Ayat Perintah
Ingatlah Pesanan
Sila dengar pesanan saya dengan
telitinya. Esok, ada ceramah dan
pameran tentang Peranan Anggota
Polis Menjaga Keselamatan Murid
di dewan sekolah. Minta semua murid
hadir. Program itu akan bermula pada
pukul 11:00 pagi. Jangan bercakap
semasa anggota polis berceramah.
Tolong beritahu rakan-rakan kamu.
Kawan-kawan, minta perhatian. Sila
ingat pesanan Cikgu Tan ini. ______
5.3.1 (ii) • Bimbing murid memahami ayat perintah. Konstruktivisme 145
BA J2: 72 • Minta murid membina ayat perintah.
KBT : KB – Menjanakan Idea
Nilai : Patuh
Ayat Tanya
Berbudi Bahasa Amalan Kita
Cikgu Suria: Nama kamu siapa?
Anis: Nama saya Anis binti
Mohd Fuad.
Cikgu Suria: Apakah kesalahan kamu?
Anis: Saya datang lewat, cikgu.
Cikgu Suria: Kamu tinggal di mana?
Anis: Saya tinggal di Taman
Permai, cikgu.
Cikgu Suria: Mengapakah kamu datang
lewat?
Anis: Kereta ayah saya rosak pagi tadi.
Cikgu Suria: Bagaimanakah kamu datang ke sekolah?
Anis: Saya menumpang kereta jiran. Maafkan saya, cikgu.
Cikgu Suria: Baiklah, Anis. Saya maafkan kamu.
Anis: Terima kasih, cikgu.
Main peranan sebagai guru perpustakaan dan murid
semasa memulangkan buku di perpustakaan.
siapa apa di mana mengapa bagaimana
• Bimbing murid memahami penggunaan ayat tanya dengan kata tanya berdasarkan teks.
• Minta murid main peranan berdasarkan situasi dan gambar. 5.3.1 (iii)
146 • Minta murid melakukan aktiviti main peranan. Konstruktivisme
KBT : KB – Mengecam
BA J2: 73
Nilai : Berhemah Tinggi
UNIT Tanggungjawab Kita
24
Kemukakan soalan.
Hargailah Kemudahan Awam
Ayah, apakah yang Apakah _____
dimaksudkan dengan
kemudahan awam? Kemudahan awam yang
disediakan termasuklah
Kemudahan awam ialah tong kitar semula, taman
tempat atau peralatan permainan, hentian bas
yang disediakan untuk dan tandas awam, Ravin.
kegunaan orang ramai,
Ravin.
Bagaimanakah _____
Cara kita menjaga
kemudahan awam ialah
kita perlu menggunakannya
dengan baiknya dan tidak
merosakkannya.
1.2.3 • Bimbing murid menaakul dan memahami maklumat. 147
BA J2: 74 • Minta murid mengemukakan soalan untuk mendapatkan maklumat.
KBT : KB – Menjanakan idea KP – Verbal-linguistik
Nilai : Bertanggungjawab
Baca dan fahami.
Sedia Berkhidmat
Encik Goh bapa saudara Yen Ni. Tugasnya
sebagai anggota polis. Beliau bertugas
dengan penuh dedikasi. "Amboi, segaknya
Encik Goh!"
Encik Goh mengawal lalu lintas.
Yang dipastikan ialah pemandu
kenderaan mematuhi undang-undang.
"Encik, sila patuhi arahan," kata Encik Goh.
Encik Goh juga baik hati dan bertimbang rasa.
Beliau membantu orang kelainan upaya
melintas jalan raya. "Pak cik, mari saya
bantu pak cik," kata Encik Goh.
Yen Ni bangga kerana mempunyai bapa saudara yang berdedikasi
semasa menjalankan tugasnya.
• Nyatakan tugas anggota polis trafik.
• Apakah yang akan terjadi jika tiada polis trafik?
• Bimbing murid menjawab soalan berdasarkan penyataan. 2.3.2 (iv)
148 KBT : KB – Menghubungkaitkan KP – Verbal-linguistik
Nilai : Dedikasi
BA J2: 75
Edit teks.
Sehari di Rumah Seri Kenangan
Anis menulis pengalamannya melawat ke Rumah Seri Kenangan.
Selepas mengisi borang lawatan,
aku dan ibu masuk ke rumah
tersebut. Aku menyuap bubur
kepada seorang nenek manakala
ibu berbual-bual dengan seorang
warga emas.
Nenek itu aku bawa pula
ambil angin di sekitar kawasan
rumah itu. Nenek itu dipuji aku.
Katanya, aku anak yang baik,
berbudi bahasa dan menhormati
orang tua.
Pada pukul 12:30 tengah
hari, kami bersedia untuk
pulang. Ibu memberikan buah
tangan kepada penghuni di situ.
Mereka gembira kerana kami
menggambil berat akan dirinya
walaupun kami tiada hubungan
saudara.
3.3.2 (ii) • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan penggunaan imbuhan.
BA J2: 76
• Minta murid memurnikan teks. 149
KBT : KB – Mengecam Konstruktivisme
Nilai : Prihatin
Seni Bahasa
Amalkan Sentiasa
Amalan ini menjadi sanjungan. Mendaki bukit usahlah alpa,
Kawasan redup tiada cahaya; Pelbagai bangsa satu keluarga,
Emas suasa amat berharga,
Sentiasa disimpan di dalam peti;
_______
Bersikap sopan berbudi pekerti.
Pokok lada dinaungi ceri,
_______
Perlulah ada integriti diri,
Barulah hidup akan berjaya.
_______
Penat terasa elok berhenti;
Rakan yang sakit usah dilupa,
Luangkan masa pergi lawati.
Bunga melati bunga dahlia,
Susun berseni menjadi kalungan;
Hormat-menghormati sikap mulia,
_______
• Bimbing murid mencipta pantun. 4.3.1 (ii)
BA J2: 77
150 • Minta murid melafazkan pantun.
KBT : KB – Menghubungkaitkan Konstruktivisme
Nilai : Hemah Tinggi
Kata Kerja Aktif Transitif dan Tak Transitif
Hargailah Masa
Anis anak yang baik. Dia murid cemerlang. Anis menggunakan
masa dengan bijaknya.
Anis bangun pada pukul 6:00 pagi.
Dia mengemas bilik tidurnya sendiri.
Anis menggosok gigi di bilik air.
Selepas itu, dia mandi. Dia memakai
pakaian seragam sekolah yang bersih.
Anis bersarapan dengan keluarganya.
Selepas itu, Anis ke sekolah, dihantar
oleh ayahnya.
turun bercerita berfikir
menjawab soalan
melambaikan tangan menerima hadiah
5.1.2 (i) • Bimbing murid mengenal pasti dan memahami kata kerja aktif transitif dan tak transitif. 151
BA J2: 78 • Minta murid membina ayat.
KBT : KB – Menjanakan Idea Konstruktivisme
Nilai : Menghargai Masa
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
Patuhi Peraturan Lawatan
PERATURAN MELAWAT PESAKIT
DI HOSPITAL KULIM
MASA LAWATAN: 12:30 tengah hari – 2:00 petang
4:30 petang – 7:00 malam
TATACARA LAWATAN: 1. Bersopan santun semasa
melawat pesakit.
2. Jangan mengganggu tugas
doktor dan jururawat.
3. Kanak-kanak berumur 12 tahun
ke bawah mesti ditemani
ibu bapa.
Hanif dan ibunya berada di Hospital Kulim. Mereka hendak
menziarahi nenek Hanif. Nenek Hanif pesakit di situ.
Hanif: Ibu, lihat papan tanda peraturan melawat pesakit itu.
Ada masa lawatan dan tatacara lawatan.
Puan Alia: Ya, Hanif. Kita mestilah mematuhi peraturan lawatan
agar tidak mengganggu pesakit.
Hanif: Kita juga perlu melaporkan diri kepada pengawal
keselamatan.
Puan Alia: Sekarang pukul 4:30 petang. Jom, Hanif.
Puan Alia menekan butang lif sambil menunggu pintunya terbuka.
Hanif dan ibunya membawa buah tangan untuk nenek. Nenek
Hanif gembira kerana mereka datang menziarahinya.
BIJAK BAHASA
Ayat majmuk ialah gabungan dua ayat tunggal atau lebih. Ayat-ayat ini
digabungkan dengan menggunakan kata hubung.
Contoh: • Saya pergi ke sekolah. (Ayat tunggal)
• Adik pergi ke sekolah. (Ayat tunggal)
Saya dan adik pergi ke sekolah. (Ayat majmuk)
• Bimbing murid mengenal pasti ayat tunggal dan ayat majmuk. 5.3.2 (i) & (ii)
BA J2: 79
152 • Minta murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk.
KBT : KB – Mengecam Konstruktivisme
Nilai : Kasih Sayang
Penilaian
A. Baca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Kemudian, tuturkannya secara bertatasusila.
Iffah anak yang taat akan ibu bapanya. Dia sentiasa mendengar nasihat
mereka. "Tahniah, Iffah!" kata kawan-kawannya setiap kali selepas
peperiksaan.
Di sekolah, Iffah murid yang cemerlang dalam pelajarannya. Dia sentiasa
menepati masa dan belajar dengan tekun. Dia menghormati guru-guru
dan membantu kawan-kawannya dengan ikhlas.
Iffah berazam untuk membalas jasa ibu bapa dan guru-gurunya.
Adakah kamu ingin menjadi seperti Iffah?
B. Bina dan tulis ayat tanya berdasarkan gambar dan kata
tanya yang diberikan.
siapa apa
bila di mana
153
Bacaan Luas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Apakah rasuah? Rasuah ialah pemberian sesuatu untuk mendapatkan
pulangan dengan cara yang salah di sisi undang-undang. Perkataan
“rasuah” berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud
sogokan atau pujukan. Rasuah berpunca apabila tidak ada nilai
kejujuran dalam diri individu.
Untuk mengatasi masalah rasuah, kerajaan Malaysia telah
menubuhkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mula beroperasi
pada 1 Oktober 1967. BPR kemudiannya dijadikan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Januari 2009.
Tujuan SPRM ditubuhkan adalah untuk membanteras jenayah
rasuah dan penyalahgunaan kuasa. SPRM bertanggungjawab
menyiasat kes-kes rasuah dan memastikan mereka yang terlibat
dengan jenayah itu dihukum. SPRM juga mendidik rakyat Malaysia
agar menghindari dan membenci jenayah rasuah. Pelbagai
program seperti ceramah dan kempen turut diadakan bagi memberi
kesedaran tentang bahaya jenayah rasuah kepada rakyat dan
negara.
“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”
(Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM))
Layari: www.sprm.gov.my
www.macc.fm
154