima orang pekerja (Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pernyataan Dasar Am Keselamatan dan Kesihatan Majikan) (Pengecualian)
1995.
1.4 Kenyataan Am Dasar
UMS komited untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja dan
mana-mana orang lain yang mungkin terkesan oleh aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, penyelidikan dan mana-mana operasi organisasi di dalam Kawasan
kawalannya dengan mengambil setiap usaha yang munasabah untuk mencegah
sebarang kemungkinan insiden yang membawa kepada kecedaraan dan wabak
penyakit, kerosakan harta benda serta persekitaran melalui penambahbaikan berterusan
selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan
perundangan lain serta keperluan yang berkaitan.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 15
Dengan ini, Universiti Malaysia Sabah akan memastikan setiap kakitangan dan pelajar
memahami serta mematuhi Dasar Keselamatan dan Kesihatan tanpa memansuhkan
dasar-dasar lain. Kerjasama dan komitmen daripada semua pihak dan individu amat
diharapkan untuk menjayakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan seperti yang di atas.
1.5 Peranan dan Tanggungjawab Organisasi Universiti Malaysia Sabah
Menjelaskan peranan dan tanggungjawab pegawai dan kakitangan serta jawatankuasa
yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan Dasar keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di Universiti Malaysia Sabah.
1.5.1 Pihak Pengurusan Universiti
Pihak Pengurusan Universiti komited dalam memastikan keselamatan dan
kesihatan pekerja, pelajar, kontraktor dan mana-mana pelawat semasa berada
dalam kawasan universiti. Pengurusan Universiti komited untuk:
a. Menyalur dan menyebarkan kepentingan keperluan undang-undang
berhubung keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
b. Mewujudkan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS;
c. Memastikan halatuju dan objektif Dasar UMS dapat dilaksanakan;
d. Menyedia dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang selamat dan
tanpa risiko kepada kesihatan;
e. Menyusun langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan
dalam penggunaan atau pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan
loji dan bahan;
f. Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan bagi memastikan
keselamatan dan kesihatan pekerja, pelajar, kontraktor dan mana-mana
pelawat semasa berada dalam kawasan universiti;
g. Untuk menyedia dan menyelenggara persekitaran pekerjaan yang selamat
dan tanpa risiko kepada kesihatan, dengan kemudahan yang mencukupi
bagi kebajikan kakitangan dan pelajar.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 16
1.5.2 Ketua JFPIU
Ketua J/F/P/I/U bertanggungjawab dalam memantau keselamatan dan kesihatan
pekerjaan kakitangan dan pelajar di J/F/P/I/U masing-masing. Antara peranan
dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah
seperti berikut:
a. Membantu Pihak Pengurusan Universiti dalam menyelia dan memastikan
persekitaran kerja yang selamat;
b. Menyediakan maklumat yang diperlukan bagi membantu melaksanakan
langkah-langkah pencegahan kemalangan seperti latihan, kempen seminar
dan sebagainya;
c. Mengada, menyelia dan menyenggara Alat Lindung Diri (ALD) untuk
digunakan oleh pekerja dan pelajar;
d. Memastikan segala peralatan yang digunakan berada dalam keadaan
selamat digunakan serta penggunaan peralatan tersebut mengikut
Prosedur Kerja Selamat;
e. Menghubungi atau membuat laporan secara bertulis kepada Pusat
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan mengambil langkah-langkah
yang perlu apabila berlaku kemalangan di tempat kerja.
1.5.3 Pegawai dan Kakitangan
Pegawai dan kakitangan UMS bertanggungjawab dalam memastikan
keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain ketika menjalankan tugas.
Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ialah:
a. Memberi perhatian yang munasabah terhadap dirinya dan orang lain yang
berada disekelilingnya semasa menjalankan tugas;
b. Bekerjasama dengan pihak Pengurusan Universiti atau orang lain dalam
mematuhi apa-apa kehendak di bawah Akta dan Peraturan-peraturannya
serta tata amalan industri yang berkaitan;
c. Menggunakan apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang
disediakan oleh pihak universiti;
d. Mematuhi prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
disediakan.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 17
e. Memberi laporan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan J/F/P/I/U berkaitan kemalangan, insiden dan perbuatan tidak
selamat berkaitan KKP di tempat kerja;
f. Mengambil bahagian dalam aktviti KKP;
g. Mematuhi arahan KKP dari masa ke semasa.
1.5.4 Pelajar
Pelajar UMS juga merupakan salah satu komuniti kampus yang perlu bersama-
sama memastikan keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain dipatuhi
ketika berada di kawasan UMS. Antara peranan dan tanggungjawab mereka
ialah:
a. Memberi perhatian setakat yang praktik semasa berada di kawasan UMS
bagi keselamatan dan kesihatan diri dan orang lain;
b. Memakai atau menggunakan apa-apa kelengkapan atau pakaian
perlindungan yang disediakan;
c. Mematuhi apa-apa arahan atau langkah keselamatan dan kesihatan
pekerjaan menurut kehendak Akta atau Peraturan – Peraturannya;
d. Tidak menyalahgunakan peralatan keselamatan yang disediakan;
e. Mematuhi prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
disediakan;
f. Melaporkan semua insiden, keadaan dan perbuatan tidak selamat
berkaitan KKP kepada pihak fakulti atau ketua jabatan;
g. Mengambil bahagian dalam aktviti KKP.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 18
1.5.5 Kontraktor / Pembekal
Peranan dan tanggungjawab kontraktor dan pembekal yang berurusan dengan
pihak universiti adalah seperti berikut:
a. Mematuhi arahan serta garis panduan KKP mengikut jenis kerja yang
telah disediakan oleh pihak universiti.
b. Melaporkan kejadian dan insiden yang berlaku semasa menjalankan
kerja di dalam kawasan universiti.
c. Memberi latihan secukupnya kepada pekerja berkaitan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan.
d. Membekal dan memastikan pekerja memakai alat pelindung diri yang
sesuai.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 19
2. PERANAN PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN DI UMS
Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dilaksanakan berdasarkan struktur
berikut dan peranan setiap entiti berkenaan akan diperjelaskan dalam seksyen seterusnya.
Carta Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Sabah
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 20
2.1 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Induk Universiti Malaysia
Sabah (JKKP-UMS)
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Naib Canselor UMS. Secara am, Jawatankuasa
ini bertanggungjawab menguruskan jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang terlibat
dengan pelaksanaan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UMS dan
fungsi JKKP-UMS adalah seperti berikut:
a. Membantu dalam membangunkan sistem keselamatan dan kesihatan serta
sistem kerja selamat;
b. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan
di UMS;
c. Mengkaji dan menyemak kajian tentang trend kemalangan, kejadian berbahaya,
kemalangan nyaris, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku
di tempat kerja, dan melaporkan pada pihak pengurusan Universiti keadaan atau
amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama–sama
dengan cadangan untuk tindakan pembaikan;
d. Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat
cadangan kepada pihak pengurusan Universiti bagi penyemakan dasar tersebut
(tiga (3) tahun sekali);
e. Menimbangkan apa-apa laporan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan, audit KKP yang dikemukakan oleh PKKP, laporan dan maklumat
berkaitan KKP dan laporan oleh agensi-agensi kerajaan lain mengenai perkara-
perkara berkaitan KKP di UMS;
f. Mengadakan mesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko yang
terdapat dalam jenis kerja di UMS; tetapi tidak kurang satu (1) kali dalam setiap
tiga (3) bulan;
g. Membentuk suatu jawatankuasa kecil untuk membantu Jawatankuasa dalam
melaksanakan fungsinya;
h. Menjalankan pemeriksaan tempat kerja;
i. Menjalankan penyiasatan tempat kerja;
j. Memantau prestasi keselamatan dan kesihatan di peringkat Pusat
Tanggungjawab (Jabatan/Fakulti / Pusat/ Institut/ Unit/ Kolej);
k. Membuat keputusan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan universiti.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 21
Carta Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Universiti
(JKKP-UMS)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 22
2.2 Peranan dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan
2.2.1 Pengerusi
a. Mempengerusikan mesyuarat JKKP;
b. Memastikan pelaksanaan dan prestasi pematuhan KKP di UMS dengan
berkesan;
c. Membuat perancangan dan program bagi penambahbaikan dalam
pematuhan kepada kehendak KKP di UMS;
d. Memastikan kakitangan UMS mendapat latihan berkaitan KKP dan
maklumat sewajarnya;
e. Melantik ahli JKKP dan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan selaku
setiausaha yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan
keselamatan dan kesihatan di UMS;
f. Memastikan fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan mematuhi
kehendak Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.
2.2.2 Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (PKK) / Setiausaha
a. Mengkoordinasi dan menghadiri mesyuarat JKKP;
b. Mengumpul dan menyelaraskan laporan KKP;
c. Mencatat, menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat JKKP;
d. Memastikan perjalanan mesyuarat JKKP berjalan dengan lancar;
e. Mengukur, menilai dan mengemaskini prestasi tahap pematuhan KKP di
UMS;
f. Bertindak sebagai penyelaras dokumen terkawal;
g. Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas seperti dinyatakan dalam
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan) 1997 dan Peraturan-Peraturan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan)
1996.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 23
2.2.3 Wakil Majikan
a. Menghadiri mesyuarat JKKP;
b. Bekerjasama memastikan Jawatankuasa JKKP berfungsi secara
berkesan;
c. Memastikan keakuran Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.
2.2.4 Wakil Pekerja
a. Menghadiri mesyuarat JKKP;
b. Bekerjasama memastikan Jawatankuasa JKKP berfungsi secara
berkesan;
c. Memastikan keakuran Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996;
a. Membawa dan membincangkan isu-isu KKP bagi pihak kakitangan
UMS.
2.3 Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP)
Antara fungsi pejabat ini adalah seperti berikut:
a. Sebagai penasihat utama kepada JKKP-UMS berkaitan aspek Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (KKP) di UMS;
b. Merancang, melaksanakan dan menyelaraskan aktiviti KKP di UMS;
c. Menjalankan pemeriksaan KKP secara berkala di semua J/F/P/I/U iaitu
memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya setahun sekali untuk menentukan
jika terdapat apa-apa yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan pekerja
seterusnya membincangkan dan mencadangkan langkah-langkah pemulihan
yang perlu dan merekodkan hal keadaan dan cadangan tersebut dalam suatu
laporan yang disimpan;
d. Menjalankan pemantauan tentang kemalangan, kejadian berbahaya,
kemalangan nyaris keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku
di tempat kerja dan melaporkan kepada JKKP-UMS keadaan atau amalan yang
tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama–sama dengan cadangan
untuk tindakan pembaikan;
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 24
e. Memeriksa tempat kerja dengan seberapa segera yang selamat, selepas
kemalangan, kejadian berbahaya, kemalangan nyaris keracunan pekerjaan atau
penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja;
f. Memberi khidmat nasihat dan memberi maklumat kepada J/F/P/I/U;
g. Menggalakkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat melalui program
seperti program latihan, kursus, seminar dan juga kempen;
h. Sebagai pusat rujukan dan maklumat KKP kepada J/F/P/I/U;
i. Menyedia, menyemak dan menganalisis laporan Jawatankuasa Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan J/F/P/I/U;
j. Menyedia dan menghantar laporan akhir kepada Naib Canselor.
2.4 Jawatankuasa Teknikal dan Panel Penasihat Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan
Antara fungsi Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
a. Memberi input teknikal berkaitan dengan tindakan–tindakan yang akan
dijalankan dan membangunkan dokumentasi berkaitan KKP;
b. Memaklumkan maklumat dan aktiviti-aktiviti berkaitan KKP di UMS serta
memberikan bantuan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP);
c. Menyediakan maklumbalas dan cadangan kepada Jawatankuasa Induk (JKKP-
UMS) dan Jawatankuasa J/FP/I/U (JKKP-JFPIU);
d. Mengadakan mesyuarat sekerap mungkin bergantung kepada situasi dan
sekurang-kurangnya setiap dua bulan sekali;
e. Mengenalpasti jenis latihan aktiviti-aktiviti KKP dalam UMS;
f. Menyediakan maklumbalas kepada Jawatankuasa Induk (JKKP-UMS);
g. Menyediakan sistem laporan yang seragam.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 25
Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Panel Penasihat Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan UMS
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 26
2.5 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat Jabatan/
Fakulti/ Pusat/ Institut/ Unit (J/F/P/I/U) dan Kolej Kediaman
Antara fungsi Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
a. Mengadakan mesyuarat 3 bulan sekali;
b. Memeriksa tempat kerja secara berkala (3 bulan sekali);
c. Melaporkan dan membincangkan sebarang keadaan tidak selamat, kemalangan,
kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan;
d. Memeriksa dan membantu PKKP dalam menyiasat sebarang perkara berkaitan
KKP selepas kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan
penyakit pekerjaan yang berlaku di J/FP/I/U dan kolej kediaman;
e. Membuat cadangan pemulihan dan tindakan pembaikan ke atas risiko di tempat
kerja;
f. Mengkaji semula tindakan atau amalan KKP dan membuat cadangan pindaan
kepada JKKP-UMS;
g. Menyimpan rekod berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
h. Melaporkan perkara (i) – (v) kepada JKKP-UMS secara berkala melalui Pusat
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
i. Membantu JKKP-UMS dalam melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan
keselamatan dan kesihatan dan aktiviti lain untuk menggalakkan pematuhan
perjalanan kerja yang selamat dan sihat;
j. Merancang, melaksana serta menyelaras program dan aktiviti KKP di J/F/P/I/U
dan kolej kediaman.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 27
BAHAGIAN II
PERATURAN-PERATURAN
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 28
1. PERATURAN KESELAMATAN AM
1.1 Tujuan
Bagi mencegah daripada berlakunya kemalangan di Universiti Malaysia Sabah (UMS)
akibat daripada kecuaian atau tindakan tidak selamat oleh pekerja, pelajar, kontraktor dan
pelawat.
1.2 Penerangan
a. Sila ikuti segala arahan keselamatan semasa berada di UMS;
b. Apa-apa tindakan dan keadaan tidak selamat yang boleh mendatangkan kecederaan
kepada manusia dan kerosakan kepada harta benda hendaklah diadukan kepada
ketua J/F/P/I/U dengan segera (24 jam);
c. Ketua J/F/P/I/U perlu menulis laporan lengkap kejadian kepada PKKP dalam
tempoh 14 hari;
d. Pastikan semua peralatan dan bahan-bahan disimpan di tempat yang betul serta
kawasan tempat kerja anda sentiasa kemas dan bersih;
e. Gunakan perkakas dan peralatan yang betul dan selamat ketika bekerja;
f. Sekiranya anda atau peralatan yang anda kendalikan terlibat dalam kemalangan,
laporkan dengan segera kepada ketua J/F/P/I/U diikuti PKKP serta dapatkan bantu
mula (pertolongan cemas);
g. Salahguna, ubahsuai dan merosakkan peralatan keselamatan dan kecemasan secara
sengaja boleh dikenakan tindakan undang-undang;
h. Gunakan peralatan perlindungan diri yang telah diluluskan dan pastikan ianya
sentiasa berada dalam keadaan yang baik;
i. Jangan bergurau dan elakkan daripada mengganggu orang lain semasa bekerja;
j. Gunakan kaedah yang betul semasa mengangkat barang dan dapatkan bantuan
sekiranya perlu;
k. Dilarang merokok dan melakukan pembakaran terbuka dalam kawasan UMS;
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 29
l. Kelajuan kenderaan di sekeliling UMS ialah 35 km/jam dan hendaklah sentiasa
dipatuhi. Pastikan semua jalan sentiasa bebas untuk laluan kecemasan;
m. Patuhi semua arahan, prosedur, tanda amaran, peraturan dan undang-undang UMS;
n. Rujuk J/F/P/I/U yang berkenaan bagi mendapatkan arahan, prosedur dan garis
panduan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
o. Kenalpasti pintu keluar dan laluan kecemasan bagi bangunan dimana anda berada.
p. Berikan kerjasama kepada petugas keselamatan di tempat berkenaan.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 30
2. PERATURAN KESELAMATAN DI PEJABAT
2.1 Pengenalan
Umumnya, seseorang bekerja selama 8 jam sehari di “tempat kerja”. Ini merupakan
satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, keselamatan di tempat kerja perlu
dititikberatkan oleh setiap pekerja dan majikan. Oleh yang demikian, beberapa
peraturan keselamatan umum di pejabat perlu dipatuhi dan dijadikan amalan berterusan.
2.2 Penerangan
a. Pastikan lorong laluan dalam dan luar pejabat tidak dihalang oleh peralatan,
perabot, dawai elektrik dan lain-lain;
b. Pastikan semua peralatan pejabat berfungsi dengan baik;
c. Gunakan penapis skrin komputer untuk mengurangkan dedahan sinar UV;
d. Pastikan laci kabinet ditutup dengan kemas selepas setiap kali dibuka;
e. Berhati-hati ketika mengubah kedudukan peralatan yang berat seperti almari,
meja, peralatan dan kotak supaya tidak mengalami kecederaan manual. Gunakan
troli jika perlu;
f. Bersihkan tumpahan serta-merta walaupun hanya air minuman;
g. Pastikan tiada halangan di pintu kecemasan;
h. Pastikan alat pemadam api mudah dicapai;
i. Kenalpasti kedudukan alat pecah kaca untuk mengaktifkan penggera sekiranya
berlaku kebakaran;
j. Berehat sebentar secara berkala bagi melegakan tekanan dan kepenatan.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 31
3.PERATURAN KESELAMATAN DI MAKMAL / BENGKEL
3.1 Pengenalan
Terdapat pelbagai jenis makmal di UMS seperti makmal kimia, biologi, sinaran, fizik
dan komputer. Setiap makmal mempunyai peraturan khusus bergantung kepada
penggunaan makmal.
3.2 Tujuan
Menjelaskan kepada pengguna makmal prosedur tentang keselamatan keseluruhannya.
Oleh itu, semua pengguna makmal hendaklah memahami dan mematuhi segala
prosedur yang disenaraikan. Selain mematuhi peraturan umum ini, pastikan arahan atau
peraturan khusus di tempat tertentu juga dipatuhi.
3.3 Penerangan
a. Makmal/bengkel adalah kawasan terhad dan orang yang tidak berkenaan dilarang
masuk;
b. Makan, minum, merokok dan bersolek adalah dilarang di dalam makmal/bengkel;
c. Pakai baju makmal/bengkel (lab coat/coverall) dan kasut bertutup/kasut
keselamatan semasa berada dalam makmal/bengkel;
d. Pakai cermin mata keselamatan yang sesuai semasa menjalankan amali/aktiviti di
makmal yang berkaitan;
e. Jangan gunakan makmal sebagai bilik rekreasi walaupun semasa rehat;
f. Jangan membuat bising semasa berada dalam dan luar makmal/bengkel;
g. Pelajar adalah dilarang menyimpan atau membuat pendua kunci-kunci makmal;
h. Meminta kebenaran sebelum melakukan tugas yang berkaitan dengan
penggunaan mesin;
i. Gunakan peralatan dengan betul mengikut prosedur keselamatan (SOP) yang
ditetapkan;
j. Sentiasa memastikan makmal/bengkel dalam keadaan yang bersih dan teratur;
k. Semua sisa kimia/biologi/fizikal (seperti campuran larutan organik, bakteria dan
bekas kaca yang pecah) harus dibuangkan ke dalam bekas sisa khas yang telah
dilabelkan. Dilarang membuang sebarang sisa ke dalam sinki ataupun tong
sampah biasa;
l. Menyimpan peralatan yang telah digunakan di tempat yang disediakan;
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 32
m. Menggunakan peralatan yang betul melalui khidmat pengajar ketika kerja-kerja
yang hendak atau sedang dijalankan;
n. Sentiasa prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling makmal/bengkel
dan membuat aduan/laporan jika difikirkan perlu;
o. Laporkan sebarang kejadian kemalangan dan kemalangan nyaris kepada
pensyarah/pembantu makmal/pegawai sains atau penunjuk ajar dengan serta
merta;
p. Meninggalkan makmal/bengkel dengan seberapa segera sambil mempraktikkan
apa yang telah dipelajari ketika loceng kebakaran dibunyikan;
q. Patuhi segala peraturan keselamatan makmal/bengkel termasuk aspek
keselamatan kimia, biologi, biokeselamatan, sinaran, elektrik dan gas mengikut
keperluan akta yang berkaitan.
Dengan adanya peraturan ini, para pelajar/pengguna makmal/bengkel hendaklah mematuhi
arahan-arahan tersebut (tertakluk kepada arahan dan pindaan semasa). Gagal mematuhi arahan
menyebabkan salah laku yang boleh diambil tindakan.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 33
4.PERATURAN BEKERJA DI DALAM MAKMAL SELEPAS WAKTU
PEJABAT UMS
4.1 Takrifan
Selepas waktu pejabat ditakrifkan pada hari dan masa berikut:
Hari Waktu
Isnin - Jumaat 5.00 petang - 7.00 pagi
Sabtu, Ahad dan Cuti Kelepasan Am Sepanjang Masa
4.2 Pemakaian Dan Pengecualian
a. Peraturan-peraturan ini dikuatkuasakan kepada semua pengguna makmal dan
bengkel UMS yang menggunakan atau bekerja dalam makmal atau bengkel
selepas waktu pejabat;
b. Peraturan-peraturan ini tidak dipakai ke atas pengguna-pengguna makmal dan
bengkel untuk tujuan kelas amali yang sedang dikendalikan atau diawasi oleh
seseorang tenaga pengajar, juruteknik atau penyelia;
c. Aktiviti dalam makmal adalah dibenarkan sehingga pukul 11 malam tetapi ia
tertakluk kepada ketetapan J/F/P/I/U. Dalam semua keadaan, J/F/P/I/U adalah
bertanggungjawab memastikan keselamatan pekerja dan pelajar yang bertugas
atau berada dalam kawasan J/F/P/I/U selepas waktu pejabat.
4.3 Peraturan-Peraturan
a. Semua J/F/P/I/U yang mempunyai kemudahan makmal atau bengkel hendaklah
menyediakan Buku Daftar Kerja Selepas Waktu Pejabat dan menempatkannya di
pintu masuk utama pada setiap bangunan tersebut. Buku daftar yang disediakan
tersebut hendaklah mempunyai ruangan-ruangan untuk mencatatkan perkara-
perkara berikut:
i. Nama
ii. Tarikh
iii. Masa masuk dan keluar
iv. No. makmal
v. Nama makmal
vi. Tandatangan masuk dan keluar
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 34
b. Setiap pengguna makmal atau bengkel yang bekerja selepas waktu pejabat
dimestikan mengisi Buku Daftar Kerja Selepas Waktu Pejabat semasa hendak
bekerja dan selepas bekerja di dalam makmal atau bengkel.
c. Semua pelajar mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada penyelia atau
pensyarah masing-masing sebelum bekerja di dalam makmal atau bengkel selepas
waktu pejabat. Kebenaran bertulis tersebut hendaklah diperolehi dengan
menggunakan Borang Kebenaran Bekerja Dalam Makmal/Bengkel Selepas
Waktu Pejabat.
d. Semua pelajar tidak dibenarkan bekerja bersendirian kecuali terdapat seorang
rakan/pekerja yang berhampiran dengan jarak sekurang-kurangnya sepanggilan.
Namun begitu, kelonggaran peraturan tersebut boleh diberikan kepada pelajar
oleh penyelia/pensyarah masing-masing sekiranya mendapati kerja/eksperimen
yang dijalankan oleh pelajar tersebut tidak mempunyai risiko kemalangan yang
tinggi.
4.4 Penguatkuasaan Dan Penalti
a. Semua Ketua J/F/P/I/U adalah bertanggungjawab bagi memastikan peraturan-
peraturan tersebut dipatuhi sepenuhnya di J/F/P/I/U masing-masing dan
mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pengguna-pengguna
makmal/bengkel yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut.
b. Namun begitu, pengawal keselamatan yang meronda di J/F/P/I/U adalah juga
dipertanggungjawab bagi memastikan peraturan tersebut dipatuhi dan
melaporkan kepada PKKP sekiranya terdapat pengguna makmal/bengkel yang
tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut.
4.5 Kecemasan
Sila hubungi Bahagian Keselamatan Universiti di talian 088-320111 sambungan 5000.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 35
BAHAGIAN III
PROSEDUR-PROSEDUR
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 36
1.PROSEDUR KEBERSIHAN TEMPAT KERJA
1.1 Objektif
Objektif prosedur ini adalah untuk:
a. Menjelaskan langkah-langkah tindakan penjagaan kebersihan tempat kerja di
UMS.
b. Menetapkan langkah-langkah pengawasan penjagaan kebersihan tempat kerja di
UMS.
c. Mewujudkan tabiat membudayakan kerja bersih dan kemas dalam kalangan
pekerja, pelajar dan kontraktor di UMS.
d. Mencegah berlakunya kemalangan disebabkan faktor pengabaian mengamalkan
kebersihan.
1.2 Skop
Prosedur ini hendaklah digunapakai semasa menjalankan langkah-langkah penjagaan
kebersihan di semua premis dalam kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
1.3 Tanggungjawab
Semua pekerja, pelajar dan kontraktor hendaklah bertanggungjawab melaksanakan
prosedur ini.
1.4 Prosedur
Am
Prosedur ini menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil dalam penjagaan
kebersihan di UMS. Ketua J/F/P/I/U hendaklah mempamerkan risalah-risalah/poster-
poster berkaitan penjagaan kebersihan di premis masing-masing.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 37
1.4.1 Laluan Selamat
Ketua J/F/P/I/U hendaklah:
a. Mengenalpasti dan menentukan laluan selamat di dalam premis masing-
masing.
b. Memastikan pintu rintangan api mengikut piawaian pihak Bomba dan
diselenggara secara berkala.
c. Memastikan tiada halangan (contoh apa-apa mesin, bahan, peralatan dan
lain-lain barangan) dilakukan oleh pekerja, pelajar dan kontraktor di
laluan selamat yang telah ditentukan oleh J/F/P/I/U masing-masing seperti
gambar di bawah:
1.4.2 Ruang Bekerja
Ketua J/F/P/I/U/ Kontraktor hendaklah memastikan ruang kerja yang selamat
dan kondusif di dalam premis masing-masing.
Pekerja, pelajar dan kontraktor hendaklah mematuhi garis panduan ruang kerja
selamat yang telah ditetapkan oleh J/F/P/I/U masing-masing.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 38
1.4.3 Stor
Ketua J/F/P/I/U hendaklah menentukan kakitangan yang bertanggungjawab
untuk menguruskan stor.
Pekerja, pelajar dan kontraktor hendaklah memastikan;
a. Stor sentiasa bersih dan kemas;
b. Barang-barang disusun dalam keadaan teratur;
c. Pengudaraan dalam keadaan baik atau berfungsi.
1.4.4 Lantai
Pegawai, kakitangan, pelajar dan kontraktor hendaklah memastikan permukaan
lantai tempat kerja sentiasa dalam keadaan selamat, bersih dan kemas.
1.4.5 Bangunan
Ketua J/F/P/I/U/ Kontraktor hendaklah memastikan bangunan yang diduduki
selamat dan kondusif di premis masing-masing.
Pekerja, pelajar dan kontraktor hendaklah memastikan:
a. Permukaan dinding tempat kerja dalam keadaan bersih, sebarang bahan
yang hendak digantung/ditampal/dilukis perlu mendapatkan kebenaran
daripada ketua J/F/P/I/U;
b. Tingkap dalam keadaan bersih;
c. Lampu berfungsi dengan baik dan kadar pencerahannya mencukupi;
d. Kawasan tangga bersih dan kemas serta pengadang tangan dalam keadaan
yang baik.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 39
1.4.6 Mesin, Peralatan Dan Perkakasan
Pekerja, pelajar dan kontraktor hendaklah memastikan:
a. Mesin, peralatan dan perkakasan berada dalam kedudukan yang
tersusun/teratur perlu diletakkan di kawasan yang bersih dan teratur;
b. Mesin, peralatan dan perkakasan bersih daripada bahan-bahan yang tidak
diperlukan;
c. Mesin, peralatan dan perkakasan bersih daripada tumpahan minyak dan
gris;
d. Kawasan persekitaran mesin, peralatan dan perkakasan bebas daripada
sampah-sarap dan bahan-bahan yang tidak diperlukan;
e. Pengadang mesin pada kedudukannya dan dalam keadaan yang baik.
1.4.7 Lain-Lain
Pekerja, pelajar dan kontraktor hendaklah memastikan:
a. Meja dan kerusi kerja bersih dan kemas serta dalam keadaan yang baik;
b. Tempat minuman pekerja, pelajar dan kontraktor dalam keadaan bersih
(jika ada);
c. Kemudahan tandas adalah bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik;
d. Peti Kecemasan dalam keadaan bersih dan mencukupi.
1.4.8 Pemeriksaan Kebersihan Tempat Kerja
a. Ketua J/F/P/I/U hendaklah menjalankan pemeriksaan kebersihan tempat
kerja sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali.
b. Ketua J/F/P/I/U hendaklah mengambil tindakan pembetulan bagi laporan
tidak memuaskan.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 40
2.PROSEDUR NOTIFIKASI ADUAN, KEMALANGAN, KEMALANGAN
NYARIS, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN
2.1 Pengenalan
Prosedur ini adalah berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan
Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994.
2.2 Tujuan
Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mengkehendaki setiap
majikan;
a. Menyediakan suatu saluran komunikasi untuk membolehkan mana-mana
pekerjanya membuat aduan mengenai apa-apa perkara yang memudaratkan
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;
b. Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduan dan kejadian yang tersebut
di atas;
c. Melaporkan kejadian yang tersebut di atas kepada Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
2.3 Takrifan
Beberapa takrifan berikut adalah berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.
a. Kejadian Berbahaya (Dangerous Occurrence)
Mana-mana kejadian di dalam mana-mana kelas yang disenaraikan pada Jadual
Pertama Akta Kilang dan Jentera 1967 sebagaimana yang dilampirkan pada
LAMPIRAN 1 dan Jadual 2 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya,
Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 pada LAMPIRAN 2.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 41
b. Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan (Occupational Poisoning and
Diseases)
Mana-mana keracunan atau penyakit yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga
Akta Kilang dan Jentera 1967 sebagaimana yang dilampirkan pada LAMPIRAN
3 dan Jadual 3 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan
Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 dalam LAMPIRAN 4.
c. Kemalangan Nyaris (Near Miss)
Apa-apa kemalangan di tempat kerja yang berpotensi untuk menyebabkan
kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada apa-apa harta.
d. Kemalangan (Accident)
Suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja yang
mengakibatkan kecederaan maut atau kecederaan tidak maut.
e. Kecederaan Badan yang Serius
Apa-apa kecederaan yang disenaraikan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan,
Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 pada
LAMPIRAN 5.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 42
f. Kecederaan Maut
Kecederaan yang membawa kepada kematian serta merta atau kematian dalam
tempoh satu (1) tahun dari tarikh kemalangan.
g. Kecederaan Tidak Maut
i. Kecederaan masa hilang yang menghalang seorang pekerja daripada
melaksanakan kerja biasa dan membawa kepada ketidakupayaan untuk
bekerja secara kekal atau sementara, atau
ii. Kecederaan tiada masa hilang jika tiada masa kerja yang hilang selain yang
dikehendaki bagi rawatan perubatan.
h. Masa Hilang
Kehilangan hari yang dikira dari dan termasuk hari mendapat kemalangan
berdasarkan hari kalendar.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 43
2.4 PENYIASATAN INSIDEN
Prosedur menyiasat kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau
penyakit pekerjaan yang berlaku di UMS adalah seperti berikut dan diperincikan pada
LAMPIRAN 6;
a. Pemberitahuan Insiden kepada Ketua Jabatan
b. Penerimaan aduan/ pemberitahuan oleh Setiausaha JKKP-JFPIU (Pegawai KKP)
c. Perekodan aduan/ pemberitahuan insiden oleh Setiausaha JKKP-JFPIU
d. JKKP-JFPIU menjalankan siasatan insiden
e. Laporan siasatan diserahkan kepada Ketua Jabatan dan Wakil Pengurusan KKP
f. Laporan siasatan dibentang di Mesyuarat JKKP-JFPIU
g. Membincangkan hasil laporan siasatan dan menentukan tindakan
h. Cadangan tindakan penambahbaikan dimaklumkan dan dilaksanakan
i. Menghantar laporan kepada PKKP
2.5 PENUTUP
Prosedur ini akan dikemaskinikan semula berdasarkan kepada Peraturan Peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan Kejadian
Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) atau Prosedur UMS yang
berkaitan atau apabila diperlukan.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 44
3.PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN
DAN PENGUNGSIAN BANGUNAN
3.1 Objektif
a. Menjelaskan langkah-langkah semasa tindakan kecemasan kebakaran dan
pengungsian bangunan yang berkesan bagi tujuan mengatasi semua jenis
kemalangan yang mungkin berlaku di UMS;
b. Meminimumkan kesan kemalangan ke atas manusia dan harta benda di dalam dan
luar kawasan UMS;
c. Memusatkan kecemasan di dalam kawasan UMS atau jika boleh membasminya;
dan
d. Memenuhi keperluan undang-undang negara.
3.2 Skop
Prosedur ini hendaklah digunapakai semasa tindakan kecemasan kebakaran dan
pengungsian bangunan dijalankan di UMS.
3.3 Tanggungjawab
a. Semua J/F/P/I/U hendaklah menubuhkan Pasukan Kecemasan (Emergency
Respone Team) di J/F/P/I/U masing-masing;
b. Semua pekerja, pelajar, kontraktor, pelawat dan pelatih hendaklah
bertanggungjawab melaksanakan tindakan kecemasan kebakaran dan pengungsian
bangunan;
c. Unit Kecemasan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan J/F/P/I/U hendaklah
bertanggungjawab melaksanakan prosedur kecemasan kebakaran dan pengungsian
bangunan.
3.4 Terminologi
a. Ketua Insiden
Ketua J/F/P/I/U bertanggungjawab sebagai Ketua Insiden. Peranan Ketua Insiden
adalah sebagai Ketua dikalangan ketua Lantai dalam membuat atau melaksanakan
sesuatu keputusan atau tindakan. Ketua J/F/P/I/U perlu mengenalpasti lokasi
bersesuaian untuk dijadikan kawasan berkumpul yang selamat (Assembly Point).
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 45
b. Ketua Lantai
Ketua Lantai merupakan kakitangan UMS yang secara umumnya
bertanggungjawab terhadap aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerja serta
kecemasan di zon masing-masing. Perlantikan dibuat oleh Ketua J/F/P/I/U masing-
masing. Setiap aras bangunan perlu ada sekurang-kurangnya seorang Ketua Lantai.
Ketua Lantai yang dilantik mestilah kakitangan yang bertugas di aras tersebut.
Bilangannya boleh lebih dari seorang bergantung kepada keluasan kawasan dan
keperluan.
3.5 Prosedur
Am
a. Kebakaran boleh berlaku di mana-mana sahaja di dalam satu-satu bangunan tanpa
mengira masa. Oleh yang demikian, adalah wajar setiap
pekerja/pelajar/pelawat/kontraktor mengetahui tindakan yang perlu diambil
sekiranya berlaku kebakaran. Semua pekerja /pelajar/kontraktor/pelawat adalah
diingatkan supaya bertindak dengan tenang, jangan cemas apabila menghadapi
keadaan begini.
b. Prosedur ini menerangkan beberapa tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku
kecemasan kebakaran dan tindakan pengungsian bangunan. Satu salinan hendaklah
di pamerkan di papan kenyataan di semua bangunan.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 46
3.5.1 Tindakan Apabila Berlaku Kebakaran
Tindakan berikut boleh dijadikan prosedur tetap dan garis panduan apabila
berlaku kebakaran.
a. Kebakaran Kecil:
i. Padamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api yang sesuai
ii. Telefon:
Bahagian Keselamatan UMS Kampus Induk Kota Kinabalu
088-320 111 sambungan 5000
Bahagian Keselamatan UMS Kampus Antarabangsa Labuan
087-614780 / 087-614885
Bahagian Keselamatan UMS kampus Sandakan
089-248100 (Waktu Pejabat sahaja)
b. Kebakaran Peringkat Mencemaskan
i. Bertenang untuk mengelakkan membuat tindakan yang salah
ii. Telefon:
Bahagian Keselamatan UMS Kampus Induk Kota Kinabalu
088-320 111 sambungan 5000
Bahagian Keselamatan UMS Kampus Antarabangsa Labuan
087-614780 / 087-614885
Bahagian Keselamatan UMS kampus Sandakan
089-248100 (Waktu Pejabat sahaja)
Jabatan Bomba dan Penyelamat: 999
Ketua J/F/P/I/U masing- masing
iii. Aktifkan Loceng kecemasan kebakaran dengan memecahkan alat
pecah kaca “Break Glass”
iv. Seterusnya ikuti prosedur pengungsian bangunan.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 47
4. PROSEDUR PENGUNGSIAN BANGUNAN
a. Sesiapapun tidak dibenarkan memasuki bangunan apabila loceng kecemasan dibunyikan.
b. Memberitahu Ketua Insiden/ Ketua Lantai yang bertugas di J/F/P/I/U atau
menghubungi Bahagian Keselamatan UMS (24 Jam) nombor telefon 088-320 111
sambungan 5000.
c. Keluar Menyelamatkan Diri
Semua pekerja/pelajar/kontraktor/pembekal/pelawat hendaklah keluar daripada
bangunan dan berkumpul di Tempat Berkumpul yang disediakan di setiap J/F/P/I/U.
d. Panggilan Baris (Roll Call)
Semua pekerja/ pelajar/ kontraktor/ pembekal/ pelawat adalah bertanggungjawab
melaksanakan panggilan baris (roll-call) di Tempat Berkumpul dengan segera apabila
mendengar isyarat kebakaran.
e. Memadam Kebakaran
Ketua Insiden/Ketua Lantai dan kakitangan yang terlatih di J/F/P/I/U sahaja dibenarkan
untuk memadamkan kebakaran supaya ianya dapat dikawal.
PERHATIAN:
Jika anda memerlukan PANGGILAN KECEMASAN, sila dail 999.
Sila rujuk pelan kecemasan/pelan lantai bangunan dan prosedur kebakaran di mana anda
menjalankan tugas. Bangunan adalah berbeza di antara satu dengan lain dan ia mungkin
memerlukan tindakan kecemasan yang berbeza.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 48
PERINGATAN:
Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi sebagai isyarat berlaku kebakaran,
semua pekerja/pelajar/kontraktor/pelawat hendaklah:
a. Menghentikan semua kerja serta merta;
b. Hentikan semua mesin;
c. Matikan semua punca kuasa elektrik;
d. Tutup gas atau lain-lain bahan yang mudah terbakar dari terdedah;
e. Tutup semua tingkap dan pintu. Keluar melalui lorong jalan yang mudah dan
selamat. Jika Pintu rintangan api panas, biarkan ia tertutup dan gunakan laluan
lain;
f. Gunakan tangga kecemasan dan jangan menggunakan lif;
g. Berjalan dengan tenang dan teratur;
h. Berjalan menuju ke tempat berkumpul dan tinggalkan barang-
barang yang tidak berkenaan;
i. Elakkan dari bersembunyi atau berlindung di dalam tandas, stor atau bilik;
j. Berikan kerjasama dan ikut arahan Ketua Insiden/Ketua Lantai;
k. Berkumpul di tempat yang selamat seperti yang telah ditetapkan.
4.1 Tindakan Ketua-Ketua Lantai
a. Menyiasat tempat kebakaran.
b. Bunyikan penggera kecemasan atau “wisel” (jika “alarm” automatik tidak
berbunyi).
c. Sekiranya kebakaran berlaku di peringkat awal dan tidak mengancam keselamatan
diri, padamkan segera.
d. Jika didapati kebakaran tersebut telah merebak dan ada penghuni di bangunan
tersebut, beri arahan pengungsian bangunan.
e. Arahkan semua pekerja/pelajar/kontraktor/pelawat keluar melalui pintu kecemasan
sahaja.
f. Arahkan pekerja/pelajar/kontraktor/pelawat menutup pintu-pintu dan tingkap.
g. Arahkan pekerja/pelajar/kontraktor/pelawat berkumpul di Tempat Berkumpul
yang telah ditetapkan.
h. Hubungi pegawai yang bertugas di Bahagian Keselamatan UMS untuk bantuan.
Jika perlu hubungi Jabatan BOMBA DAN PENYELAMAT secara terus.
i. Matikan semua suis elektrik. 49
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
j. Membuat panggilan baris (roll-call) bagi pekerja/pelajar/kontraktor/pelawat di
bawah kawalan masing-masing.
k. Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke bangunan tersebut melainkan yang
berkenaan sahaja.
4.2 Tindakan Ketua Insiden
a. Hubungi pihak BOMBA sebaik sahaja mendapat maklumat daripada Ketua Lantai.
b. Sediakan alat pemadam api di premis masing-masing (pastikan ia sentiasa
diselenggara)
c. Mengenalpasti lokasi pili bomba.
d. Arahkan Ketua Lantai memadam kebakaran sebelum pihak Bomba dan
Penyelamat tiba.
e. Arahkan Ketua Lantai untuk mengawal keadaan lalulintas bagi memudahkan pihak
Bomba dan Penyelamat masuk.
f. Dapatkan maklumat tentang panggilan baris (roll-call) sekiranya ada yang
tertinggal di dalam bangunan.
g. Memberi maklumat kepada Pegawai Bomba dan Penyelamat keadaan semasa.
h. Bekerjasama dengan anggota BOMBA dalam segala aspek.
i. Hubungi pihak ambulans bersiap sedia di satu lokasi.
4.3 Panduan Menyelamatkan Diri Semasa Kebakaran (Asap)
4.3.1 Tindakan Jika Terperangkap Di Dalam Asap
Di dalam sesuatu kebakaran, asap merupakan ancaman kerana ia bergerak
mendahului api, panas, menyesakkan pernafasan serta beracun dan boleh
menyekat jalan menyelamatkan diri dari kebakaran. Sebagai panduan
menyelamatkan diri dari kebakaran asap, perkara-perkara berikut perlu diberi
perhatian:
a. Bertenang, sabar dan berfikir. Panik atau kelam kabut boleh
mengakibatkan anda bertindak dengan cara yang salah.
b. Sila pastikan keadaan pintu sebelum dibuka. Sekiranya panas biarkan
ianya tertutup dan cari jalan lain untuk menyelamatkan diri.
c. Bergerak keluar ke tempat selamat dengan merangkak sambil bernafas
pendek-pendek melalui hidung.
d. Jika perlu, tutup hidung dengan tuala atau kain basah. 50
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH | Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan