NOTA ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL (Cikgu Ahmad Soffian b.Abdul Malik) 1 BENTUK penghasilan bentuk melalui teknik lukisan bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan 1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D) 2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. 3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna. 4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. Ciri-ciri bentuk 1. Bersifat tiga dimensi (3D) – ketinggian, lebar dan kedalaman 2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membentuk form atau isipadu. 3. Boleh dilihat dari semua arah –mempunyai lebih dari satu permukaan 4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang Jenis-jenis Bentuk A. Bentuk Konkrit 1. Bentuk bersifat 3 dimensi,boleh dirasa,disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut. 2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata) 3. Contoh benda batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya. bentuk konkrit - meja bentuk konkrit – bola B. Bentuk Ilusi 1. bentuk ilusi ialah bentuk dihasilkan Melalui kemahiran penggunaan unsur- unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain 2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan,catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi) 3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan. 4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi ada bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor utama. bentuk ilusi teknik komputer grafik bentuk ilusi teknik catan Vincent Van Gogh 'Still Life" Membina Bentuk Konkrit Bentuk boleh dihasilkan melalui :- 1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai) 2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi) 3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.
NOTA ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL (Cikgu Ahmad Soffian b.Abdul Malik) 2 penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak Penggunaan kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit seni origami bentuk yang dihasilkan daripada bahan tanah liat bentuk dicipta daripada plaster of paris penggunaan kaca juga dapat menghasilkan bentuk penggunaan bahan lilin ukiran bentuk arca menggunakan sabun
NOTA ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL (Cikgu Ahmad Soffian b.Abdul Malik) 3 JALINAN Apa Itu Jalinan 1. Jalinan ialah kesan pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain. 2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza. 3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri. jalinan pada keratan rentas batang pokok jalinan pada kulit harimau belang jalinan pada kulit siput Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi rekahan pada tanah jalinan kasar pada permukaan batu jalinan berduri pada kulit durian Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia jalinan pada langit- langit rumah Jenis-jenis Jalinan 1. Jalinan Sentuh a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya Jalinan Sentuh – kulit kerang Jalinan Sentuh – tayar motorsikal 2. Jalinan Tampak - kesan jalinan yang dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya. Jalinan Tampak - kertas dinding
NOTA ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL (Cikgu Ahmad Soffian b.Abdul Malik) 4 Jalinan Tampak - kulit tembikai Fungsi Jalinan 1. Sebagai Penyamaran - sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang 2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut 3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding 4. Pengaliran air dan udara - jala ikan Contoh Penghasilan Karya JalinanTampak gosokan teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan. capan kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas. ikat dan celup menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki pualaman menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut. batik Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya
NOTA ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL (Cikgu Ahmad Soffian b.Abdul Malik) 5 lukisan dan catan menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh anyaman penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya tenunan jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh sulaman semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh kolaj merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain WARNA 1. Pengenalan i. Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan. ii. Warna ialah kesan pigmen di atas sesuatu permukaan. iii. Roda warna adalah gambaran visual warna . iv.Roda warna ada : - warna asas - warna sekunder - warna tertier. v. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna 2.Jenis-Jenis Warna a.Warna Asas - Warna asas /warna primer atau warna dasar - Warna-warna yang tidak boleh dibuat dari campuran warna lain tetapi boleh cipta warna kedua dan ketiga - Mempunyai kuasa yang hebat - Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana . warna asas - merah, biru dan kuning b.Warna Sekunder - Juga dipanggil warna kedua - Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas. warna asas + warna asas = sekunder - Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau + + = a. Merah + Kuning = Jingga + = b. Merah + Biru = Ungu + = c. Kuning + Biru = Hijau
NOTA ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL (Cikgu Ahmad Soffian b.Abdul Malik) 6 warna sekunder - jingga, ungu dan hijau c. Warna tertier - Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna warna tertier = warna asas + warna sekunder - Warna tertier terdiri daripada a. biru ungu = biru + ungu b. biru hijau = biru + hijau c. kuning jingga = kuning + jingga d. kuning hijau = kuning + hijau e. merah jingga = merah + jingga f. merah ungu = merah + ungu warna-warna tertier Ruang dan Perspektif Pengenalan. Ruang bermaksud jarak antara objek yang wujud dialam nyata dan visual. 1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam yang sama Saiz akan berubah apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh. 2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. 3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ketentuan pelukis. 4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara : a. Perspektif 1 titik lenyap b. Perspektif 2 titik lenyap c. Perspektif 3 titik lenyap Panduan menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita. Panduan menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan. Panduan menghasilkan lukisan perspektif 3 titik lenyap Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan bangunan-bangunan yang tinggi
NOTA ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL (Cikgu Ahmad Soffian b.Abdul Malik) 7 TEKNIK CAT AIR a) BASAH ATAS BASAH (wet on wet) -Teknik ini dilakukan dengan sapuan warna di atas permukaan kertas yang di basah.Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk dapatkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan. - Merupakan teknik paling dramatik bagi media cat air - Sapuan warna yang susah dikawal * Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda. Teknik Basah atas Basah Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada b) BASAH ATAS KERING ( wet on dry) - Teknik melibatkan sapuan warna (basah) ke atas permukaan kering untuk hasilkan kesan legap(opague). - Teknik yang paling banyak digunakan kerana sesuai dengan pelbagai jenis media dan senang dikawal sapuan warna - Lapisan pertama dibiarkan kering sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik Basah atas kering c) KERING ATAS BASAH (dry on wet) - Teknik melibatkan sapuan warna dari tiub (kering) terus disapu ke atas permukaan kertas yang tela dibasahkan/di atas lapisan warna yang cair. - Teknik ini meningalkan kesan lutsinar dan legap bergantung kepada kuantiti penggunaan warna untuk mencatan. Teknik kering atas basah d) KERING ATAS KERING (dry on dry) - Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi warna yang melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya. Teknik Kering atas kering PROSES MENCATAN/LANGKAH-LANGKAH MENCATAN CAT AIR 1.Buat lakaran menggunakan pensil secara kasar dan ringkas - masa 10 minit 2. Warnakan latarbelakang dengan warna paling muda dan cair guna teknik basah atas basah. (Pastikan sapuan berus dikawal)
NOTA ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL (Cikgu Ahmad Soffian b.Abdul Malik) 8 3.Untuk warna objek,gunakan warna lebih gelap pada objek melalui teknik basah atas kering. (Pastikan fokus dan tahu arah cahaya). 4.Langkah seterusnya,masukkan warna gelap,bukan hitam tapi campurkan warna hitam dengan warna objek supaya lebih gelap pada objek pastikan arah cahaya dengan tepat. 5. Proses akhir,gunakan warna putih untuk menimbulkan ton cahaya (teknik kering atas kering) atau boleh gunakan pensel warna putih,kapur putih, atau krayon putih. TEKNIK CATAN CAT MINYAK i.Teknik titik - Teknik menggunakan berus untuk membentuk tindihan titik-titik warna. - Kajian kekuatan penggunaan tindihan warna akan menimbulkan bentuk objek. ii.Teknik Glazing - Teknik ini seolah-olah menampakkan kilauan berkasa.Ia dibentuk dengan menggunakan sapuan-sapuan berus yang bersahaja. iii.Teknik Hard Edges. - Teknik ini seolah olah seperti catan yang dipotong-potong. - Teknik ini menggunakan masking tape untuk memisahkan warna. iv.Teknik Impasto. - Teknik ini menggunakan warna tiub yang banyak tetapi tidak banyak menggunakan minyak linsid untuk mencairkannya. - Teknik ini menggunakan pisau palit (pallete knife). v.Teknik Lembut (Scumbling). - Teknik menggunakan sapuan warna berus terkawal,meletakkan lapisan warna legap atau separuh legap pada permukaan catan untuk mendapatkan kesan kusam dan berjalinan. vi.Teknik ala prima - Teknik menyapu warna cat minyak terus dari tiub dan melukis. - Kesan teknik adalah legap dan tebal. LUKISAN Pengenalan 1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya. 2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel.Penggunaan warna amat terhad. 3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka. Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan 1. Lakaran – proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea perkembangannya. 2. Lukisan – proses lanjutan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi. 3. Catan – hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak. 4. Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat. Teknik Melukis 1. Teknik garisan, 2. Teknik garisan pangkah, 3. Teknik titik, 4. Teknik lorekan dan 5. Teknik campuran. Media Lukisan 1. Pensel - Dibuat daripada arang dan tanah liat - Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton - Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel pensel mempunyai pelbagai saiz
NOTA ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL (Cikgu Ahmad Soffian b.Abdul Malik) 9 Gred pensil berbeza memberi ton berbeza Contoh Hasil Karya Lukisan 2. Media Arang - Asalnya merupakan arang batang kayu yang dibakar. - Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat. - Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam Contoh Arang Pensil dan berbentuk batang Contoh Hasil Karya Arang Teknik gosokan 3. Media Pen dan -Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker -Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci Pen Teknikal Pen Kaligrafi Contoh lukisan Pen Teknikal
NOTA ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL (Cikgu Ahmad Soffian b.Abdul Malik) 10 4. Media Pastel - Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza. - Lukisan menggunakan pastel hendaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal Pastel Krayon Kapur Contoh lukisan menggunakan pastel kapur Contoh lukisan menggunakan krayon atau soft pastel Asas Sebelum Melukis 1. Memilih teknik melukis. 2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan. 3. Memilih objek untuk dilukis. 4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan. 5. Membuat Lakaran objek. 6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap. 7. Tetingkap Fokus – Merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah. Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda. Memilih sudut yang menarik dan indah. Digunakan untuk melukis di luar studio. ARCA 1. DEFINISI ARCA • Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. • Perkataan arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan tugu Peringatan 2.JENIS – JENIS ARCA • Arca bersifat realis atau abstrak. • Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. • Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan bentuk dan maksud arca tersebut. • Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. • Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi. 3.CONTOH ARCA
NOTA ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL (Cikgu Ahmad Soffian b.Abdul Malik) 11 Kategori Arca : a) Arca berfungsi b) Arca estetik (arca estetik seperti foto diatas) Jenis Arca : a) Arca Timbulan b) Arca Luakan c) Arca Binaan d) Arca Acuan e) Arca Mobail f) Arca Assemblaj g) Junk Sculpture Sumber rujukan: http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lu kisan.html KOMUNIKASI VISUAL DAN GRAFIK ILUSTRASI Pengenalan 1.Ilustrasi ialah gambaran untuk menjelaskan sesuatu keterangan, mesej atau idea kepada orang ramai. 2.Ilustrasi yang baik akan memberi kesan positif kepada audien. 3.Ilustrasi juga berfungsi untuk memberi maklumat. 4.Ilustrasi selalu digunakan secara bersama Artikel dalam akhbar,majalah, iklan, poster, kad ucapan, kulit buku. 5.Ilustrasi juga digunakan untuk membuat komentar dankritikan secara halus. 6.Ilustrasi juga berfungsi untuk dekoratif. Fungsi Ilustrasi 1.Menggambarkan dekoratif/unsur hiasan 2.Memberi maklumat tentang sesuatu subjek atau objek secara terperinci 3. Menyampaikan komentar atau penerangan, bahan atau subjek lebih jelas. Jenis-jenis Ilustrasi a.Ilustrasi alam menggambarkan alam dengan teknik lukisan dan catan untuk memberi gambaran alam yang sebenar seperti tumbuh-tumbuhan, serangga dan haiwan.Contoh ilustrasi pada setem. b.Ilustrasi perubatan digunakan dalam keperluan bidang perubatan. Pelukis membuat kajian tubuh manusia melalui ilustrasi (kajian anatomi). c.Ilustrasi maklumat digunakan dalam peta, carta organisasi,carta pai, graf. d.Ilustrasi penerbitan terdapat dalam ilustrasi cerpen, akhbar majalah, kulit buku, risalah. Fungsi Illustrasi a.Ilustrasi berkait rapat dengan seni, komunikasi dan perdagangan. b.Ilustrasi yang baik berperanan menarik minat orang ramai, memperkenalkan sesuatu barangan dan pengeluaran. c.Ilustrasi bagi sesebuah cerpen akan memberi minat kepada pembaca untuk membaca cerpen tersebut. d.Ilustrasi kulit buku akan menjelaskan kandungan buku. e.Ilustrasi berfungsi untuk gambarkan dekoratif, memberi maklumat dan komentar. f.Ilustrasi boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti: (a)Teknik lukisan (b)Teknik catan (c)Teknik kolaj (d)Teknik cetakan (e)Teknik foto montaj ( f)Teknik campuran (g)Teknik grafik komputer 6.Melalui teknik lukisan, ilustrasi dilakar dengan menggunakan bahan-bahan kering seperti pensel, arang, krayon, pen. 7.Melalui teknik catan, ilustrasi dihasilkan dengan menggunakan bahantara pigmen berwarna. 8.Ilustrasi yang dihasilkan melalui teknik kolaj dilakukan dengan cara menampal bahan-bahan seperti kertas, gambar, perca kain, daun-daun dan bahan- bahan kutipan ke atas permukaan rata. DEFINiSI LOGO 1. Perkataan logo ialah singkatan daripada ‘Logogram’. 2. Logo merupakan satu gubahan ringkas yang membawa makna dan mesej tertentu FUNGSI LOGO 1.Logo berfungsi sebagai satu simbol atau tanda pengenalan Pertubuhan Persatuan Kelab Barangan komersial Syarikat Perkhidmatan Kempen Pameran 2.Logo ada pada dinding,kenderaan,iklan,poster,bungkusan atau bahan bercetak seperti majalah,suratkhabar,sampul surat,kepala surat bagi sesuatu pertubuhan. SUMBER ILHAM CIPTAAN LOGO Flora Fauna Huruf Angka Bentuk geometri JENIS-JENIS LOGO Logo Huruf Logo Representasi Logo Simbol Logo huruf Menggunakan huruf/abjad sebagai logo identity contoh umum Mcdonalds,KFC,
NOTA ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL (Cikgu Ahmad Soffian b.Abdul Malik) 12 Logo representasi Gabungan imej /bentuk dan huruf Logo simbol Menggunakan bentuk yang diolah dan diringkaskan CIRI-CIRI GUBAHAN LOGO YANG BERMUTU 1.Logo asli dan unik 2.Mudah difahami 3.Warna yang maksumum dan sesuai. 5.Ada kaitan dengan tajuk dan tema. POSTER Maksud Poster - Poster ialah reka bentuk komunikasi yang berfungsi menyampaikan mesej dari sari pati daripada gubahan idea. Ciri-ciri Poster Sebagai alat komunikasi, antara ciri poster utama ialah: Menyampaikan mesej secara terus dan jelas. Idea utama disampaikan dalam bentuk imej atau tipografi Mesej perlu tepat dan terang. Menggunakan muka taip yang tepat dengan saiz yang bersesuian. Menarik perhatian orang ramai. PEMBUNGKUSAN 1.Jenis-jenis pembungkusan : a) Pembungkusan Tradisional- guna daun pisang, daun palas. b) Pembungkusan ModenKotak,Kertas,Plastik,Kaca 2 .Ciri-ciri maklumat perlu pada pembungkusan: a) Jenama b) Ilustrasi produk c) Ramuan d) Tarikh luput e) Berat bersih dan harga f) Logo, nama dan alamat syarikat, kilang atau pembuat produk Contoh pembungkusan moden KRAF TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU A.TENUNAN Pengenalan 1. Perkataan songket berasal dari‘Sungkit’ yang bermaksud teknik menyungkit menggunakan lidi atau bilah buluh. 2. Mula bertapak di 3 buah negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan. 3. Kelantan dan Terengganu pengeluar kain tenunan benang dan emas. 4. Pahang pengeluar kain tenunan tidak berbenang emas di kenali sebagai Tenun Pahang. Ia berasal dari Riau atau Sulawesi (Bugis) dibawa masuk ke Pahang abad ke-16. B. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN TENUNAN 1. Bermula semasa pemerintahan Che Siti Wan Kembang (1610-1677). 2. Tokoh songket – Wan Sharifah dari Kelantan. 3. Kain tenunan asalnya hanya dipakai oleh golongan bangsawan (kerabat Diraja). JENIS-JENIS KAIN TENUN SEMENANJUNG 1. Kain Tenun • Kain ini bercorak tanpa benang emas. • Warna benang berbeza-beza digunakan untuk membangkitkan corak petak-petak yang dipanggil ‘ragi kain’. 2.Kain Selit Benang Emas • Dikenali dengan nama kain ‘hujan emas’ atau ‘beras patah’. • Awalnya benang emas diselit secara melintang, kemudian motif corak mula diperkenalkan. 3.Kain Cindai • Dihasilkan dari teknik ikat dan berasal dari India. • Terkenal dikalangan kaum Batak, Sumbawa, Toraja dan suku-suku di Sabah dan Sarawak. • Mengandungi 3-5 warna pada satu kain.
NOTA ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL (Cikgu Ahmad Soffian b.Abdul Malik) 13 4.Kain Limar • Dibuat dari benang sutera. • Merupakan pakaian wanita istana zaman dahulu. MOTIF-MOTIF TENUNAN. ALATAN UNTUK TENUNAN Alat – kek tangan (hand loom) Kek lantai – floor loom Jentera/ Sikat Anak geliging Rahak Lidi Belira Torak, cuban dan peleting Pasong dan papan gulung PROSES TENUNAN 1. Melerai - Proses dimana benang yang kering dimasukkan sejenis alat bernama ’rahak’ untuk diputar pada satu alat lain dipanggil ’peleting’. 2. Menganing - Benang yang telah menjalani proses melerai dimasuk ke alat menaning untuk menentukan anjang benang. Segulung benang loseng berukuran 26-31m dan boleh hasilkan 12-14 helain kain. 3. Menggulung - Benang yang telah dianing digulung pada papan gulung ikut lebar gigi jentera. Loseng ialah benang yang memanjang pada kek. 4. Menyampuk - Proses memasukkan benang loseng ke dalam gigi jentera atau sikat. 5. Menghubung - Proses menyambung benang daripada loseng kepada benag yang tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggin ’ubung tindas’. 6. Mengarak - Proses melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang loseng. 7. Menyolek - Menyolek rekacorak pada kain. 8. Menenun - Proses terakhir dimana benag loseng dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain. BATIK Pengenalan Sejarah Batik di Malaysia 1.Batik di Malaysia bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka abad ke -14. 2.Perkataan batik berasal dari perkataan ‘titik’ yang bermaksud titik-titik lilin ciri-ciri penghasilannya. Kebanyak batik yang dihasilkan adalah untuk kegunaan harian dan dipakai pada hari perayaan dan keramaian. Tokoh Kraf Batik di Malaysia • Haji Che Su bin Ishak .Beliau ialah tokoh batik dari Kelantan. Beliau dilahirkan dalam tahun 1817. Beliau membuka perusahaan batik pada tahun 1911 di Kampung Lorong Gajah Mati, Kota Bahru,Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu. • Hj Ali bin Ismail. Beliau adalah tokoh batik di Negeri Terengganu. Beliau telah
NOTA ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL (Cikgu Ahmad Soffian b.Abdul Malik) 14 belajar cara membatik dengan orang Jawa di Singapura pada tahun 1932. Beliau mula menggunakan batik blok kayu dan blok tembaga yang dipengaruhi dari Batik Jawa. Hinggalah perusahaannya menjadi terkenal dan terbesar terletak di Kampung Hiliran, Kuala Terengganu. Pada tahun 1950,pekerjanya adalah seramai 200 orang. Jenis-jenis batik a) Batik Canting b) Batik Pelangi c) Batik Blok d) Batik Skrin e) Batik Campuran Motif-motif Batik Motif Flora Motif fauna • Sumber fauna seperti haiwan laut, darat dan udara dilakar mengikut kreativiti • Motif manusia kurang mendapat sambutan Alatan Batik Lukis/Tulis/Canting Canting Berus Alatan Batik skrin
NOTA ASAS PENDIDIKAN SENI VISUAL (Cikgu Ahmad Soffian b.Abdul Malik) 15 CETAKAN A.Definisi Cetakan - Suatu proses terapan blok ( plat ) ke atas permukaan kertas ,kain ,kanvas. B.Sejarah Cetakan - Bermula pada tahun 3000 S.M. Di Sumeria . - Mereka membuat salinan kulit kerang ke atas tanah liat. Pada abad ke 8 Masihi, orang cina membuat cetakan daripada blok kayu. Ilustrasi Cetakan Mono Blok Kayu abad 18 Cetakan Stensil Saring Sutera 1. Alat dan bahan untuk Cetakan . Pemidang Saring Sutera Sekuji Pisau NT Kain atau Kertas Pewarna Pelaka atau Pewarna Kain (Fabric Dye) Contoh Cetakan Stensil di T Shirt SARANG