The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur09-479, 2022-05-19 13:47:05

PENULISAN AKADEMIK

PENULISAN AKADEMIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5 )
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: WAN NUR SYAHIRA BINTI WAN MOHD HASMAN

NO. KAD PENGENALAN: 011006100170
2020192340159
ANGKA GILIRAN: PISMP F8 AMBILAN JUN 2020
DR. SITI HALIMAH BT. MD YASSIN
KUMPULAN: PENULISAN AKADEMIK

NAMA PENSYARAH 12 MEI 2022
AKADEMIK:

TAJUK TUGASAN
PROJEK:

TARIKH SERAHAN:

TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS:

1

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdullilah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat
Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan
tugasan bagi kod kursus (EDUP3073) Budaya dan Pembelajaran ini dengan
jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Siti Halimah selaku pensyarah bagi
kursus EDUP3073 Budaya dan Pembelajaran kerana telah memberi bimbingan dan
tunjuk ajar serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini
terutamanya kepada pensyarah Dr. Siti Halimah atas budi bicara beliau dalam
memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya juga
turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya di atas bantuan dan
kerjasama yang telah dihulurkan dalam merealisasikan usaha bagi
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.

2

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 4

2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA 4
BUDAYA 7

3.0 KESIMPULAN

4.0 RUJUKAN 8

3

PENGENALAN

Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dan istimewa mempunyai rakyat yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan etnik, bahasa dan loghat, agama dan kepercayaan, adat resam
dan adab disamping persekitaran tempat tinggal yang pelbagai. Negara Malaysia berpegang
teguh kepada persefahaman dan rasa hormat antara rakyat. Rakyat Malaysia adalah amat
perlu memahami sosiobudaya negara ini dengan mendalam. Kepelbagaian budaya juga
merangkumi kepelbagaian latar belakang, pencapaian, budaya, bahasa, dan nilai yang
dipegang oleh murid (Syed Ismail & Ahmad Subki Maskom, 2012). Berdasarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) penekanan aspek perpaduan dalam
kalangan murid di sekolah. Perkara ini boleh ditekankan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran yang mana melibatkan interkasi dalam kalangan murid yang terdiri daripada
latar belakang dan budaya yang berbeza. Pendidikan pelbagai merupakan struktur
keutamaan pendidikan, komitmen dan proses yang mencerminkan realiti budaya majmuk
sebagai budaya kehidupan di Malaysia (Najeemah Md. Yusof, 2006).

LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya merupakan satu elemen yang signifikan kepada
murid-murid daripada pelbagai latar budaya dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Mok Soon Sang (2010) berpendapat bahawa pengurusan bilik
darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk
mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai. Oleh yang demikian, langkah
pengurusan bilik darjah mesra boleh dilakukan untuk menjadikan sebuah suasana yang
kondusif dan tidak mengganggu fokus murid semasa proses PdP dijalankan.

ASPEK FIZIKAL

Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012), persekitaran pembelajaran yang mesra
budaya akan mengembangkan nilai sivik seperti hormat-menghormati, kasih sayang dan
toleransi yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmoni dan aman.
Persekitaran mesra budaya adalah perlu dipupuk dan disemai dalam diri kalangan pelajar
khususnya dari peringkat sekolah rendah. Persekitaran fizikal bilik darjah adalah merupakan
aspek sangat penting dalam membantu murid untuk fokus dalam pembelajaran disamping
mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya.

4

1 Usaha mencapai persekitaran fizikal yang mesra budaya, guru boleh memulakan
gerak atur dengan menyusun tempat murid dengan bijak dan berstrategi. Guru hendaklah
menyusun atur tempat duduk murid yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya suatu sesi
pengenalan dan kolaborasi antara kaum berlaku antara mereka. Guru juga boleh menghias
bilik darjah dengan menggunakan aspek seni yang mampu meningkatkan motivasi dan minat
murid untuk belajar. Perkara ini akan melibatkan galakan daripada pihak guru untuk
menyumbangkan sedikit wang sebagai satu tanda pengorbanan kepada murid dalam
mewujudkan suasasna bililk darjah yang ceria.

ASPEK EMOSI

Kanak-kanak membuat pemerhatian terhadap tingkah laku, sikap dan reaksi yang berada di
sekelilingnya sewaktu berinteraksi (Albert, 1971). Kanak-kanak suka untuk membuat
perhatian terhadap sekeliling mereka lalu meniru tingkah laku, sikap dan reaksi orang lain.
Pelbagai aspek perlu dititikberatkan dalam menjadikan perkara sekeliling mereka adalah
berada dalam keadaan baik supaya mereka tidak terpengaruh dengan agenda luar. Dari sudut
emosi, guru perlu bersikap adil dalam memberi galakan dan hukuman kepada murid. Ini juga
merujuk kepada aspek diskriminasi agama yang tidak sepatutnya ada dalam ketika proses
PdP. Motivasi murid di sekolah adalah bergantung kepada cara penyampaian pengajaran
guru yang turut diserap semasa sesi itu berlangsung.

Selain itu, proses PdP akan menjadi lebih seronok dengan wujudnya hubungan baik
guru dengan murid. Pengajaran dua hala juga akan berlaku apabila murid dan guru
mempunyai persefahaman yang baik antara satu sama lain. Aspek emosi juga boleh
menitikberatkan nilai guru mengambil berat masalah murid. Ini sedikit sebanyak membantu
guru untuk memilih penggunaan teknik pengajaran yang betul. Seterusnya, guru juga amat
perlu membina hubungan baik dengan murid iaitu dengan menunjukkan perilaku yang baik
seperti memberikan makanan kepada murid, memberikan nasihat yang berguna dan sentiasa
memberikan motivasi positif kepada mereka.

Perilaku dan peribadi yang baik ini mampu memberikan kesan kepada murid iaitu
mereka akan mencontohi kelakuan baik yang dilakukan guru. Perkara ini adalah penting
supaya mereka dapat menerapkan nilai yang baik dalam kehidupan seharian mereka.

ASPEK SOSIAL

5

Menurut Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf (2012), perkembangan
sosial setiap individu bermula daripada alam kanak-kanak dan situasi 2 ini akan
mempengaruhi kehidupan manusia itu seterusnya. Dalam konteks ini, murid yang mampu
bersosial dengan baik boleh mewujudkan satu suasana yang sihat dalam kelas dan
mendorong kepada pembinaan hubungan baik dan positif dengan murid-murid lain. Ini adalah
kerana kemahiran sosial yang tinggi dalam diri seorang pelajar dapat membentuk
keperibadian diri yang unggul.

Oleh yang demikian, guru perlu memainkan peranan bagi membantu murid untuk
mengembangkan lagi kemahiran sosial mereka dengan baik. Misalnya, guru boleh
mengunakan strategi pembelajaran koperatif kumpulan kecil yang terdiri daripada tiga hingga
lima pelajar. Dengan ini, murid boleh berinteraksi, berkomunikasi dan berkolaborasi untuk
membina pengetahuan. Selain itu, guru meminta murid meraikan hari lahir rakan sekelas agar
merapatkan tali persahabatan murid daripada pelbagai etnik. Sebagai contoh, guru menghias
kelas dengan meletakkan Tarikh-tarikh hari lahir pelajar di dalam kelas. Walaupun perkara ini
nampak remeh tetapi ianya amat membantu mengeratkan lagi hubungan murid-murid. Secara
tidak langsung satu kenangan manis akan diiingati oleh mereka semasa berada di sekolah

ASPEK SOSIOLINGUISTIK

Tidak dapat dinafikan, bahasa Melayu merupakan salah satu unsur terpenting dari segi
penyatuan bangsa dan budaya masyarakat berbilang keturunan (Asmah Hj. Omar, 1979).
Penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara adalah digunakan dalam
konteks formal dan tidak formal yang berupaya untuk menghakis kepercayaan etnik sendiri
yang lebih unggul daripada etnik yang lain.

Jika dilihat dari segi sudut bilik darjah mesra budaya, aspek sosiolinguistik adalah
berfungsi untuk memastikan berlakunya komunikasi berkesan dan komunikasi dua hala,
Bahasa Melayu perlulah digunakan sebagai bahasa pengantaraan agar persefahaman dan
persaudaraan dapat diwujudkan. Seterunya guru juga perlu menjadi contoh terbaik dalam
pendekatan ini dengan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan bukannya bahasa rojak
bagi membantu murid yang menggunakan bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Tamil sebagai
bahasa pengantar di rumah. Ini adalah kerana kanak-kanak akan lebih cepat menguasai
kemahiran bertutur mereka yang mempunyai kemahiran bahasa yang baik lebih baik daripada
orang dewasa.

Guru juga boleh merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan
dengan semua kepercayaan, nilai dan agama pelajar seterusnya menggunakan sumber PdP

6

yang mempunyai pelbagai unsur budaya yang dapat memupuk dan merancang idea dalam
kalangan murid yang berbilang kaum. Contohnya, guru boleh mengadakan aktiviti lakonan
drama pendek antara murid dan dipersembahkannya di hadapan kelas. Oleh yang demikian,
guru perlu cakna dengan pendekatan yang digunakan bagi menarik minat murid untuk belajar.

KESIMPULAN
Dapat disimpulkan, guru sewajarnya mengambil kira akan ciri sosiolinguistik, persekitaran
fizikal yang baik, emosi dan suasana sosial murid-murid di dalam sesebuah bilik darjah. Oleh
hal yang demikian, seseorang guru itu juga perlu mempunyai pengetahuan yang mantap
untuk diaplikasikan dalam aspek langkah-langkah mewujudkan pengurusan bilik darjah yang
bertepatan dan bersesuaian dengan mesra budaya masyarakat di Malaysia. Oleh itu, sudah
pasti sebuah negara bersatu padu dan maju akan terbina pada masa akan datang

7

RUJUKAN

Ahmad Ali Seman & Warti Kimi. (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Freemaind Horizons
Sdn. Bhd.

Aziz Deraman. (1992). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Perpustakaan Negara
Malaysia.

Chew Fong Peng. (2008). Budaya dan Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia. Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Jere E., Brophy, Janet Alleman & Barbara Knighton. (2010). A learning Community in the
Primary Classroom. Routledge.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2016). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM), 2013-2015.

Mohd Arshad Taib. (2007). Pembangunan sistem sosio-budaya Islam dalam konteks
masyarakat Malaysia. https://dppwp.wordpress.com/usrah/pembangunan%20-
sistem-sosio-%20budaya-islam-dalam-kontek-masyarakat-malaysia/

Mok Soon Sang. (2011). Psikologi Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Najeemah Md. Yusof (2006). Murid dan Alam Belajar Edisi Kemas Kini (Siri Pendidikan Guru).

Oxford Fajar Sdn. Bhd
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.

(2014). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nur Ayuni Nusaibah Husin & Amir Hasan Dawi. (2019) Peranan Sekolah dalam Pembentukan

Perpaduan Antara Kaum dalam Kalangan Pelajar. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI,
12(1), 18-28.
Rohaty Mohd Majzud. 2003. Pendidikan Prasekolah: (Cabaran Kualiti), Syarahan Perdana.
Penerbitan Malindo Sdn Bhd.
Syed Ismail Syed Mustapa. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. (2012). Guru dan Cabaran Semasa.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Sufean Hussin. (2004). Budaya dan Pembelajaran. Freemind Horizons.

Zaid Ahmad. (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zuraidah Abdullah Siti Nafsiah Ismail Salwati Shafee Mohd Shahril Nizam Shaharom
Muhammad Faizal A.Ghani. (2019). Pengaruh Pembelajaran Akademik Anak-Anak
Keluarga Fakir Miskin di Sekolah-Sekolah Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan,
6 (2), 44-70.

8


Click to View FlipBook Version