HUDA KHAIRIYAH BINTI LATIF 2 PPISMP BM 1 BMMB 1134: ISU &HALANGAN DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA
KANDUNGAN 2 .ISU K ETE RAMPI LAN B E R BAHASA Isu Bahasa Isu Budaya Isu Media Sosial 1 .DEFINISI Komunikasi Keterampilan Berbahasa
KANDUNGAN 4.PENUTUP Rumusan Rujukan 3 .HALANGAN Komunikasi Keterampilan Berbahasa
K o m u n i k a s i m e r u p a k a n p r o s e s m e m b e n t u k d a n b e r k o n g s i m a k n a d a l a m p e r b u a l a n t i d a k f o r m a l , i n t e r a k s i k u m p u l a n a t a u p e n g u c a p a n a w a m . P r o s e s k o m u n i k a s i m e l i b a t k a n k o m u n i k a t o r , m e s ej , s a l u r a n , e l e m e n g a n g g u a n d a n m a k l u m b a l a s ( V e r d e b e r & V e r d e v e r , 2 0 0 2 ) . KOMUNIKASI DEFINISI
Definisi keterampilan berbahasa Kecekapan dan kebolehan yang tinggi ketika berbahasa melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis bagi menyampaikan sesuatu mesej sama ada secara lisan mahupun bertulis dalam urusan pekerjaan atau seharian seseorang.
ISU KETERAMPILAN BERBAHASA: ASPEK BAHASA Menuru Kamus Dewan Edisi Keempat bahasa ditakrifkan sebagai kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan. Penggunaan dan pemilohan bahasa merupakan aspek penting dalam melaksanakan sebuah proses komunikasi.
Selain itu,pempraktisan penggunaan bahasa rojak sejak kecil menyebabkan individu sukar menerapkan elemen keterampilan berbahasa yang tepat dalam perbualan seharian. Ibu bapa perlulah memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa ibunda kepada anak-anak kerana penguasaan bahasa Melayu yang sangat lemah membuatkan komunikasi terbatas dan menyukarkan proses pembelajaran di sekolah. PENGARUH DALAM PENGGUNAAN BAHASA INDIVIDU Pengaruh penggunaan bahasa seseorang dipengaruhi oleh persekitaran atau tempat tinggal. Terdapat pelbagai negeri di Malaysia yang mempraktikkan dialek seperti negeri Kelantan, Negeri Sembilan, Kedah dan lain-lain. Walaupun ia dilihat memberikan kemudahan untuk berkomunikasi abatar penduduk setempat namun ia bakal menyebabkan masalah komunikasi yang ketara jika berkomunikasi dengan orang luar negeri
Penggunaan dialek juga dapat dibezakan dari segi sebutan, kosa kata, kata ganti nama, tatabahasa dan gaya lagu bahasa (Abdul Hamid Mahmood, 2006) Kamek balik dolok. Ambo pun kelik dulu deh Penggunaan dialek yang berbeza iaitu dialek Sabah dan Terengganu.
Budaya boleh ditakrifkan sebagai kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan melakukan pelbagai tindakan (Suwardi Endraswara,2006). ISU KETERAMPILAN BERBAHASA: ASPEK BUDAYA
Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya kaum Melayu Cina dan India. Kepelbagaian dan kelainan setiap kelompok budaya boleh membawa kepada ketidakfahaman dalam komunikasi. ASPEK BUDAYA: KAUM Aspek budaya merangkumi asal-usul dan latar tempat yang mempengaruhi cara percakapan seseorang. Sebagai contoh, bahasa pengantar utama di rumah bagi orang cina ialah bahasa mandarin atau bahasa Inggeris. Perkara ini membawa kepada kesukaran untuk orang Melayu memahami ayat bahasa Melayu yang dilontarkan orang Cina. Hal ini kerana, struktur ayat yang diluar kebiasaan mereka yang boleh membawa kepada masalah komunikasi. Orang Melayu; Orang Cina: Sebagai contoh, "Kakak mahu ke mana?" "Amoi, mahu pergi mana?"
Perkara ini membawa kepada pelbagai bahasa yang dapat dipelajari dan keterampilan berbahasa yang cuba diterapkan walaupun berbeza budaya. Kebaikannya ialah dapat mempelajari pelbagai bahasa dan menguatkan perpaduan . Keunikan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum.
ASPEK BUDAYA: PENGARUH BUDAYA BARAT Pengaruh budaya barat menjadi isu yang masih hangat hingga kini kerana memberikan kesan negatif kepada rakyat Malaysia terutamanya dari segi bahssa yang dicampur aduk yang membawa kepada pencemaran bahasa Melayu. Kebanyakan anak muda terikutterikut cara percakapan orang barat yang bertentangan dengan budaya Timur. Sebagai contoh penggunaan "i" dan "u" dianggap tidak sopan jika ingin bertegur atau bertanya soalan kepada orang yang tidak dikenali. Selain itu keberkesanan komunikasi tidak dapat dicapai.
ISU KETERAMPILAN BERBAHASA: ASPEK MEDIA SOSIAL Media didefinisikan sebagai alat atau pengantara dalam komunikasi atau perhubungan manakala sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Meda sosial juga merupakan medium komunikasi masyarakat yang utama penyalur maklumat yang pantas.
PENGARUH MEDIA SOSIAL Contoh, penggunaan bahasa slanga dan bahasa rojak.
Media sosial merupakan platform utama masa kini bagi menyebarkan maklumat. Namun, aspek-aspek penting dalam berbahasa tidak diambil peduli serta tiada lagi keterampilan berbahasa yang diterapkan dalam komunikasi harian. ISU MEDIA SOSIAL Penggunaan bahasa slanga dan bahasa rojak yang sangat ketara seperti "meh", "sis", dan istilah-istilah yang tiada maksud seperti "kalengkaleng", telah mempengaruhi cara bertutur seacara realiti Kebanyakan bahasa yang digunakan ialah bahasa campuran.
HALANGAN DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA Gangguan dan kekangan yang berlaku dalam proses komunikasi menyebabkan penyampaian mesej kepada pihak lain tidak dapat disampaikan dengan cekap dan berkesan (Hakimi, 2017).
HALANGAN R E S P O N D A N M A K L U M B A L A S P E N Y A M P A I A N M E S E J M E L A L U I S A L U R A N K E D U A G A N G G U A N F I Z I K A L D A N E M O S I G A N G G U A N L U A R A N K O M U N I K A S I S A T U H A L A
Jika penerima tidak memberikan respon maka komunikasi dianggap gagal dan mesej tidak berjaya disampaikan. Namun jika repon yang diterima posiitif maka penyampai akan lebih bersemangat untuk meneruskan komunikasi. RESPON DAN MAKLUM BALAS Maklum balas atau respon ditakrifkan sebagai respon penerima kepada penghantar bagi memaklumkan apakah reaksi dan tindakan setelah mesej diterima (Haslina Mohammad, 2006). Maklum balas juga merupakan satu tindak balas yang dilakukan secara spontan. Manakala respon yang negatif akan membawa kepada ketidakyakinan kerana emosi terganggu akibat maklum balas diluar jangkaan.
Murid memberikan respon ketika guru bertanyakan soalan.
KOMUNIKASI SEHALA Komunikasi sehala merupakan satu proses penyampaian maklumat secara terperinci tanpa mengharakan sebarang respon dan tindakan. Contohnya, penyampaian ceramah, deklamasi sajak, pidato dan bercerita.
Tujuan komunikasi jenis sehala ini ialah bagi menyebarkan maklumat dan menyampaikan mesej kepada audiens. Penyampai tidak akan menerima sebarang kritikan dan respon daripafda audiens. KOMUNIKASI SEHALA Dalam konteks ini, sifat pendengar itu perlulah aktif supaya tidak terlepas mesej utama yang cuba disampaikan serta tidak berpeluang mengajukan soalan atau maklumat yang ingin diketahui atau sebarang persoalan dengan lebih terperinci. Sebagai contoh persembahan pidato mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Pendengar akann mendengar maklumat tentang topik alam sekitar sahaja tanpa sebarang penambahan.
Halangan komunikasi yang paling ketara ialah apabila mesej disampaikan bukan secaa terus dan menggunakan saluran kedua atau orang ketiga. PENYAMPAIAN MESEJ MELALUI SALURAN KEDUA Saluran media- audio, video dan visual Mesej- komputer, telefon pintar,memo, emel Mesej yang disampaikan juga berkemungkinan tidak jelas dan tidak mengikut kehendak pengirim kadangkala mesej yang disampaikan juga boleh ditokok tambah atau diubahsuai. Penghantar akan memilih saluran yang bersesuaian.
CONTOH SALURAN KEDUA Penggunaan platform kedua seperti Instagram, Gmail, Facebook dan Youtube atau menggunakan orang ketiga untuk menyampaikan mesej.
GANGGUAN FIZIKAL DAN EMOSI
Contoh gangguan fizikal yang dihadapi ialah masalah gangguan saraf pendengaran. Kegagalan funsi saraf seperti saraf telinga menyebabkan berlaku ketidakfahaman yang jelas dan boleh menimbulkan kekeliruan Halangan emosi juga menggangu proses komunikasi yang berlaku apabila pendengar atau penyampai tidak dapat mengendalikan emosi dengan baik. Dalam konteks ini perkara ini menyebabkan tujuan mesej disampaikan tidak berjaya. Sebagai contoh jika seorang peimdato tidak dapat meletakkan emosi yang tepat dalampengucapannya maka kandungan yang disampaikan kurang memberi impak kepada pendengar. Manakala pendengar yang tidak bersedia menerima mesej yang disampaikan akan cepat membuat kritikan dan andaian.
GANGGUAN LUARAN
Gangguan luaran merupakan halangan yang datang dari persekitaran seperti gangguan bunyi dan gangguan cahaya. Antara faktor ketidakberkesanan komunikasi ialah seperti pencemaran bunyi yang berlaku . Sebagai contoh bunyi daripada mesin rumput, bunyi kereta yang terlalu kuat serta bunyi bising orang sekeliling Hal ini menjadikan kita kurang fokus untuk menyampaikan tujuan serta pendengar juga mendapat kesan yang sama iaitu tidak dapat memproses maklumat dengan teliti. Gangguan cahaya pula mempengaruhi tahap persekitaran dan pencahayaan yang sesuaidan kondusif seperti berada di tempat yang gelap dan tidak dapat melihat penyampai dengan jelas menjadikan proses itu tidak efektif akibat kurang perhatian dan fokus. Contoh lain ialah bencana alam yang tidak dielakkan seperti ribut petir yang memberi kesan kepada capaian internet.
Rujukan Arfizawati Abd Hadi. (2017). Komunikasi berkesan dalam koperasi. https://www.ikma.edu.my/images/dokumen/penerbitan/demensi/de mensi-koop52/52-5.pdf Abdul Hamid Mahmood. (2006). Kekangan dalam Komunikasi Pengajian Komunikatif. PTS. Publications Dewan Bahasa dan Pustaka. (2014). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka Haslina Mohamad. (2018). Komunikasi dalam konteks budaya Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka
Rujukan Kee.L (2018). Halangan dan Gangguan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Teguh SDN.BHD Suwardi Endraswara. (2006). Budaya luar Pengajian Am Tahun STPM. Dewan Bahasa dan Pustaka. Noor Fazerra et.al. (2022) Penggunaan Bahasa Slanga dalam Akaun Twitter "Brgsjks": JURNAL WACANA SARJANA, 6(3), 1- 13
SEKIAN TERIMA KASIH