e-BULETIN
SK TAMAN PERMATA
EDISI: DISEMBER
a. Pendahuluan
Sekapur Sirih
Insha Allah, e-Buletin Bulanan PIBG ini akan cuba
diterbitkan pada setiap bulan sepanjang sesi
persekolahan anak-anak SK Taman Permata yang
merangkumi segala aspek dan aktiviti PIBG dan warga
permata. Ia bersifat takwim, ringkas dan santai. Kami di
Sidang Redaksi Buletin, akan cuba menerbitkan e-Buletin
Bulanan pada setiap minggu pertama (sebelum 7hb)
pada setiap bulan.
Tujuan utamanya adalah untuk berkongsi info khususnya
ibu bapa akan segala aktiviti dan perancangan PIBG dan
sekolah, agar keterlibatan ibu bapa bersama sekolah
akan dapat dieratkan dan dipertingkatkan lagi dari
semasa ke semasa, terima kasih.
b. Aktiviti Bulan Semasa (Disember 2021)
Permata Bank
01.12.2021, Rabu – PROJEK PB (Permata Bank) bermula.
PB merupakan sebuah projek inisiatif AJK PIBG yang
diketuai oleh Puan Sya, berhasrat untuk menyalurkan
pakaian dan peralatan persekolahan dari pelajar
berkemampuan kepada pelajar kurang berkemampuan.
Malam Seribu
Bintang Permata
03.12.2021, Jumaat –“MALAM SERIBU BINTANG PERMATA
SKTP” |Royale Chulan, Kuala Lumpur. Khusus untuk guru-
guru dan kakitangan SKTP untuk memberi penghargaan
selepas bekerja keras selama dua tahun dengan
pelbagai usaha melaksanakan PdPR (Pengajaran dan
Pembelajaran di rumah) yang berkesan. Majlis ini
merupakan anjuran BKSGK (Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan SKTP).
b. Aktiviti Bulan Semasa (Disember 2021)
Hari Terakhir Sesi
Persekolahan 2021
10.12.2021, Jumaat – HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN
untuk penggal ke-2, sesi persekolahan 2021/2022
sehingga sekolah dibuka semula pada hari Isnin,
03.01.2022. Selamat bercuti, jaga kesihatan diri dan
jaga SOP. Kita jaga kita.
Selamat Bercuti
Semua!!!
c. Aktiviti Bulan Lalu (November 2021)
Pembukaan Sekolah Tahap 1
01.11.2021, Isnin – PEMBUKAAN SEKOLAH TAHAP 1 –
Semua pelajar Tahun 1 -3 terlibat.
Projek Penebangan Pokok
07.11.2021 & 14.11.2021, Ahad – PROJEK PENEBANGAN
POKOK DAN PEMBERSIHAN SEMAK-SAMUN –PIBG telah
melantik Kontraktor luar dengan kos semua berjumlah
RM2,500 termasuk sewa Case/Kapal Korek selama dua
hari untuk menebang dan membersihkan lebih 20 batang
pokok dan semak samun. PIBG menerima satu lagi sebut
harga untuk kerja yang sama berjumlah RM26,300. Ia
dilakukan kerana terdapat permintaan daripada jiran
bersebelahan sekolah ada pokok yang berisiko tumbang
ke rumah beliau dan semak-samun juga berisiko menjadi
sarang binatang berbisa dan nyamuk untuk pelajar SKTP.
Pautan: Facebook
c. Aktiviti Bulan Lalu (November 2021)
Pembukaan Sekolah Tahap 2
08.11.2021, Isnin – PEMBUKAAN SEKOLAH TAHAP 2 –
Semua pelajar Tahun 4 -6 terlibat.
Program Vaksinasi Murid Tahun 6
09.11.2021, Selasa – PROGRAM VAKSINASI MURID TAHUN 6
– Semua tahun 6 terlibat yang sudah cukup berusia 12
tahun semasa vaksinasi dijalankan di SK Taman Melawati 2.
c. Aktiviti Bulan Lalu (November 2021)
Pertandingan Bercerita Peringkat Akhir MPAJ
09.11.2021, Selasa –PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT
AKHIR MPAJ – Peserta pertama - Nik Nur Aisyah binti Nik
Syuharol Apizo & Peserta kedua - Addinul Irsyad bin
Silahudin. Pautan: Facebook
Keputusan Pertandingan Bercerita Peringkat Akhir TAHNIAH
MPAJ 2021
Naib Johan - Addinul Irsyad bin Silahudin
Saguhati - Nik Nur Aisyah binti Nik Syuharol Apizo
Pertandingan Nilam Bahasa Inggeris
Peringkat Negeri Selangor
11.11.2021, Khamis –PERTANDINGAN NILAM BAHASA
INGGERIS PERINGKAT NEGERI SELANGOR – Aisyah Syakirah
binti Sahrolnizam (5USM) mewakili daerah Gombak, pada
10 & 11.11.2021, yang telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru,
di Gombak. Pautan: Youtube
c. Aktiviti Bulan Lalu (November 2021)
Program Sanitasi SK Taman Permata oleh MPAJ
19.11.2021, Jumaat – PROGRAM SANITASI SKTP OLEH MPAJ –
Pihak MPAJ Bahagian Kesihatan & Keselamatan Bandar
telah bebesar hati untuk mensanitasikan kawasan sekolah
atas cadangan Ahli Majlis Hulu Kelang, Pn Anfaal binti
Saari.
c. Aktiviti Bulan Lalu (November 2021)
Program Gotong-Royong Perdana
SK Taman Permata 2021
Gotong-royong ini dijalankan dengan kerjasama semua guru-
guru, para pelajar dan AJK PIBG secara beransur-ansur untuk
membersihkan dan menceriakan lagi kawasan persekitaran
sekolah. Pihak MPAJ juga telah bebesar hati untuk datang
menolong kerja-kerja pembersihan selama tiga hari dari hari
Khamis 18.11.2021 sehingga Sabtu, 20.11.2021.
Pautan: Facebook
d. Aktiviti Bulan Hadapan (Januari 2022)
Pembukaan Sekolah
Penggal 3
03.01.2022, Isnin –PEMBUKAAN SEKOLAH PENGGAL KE -3,
SESI 2021/2022 – Selamat bersekolah dan jaga keselamatan
diri anda jaga keselamatan semua.
Takwim Sekolah
Sesi 2022 dan 2023
SILA IMBAS
Takwim
Persekolahan
e. Slot PERMATA
Ucapan YDP PIBG SK Taman Permata
2021/2022
Assalamualaikum WBT dan salam sejhatera kepada semua
warga permata yang saya kasihi sekalian, saya doakan
semoga anda semua berada didalam kesihatan yang baik,
taqwa yang cemerlang dan senantiasa berada didalam
rahmat dan perlindungan Allah SWT.
Pautan teks ucapan penuh: Ucapan YDP PIBG SKTP.com
Pautan Youtube: https://youtu.be/90HO8JydftM
f. Lain-lain Perkara
Senarai Barisan AJK PIBG
SK Taman Permata 2021/2022
1. PN. NAZHATUL FIZAR BINTI ZAINUDDIN PENASIHAT
2. EN. SAHROLNIZAM BIN MOHD SAARI YDP
3. EN. EDDIE YUSREE BIN MANSOL NYDP
4. EN. KAMSANI BIN MUHAMMAD EX OFFICIO
5. EN. SHAMSUDIN BIN LATIF EX OFFICIO
6. PN. NORAZAH BINTI BADARUDDIN EX OFFICIO
7. EN. MAT ROSLI BIN ISHAK EX OFFICIO
8. CIK FATIN SYAHIRAH BINTI ZULKIFLI SETIAUSAHA
9. CIK NURUL NADHIRAH BINTI MOHD FAJURI BENDAHARI
10. EN. MOHD JEFRI BIN SHAHAROM AJK IBU BAPA
11. PN. NOR RITA BINTI SHAHARUDDIN AJK IBU BAPA
12. EN. ABDUL HALIM BIN ABDULLAH AJK IBU BAPA
13. PN. NURUL NASHWAR BINTI MOHD TAIB AJK IBU BAPA
14. EN. SYED FAIZAL BIN SYED ABDULLAH AJK IBU BAPA
15. PN. SYAFRIHIDAYAH BINTI ARUS AJK IBU BAPA
16. EN. NOR AZHAR BIN ABDUL KADIR AJK IBU BAPA
17. PN. RAZILAH BINTI RAHIM AJK IBU BAPA
18. EN. MOHD AMZAR BIN ROSULAN AJK GURU
19. PN. SITI KHADIJAH BINTI MAHSAD AJK GURU
20. EN. MOHD FADLI BIN PUTEH AJK GURU
21. PN. NUR ZAFIRA BINTI AZHAR AJK GURU
22. PN. NORLIDA BINTI ARBAIN AJK GURU
23. EN. AIMAN FAIZ BIN MAZLAN AJK GURU
24. CIK UMI SHAHIRA AINI BINTI SAFRI AJK GURU
f. Lain-lain Perkara
Badan Sidang Redaksi
e-Buletin PIBG
Penasihat : Pn Nazhatul Fizar binti Zainuddin
Ketua Pengarang 1 : En Sahrolnizam Bin Mohd Saari
Ketua Pengarang 2 : En Nor Azhar bin Abdul Kadir
Penolong Ketua Pengarang : Cikgu Fatin Syahirah binti Zulkifli
AJK : Pn Syafrihidayah binti Arus
En Mohd Jefri bin Shaharom
f. Lain-lain Perkara
Sosial Media PIBG
SK Taman Permata
Facebook
Telegram
YouTube
Jangan lupa "LIKE & SUBSCRIBE" media sosial kami.
TERIMA KASIH