MENCEGAH PENYAKIT
SEMASA
UNIT 4
MENCEGAH PENYAKIT
LEPTOSPIROSIS
PENGENALAN
• Unit ini memberi pendedahan kepada Doktor Muda
mengenai pencegahan dan kawalan leptospirosis.
• Pengetahuan yang diperolehi akan mendorong kepada
tindakan mengelak jangkitan penyakit ini.
OBJEKTIF
1. Mengetahui penyakit Leptospirosis
2. Mengetahui cara jangkitan Leptospirosis
3. Memahami tanda Leptospirosis
4. Menyatakan cara mencegah Leptospirosis
Apa Itu Penyakit Leptospirosis
• Disebabkan oleh bakteria Leptospira
• Terdapat dalam air kencing haiwan mamalia yang dijangkiti
seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, kuda dan babi
Tikus
Cara Jangkitan Leptospirosis
• Dijangkiti sekiranya terdedah/ kontak secara
langsung air (sumber air) atau makanan yang
tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit
• Tempoh inkubasi adalah selama 5 – 14 hari
• Boleh menyebabkan kematian
Tanda-tanda Leptospirosis
• Demam
• Sakit kepala
• Loya dan muntah
• Sakit otot
• Kemerahan pada mata
• Ruam kulit
• Sakit pada abdomen
• Batuk
• Sakit pada betis
• Jaundis
• Air kencing berwarna kehitaman
Langkah Pencegahan Leptospirosis
• Menjaga kebersihan persekitaran rumah, rumah
dan taman permainan
• Tutup dan tudung makanan
• Mengamalkan kebersihan tangan
• Bersihkan diri selepas ke kebun, membersih
sampah atau membersih rumah selepas banjir
• Cuci dan balut luka dengan sempurna
• Jangan bermain air lopak terutama selepas banjir
• Segera dapatkan rawatan jika terdapat tanda
jangkitan
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
AKTIVITI 1: TEKA KATA LEPTOSPIROSIS
-MATLAMAT: MENCEGAH PENYAKIT
LEPTOSPIROSIS.
PAUTAN LATIHAN:
https://www.liveworksheets.com/gp2989611zz