The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bagaimanakah sambutan perayaan Tahun Baru Cina diraikan? Teruskan membaca.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norainnizai.ali, 2021-02-25 01:38:01

Infografik Tahun Baru Cina

Bagaimanakah sambutan perayaan Tahun Baru Cina diraikan? Teruskan membaca.

Happy Lunar New Year

SAMBUTAN

Makan Yee Sang
⻥⽣Yee Sang atau Yuu sahng (Cina

Ringkas: ; pinyin: yúshēng) ialah
sejenis salad ikan mentah gaya

Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri
daripada potongan daging ikan

mentah (khususnya salmon), yang
bercampur dengan cebisan sayur-

sayuran dan beraneka sos dan
perasa, dan ramuan-ramuan lain.

Kini, "Lo Hei" -- melambung Yee Sang --
ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di

Malaysia dan Singapura yang mana
saudara-mara berkumpul di keliling meja
lalu melambung cebisan ramuan ke udara
dengan penyepit apabila disuruh, sambil
melaungkan ucapan untuk menandakan

bermulanya tahun yang makmur.

pusat sumber sekolah stamad tv
smk sultan ahmad
Sumber : Wikipedia, Google Image, Teacher Kee Suei Kiok

Happy Lunar New Year

SAMBUTAN
SEMASA TAHUN BARU

Tarian naga ialah sebentuk tarian dan Tarian Naga
persembahan tradisional sejak zaman nenek

moyang bagi meraikan Tahun Baru Cina
kerana naga adalah sejenis hidupan yang
menguntungkan, mewakili kekuatan yang
tiada bandingan yang boleh menghilangkan

nasib buruk dan mencegah jenayah.

Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina
memegang sebatang "naga" — iaitu imej naga
Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan
mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu
kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi

yang dikawal oleh seorang penari.

Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai
gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok
dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan
ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan

naga yang menunjukkan kuasa dan maruah.

pusat sumber sekolah stamad tv
smk sultan ahmad
Sumber : Wikipedia, Google Image, Teacher Kee Suei Kiok

Happy Lunar New Year

SAMBUTAN
SEMASA TAHUN BARU

舞獅Tarian Singa (bahasa Cina: ; Tarian Singa

pinyin: wǔshī) ialah sebahagian
daripada tarian tradisional dalam adat
warisan masyarakat Cina, yang mana
penari akan meniru pergerakan singa
dengan menggunakan kostum singa

Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang
penari iaitu seorang memainkan di bahagian
hadapan dengan menggerakan kepala kostum,
manakala pasangan penari akan memainkan
bahagian belakang kostum singa tersebut.

Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-
akan singa di atas pentas yang disediakan.

Tarian singa ini akan diiringi oleh gong,
dram, dan dentuman mercun yang dikatakan

akan membawa tuah.

pusat sumber sekolah stamad tv
smk sultan ahmad
Sumber : Wikipedia, Google Image, Teacher Kee Suei Kiok

Happy Lunar New Year

SAMBUTAN
MALAM TAHUN BARU

Makan Besar

"Makan besar" diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika

semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari

kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya

diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan

ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging

ayam dan ikan. Ikan sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai

habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina
年年有餘 年年有余nián nián yǒu yú (Cina Tradisional:
, Cina Ringkas: ),

yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama

bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."

pusat sumber sekolah stamad tv
smk sultan ahmad
Sumber : Wikipedia, Google Image

Happy Lunar New Year

HARI SAMBUTAN

Hari pertama

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan
dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya

penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging
pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka

akan lanjut usia.[5]Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru
Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua

mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga
mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Hari kedua

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun"

開年 开年(Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , kāi nián)

menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk
menziarahi ibu bapa kandung mereka.[6] Menurut tradisi,
anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak

berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

pusat sumber sekolah stamad tv
smk sultan ahmad
Sumber : Wikipedia, Google Image

Happy Lunar New Year

HARI SAMBUTAN

Hari ketiga

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak
sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut:Hari

⾚⼝ini dikenali sebagai "mulut merah" ( chì kǒu), yang bermaksud

bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka
hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di
rumah sahaja[6] Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat

dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah
sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga

Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur

Hari keempat

Hari ini menyambung tradisi sebagaimana
sambutan pada hari ketiga

pusat sumber sekolah stamad tv
smk sultan ahmad
Sumber : Wikipedia, Google Image

Happy Lunar New Year

HARI SAMBUTAN

Hari kelima

餃⼦Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: , Cina
饺⼦Ringkas: , jiǎozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah
破五lima" ( , pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun hari

lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan,
perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut

dan diserikan lagi dengan mercun.

Hari keenam

Pada hari ini, kebanyakkan masyarakat
cina mengambil peluang menziarahi

tokong, saudara mara dan juga sahabat
handai.

pusat sumber sekolah stamad tv
smk sultan ahmad
Sumber : Wikipedia, Google Image

Happy Lunar New Year

HARI SAMBUTAN

H a r⼈i ⽇k e t u j u hHari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai ( , pinyin: rén
rì, Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang
ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.
[8]Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang,
dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad
berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan
kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang
terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara,
seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum

Cina di merata dunia selain rantau tersebut

Hari kelapan

Sebahagian masyarakat cina mengamalkan makan
malam keluarga ( family reunion dinner) dan pada
tengah malam mereka berdoa kepada Maharaja Jed.

pusat sumber sekolah stamad tv
smk sultan ahmad
Sumber : Wikipedia, Google Image

Happy Lunar New Year

HARI SAMBUTAN

Hari kesembilan

天公Ia merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah

Maharaja Jed di Kayangan ( tiān gōng) di tokong agama
Tao.Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru"

suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada
hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa

syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini
termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk
melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan

beberapa generasi lalu.

Hari kesepuluh - kedua belas

Hari-hari ini disambut dengan mengadakan jamuan
makan bersama-sama keluarga dan kawan-kawan.

pusat sumber sekolah stamad tv
smk sultan ahmad
Sumber : Wikipedia, Google Image

Happy Lunar New Year

HARI SAMBUTAN

Hari ketiga belas

Ia adalah hari dimana masyarakat cina mengamalkan makanan
'vegetarian' memandangkan mereka telah banyak mengambil

juadah daging sebelum ini.

Hari keempat belas

Hari ini diraikan dengan membuat persiapan untuk
Pesta Tanglung

pusat sumber sekolah stamad tv
smk sultan ahmad
Sumber : Wikipedia, Google Image

Happy Lunar New Year

HARI SAMBUTAN

Hari kelima belas

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan
juga dikenali perayaan Cap Goh Mei.Secara literalnya, Chap
memberi maksud ‘10’, Goh adalah ‘lima’ dan Mei pula adalah
‘malam’.

Perayaan seringkali dikaitkan dengan mitos peristiwa dua wanita
bujang yang telah membuang buah oren ke dalam sungai
dengan harapan mendapat jodoh.

Yuan Xiao Pada malam perayaan , kebiasaannya masyarakat Cina akan
berkumpul dan makan secara besar-besaran dengan hidangan

tradisi Yuan Xiao (beras pulut berbentuk bulat) selain rumah
yang dihias cantik dengan lampu-lampu merah bagi
menghidupkan lagi suasana.

Bergantung kepada amalan setempat, hari yang
sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

pusat sumber sekolah stamad tv
smk sultan ahmad
Sumber : Wikipedia, Google Image


Click to View FlipBook Version