The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rinduati14, 2022-07-01 07:35:55

Psikometrik copy

Psikometrik copy

PENGHARGAAN:

Tahniah kerana telah terpilih untuk mengikuti Peperiksaan Online
Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE), dan terima kasih kerana memilih
E-book ini sebagai medium latihan persediaan peperiksaan anda. Soalan-
soalan yang dikumpul di dalam E-book ini merupakan soalan peperiksaan
online SPA sebenar yang telah di susun semula dalam bentuk format
soalan objektif lazim. Terakhir koleksi soalan dikemas kini ialah pada 15
Mac 2022.
Seksyen Ujian Psikometrik mengandungi soalan-soalan yang menguji
cara berfikir, emosi, kepimpinan, tingkah laku, kebolehan social,
komunikasi, toleransi, integriti dan disiplin calon peperiksaan. Semua
calon dinasihatkan untuk menjawab dengan pantas, perlihatkan nilai
positif melalui jawapan yang dipilih, dan pastikan jawapan yang dipilih
konsisten pada soalan yang hampir serupa. Akhir sekali, semoga berjaya
dan selamat menghadapi peperiksaan!

i

PENAFIAN:

Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan soalan dan
cadangan jawapan yang terkandung di dalam modul latih-tubi ini, tiada
jaminan secara nyata bahawa soalan-soalan ini akan diulang semula
pada peperiksaan SPA (PSEE) yang akan datang, dan tiada juga jaminan
bahawa kesemua cadangan jawapan yang disertakan adalah tepat
sebagai jawapan yang pasti untuk setiap soalan.
Penegasan: Pihak SPA TIDAK PERNAH mengeluarkan skema jawapan
Peperiksaan SPA (PSEE) secara rasmi!

ii

DAFTAR ISI KANDUNGAN

Pengenalan ……………………………………………………………….……………… iv
Nota Panduan ……………………………………………….………….……………… v-viii
Set 1 …………………………………………………………………………………………. 1-9
Set 2 …………………………………………………………………………………………. 10-15
Set 3 …………………………………………………………………………………………. 16-22
Set 4 …………………………………………………………………………………………. 23-29
Set 5 …………………………………………………………………………………………. 30-35
Jawapan ……………………………………………………………………………………. 36
Nota Pitawat ………………………….…………………………………………………. 37
Penutup ……………………………………………………………………………………. 38

iii

PENGENALAN

Set soalan ini mengandungi soalan dan cadangan jawapan sahaja.
Kepada calon peperiksaan yang pertama kali menduduki peperiksaan
ini, susun atur Peperiksaan PSEE Online adalah seperti di bawah (akses
menggunakan telefon mudah alih).

Calon peperiksaan diminta untuk
membuat persediaan seperti yang
berikut:-
• Buat tetapan masa 50 minit untuk

setiap set soalan
• Jangan ambil masa yang terlalu lama

untuk menjawab setiap soalan
• Berikan jawapan yang wajar
• Fahami kehendak soalan sebaiknya

Sekali lagi diingatkan bahawa set
himpunan soalan ini HANYA
mengandungi soalan untuk SEKSYEN
UJIAN PSIKOMETRIK sahaja.

iv

NOTA PANDUAN:

Semua calon dinasihatkan untuk menonjolkan keperibadian yang
positif melalui jawapan-jawapan yang diberi. Ini tidak bererti bahawa
calon digalakkan untuk besifat tidak jujur, namun sebarang jawapan
yang berbaur negatif pasti akan membuatkan calon gagal melepasi
peperiksaan Ujian Psikometrik SPA. Maka, calon harus bijak
menyerlahkan keperibadian yang positif melalui pilihan-pilihan
jawapan dalam Ujian Psikometrik. Calon juga diingatkan untuk
sentiasa konsisten dalam memberikan jawapan. Ini kerana sering ada
soalan-soalan mirip dengan olahan yang berbeza siap untuk
memerangkap calon.

Contoh soalan mirip:-

a) Anda sering membantu rakan anda yang sedang dalam
kesusahan.
Benar/Tidak Benar

b) Walaupun anda sedang dalam kesusahan, anda wajib memberi
bantuan kepada orang lain yang sedang dalam kesusahan.
Setuju/Tidak Setuju

Untuk soalan di atas, jawapan calon seharusnya konsisen dengan hasil
jawapan a) Benar dan b) Setuju. Jawapan yang tidak konsisten akan
memberikan implikasi keseluruhan yang negative terhadap
keperibadian anda!

v

Selain itu, soalan Ujian Psikometrik SPA juga akan bertanyakan
beberapa siri soalan yang seakan mirip dengan konteks keseluruhan
soalan yang sedikit berbeza antara satu sama lain bagi memastikan
calon benar-benar faham isi tersirat disebalik soalan yang ditanya.
Jadi, calon dinasihatkan untuk jangan terlalu terburu-buru
memberikan jawapan, dan mengambil sedikit masa untuk
menganalisa soalan yang diberi. Berikut merupakan contoh siri soalan
yang mirip dengan konteks maksud yang berbeza beserta ulasan
jawapan:-

a) Saya akan melakukan apa sahaja untuk dapatkan apa yang saya
idamkan.
J: TIDAK SETUJU
Ulasan: Ada unsur kerapuhan integriti.

b) Saya akan cekal berusaha untuk dapatkan apa yang saya
idamkan.
J: SETUJU
Ulasan: Struktur ayat neutral dengan konteks ayat positif.

c) Saya akan terus berusaha dalam apa sahaja kerja demi
mendapat apa yang saya idamkan.
J: SANGAT SETUJU
Ulasan: Struktur dan konteks ayat positif.

Maka, diingatkan sekali lagi, sila berikan jawapan yang konsisten, dan
elakkan daripada menjawab soalan secara terburu-buru.

vi

Berikut pula merupakan penerangan bagi setiap pilihan jawapan
SANGAT SETUJU, SETUJU, TIDAK SETUJU dan SANGAT TIDAK SETUJU.

a) SETUJU: implikasi jawapan yang diberi tidak ideal dalam
kehidupan seharian anda dan bergantung pada situasi serta
faktor-faktor lain.

b) SANGAT SETUJU: gambaran bahawa itulah tindakan ideal atau
kebiasaan dalam kehidupan anda.

c) TIDAK SETUJU: implikasi jawapan yang diberi menunjukkan
bahawa anda tidak 100% menentang cara pengendalian situasi
yang diberi, dan bergantung pada situasi serta faktor-faktor lain.

d) SANGAT TIDAK SETUJU: implikasi bahawa cadangan cara
pengendalian situasi yang diberikan sama sekali tidak diterima
pakai oleh anda.

vii

Selain itu, calon juga diminta untuk peka pada soalan dan jawatan
yang sedang dipohon. Terdapat beberapa soalan yang mempunyai
jawapan yang fleksibel dan bergantung berat pada jawatan yang
dipohon. Contohnya adalah seperti yang berikut:-

Semasa membuat penilaian dan keputusan, anda biasanya
terpengaruh oleh

A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding undang-undang

Untuk contoh di atas, sekiranya jawatan peperiksaan yang sedang
anda duduki adalah untuk badan undang-undang (PDRM, BOMBA,
IMIGRESEN, KASTAM dll), jawapan yang wajar adalah A, kerana badan
undang-undang sepatutnya mendahulukan undang-undang dalam
semua langkah kerjanya. Tetapi, sekiranya jawatan peperiksaan yang
sedang anda duduki adalah untuk badan kesihatan (pegawai
perubatan, pembantu perubatan dll), jawapan yang wajar adalah B,
kerana badan kesihatan sepatutnya lebih mementingkan kondisi
keselamatan nyawa masyarakat sebelum perkara lain.

Kriteria ideal calon yang dicari SPA/KDN adalah calon yang mempunyai
nilai kesopanan, sifat kepemimpinan, integriti yang kuat, aktif fizikal
dan mental, boleh menerima dan menjalankan arahan, terbuka pada
teguran, mempunyai semangat bermasyarakat, dan mempunyai
semangat patriotisme yang tinggi sesuai dengan 5 Rukun Negara.

viii

© Tried and True (T&T), 2021

SET 1

1) Saya gemar membaca akhbar harian tempatan di ruangan hiburan.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

2) Saya selalu memikirkan cara yang terbaik untuk bersosialsesama rakan pejabat.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

3) Saya selalu meragui keikhlasan dan kebenaran peminta sedekah.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

4) Apabila menginginkan sesuatu, saya hanya memikirkan carayang mudah untuk
mencapainya.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

5) Saya melihat kebijaksanaan seorang melalui raut wajahnya.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

1

© Tried and True (T&T), 2021

6) Apabila diberikan tugasan, saya akan berdiam diri seketika.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

7) Saya percaya dengan berusaha secara sendirian, saya mampu meraih kejayaan dengan
mudah.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

8) Saya suka meminta lebih daripada apa yang sepatutnya saya dapat.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

9) Saya suka mengemas meja kerja terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa
pekerjaan lain di meja tersebut.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

10) Saya percaya pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik bukan bererti saya
akan berjaya dalam bidang-bidang lain.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

2

© Tried and True (T&T), 2021

11) Saya lebih gemar berdiam diri daripada menegur kesilapan rakan saya kerana saya juga
melakukan kesilapan.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

12) Setelah saya menggunakan tandas awam, saya akan menyemak kebersihannya sebelum
saya meninggalkan tandas tersebut.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

13) Saya lebih gemar berkawan dengan wanita sahaja berbanding dengan lelaki.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

14) Saya tidak suka menunggu umpan pancing saya dimakan oleh ikan.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

15) Saya tidak suka menghias diri kerana saya percaya kecantikan adalah bermula daripada
dalam diri.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

3

© Tried and True (T&T), 2021

16) Apabila orang sekeliling memberi pandangan mereka terhadap diri saya, saya tidak akan
menerima kerana saya lebih memahami siapa diri saya yang sebenar.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

17) Apabila rakan saya dituduh melakukan kesalahan sedangkan kesalahan tersebut
dilakukan oleh saya, saya akan terus berdiam diri.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

18) Apabila saya memarahi seseorang, saya lebih gemar menunjukkan kemarahan saya di
media sosial.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

19) Perkembangan teknologi adalah penyumbang kepada keruntuhan akhlak generasi
baru.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

20) Saya tidak suka parkir kenderaan saya di tepi jalan raya kerana ia boleh menyebabkan
punca kesesakan jalan.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

4

© Tried and True (T&T), 2021

21) Saya tidak rasa selesa apabila rakan saya lebih berjaya dalam hidup.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

22) Saya yakin dengan banyak membaca, fikiran saya akan menjadi bertambah matang.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

23) Saya lebih gemar mengharapkan ramai orang ramai membantu saya apabila saya dalam
kesusahan.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

24) Saya tidak suka melihat seekor kucing yang lapar mendekati saya untuk meminta
makanan yang belum saya sentuh.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

25) Kelemahan diri tidak boleh diatasi.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

5

© Tried and True (T&T), 2021

26) Saya akan melakukan apa sahaja untuk merealisasikan hasrat saya termasuklah
meminjam wang untuk membeli barangan kesukaan saya.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

27) Saya lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

28) Saya akan mengambil langkah berhati-hati apabila menyatakan komen saya di media
sosial untuk mewujudkan keharmonian.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

29) Adakah anda suka memotong barisan ketika berbaris di lampu isyarat untuk
mempercepatkan anda tiba ke destinasi anda?
A) Tidak Langsung
B) Kadang-kadang
C) Tidak pasti
D) Tak ingat
E) Pernah
F) Kerap
G) Amat Sangat

30) Saya sedih apabila orang sekeliling melihat kekurangan saya.
A) Tidak Langsung
B) Kadang-kadang
C) Tidak pasti
D) Tak ingat
E) Pernah
F) Kerap
G) Amat Sangat

6

© Tried and True (T&T), 2021

31) Saya berasa tercabar apabila rakan saya membeli kereta mewah.
A) Tidak Langsung
B) Kadang-kadang
C) Tidak pasti
D) Tak ingat
E) Pernah
F) Kerap
G) Amat Sangat

32) Pernahkah anda terfikir untuk meminjam wang bagi membayar pinjaman sebelum ini?
A) Tidak Langsung
B) Kadang-kadang
C) Tidak pasti
D) Tak ingat
E) Pernah
F) Kerap
G) Amat Sangat

33) Pernahkah anda memilih rakan dengan melihat kepada paras rupanya yang
cantik/kacak terlebih dahulu?
A) Tidak Langsung
B) Kadang-kadang
C) Tidak pasti
D) Tak ingat
E) Pernah
F) Kerap
G) Amat Sangat

34) Apabila tiada lagi peluang, kita tidak perlu lagi berusaha.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

35) Saya tidak pernah didenda di zaman persekolahan dahulu.
A) Ya
B) Tidak

36) Saya tidak suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum
mereka melakukan kerja seharian.
A) Ya
B) Tidak

7

© Tried and True (T&T), 2021

37) Saya tidak suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

38) Mencari pengalaman baru membuatkan saya lemah dan letih.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

39) Saya suka mengharapkan balasan apabila saya memberi.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

40) Saya tidak akan menolong rakan saya kerana dia tidak membalas budi saya.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

41) Saya tidak akan berdoa hanya jika saya ditimpa musibah.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

42) Memberikan senyuman adalah salah satu keistimewan saya.
A) Ya
B) Tidak

43) Saya suka bertanya untuk mendapatkan penyelesaian.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

44) Saya bergantung pada orang lain untuk memulakan bicara.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

45) Memberikan hadiah atas satu kejayaan merupakan satu bentuk motivasi.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

8

© Tried and True (T&T), 2021
46) Dalam sesebuah majlis, saya lebih gemar menyendiri dari bercampur-gaul dengan

tetamu.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

47) Saya datang awal ke tempat kerja.
A) Ya
B) Tidak

48) Saya akan merasa menyampah bila orang lain berperangai pelik.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

49) Demi memastikan kejayaan rakan saya dalam akademik, saya sebagai seorang rakan
yang setia sanggup membimbingnya.
A) Ya
B) Tidak

50) Jika saya merendah diri saya akan dipandang rendah.
A) Setuju
B) Tidak setuju

Tamat untuk Set 1
Sila semak jawapan anda di halaman 36.

9

© Tried and True (T&T), 2021

SET 2

1) Menghadiri majlis-majlis keramaian adalah kesukaan saya
A) Ya
B) Tidak

2) Sangat penting bagi saya apabila menunaikan taat setia kepada orang yang lebih tua
A) Ya
B) Tidak

3) Hidup dalam keadaan yang stabil sepanjang masamembuatkan saya bosan
A) Ya
B) Tidak

4) Saya tidak endah pada ajaran agama dalam kehidupan seharian
A) Ya
B) Tidak

5) Dalam keadaan terdesak, saya tidak akan prihatin
A) Ya
B) Tidak

6) Apabila orang lain mengucapkan terima kasih, saya berfikirbahawa mereka mempunyai
muslihat
A) Ya
B) Tidak

7) Kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas dan nyata menjadi kesukaan saya
A) Ya
B) Tidak

8) Apabila menolak sesuatu permintaan, saya rasa bersalah
A) Ya
B) Tidak

9) Apabila bersama dengan orang lain, saya tidak merasa selesa
A) Ya
B) Tidak

10

© Tried and True (T&T), 2021

10) Apabila saya perlu bertanggungjawab, saya akan meminta maaf
A) Ya
B) Tidak

11) Tanpa meminta pendapat orang lain, saya selalu membuat keputusan sendiri
A) Ya
B) Tidak

12) Apabila bertentangan pendapat, saya tidak mencari kesalahan orang lain
A) Ya
B) Tidak

13) Apa yang orang lain minta atau mahu, saya ikuti
A) Ya
B) Tidak

14) Mengenai tingkah laku, saya jarang menerima maklum balas
A) Ya
B) Tidak

15) Barang-barang saya yang saya pinjamkan kepada kawan-kawan, saya tidak merasa
janggal untuk memintanya kembali
A) Ya
B) Tidak

16) Jika saya sibuk saya akan meminta pertolongan dari rakan sejawat
A) Setuju
B) Tidak Setuju

17) Apabila ada rakan yang mahu membantu kita tidak bolehmeletakkan sepenuh
keyakinan kepadanya
A) Setuju
B) Tidak Setuju

18) Mereka yang ditimpa kemalangan membuatkan saya berasa simpati apabila mereka
melakukan kutipan derma
A) Setuju
B) Tidak Setuju

11

© Tried and True (T&T), 2021

19) Mereka yang memimpin selalunya akan berebut untuk mendapat faedah dari yang
dipimpin
A) Setuju
B) Tidak Setuju

20) Saya akan tetap melaksanakan cadangan saya, walaupun ada orang yang tidak
bersetuju
A) Ya
B) Tidak

21) Saya masih akan menolong rakan saya walaupun dia tidak membalas budi saya
A) Setuju
B) Tidak Setuju

22) Apabila berkhidmat kita perlu mengenepikan urusan peribadi
A) Setuju
B) Tidak Setuju

23) Semasa saya masih kecil, saya mudah mengenal tempat yang dilawati
A) Ya
B) Tidak

24) Melakukan sesuatu kerja secara tersusun dan berhati-hati adalah sikap saya
A) Ya
B) Tidak

25) Saya sentiasa menyembunyikan kesalahan pekerja bawahan saya daripada
pengetahuan majikan atasan sebagai memberi peluangnya belajar.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

26) Merebut dan mencari peluang yang datang adalah sikap saya
A) Ya
B) Tidak

12

© Tried and True (T&T), 2021

27) Masalah kewangan yang serius boleh menyebabkan kemurungan.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

28) Peringatan pegawai lain untuk meletakkan buku di tempat asal selepas penggunaan
adalah tidak disukai oleh saya
A) Ya
B) Tidak

29) Kebolehan saya, tidak diyakini oleh rakan-rakan saya
A) Ya
B) Tidak

30) Dalam situasi baru, saya cepat boleh menyesuaikan diri
A) Ya
B) Tidak

31) Saya memerhati dan memahami kelakuan individu apabila sayatidak berpuas hati
dengan kerja seseorang
A) Ya
B) Tidak

32) Apabila mendapat arahan dan nasihat dari ketua kumpulan saya,ia membuatkan saya
rasa tidak selesa
A) Ya
B) Tidak

33) Saya akan menjadi lebih tegas apabila tidak berpuas hati dengan kerja seseorang
A) Ya
B) Tidak

34) Tinggal di kawasan yang tidak mempunyai ramai jiran,membuatkan saya selesa
A) Ya
B) Tidak

35) Dalam sesuatu pertandingan, saya adalah di antara orang yang terakhir dipilih
A) Ya
B) Tidak

13

© Tried and True (T&T), 2021

36) Berbincang mengenai konsep dan idea adalah kesukaan saya
A) Ya
B) Tidak

37) Dalam semua perkara saya rasa selalu ketinggalan
A) Ya
B) Tidak

38) Dalam menghadapi situasi-situasi baru, saya tetap selesa
A) Ya
B) Tidak

39) Sudah semestinya saya dapat melakukan dengan lebih banyakkerja apabila saya
melakukan kerja sendirian
A) Ya
B) Tidak

40) Jika ada kerja yang perlu diselesaikan, saya lebih suka bekerja secara berkumpulan
A) Ya
B) Tidak

41) Saya cepat marah, bila saya tidak sihat
A) Ya
B) Tidak

42) Apabila mendengar gurau senda, saya menjadi geli hati
A) Ya
B) Tidak

43) Demi memajukan kerjaya saya, saya gunakan cara yang tidak adil dalam sesuatu situasi
A) Ya
B) Tidak

44) Apabila orang lain melihat saya sebagai seorang yang amat berjaya, itulah yang menjadi
kemahuan saya
A) Ya
B) Tidak

14

© Tried and True (T&T), 2021

45) Kepada kawan dan keluarga, saya seorang yang tidak penting
A) Ya
B) Tidak

46) Apabila menyedari yang saya telah melakukan kesilapan, saya akan berusaha untuk
berubah
A) Ya
B) Tidak

47) Saya cuba untuk menghabiskan kerja-kerja rutin pejabat dalam waktu kerja tambahan
(overtime).
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

48) Berketerampilan menarik adalah satu usaha untuk dilihat sebagai seorang yang kemas
dan berjaya.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

49) Kerja-kerja di pejabat yang terlalu banyak sangat membebankan saya.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju

50) Sesekali saya berpendapat, seorang perokok mempunyai gaya yang menarik apabila
merokok.
A) Sangat tidak setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti
D) Setuju
E) Sangat setuju
Tamat untuk Set 2

Sila semak jawapan anda di halaman 36.

15

© Tried and True (T&T), 2021

SET 3

1) Untuk memastikan adik saya mempunyai harga diri yang tinggi, saya selalu memberi
peneguhan positif kepadanya
A) Ya
B) Tidak

2) Hajat murni tidak akan menjadi walaupun berusaha bersungguh-sungguh
A) Setuju
B) Tidak Setuju

3) Jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dibalas dengan perkara yang baik
juga.
A) Setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak Pasti

4) Untuk menjalankan tugas yang diamanahkan, saya perlu diberi kuasa yang cukup dari
pihak atasan
A) Ya
B) Tidak

5) Dengan pendapat orang lain saya selalu bertindak seolah-olah bersetuju
A) Ya
B) Tidak

6) Apabila saya melakukan kesalahan saya takutuntuk bertanggungjawab
A) Setuju
B) Tidak Setuju

7) Apabila saya melakukan sesuatu kerja, saya berharap agar adaorang yang memberi
perhatian
A) Setuju
B) Tidak Setuju

8) Apabila saya tidak setuju dengan pandangan pihak atasan, saya berani untuk
menyuarakan pendapat saya
A) Ya
B) Tidak

16

© Tried and True (T&T), 2021

9) Masalah kewangan membuatkan saya rasa kurang bersemangat untuk bekerja.
A) Ya
B) Tidak

10) Saya tidak perlu membalas budi rakan saya apabila dia membantu saya kerana dia
merupakan rakan baik saya.
A) Setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak Pasti

11) Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang
A) Setuju
B) Tidak Setuju

12) Sebelum memulakan kerja-kerja lain, saya akan menyelesaikan kerja terdahulu
A) Ya
B) Tidak

13) Jika tiada rakan sejawat yang berprestasi lebih baik daripada saya, saya sungguh
bersyukur
A) Setuju
B) Tidak Setuju

14) Setiap manusia hanya mementingkan diri sendiri dan iniadalah hakikat di dalam dunia
A) Setuju
B) Tidak Setuju

15) Walaupun barang yang saya beli kurang bermutu, saya tidakakan membuat sebarang
aduan
A) Ya
B) Tidak

16) Saya tidak teragak-agak untuk serahkan kerja saya jika ada orang yang sanggup untuk
melakukannya bagi pihak saya
A) Setuju
B) Tidak Setuju

17

© Tried and True (T&T), 2021

17) Saya akan melepaskan tanggungjawab saya apabila berlakunya kesilapan
A) Setuju
B) Tidak Setuju

18) Apabila perlu membimbing orang lain menjalankan tugas sayaberasa kurang senang
A) Setuju
B) Tidak Setuju

19) Membincangkan sesuatu idea dengan orang lain disukai oleh saya
A) Ya
B) Tidak

20) Saya bersemangat bangun awal setiap pagi untukberhadapan dengan cabaran di
pejabat
A) Ya
B) Tidak

21) Bakat kepimpinan lahir secara semula jadi. Oleh itu tiada latihan yang spesifik boleh
menjadikan seseorang itu berbakat dalam kepimpinan.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

22) Untuk mengelakkan daripada saya diejek kerana melakukan kesilapan, saya lebih suka
bersikap berdiam diri.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

23) Jika diberi pilihan untuk memberi arahan atau menerima arahan, saya lebih cenderung
untuk menerima arahan sahaja.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

24) Sekiranya kenderaan saya tidak dapat dihidupkan pada waktupagi untuk persiapan ke
tempat kerja, saya segera akan mengambil cuti kecemasan
A) Setuju
B) Tidak Setuju

18

© Tried and True (T&T), 2021

25) Saya selalu mengawal tindak-tanduk saya tanpa memikirkan perasaan dan emosi saya
sendiri ketika itu
A) Ya
B) Tidak

26) Saya tetap akan berpuas hati jika kerja yang dilakukan tidak sempurna
A) Setuju
B) Tidak Setuju

27) Berdampingan dengan yang intelek adalah kesukaan sayadaripada orang yang praktikal
A) Ya
B) Tidak

28) Apabila ditegur, saya boleh mengawal emosi
A) Ya
B) Tidak

29) Saya tidak mengharapkan balasan apabila saya suka memberi
A) Ya
B) Tidak

30) Walaupun menghadapi perbagai cabaran dan dugaan, sayamesti bersikap positif
A) Ya
B) Tidak

31) Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus
A) Ya
B) Tidak

32) Apabila berlaku sesuatu kesilapan, saya selalu menyalahkan orang lain
A) Ya
B) Tidak

33) Bagi meningkatkan kemahiran, saya tidak malu dan seganuntuk berbincang dengan
orang lain
A) Ya
B) Tidak

19

© Tried and True (T&T), 2021

34) Walaupun pendirian saya tidak disenangi oleh orang lain, saya tetap mengatakannya
A) Ya
B) Tidak

35) Untuk menepati sasaran kerja, saya tidak sanggup berkorban untuk mencapainya
A) Ya
B) Tidak

36) Apabila memuji orang bawahan, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang memalukan
A) Setuju
B) Tidak Setuju

37) Apabila rakan-rakan saya menghadapi masalah, saya akan melayan setiap masalahnya
A) Ya
B) Tidak

38) Semasa merancang sesuatu projek, saya tidak menggemari untuk mengajak orang lain
menyertainya
A) Ya
B) Tidak

39) Tanpa mengira agama dan bangsa, saya suka menolong sesiapa sahaja yang
memerlukan bantuan
A) Ya
B) Tidak

40) Merasa setiap orang yang memandang saya mesti mengatakan sesuatu yang buruk
berkaitan saya.
A) Ya
B) Tidak

41) Saya mengalah dan mempertimbangkan pendapat orang lain jika mereka tidak
bersetuju dengan pendapat saya
A) Ya
B) Tidak

20

© Tried and True (T&T), 2021

42) Jika saya seorang pegawai, tugas saya hanyalah memberi arahan kepada orang
bawahan sahaja.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

43) Jika penolong saya melakukan kesilapan, saya akan memberipeluang kepadanya untuk
terus belajar.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

44) Jika terdapat sesuatu perkara yang saya kurang faham dan ianya bukan dalam bidang
saya, saya lebih suka untuk mengabaikannya.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

45) Saya akan berasa menyampah bila orang lain berperangai pelik
A) Ya
B) Tidak

46) Bila saya merasa letih, saya akan menyambung kerja yang sedang saya lakukan pada
hari esok walaupun tugasan tersebut sangat mustahak
A) Ya
B) Tidak

47) Demi memastikan kejayaan rakan saya dalam akademik, saya senang menjadi seorang
rakan yang setia
A) Ya
B) Tidak

48) Saya gemar melakukan kerja yang membuatkan saya maju
A) Ya
B) Tidak

49) Pemalu adalah sifat saya
A) Ya
B) Tidak

21

© Tried and True (T&T), 2021
50) Melihat sesuatu perkara dari perspektif orang lain adalah kebolehan saya

A) Ya
B) Tidak

Tamat untuk Set 3
Sila semak jawapan anda di halaman 36.

22

© Tried and True (T&T), 2021

SET 4

1) Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta
memaklumkan kepada ketua saya.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

2) Saya rasa tidak berpuas hati apabila rakan sejawatan mendapat penilaian cemerlang.
A) Ya
B) Tidak

3) Apabila tidak dapat menyiapkan kerja, saya rasa takut
A) Ya
B) Tidak

4) Rancangan dan aktiviti yang telah saya tentukan selalu diubah-ubah
A) Ya
B) Tidak

5) Saya lebih gemar menyembunyikan rasa tertekan akibat lambakan kerja daripada
pengetahuan ketua saya
A) Ya
B) Tidak

6) Kerja akan sempurna juga jika mengambil masa yang lama
A) Setuju
B) Tidak Setuju

7) Saya suka menjauhkan diri daripada perkara negatif di pejabat.
A) Ya
B) Tidak

8) Berkhidmat dengan cemerlang tanpa sebarang latihanformal tiada masalah bagi saya
A) Ya
B) Tidak

23

© Tried and True (T&T), 2021

9) Mencari pengalaman baru membuatkan saya sangat aktif
A) Ya
B) Tidak

10) Dari masa ke semasa, saya mempunyai kebolehan dan kemahiran untuk mengawasi
perasaan saya.
A) Ya
B) Tidak

11) Pihak yang mendapat suara majoriti, menjadi kecenderungansaya untuk berpihak
kepadanya
A) Ya
B) Tidak

12) Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua
A) Ya
B) Tidak

13) Apabila dikritik oleh orang lain semasa menjalankan tanggungjawab, saya cepat
berputus-asa
A) Ya
B) Tidak

14) Tidak kira sama ada saya menang atau kalah, saya tetap suka pada perdebatan hangat
A) Ya
B) Tidak

15) Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga.
A) Setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak Pasti

16) Kebanyakkan rakan saya tidak mempercayai kata-kata saya dan ini membuatkan saya
berasa kecewa
A) Setuju
B) Tidak Setuju

24

© Tried and True (T&T), 2021

17) Kesalahan dan pandangan orang lain membuatkan saya sentiasa boleh bertolak-ansur
terhadap perkara tersebut
A) Ya
B) Tidak

18) Walaupun saya mempunyai banyak kerja lain, saya selalu mengemas bilik tidur saya
A) Ya
B) Tidak

19) Perkara-perkara yang dikatakan oleh keluarga saya, membuatkan saya mudah
tersinggung
A) Ya
B) Tidak

20) Untuk membuat keputusan yang melibatkan orang lain, sayaakan meminta pandangan
daripada mereka
A) Ya
B) Tidak

21) Teguran secara positif diterima bagi memperbaiki diri sekiranyasaya bersalah
A) Ya
B) Tidak

22) Saya akan melakukan apa sahaja kerja untuk mendapatkan apa yang saya idamkan
A) Setuju
B) Tidak Setuju

23) Daripada meminta orang lain membuat kerja, saya selalu mengarah mereka membuat
kerja
A) Ya
B) Tidak

24) Apabila ada tugas yang perlu membimbing orang, saya berharap agar saya tidak diberi
tugasan tersebut
A) Setuju
B) Tidak Setuju

25

© Tried and True (T&T), 2021

25) Walaupun hanya terdapat sedikit harapan untuk berjaya, saya akan meneruskan kerja-
kerja yang susah
A) Ya
B) Tidak

26) Saya suka menyertai kumpulan kecil di pejabat yang berbual tentang orang lain.
A) Ya
B) Tidak

27) Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya.
A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pasti

28) Seorang yang mempunyai kecerdasan fikiran yang tinggi tidakperlu menjalani latihan
secara berkala.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

29) Saya akan rasa sangat marah apabila terdapat seseorang memarahi saya dalam
keadaan mereka tidak waras.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

30) Kerana terpaksa, saya belajar perkara baru
A) Ya
B) Tidak

31) Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai
A) Ya
B) Tidak

32) Saya akan memaklumkan pesanan ringkas kepada ketua saya sebelum bercuti ke luar
negara.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

26

© Tried and True (T&T), 2021

33) Saya gemar membuat sesuatu kerja yang akan saya perolehi setelah mengetahui
faedah-faedahnya
A) Ya
B) Tidak

34) Buku-buku dalam bidang falsafah dan psikologi adalah sumber bacaan kesukaan saya
A) Ya
B) Tidak

35) Untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali, adalah tidak menjadi masalah buat
saya
A) Ya
B) Tidak

36) Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada
saya kerana ianya kesukaan saya
A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pasti

37) Aktiviti-aktiviti yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang terperinci adalah suatu
perkara kesukaan saya
A) Ya
B) Tidak

38) Apabila mendapati kawan-kawan atau jiran-jiran sakit, saya suka membuat kunjungan
sosial untuk mengetahui keadaan mereka
A) Ya
B) Tidak

39) Jika doktor tidak menjalankan tanggungjawabnya, saya akan membuat aduan bertulis
kepada pihak berkuasa
A) Ya
B) Tidak

40) Untuk memastikan kemajuan sesuatu masyarakat itu, merekaperlu ada semangat
tolong-menolong antara satu sama lain
A) Setuju
B) Tidak Setuju

27

© Tried and True (T&T), 2021

41) Keadaan yang berlalu di sekeliling saya, membuatkan saya rasa benci
A) Ya
B) Tidak

42) Menggunakan paksaan untuk mendapatkan apa yang sayainginkan adalah kegemaran
saya
A) Ya
B) Tidak

43) Saya hanya akan berdoa jika saya ditimpa musibah
A) Setuju
B) Tidak Setuju

44) Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.
A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pasti

45) Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A) Ya
B) Tidak

46) Saya lebih mementingkan hasil kerja daripada cara melakukan kerja.
A) Ya
B) Tidak

47) Apabila berada di tempat dan suasana yang baru saya mudah untuk menyesuaikan diri
A) Setuju
B) Tidak Setuju

48) Untuk menghadiri majlis keramaian membuatkan saya rasa tidak selesa
A) Ya
B) Tidak

49) Apabila seseorang mementingkan diri sendiri, mereka tidakakan mendapat rakan yang
jujur
A) Setuju
B) Tidak Setuju

28

© Tried and True (T&T), 2021
50) Sesuatu perkara boleh saya lihatnya secara positif

A) Ya
B) Tidak

Tamat untuk Set 4
Sila semak jawapan anda di halaman 36.

29

© Tried and True (T&T), 2021

SET 5

1) Saya peka kepada perubahan persekitaran.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

2) Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

3) Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

4) Saya merasa terganggu apabila orang lain mengganggu kerja saya.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

5) Pepatah "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh" tidak sesuai pada masa kini.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

6) Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

7) Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

8) Berbaris untuk membayar bil adalah perkara yang menyusahkan.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

9) Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

30

© Tried and True (T&T), 2021

10) Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

11) Impresi pertama mempengaruhi pendapat seseorang.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

12) Saya menjerit / menangis apabila perasaan saya tertekan.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

13) Saya mudah berasa bosan.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

14) Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

15) Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

16) Memakai kad matrik tidak semestinya menunjukkan pelajar itu berdisiplin.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

17) Saya tidak menceritakan hal mereka kepada orang lain.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

18) Saya selesa membuat rancangan sendiri tanpa gangguan dan cadangan orang lain.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

31

© Tried and True (T&T), 2021

19) Kritikan boleh menghalang peningkatan prestasi kerja.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

20) Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia
memotong dalam keadaan bahaya.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

21) Saya menangis / sebak apabila menonton babak sedih.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

22) Jika saya diarah melakukan sesuatu tanpa panduan terperinci, saya akan usahakan
juga sehingga berjaya.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

23) Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

24) Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

25) Merasa orang tidak menyukai saya.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

26) Apabila ingin membeli-belah, saya suka menyenaraikan barangan yang menjadi
keperluan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

27) Jika berhadapan dengan masalah, saya mudah memberi alasan
A) Ya
B) Tidak

32

© Tried and True (T&T), 2021

28) Diplomasi adalah lebih penting daripada kepercayaan bagi saya
A) Ya
B) Tidak

29) Apabila melakukan pekerjaan berkumpulan segala tindakanperlulah mendapat
persetujuan dari ketua kumpulan
A) Setuju
B) Tidak Setuju

30) Saya kurang gemar apabila majikan menghantar pesanan ringkas untuk mengingatkan
saya tentang aktiviti esok selepas waktu pejabat.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

31) Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat saya akan
mencari peluang untuk lebih dekat dengan mereka
A) Ya
B) Tidak

32) Hakikat dan kenyataan tentang diri saya tidak dapat diterima oleh saya
A) Ya
B) Tidak

33) Sabar dan tidak cerewet adalah tabiat saya
A) Ya
B) Tidak

34) Bagi membina hubungan baru, saya mengambil peluang untuk berjumpa dengan
seseorang
A) Ya
B) Tidak

35) Menjalankan aktiviti-aktiviti luar yang mencabar dan seronok adalah kesukaan saya
A) Ya
B) Tidak

36) Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha.
A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pasti

33

© Tried and True (T&T), 2021

37) Perubahan tingkah laku seseorang disebabkan oleh perkara tersirat yang saya dapat
fahami
A) Ya
B) Tidak

38) Kesemuanya akan gagal apabila saya cuba membuat sesuatu
A) Ya
B) Tidak

39) Apabila orang lain menganggap diri saya sebagai pemimpin, itulah yang saya mahukan
A) Ya
B) Tidak

40) Apabila rakan-rakan yang mempunyai masalah peribadi, saya suka menolong mereka
A) Ya
B) Tidak

41) Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri
A) Ya
B) Tidak

42) Jika saya tahu tentang kenaikan pangkat tahun hadapan, saya hanya bekerja dengan
penuh dedikasi
A) Ya
B) Tidak

43) Tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, saya sentiasa sanggup melaksanakan sesuatu
tugas dengan baik
A) Setuju
B) Tidak Setuju

44) Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka
A) Ya
B) Tidak

45) Saya tidak dapat berfikir dengan tenang semasa membuat sesuatu kerja
A) Ya
B) Tidak

34

© Tried and True (T&T), 2021

46) Apabila saya membuat kesalahan, saya tidak cuba mengubah diri saya
A) Ya
B) Tidak

47) Seperti mana yang diharapkan oleh pihak atasan, saya akan berusaha untuk
mencapainya
A) Ya
B) Tidak

48) Untuk mencapai kejayaan, kadang kala saya mempraktikkan cara yang salah
A) Ya
B) Tidak

49) Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu.
A) Setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti

50) Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka
melakukan kerja harian.
A) Setuju
B) Tidak Setuju

Tamat untuk Set 5
Sila semak jawapan anda di halaman 36.

35

CADANGAN JAWAPAN

1) A 11) A SET 1 41) A 1) A 11) B SET 2 41) B
2) E 12) D 42) A 2) A 12) A 42) A
3) A 13) A 21) A 31) A 43) A 3) B 13) B 21) A 31) A 43) B
4) A 14) A 22) D 32) A 44) B 4) B 14) A 22) A 32) B 44) A
5) A 15) A 23) A 33) A 45) A 5) B 15) A 23) A 33) B 45) B
6) A 16) A 24) A 34) B 46) B 6) B 16) A 24) A 34) B 46) A
7) A 17) A 25) A 35) A 47) A 7) A 17) B 25) B 35) B 47) A
8) A 18) A 26) A 36) B 48) B 8) B 18) A 26) A 36) A 48) E
9) D 19) A 27) A 37) A 49) A 9) B 19) B 27) A 37) B 49) A
10) A 20) D 28) D 38) B 50) B 10) A 20) B 28) B 38) A 50) A
29) A 39) B 29) B 39) B
30) A 40) B 30) A 40) A

1) A 11) A SET 3 41) B 1) A 11) B SET 4 41) B
2) B 12) A 42) B 2) B 12) B 42) B
3) A 13) B 21) B 31) B 43) A 3) A 13) B 21) A 31) B 43) B
4) A 14) B 22) B 32) B 44) B 4) B 14) B 22) A 32) B 44) A
5) B 15) B 23) B 33) A 45) B 5) B 15) A 23) B 33) B 45) B
6) B 16) B 24) B 34) A 46) B 6) B 16) B 24) B 34) A 46) B
7) B 17) B 25) A 35) B 47) A 7) A 17) A 25) A 35) A 47) A
8) A 18) B 26) B 36) A 48) A 8) B 18) A 26) B 36) B 48) B
9) B 19) A 27) B 37) A 49) B 9) A 19) B 27) B 37) A 49) A
10) B 20) A 28) A 38) B 50) A 10) A 20) A 28) B 38) A 50) A
29) A 39) A 29) B 39) A
30) A 40) B 30) B 40) A

1) A 11) A SET 5 41) A
2) B 12) B 42) B
3) A 13) B 21) A 31) A 43) A
4) B 14) A 22) A 32) B 44) A
5) B 15) A 23) A 33) A 45) B
6) B 16) B 24) B 34) A 46) B
7) B 17) A 47) A
8) B 18) B 25) B 35) A 48) B
9) B 19) B 49) B
10) A 20) A 26) A 36) B 50) A
27) B 37) A
28) A 38) B
29) A 39) B
30) B 40) A

36

© Tried and True (T&T), 2021

NOTA PITAWAT:

“An investment in knowledge always pays the best interest. While
everyone wish for knowledge, not all wish to pay the price of it”

–Juneval-

Terima kasih kerana memilih untuk melabur sedikit wang dalam usaha
menimba ilmu demi persiapan menghadapi peperiksaan SPA. T&T
sentiasa mendoakan kejayaan buat semua pembeli yang telah
membeli produk T&T secara sah.

Walaupun pihak T&T percaya pada dasar “sharing is caring”, pihak
T&T masih berharap agar pembeli menyeru kenalan yang memerlukan
rujukan ini untuk turut sama memberikan sokongan terhadap T&T
dengan cara pembelian yang sah hanya melalui T&T Ebooks.

Sekiranya pembeli masih ingin berkongsi rujukan ini kepada pihak lain,
sila pastikan anda berkongsi fail yang telah anda muat-turun, dan
bukan pautan Google Drive secara terus.

Setiap “sharing request” ke pautan Google Drive daripada email yang
tidak dikenali akan ditolak dengan selitan mesej seperti yang berikut:-

“Hi, it appears that your email is not listed as viewers, which indicates that you
did not make a purchase via T&T Ebooks. This is a private link given only to those
who made a purchase from T&T Ebooks. If you need this ebook, please support
T&T by making legal purchase(s) via the given link. Otherwise, you may ask for a
downloaded copy from a friend who have made a legal purchase from T&T
Ebooks. However, please be noted that weekly updates will not be reflected on
the downloaded copies, and T&T will not be responsible for the contents’ error(s)
in all forwarded copies by a 3rd party. All error improvements will be updated on
a weekly basis and only visible in documents from restricted Google Drive links.
Make a good choice by opting legal”

37

© Tried and True (T&T), 2021

PENUTUP:

Diharapkan e-book ini serba sedikit dapat membantu anda dalam
membuat persiapan bagi menghadapi Peperiksaan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Jawapan-jawapan kepada setiap
persoalan telah dinilai dan diberikan pertimbangan yang sewajarnya
sebelum ia dipadankan sebagai panduan anda. Namun, hasilnya tidak
dapat dijamin seratus peratus. Semuanya bergantung kepada situasi
dan juga komitmen anda untuk menjadikan usaha anda berjaya!
Sekiranya ada persoalan dan jawapan yang anda dapati tidak wajar
dan harus diperbetulkan, anda dialu-alukan untuk memberi maklum
balas dengan menulis ke alamat email
[email protected]. Semua maklum balas yang
diterima melalui email akan diambil perhatian sewajarnya bagi
mengemas-kini produk demi menghasilkan produk akhir yang
berkualiti dan boleh diharapkan sebagai bahan rujukan.
Akhir kata, T&T mengucapkan semoga berjaya dalam peperiksaan
yang bakal anda duduki, dan sudah tentu T&T mendoakan anda
berjaya mendapatkan jawatan dalam badan kerajaan di masa
hadapan!

Daripada:-

Terima kasih!

38


Click to View FlipBook Version