The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INTI SPM SureSkor BM Kertas 1_210918_150538

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamsulharis, 2022-07-12 19:47:23

INTI SPM SureSkor BM Kertas 1_210918_150538

INTI SPM SureSkor BM Kertas 1_210918_150538

#SPMSureSkor
Workshop

Bahasa Melayu

Scan to join more INTI #SPMSureSkor Workshops.

INTI Education Counselling Centre Johor

No. 25, 25-01, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Austin Heights,
81100 Johor Bahru, Johor
Tel. No.: 07 - 364 7537

INTI Education Counselling Centre Perak

258, Jalan Sultan Iskandar,
30000 Ipoh, Perak.

Tel. No.: 05 - 241 1933

INTI Education Counselling Centre Pahang

B16, Jalan Seri Kuantan 81, Kuantan Star City II,
25300 Kuantan, Pahang
Tel. No.: 09 - 560 4657

BAHASA MELAYU SPM (KERTAS 1)

OLEH :
PUAN HAJAH ASMAH BINTI TAYEB

PN NORASHIDAH MOHD ARIS

KARANGAN BAHAGIAN A

1. (KEPELBAGAIAN BAHAN RANGSANGAN)
2.Soalan berformat boleh dikemukakan dalam bahagian ini seperti:

 SURAT RASMI
 SURAT TIDAK RASMI
 RESUME
 E-MEL
 SYARAHAN
 RENCANA

3. Terdiri daripada sekurang-kurangnya DUA bahan rangsangan seperti:

Gambar ilustrasi Gambar rajah Kartun Iklan
Peta Pelan Petikan akhbar Petikan umum
Petikan sastera Catatan Dialog E-mel

 FOKUS SOALAN BOLEH ADA ATAU TIADA DINYATAKAN DALAM SOALAN.

JIKA TIADA DALAM SOALAN, FOKUS BOLEH DIKENAL PASTI DALAM BAHAN RANGSANGAN.
 150 HINGGA 200 PATAH PERKATAAN SAHAJA
 CADANGAN MASA: 30 MINIT
 30 MARKAH


1 KESIHATAN DAN KEBERSIHAN 10 PELANCONGAN

2 KESELAMATAN 11 SEJARAH DAN WARISAN

3 PERPADUAN 12 SUKAN DAN REKREASI

4 KEBUDAYAAN, KESENIAN & ESTETIKA 13 PERINDUSTRIAN

5 JATI DIRI, PATRIOTISME & 14 PENDIDIKAN
KEWARGANEGARAAN

6 SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI 15 BAHASA DAN
EKSUSASTERAAN

7 ALAM SEKITAR & TEKNOLOGI HIJAU 16 KERJAYA

8 PERTANIAN, PENTERNAKAN & PERIKANAN 17 INTEGRITI

9 EKONOMI, KEUSAHAWANAN & 18 PENTADBIRAN DAN
PENGURUSAN KEWANGAN POLITIK

1

KAEDAH MENCARI FOKUS SOALAN
FORMULA KATA TUGAS
SUKA + HPP + C

2

Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat amat digalakkan dalam kehidupan.
Namun begitu, amalan ini kurang diamalkan oleh masyarakat walaupun mendatangkan
kepentingan yang banyak. Terdapat pelbagai langkah untuk mengamalkan amalan berjimat
cermat dalam kehidupan. (32)

Antara kepentingan amalan berjimat cermat termasuklah menjamin masa depan.
Dalam hal ini, kita boleh menabung di bank sedikit demi sedikit untuk kegunaan pada masa
hadapan kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Tamsilnya, wang tabungan dalam
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dapat digunakan bagi menyambung pelajaran
kelak umpama sediakan payung sebelum hujan. Impaknya, kita tidak akan mengadapi
kesulitan wang pada masa akan datang. Jelaslah bahawa amalan berjimat cermat dapat
dilakukan dengan membuat tabungan di bank. (63)

Lanjutan daripada idea di atas, amalan berjimat cermat dapat dipupuk dengan cara
berbelanja mengikut bajet seperti mengukur baju di badan sendiri. Dalam konteks ini, kita
perlu mengenal pasti barangan yang ingin dibeli itu sama ada barangan keperluan atau
barangan kehendak supaya perbelajaan dapat dikawal. Sebagai contoh, kita membeli
barangan keperluan seperti makanan dan ubat-ubatan. Impaknya, kita dapat mengelakkan
pembaziran selaras dengan tuntutan agama kerana membazir itu amalan syaitan. Tegasnya,
kita perlu berbelanja mengikut bajet untuk berjimat cermat. (68)

Sebagai kesimpulan, langkah berjimat cermat perlulah dipupuk dalam kalangan
masyarakat pada masa ini. Hal ini supaya masyarakat dapat hidup sejahtera pada kemudian
hari. Oleh itu, masyarakat haruslah mempraktikkan amalan ini sejak kecil lagi selaras dengan
peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. (36)

3

BAHAGIAN B

1. Soalan Berdasarkan Domain Pembelajaran Dalam Dskp
 Peribadi
 Awam
 Pendidikan
 Kerjaya

2. Setiap soalan ada stimulus

3. Fokus soalan ada dinyatakan dalam soalan

4. Jawab satu daripada empat soalan sahaja

5. Antara 350 hingga 500 patah perkataan sahaja

6. Cadangan masa: 1 jam 30 minit [70 markah]

PERIBADI Berinteraksi dengan keluarga, kawan-kawan, jiran dan masyarakat
sekeliling.

AWAM Berurusan dengan perkhidmatan awam, badan pentadbiran, aktiviti sosial
dan budaya dalam masyarakat.

PENDIDIKAN Berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran khusus.

KERJAYA Berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan persediaan menyertai alam
kerjaya.

SOALAN 4 : DOMAIN AWAM STIMULUS

Setiap rakyat Malaysia secara purata membuang 0.8 kilogram sampah setiap hari. Jumlah
ini cukup untuk memenuhi Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) dalam jangka masa
sembilan hari setengah sahaja. Aktiviti kitar semula dikenal pasti sebagai salah satu cara
paling berkesan untuk mengurangkan sampah sisa pepejal. Namun demikian, dikatakan
tahap kesedaran masyarakat terhadap amalan kitar semula masih rendah.

Sumber: Utusan Online, 16 Januari 2018

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa aktiviti kitar semula merupakan kaedah terbaik

untuk mengurangkan sampah sisa pepejal. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk

menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula kerana kesedaran terhadap

amalan tersebut masih rendah. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis

sebuah rencana bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula. Tajuk rencana

tersebut ialah ‘Usaha-usaha Menggalakkan Amalan Kitar Semula’.

Tulis rencana tersebut selengkapnya. FOKUS SOALAN

4

Soalan 4 : DOMAIN PENDIDIKAN STIMULUS

Kemenjadian seorang murid itu bukan diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-
mata, sebaliknya pembabitan dalam bidang kokurikulum turut dinilai. Kokurikulum mampu
melahirkan modal insan bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Merujuk surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1985 bertarikh 2 Januari 1985, setiap murid sama ada dari
sekolah kerajaan atau sekolah bukan kerajaan diwajibkan mengambil sekurang-
kurangnya satu aktiviti pasukan badan beruniform, satu aktiviti persatuan atau kelab dan
satu aktiviti sukan atau permainan.

Sumber: Berita Harian

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa kemenjadian seseorang murid diukur
berdasarkan pencapaian akdemik dan pembabitan dalam aktiviti kokurikulum.

Jelaskan faedah-faedah aktiviti kokurikulum kepada murid. FOKUS SOALAN

5

6

MODUL MENULIS KARANGAN [ SUMBER MODUL YaPEIM ]

SUMBER : CIKGU SHAHARUDDEN MUHAMAD KALAM /

JENIS AYAT HURAIAN

M = Masa Penggunaan penanda wacana masa seperti ‘Dewasa ini’ dan sebagainya

I = Isu semasa Perkara / persoalan / isu yang dibincangkan dalam soalan

S = Sebab Beri alasan kepada persoalan yang berlaku.

O = Oleh itu Apa yang patut dilakukan/usaha?

P = Persoalannya, Tugasan yang perlu dijawab oleh calon.

M = Masa PENDAHULUAN
MISOP

Dewasa ini, aktiviti kokurikulum wajib dijalankan di setiap sekolah seluruh
negara bagi melahirkan murid-murid yang cemerlang dan seimbang.

I = Isu semasa Di Malaysia, setiap murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum Badan
Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan
berdasarkan surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1985 bertarikh 2 Januari
1985

S = Sebab Hal ini dikatakan demikian kerana melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum murid
akan menguasai pelbagai kemahiran seperti berkawad, memasak dan
bersukan

O = Oleh itu Oleh itu, murid-murid seharusnya menggunakan peluang yang ada ini
untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang
dijalankan oleh pihak sekolah

P = Persoalannya, Persoalannya, apakah faedah-faedah menyertai aktiviti kokurikulum
kepada murid?

7

ISI
I MISS Cili API

JENIS AYAT HURAIAN

I - Idea Relevan dan sesuai dengan tugasan

M - Mengapa Bina ayat huraian (5 W + 1 H)

I - Impak Nyatakan kesan / impak daripada pernyataan ayat jawapan

S - Sekiranya Beri pandangan
S – Sepatutnya Beri cadangan
Cili – Contoh Contoh jelas / peribahasa
API – Ayat Penegas Isi Kesimpulan ringkas sebagai penegasan idea utama

I - Idea Antara faedah aktiviti kokurikulum kepada murid adalah dapat
melahirkan modal bersahsiah unggul dan berkeperibadian
mulia

M - Mengapa Mengapakah aktiviti kokurikulum ini dikatakan dapat melahirkan
modal insan bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia?
Aktiviti kokurikulum ini dapat melahirkan modal insan bersahsiah
unggul dan berkeperibadian mulia kerana mereka akan
bekerjasama, bertoleransi dan hormat-menghormati dalam
sebarang aktiviti kokurikulum yang dijalankan

I - Impak Secara tidak langsung murid akan dapat membentuk jati diri
S - Sekiranya yang unggul dalam diri mereka. Pada masa yang sama murid
S – Sepatutnya juga dapat belajar menepati masa kerana sesungguhnya masa
Cili – Contoh itu emas.

Sekiranya murid tidak didedahkan dengan aktiviti kokurikulum
mungkin mereka tidak dapat menguasai pelbagai kemahiran dan
sukar bergaul dengan masyarakat sekeliling.

Ibu bapa dan guru sepatutnya memainkan peranan untuk
menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum demi kebaikan diri mereka.

Sebagai contoh, guru-guru menjalankan aktiviti perkhemahan
unit beruniform dan perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa
untuk memastikan murid-murid berada dalam keadaan selamat.

API – Ayat Penegas Isi Jelaslah bahawa dengan mengikuti aktiviti kokurikulum, murid
akan dapat membentuk sahsiah yang unggul dan peribadi
yang mulia dengan lebih mantap kerana kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya.

8

PENUTUP
SaHaSeu

JENIS AYAT HURAIAN
Sa - Saranan Rumusan Idea + Penanda Wacana Penutup

Ha - Harapan (Agar/supaya) Harapan terhadap isu yang dibincangkan
Menyeru secara umum untuk menyelesaikan isu
Se - Seruan (Untuk Ungkapan menarik yang sesuai dengan isu/masalah
Menyelesaikan Isu / Masalah)

U - Ungkapan Bahasa Indah

CONTOH PERENGGAN KESIMPULAN :

Sa Kesimpulannya, murid hendaklah melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
yang dapat memberikan pelbagai impak positif kepada murid-murid di sekolah.

Kerjasama dan komitmen ibu bapa dan pihak sekolah amat diperlukan dalam
Ha memastikan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah dapat dijayakan

dengan sepenuhnya

Oleh hal yang demikian, murid-murid hendaklah melibatkan diri dalam aktiviti-
Se aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk kebaikan diri

mereka

U Hal ini ibarat kata pepatah Melayu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

9

Semoga Berjaya Dalam SPM

Scan to join more INTI #SPMSureSkor Workshops.

INTI Education Counselling Centre Johor

No. 25, 25-01, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Austin Heights,
81100 Johor Bahru, Johor
Tel. No.: 07 - 364 7537

INTI Education Counselling Centre Perak

258, Jalan Sultan Iskandar,
30000 Ipoh, Perak.

Tel. No.: 05 - 241 1933

INTI Education Counselling Centre Pahang

B16, Jalan Seri Kuantan 81, Kuantan Star City II,
25300 Kuantan, Pahang
Tel. No.: 09 - 560 4657

10


Click to View FlipBook Version