The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jenis, prinsip, elemen, konsep dan ergonomik reka bentuk landskap

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadsoffian77, 2021-05-17 20:00:35

Jenis, prinsip, elemen, konsep dan ergonomik reka bentuk landskap

Jenis, prinsip, elemen, konsep dan ergonomik reka bentuk landskap

Jenis, Prinsip, Elemen,
Konsep dan Ergonomik
Reka Bentuk Landskap

Jenis Landskap
Landskap boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu landskap lembut (softscape)
dan landskap kejur (hardscape).
Landskap lembut merujuk
kepada elemen-elemen yang
hidup termasuk bunga,tumbuhan
renek dan pokok. Tujuan
landskap lembut adalah untuk
menjadikan landskap kelihatan
cantik, mewujudkan aura
dan mencerminkan perasaan
penduduk.

Contoh landskap lembut
Landskap kejur merujuk
kepada elemen-elemen keras
atau objek bukan hidup seperti
kayu dan batu. Contoh landskap
jenis ini ialah laluan pejalan
kaki, arca, air terjun dan elemen
fizikal lain.

Contoh landskap kejur

Prinsip-prinsip Reka Bentuk Landskap

Kepelbagaian Kepelbagaian Penegasan
dalam Reka
Bentuk Landskap Landskap yang cantik perlu Penegasan
ada prinsip kepelbagaian. bermaksud tumpuan
Kontra adalah salah satu cara atau fokus terhadap
untuk menghasilkan prinsip sesuatu elemen yang
kepelbagaian. Kepelbagaian menarik dan menonjol
dapat diwujudkan dengan dalam landskap. Penegasan
menggabungkan bentuk, diwujudkan melalui satu
jalinan dan kombinasi warna titik fokus atau ciri-ciri
dalam landskap. istimewa seperti warna,
ketinggian, bentuk, bunyi
atau objek/tanaman.

Penegasan

Keringkasan Imbangan simetri

Reka Bentuk Landskap perlu Imbangan tidak simetri
ringkas dan menarik. Gunakan
elemen penting sahaja seperti
tumbuhan, air dan struktur binaan.

Keringkasan Imbangan

Imbangan ialah hubungan antara
elemen-elemen dalam landskap. Imbangan boleh
menjadi simetri atau tidak simetri.

Irama Irama Kesatuan Kesatuan dari
landskap segi pengulangan
Prinsip ini merujuk kepada perubahan yang Kesatuan ialah gabungan
dari satu keadaan kepada keadaan yang menarik pelbagai elemen reka bentuk
lain secara berperingkat-peringkat untuk mendapatkan satu
menurut pandangan mata. konsep tertentu.
Perubahan ini dari segi Kesatuan dihasilkan
ketinggian, warna melalui penggunaan
atau jalinan. prinsip dan elemen
landskap secara
berulang-ulang
dan konsisten.

Elemen-elemen Reka Bentuk Landskap

Tumbuhan
Tumbuhan ialah elemen penting dalam
Reka Bentuk Landskap. Pemilihan
tumbuhan bergantung kepada saiz,
bentuk, warna dan jalinan. Tumbuhan
mempunyai fungsi fizikal dan estetik.

bbTeuorapgtoaangntruamfniagsnaeunmsiualasajlaindgi dan

Topografi

Topografi ialah keadaan semula jadi Tmuemnbyeughaarnkadnappaetrsekitaran
permukaan bumi seperti gunung,
bukit, lembah, sungai, tasik dan Struktur
daratan. Topografi buatan manusia Struktur diwujudkan bagi kemudahan dan
pula merujuk kepada busut kecil, keselesaan pengguna. Struktur boleh terdiri
perigi, batas tanaman dan kolam. daripada batu, konkrit, kayu dan logam.
Contoh-contoh struktur ialah lorong pejalan
kaki, pagar, tembok, bangku dan pondok.

Aseirjumkedmabnekreiktaennaknegsaann kSetrmukutduarhuanntupkengguna

Air

Air menjadi elemen estetik dan
berfungsi memberikan kesan nyaman
dan ketenangan. Air juga boleh
digunakan untuk aktiviti rekreasi.
Reka Bentuk Landskap air meliputi
kolam, air terjun dan pancuran air.

Konsep

Terdapat pelbagai konsep landskap di dunia ini, namun tumpuan adalah kepada landskap Melayu,
Islam, Bali, Thai, Jepun dan Inggeris. Konsep yang diguna pakai kadang-kadang bertindih-tindih
antara satu negara dengan negara yang lain khususnya di Asia Tenggara.

Konsep Landskap Melayu Konsep Landskap Islam Konsep Landskap Bali

Konsep landskap Melayu berkait Konsep landskap Islam bertitik Konsep landskap Bali menekankan
rapat dengan alam semula jadi. tolak daripada konsep syurga taman semula jadi yang berpaksi
Bahagian halaman mempunyai seperti yang terkandung dalam kepada keseimbangan antara
elemen buatan manusia seperti al-Quran. Konsep tersebut Tuhan, alam dan sesama manusia.
pagar dan wakaf. Air, tanah dan diekspresikan dalam bentuk
tumbuhan menjadi pelengkap taman yang teduh dengan Konsep Landskap Inggeris
seni hiasan landskap Melayu. tumbuhan dan air.

Konsep Landskap Jepun Konsep Landskap Thai

Konsep landskap Jepun lebih Konsep landskap Thai berteraskan Konsep landskap Inggeris
menjurus kepada budaya dan 'tiada batasan'. Reka bentuk mementingkan ciri-ciri bersih,
amalan hidup Jepun. Fokus landskap Thai lebih kepada rapi dan kemas tetapi kelihatan
utama landskap Jepun ialah alam konsep ruang yang simbolik dan moden, menarik serta bergaya.
semula jadi. Elemen penting abstrak. Konsep landskap dalam Landskapnya lebih ringkas,
yang digunakan ialah persekitaran Thai menekankan mudah tetapi tidak membosankan.
batu, air, tumbuhan dan perhiasan. aspek fizikal, mental dan sosial.

Ergonomik

Ergonomik bermaksud sains yang berkaitan dengan mereka bentuk dan
mengatur sesuatu perkara supaya pengguna boleh menggunakannya
dengan mudah dan selamat. Dalam bidang landskap, ergonomik ialah
kajian yang berkaitan penyusunan ruang luaran dengan mengambil kira
aspek penghadang suria, pencahayaan dan pengudaraan semula jadi.
Dalam konteks keselamatan, ergonomik dalam Reka Bentuk
Landskap melibatkan efisiensi tempat kerja dan pekerjaan. Hal ini
melibatkan juga alat dan bahan yang digunakan agar tidak mendatangkan
kemudaratan dan kecederaan.

Ruang pejalan kaki dibina untuk tujuan keselamatan


Click to View FlipBook Version