The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sales_Conquer! Bahasa Melayu Tingkatan 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadzli, 2020-11-12 21:22:53

Conquer! Tingkatan 1

Sales_Conquer! Bahasa Melayu Tingkatan 1

Karangan Pendek

kod qr ● Kriteria Menulis Karangan Pendek

Bahasa Idea

1 Kegramatisan kata (morfologi) dan ayat (sintaksis)
2 Ejaan dan tanda baca
3 Kosa kata
HEBAT Bacaan HEBAT eksperimen AKTIVITI PIB AKTIVITI PAK-21 1 Isi-isi
2 Huraian isi
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.● Kriteria Pemarkahan

Peringkat Markah Deskripsi

Cemerlang 8 – 10 1 Idea relevan dengan tugasan serta huraian jelas dan
menarik.
Baik 6–7
3–5 2 Bahasa dari segi ayat gramatis, kosa kata luas dan tepat,
Penguasaan 0–2 serta ejaan dan tanda baca betul, penggunaan penanda
Minimum wacana betul dan terdapat kesalahan bahasa yang minimum.

Tidak Mencapai 1 Idea masih relevan dengan tugasan dan huraian idea masih
Tahap Penguasaan jelas dan masih menarik.

Minimum 2 Bahasa dari segi ayat masih gramatis, kosa kata luas, ejaan
dan tanda baca masih betul, penanda wacana masih betul
dan kesalahan bahasa yang masih minimum.

1 Idea kurang relevan dengan tugasan dan huraian idea
kurang jelas dan kurang menarik.

2 Bahasa dari segi ayat kurang gramatis, kosa kata terhad dan
terdapat kesalahan bahasa yang ketara.

Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan
bahasa yang tidak cekap.

112222

● Contoh Menulis Karangan Pendek

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.

Menubuhkan Perlu dikekalkan Semua pihak kod qr AKTIVITI PAK-21 AKTIVITI PIB eksperimen HEBAT HEBAT Bacaan
kelab di sekolah sampai bila-bila berganding bahu

Cara-cara Mengekalkan
Permainan Tradisional
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.MenganjurkanMemperkenalkan
pertandingan dan melatih

Peranan generasi
lama

● Rangka Karangan

Pendahuluan Permainan tradisional sangat penting – perlu dikekalkan sampai bila-bila
Isi 1 Menubuhkan kelab di sekolah – memperkenalkan dan melatih – pelbagai aktiviti
Isi 2 Peranan generasi lama – mempromosi dan mendedahkan kepada generasi baharu
Isi 3 Mengadakan pertandingan – peringkat negeri dan kebangsaan
Pelbagai pihak mesti berganding bahu menghidupkan permainan tradisional supaya terus
Penutup berkembang
Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas
Ungkapan

Murid mestilah menggunakan ayat sendiri untuk memperkembang isi yang telah dikemukakan di atas. Murid
mestilah memasukkan pendahuluan, tiga isi yang diberikan, penutup dan ungkapan yang sesuai.

● Karangan Lengkap

Permainan tradisional sangat penting dan perlu dikekalkan sampai bila-bila. Langkah pertama untuk
mengekalkan permainan tradisional adalah dengan menubuhkan kelab di sekolah, iaitu dengan cara
memperkenalkan dan melatih serta mengadakan pertandingan. Selain itu, generasi lama mesti memainkan
peranan mempromosi dan mendedahkannya kepada generasi baharu.
Di samping itu, pertandingan permainan tradisional mesti diadakan di peringkat negeri dan kebangsaan.
Pelbagai pihak mesti berganding bahu menghidupkan permainan tradisional supaya terus berkembang bak kata
pepatah ‘tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas’.

(60 patah perkataan)

112233

Karangan Umum

● Panduan kod qr AKTIVITI PAK-21 AKTIVITI PIB eksperimen HEBAT HEBAT Bacaan

1 Terdapat dua bentuk karangan, iaitu:
(a) Karangan berformat khusus
(b) Karangan berformat umum
2 Karangan berformat khusus seperti surat kiriman rasmi, laporan, ucapan/syarahan/ ceramah/perbahasan,

wawancara, ulasan dan rencana. Jika calon tidak memenuhi kriteria, maksimum dua markah akan ditolak kerana
tidak menepati format yang dikehendaki.
3 Panduan menjawab karangan adalah seperti di bawah:
(a) Membaca dan memilih soalan
(i) Murid perlu membaca soalan dengan teliti dan memahami kehendak soalan.
(ii) Murid perlu memilih soalan atau tajuk yang benar-benar dikuasai dan difahami dari segi isu, format, isi

karangan, laras bahasa, bukti dan contoh yang relevan yang bersesuaian dengan tajuk soalan.
(iii) Murid juga disarankan mengetahui dimensi kehendak soalan sama ada dimensi diri, keluarga, sekolah,

masyarakat atau negara.
(b) Mengenal pasti tajuk dan kehendak soalan
(i) Murid perlu memahami kata kunci soalan, contohnya: bincangkan, gambarkan, cadangkan, bahaskan,

nyatakan, huraikan, ceritakan, gambarkan, berikan pendapat dan ulaskan.
(ii) Setiap kata kunci yang dibaca hendaklah digaris agar kehendak soalan benar-benar difahami.
(c) Merangka dan menulis karangan
(i) Murid perlu membiasakan diri membina rangka karangan sebelum menulis idea yang diperoleh. Catatkan

di dalam kertas dan susun idea-idea tersebut.
(ii) Murid juga hendaklah menitikberatkan aspek bahasa termasuklah ejaan, aspek tatabahasa, penggunaan

tanda baca, dan pemilihan kata yang tepat dan sesuai.
(iii) Murid boleh memulakan rangka karangan dengan merangka pendahuluan, isi-isi penting dan penutup.
(iv) Setiap perenggan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu peribahasa atau frasa menarik supaya

dapat menunjukkan pengolahan karangan yang menarik.
(d) Menyemak karangan
(i) Murid diingatkan supaya menyemak semula karangan sebelum menghantar karangan.
(ii) Murid dikehendaki memastikan tiada isi penting yang tertinggal dan karangan hendaklah diakhiri dengan

penutup yang sempurna.
(iii) Murid juga diingatkan supaya menyemak semula aspek bahasa termasuklah tatabahasa, ejaan,

penggunaan tanda baca, format, ayat, peribahasa, dan penggunaan perkataan yang tepat.
4 Penilaian pemeriksa berdasarkan tanggapan (impression) mengikut kriteria yang ditetapkan termasuklah bahasa,

idea dan pengolahan.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
● Kriteria Pemarkahan

Peringkat Markah Deskripsi

Cemerlang 26 – 30 Idea
1 Idea relevan dengan tugasan.
2 Huraian idea jelas, menarik dan matang.
3 Contoh yang sesuai.
Bahasa
1 Penggunaan ayat yang bervariasi dan gramatis.
2 Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat.
3 Ejaan dan tanda baca yang betul.
4 Kesalahan bahasa yang minimum.
Pengolahan
1 Pengolahan menarik, berkesan dan matang dengan pemerengganan yang sesuai.
2 Format menepati kehendak tugasan.
3 Penggunaan penanda wacana yang tepat.
4 Penggunaan ungkapan menarik yang tepat dan berkesan seperti peribahasa/

pantun/cogan kata/frasa yang menarik.

112299

kod qr Peringkat Markah Deskripsi
Kepujian 20 – 25
HEBAT Bacaan HEBAT eksperimen AKTIVITI PIB AKTIVITI PAK-21Idea
Baik 15 – 19 1 Idea relevan dengan tugasan.
PENERBIT ILMU 2 Huraian idea jelas dan menarik.
BAKTI SDN. BHD.Kurang10 – 14 3 Contoh yang sesuai.
memuaskan Bahasa
01 – 09 1 Penggunaan ayat yang bervariasi dan gramatis.
Tidak 2 Penggunaan kosa kata yang luas.
Mencapai 3 Ejaan dan tanda baca yang betul.
4 Kesalahan bahasa yang minimum.
Tahap Pengolahan
Penguasaan 1 Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai.
2 Format menepati kehendak tugasan.
Minimum 3 Penggunaan penanda wacana yang sesuai.
4 Penggunaan ungkapan menarik yang sesuai dan berkesan seperti peribahasa/

pantun/cogan kata/ frasa yang menarik.

Idea
1 Idea masih relevan dengan tugasan.
2 Huraian idea masih jelas dan masih menarik.
3 Contoh yang masih sesuai.
Bahasa
1 Penggunaan ayat yang masih bervariasi dan masih gramatis.
2 Penggunaan kosa kata masih luas.
3 Ejaan dan tanda baca masih betul.
4 Kesalahan bahasa masih minimum.
Pengolahan
1 Pengolahan masih menarik dan masih berkesan dengan pemerengganan yang

masih sesuai.
2 Format masih menepati kehendak tugasan.
3 Penggunaan penanda wacana masih sesuai.

Idea
1 Idea kurang relevan dengan tugasan.
2 Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik.
3 Tiada contoh atau contoh kurang sesuai.
Bahasa
1 Penggunaan ayat yang kurang bervariasi dan kurang gramatis.
2 Penggunaan kosa kata terhad.
3 Kesalahan bahasa ketara.
Pengolahan
1 Pengolahan kurang menarik, kurang berkesan dan pemerengganan yang kurang

sesuai.
2 Format kurang menepati kehendak tugasan.
3 Penggunaan penanda wacana kurang sesuai.

1 Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan kemahiran menulis
yang lemah.

2 Tidak menjawab tugasan atau karangan tidak menepati kehendak soalan/
terpesong.

113300

PENERBIT ILMUModul PT3 kod qr AKTIVITI PAK-21 AKTIVITI PIB eksperimen HEBAT HEBAT Bacaan
BAKTI SDN. BHD.
Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Karangan Jenis Laporan

Praktis 1

Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan Hari Keusahawanan. Sebagai setiausaha majalah sekolah,
anda dikehendaki menulis laporan mengenai aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang sambutan hari
tersebut.

Pendahuluan
Menyatakan tajuk laporan, iaitu Hari Keusahawanan di Sekolah – tarikh diadakan dan tujuan
diadakan Hari Keusahawanan – menyatakan individu yang merasmikan

Isi-isi penting
• Pelbagai gerai diadakan – menjual pelbagai jenis barang seperti makanan berat, ringan, minuman

dan hasil kraf tangan – mendapat sambutan yang menggalakkan – setiap jualan laris dan habis
dijual
• Kerjasama yang terjalin antara murid-murid dengan guru-guru – kerja yang dilakukan secara
bergotong-royong bagai aur dengan tebing – membantu menguruskan gerai, menjual, mengemas
dan sebagainya
• Menepati matlamat, iaitu melatih murid menjalankan perniagaan secara kecil-kecil – melatih
murid menyediakan makanan dan minuman – melatih murid mengetahui masalah-masalah dan
kepentingan bidang perniagaan
• Hari Keusahawanan berakhir pada pukul 4.00 petang – Hari Keusahawanan berjalan dengan
lancar tanpa sebarang masalah – semua pihak berpuas hati sepanjang hari tersebut berlangsung

Penutup
Pengakuan pelapor, tandatangan, tarikh, nama pelapor dan jawatan

Praktis 2

Persatuan Sejarah sekolah anda telah mengadakan lawatan ke tempat bersejarah di Perak baru-baru ini.
Sebagai setiausaha persatuan tersebut, anda dikehendaki menulis laporan mengenai lawatan tersebut.
Tulis laporan itu selengkapnya.

Laporan Lawatan Ke Tempat Bersejarah

Pada 10 Mac 20___ yang lalu, Persatuan Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Lima, Sabak Bernam mengadakan

lawatan ke tempat bersejarah di Perak. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengenali tempat-tempat bersejarah yang masih

kekal di negeri Perak hingga hari ini. Lawatan ini disertai oleh 34 orang murid dari Persatuan Sejarah dan diiringi oleh tiga orang

guru persatuan. Lawatan sehari suntuk itu diisi dengan pelbagai aktiviti.

Rombongan kami bertolak pada pukul 7.00 pagi dan tiba di sana pada pukul 9.15 pagi. Setibanya kami di sana, kami disambut

oleh Pegawai Perhubungan Kompleks Sejarah Pasir Salak, iaitu Tuan Haji Ahmad bin Dahalan.

Selepas bersalam-salaman dengan beliau, kami dibawa masuk ke bilik penerangan. Di situ, kami diberi penerangan ringkas

tentang Kompleks Sejarah Pasir Salak yang diilhamkan oleh bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ngah Talib. Tuan Haji Ahmad

juga memuji rombongan kami yang meminati sejarah tanah air dan beliau mengucapkan terima kasih kepada persatuan sejarah

sekolah kami yang mempunyai inisiatif mengadakan lawatan ke tempat tersebut.

113311

kod qr Selepas itu kami dibawa melawat persekitaran Kompleks Sejarah Pasir Salak. Di kompleks tersebut, terdapat pelbagai
gambar pejuang tanah air pada zaman penjajahan seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor dan lain-lain. Gambar dan ilustrasi
HEBAT Bacaan HEBAT eksperimen AKTIVITI PIB AKTIVITI PAK-21mengenai perjuangan orang Melayu menentang penjajah dipamerkan di kompleks tersebut.
Semua murid berasa teruja apabila melihat kesan peninggalan sejarah zaman lampau yang masih kekal sampai ke hari ini.
PENERBIT ILMUTidak ketinggalan juga, murid-murid turut mencatat pelbagai perkara dalam buku catatan masing-masing semasa melihat-lihat
BAKTI SDN. BHD.kawasan tersebut. Di samping itu, petugas di tempat itu turut memberi penerangan mengenai tempat itu kepada murid-murid
dan guru yang mengiring.
Sebelum pulang, kami berpeluang mengunjungi gerai-gerai yang menjual hasil kraf tangan seperti rantai kunci, gambar
pejuang-pejuang Perak zaman lampau dan bingkai gambar. Kebanyakan daripada kami membeli gambar Dato’ Maharaja Lela
dan Seputum, iaitu orang yang dititahkan oleh Dato’ Maharaja Lela untuk membunuh J.W.W Birch.
Lawatan kami berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Semua ahli persatuan menaiki bas lalu pulang ke sekolah semula.
Kami sungguh gembira dengan lawatan itu. Bagi kami, lawatan tersebut sangat bermakna kerana kami mendapat pelbagai ilmu
dan pengalaman sepanjang berada di sana.
Laporan disediakan oleh, 18 MAC 20_____

Hamidin
(HAMIDIN BIN ABDUL HAMID)
Setiausaha Persatuan Sejarah,
SMK Simpang Lima.

113322


Click to View FlipBook Version