The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FERALANE LAKA ANAK TENIE E-PORTFOLIO PSVK3233

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by feralanelaka1004, 2022-11-13 14:15:59

E-PORTFOLIO PSVK 3233

FERALANE LAKA ANAK TENIE E-PORTFOLIO PSVK3233

TUGASAN 2 : E-PORTFOLIO

FERALANE LAKA ANAK TENIE

PSVK3233

ISI
KANDUNGAN

1 PENGENALAN 4 LAKARAN
PERKEMBANGAN IDEA

2 TEMA: ARCA KRAF 5 KAJIAN KOMPOSISI
TRADISIONAL

3 LAKARAN SUMBER 6 KAJIAN WARNA DAN
ILHAM TEKNIK

ISI
KANDUNGAN

7 PROSES 10 RUJUKAN
PENGHASILAN

8 KARYA AKHIR

9 LAPORAN
REFLEKTIF

PENGENALAN

BIDANG MEMBENTUK
DAN MEMBUAT
BINAAN DAN

MENGENAL KRAF
TRADISIONAL

PENGENALAN

Bidang membuat dan membentuk binaan

Membentuk dan membuat binaan merupakan satu bidang yang terdapat
dalam kurikulum standard pembelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah
Rendah. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya
berbentuk tiga dimensi. Bidang tersebut memberikan perhatian kepada
perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk,
ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Daripada aktiviti ini juga,
aktiviti membentuk dan membuat binaan dapat menghasilkan pelbagai
jenis kraf. Oleh itu, pemilihan alat dan bahan yang sesuai adalah penting
mengikut aktiviti yang dipilih.

Kegiatan bidang tersebut menekankan pemahaman dan penguasaan objek-objek seni tiga
dimensi. Hasilan yang wujud secara tiga dimensi ini dikenali sebagai objek maujud iaitu
nyata dan objek yang boleh dipegang. Oleh itu, bahan tersebut mempunyai ciri-ciri seperti
bentuk, jalinan, kecil, besar licin, keras dan sebagainya. Proses membentuk dan membuat
binaan melalui proses imaginasi pelukis dan diterjemahkan ke dalam bentuk lukisan dan
akhirnya proses pembinaan objek tersebut berlaku. Tajuk ini disediakan untuk mengetahui
dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik
membentuk dan membuat binaan. Semua hasil karya dalam unit ini adalah dalam
berbentuk 3 dimensi. Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi
perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk,
ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah
memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Bidang ini juga dpt
mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan dan
membolehkan murid untuk berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa
menjalankan proses penghasilan seni.

Terdapat beberapa teknik yang digunakan dalam melakukan bidang ini iaitu teknik
picitan, lipatan,potongan, cantuman, pembunkusan, guntingan dan luakan.

Jenis aktiviti dalam menghaislkan karaya dalam bidang membentuk dna mmembuat
binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama,
boneka, topeng dan origami.

PENGENALAN

Bidang mengenal kraf tradisional

Kraf tradisional pula didefinisikan sebagai satu perusahaan yang melibatkan
kerja seni di mana ia melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan
daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi secara turun-temurun. Hasil kraf
tradisional ini kaya dengan unsur-unsur budaya yang mencerminkan
bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya mengikut kaedah reka bentuk
dan hiasan tertentu. Setiap hasil kraf yang dilakukan mempunyai keperluan
dan fungsinya yang tersendiri. Kraf tersebut berfungsi dalam kehidupan
harian yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan
keperluan, kemudahan serta hubung kait dengan masyarakat luar.

Bidang ini merupakan bidang yang terdapat dalam kurikulum bagi subjek PSV KSSR. Pada
peringkat sekolah rendah, murid-murid ini diperkenalkan dengan kraf tradisional yang
terdiri daripada alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri, batik,
tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar.

PENGENALAN

TEMA: ARCA KRAF
TRADISIONAL

Bagi tema yang telah diberikan, saya telah memilih DUKU ILANG
dua hal benda untuk dijadikan sebagai subjek bagi TERABAI
karya yang akan dihasilkan. Oleh kerana ia merupakan
kraf tradisional, maka duku ilang dan terabai dijadikan
sebagai sumber ilham kerana ianya terdiri daripada
kraf tradisional yang diwarisi secara turun temurun.
Jenis arca yang digunakan untuk menghasilkan karya
mengikut tema ini, saya menggunakan arca stabail.

Kraf tradisional yang dijadikan sebagai sumber ilham iaitu duku ilang dan terabai merupakan alat
pertahanan diri bagai Kaum Sea Dayak atau lebih dikenali sebagai Kaum Iban. Kedua-dua alat
pertahanan diri tersebut menunjukkan kepahlawanan yang terdapat dalam diri seseorang Kaum
Iban. Terabai merupakan perisai yang berbentuk lonjong dan diperbuat daripada sekeping kayu
lembut dan dihiasi dengan corak figura seperti lelaki atau perempuan serta flora. terabai ini
digunakan oleh pahlawan Iban sebagai perlindungan dalam peperangan. perisai ini digunakan
terutamanya apabila terlibat dalam ekspedisi 'Ngayau' iaitu memenggal kepala musuh pada suatu
ketika masa dahulu. Motif ukiran pada terabai itu juga bukanlah hanya sebagai perhiasan semata-
mata namun mempunyai maksud yang tersendiri dan menggambarkan keadaan yang dialami oleh
dewa-dewa perang masyarakat Iban. Bukan itu sahaja, arca stabail bagi kraf tradisioanl ini
dilengkapi dengan duku ilang di mana ia mempunyai fungsi yang sama iaitu mempertahankan diri
daripada musuh namun cara penggunaanya sedikit berbeza. Duku ilang merupakan senjata yang
digunakan semasa amalan mengayau dilakukan. Jadi dengan adanya terabai, ia menjadi satu
pelengkap dalam menjalankan ekspedisi Ngayau. Duku ilang merupakan senjata pahlawan Iban
yang diperbuat daripada besi dan tembaga oleh Tukang Kambuh (pembuat senjata duku ilang).
Masyarakat Iban percaya bahawa duku ilang hanya boleh dibuat oleh orang yang telah
melakukan ekspedisi Ngayau untuk membunuh musuh dalam pertempuran dan perlu mematuhi
pantang larang serta adat supaya duku ilang diberkati oleh petara (Tuhan).

Pembuatan duku ilang mempunyai nilai estetika dan budaya kaum Iban yang
memerlukan kemahiran tinggi dalam menempa besi yang berkualiti. Dalam
menghasilkan duku ilang yang kebal kuasa saktinya dan dijamin akan selalu
menang dalam ekspedisi Ngayau, masyarakat Iban percaya bahawa orang yang
disumpah oleh roh mampu mewujudkan ciri-ciri duku ilang tersebut

Kedua-dua hal benda ini merupakan warisan tradisional bagi Kaum Dayak yang
teragung kerana sifat kepahlawanan yang tidak dapat dinafikan lagi. oleh itu,
inspirasi arca kraf tradisional datang daripada semangat perjuangan Kaum Iban
yang tidak putus asa dalam menentang musuh dan mendapatkan apa yang
ingin diinginkan dalam kehidupan. Arca stabail yang dilakukan ini diberikan
nama iaitu Fearless Sea Dayak's Headhunters.

3

LAKARAN SUMBER
ILHAM

KOLEKSI SUMBER ILHAM

KOLEKSI SUMBER ILHAM

PILIHAN

KOLEKSI SUMBER ILHAM

PILIHAN

LAKARAN SUMBER ILHAM

PILIHAN

LAKARAN SUMBER ILHAM

PILIHAN

4

LAKARAN
PERKEMBANGAN IDEA

LAKARAN
PERKEMBANGAN
IDEA 1

LAKARAN
PERKEMBANGAN
IDEA 2

LAKARAN
PERKEMBANGAN
IDEA 3

LAKARAN
PERKEMBANGAN
IDEA 4

LAKARAN
PERKEMBANGAN
IDEA 5 - PILIHAN

5

KAJIAN KOMPOSISI

KAJIAN KOMPOSISI
1

KAJIAN KOMPOSISI
2

KAJIAN KOMPOSISI
3

KAJIAN KOMPOSISI
4

KAJIAN KOMPOSISI
5 - PILIHAN

6

KAJIAN WARNA

KAJIAN WARNA
1

KAJIAN WARNA
2

KAJIAN WARNA
3

KAJIAN WARNA
4

KAJIAN WARNA
5 - PILIHAN

7

KAJIAN TEKNIK

TEKNIK

TEKNIK LUAKAN TEKNIK ASEMBLAJ

8

PROSES
PENGHASILAN -
ARCA STABAIL
FEARLESS SEA

DAYAK'S
HEADHUNTERS

S TYROFOAM B ERUS WARNA

ALATAN K ADBOD P ISAU
DAN
P ENCUNGKIL F IXATIVE
BAHAN GIGI SPRAY

WARNA AKRILIK

ALATAN P EMOTONG P ENSEL
DAN STYROFOAM P ISAU

BAHAN G UNTING PENGUKIR
G AM
P EMBARIS

PROSES MENGUKUR STYROFOAM MENGIKUT
PENGHASILAN
1 UKURAN YANG TELAH DITETAPKAN
ARCA STABAIL - PADA PERKEMBANGAN IDEA.
FEARLESS SEA
DAYAK'S MEMOTONG STYROFOAM MENGIKUT
HEADHUNTERS
2 UKURAN DAN BENTUK YANG
DIINGINKAN MENGGUNAKAN
PEMOTONG STYROFOAM.

MEMOTONG KADBOD UNTUK

3 DILEKATKAN PADA BENTUK
TERABAI SEBAGAI PELAPIK
HADAPAN.

PROSES WARNAKAN PERMUKAAN BENTUK-BENTUK
PENGHASILAN
1 STYROFOAM TERSEBUT.DENGAN
ARCA STABAIL - MENGGUNAKAN WARNA AKRILIK.
FEARLESS SEA
DAYAK'S SEMBURKAN FIXATIVE SPRAY PADA
HEADHUNTERS
2 ARCA YANG TELAH DILAKUKAN
SUPAYA IANYA BERKILAT.

3 SELESAI.

8

LAPORAN REFLEKTIF

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan segala kesyukuran kepada Tuhan kerana telah
menyiapkan kerja kursus bagi subjek PSVK3233 iaitu Bidang Membentuk dan Membuat Binaan
dan Mengenal Kraf Tradisional. Sepanjang penghasilan kerja kursus ini, terdapat pelbagai
pengalaman yang diperoleh. Tidak dapat dinafikan juga, terdapat isu atau masalah yang timbul
semasa menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan. Namun ianya dapat diatasi apabila berkat
pertolongan dan perbincangan daripada rakan-rakan dan juga pensyarah sebagai tempat rujukan.
Masalah yang timbul apabila melakukan tugasan bagi subjek ini sungguh menguji kesabaran
apabila setiap perkara yang ingin dilakukan tidak dapat dilakukan seperti yang telah dirancang.
Walaupun begitu, saya rasa berbangga kerana telah menghasilkan karya seni dan melengkapkan
kerja kursus tersebut.

Terdapat juga kekuatan dan kelemahan yang dirasai sepanjang penghasilan karya seni ini.
Apabila menerima tugasan kerja kursus ini, sejujurnya saya mengalami masalah untuk memahami
tajuk yang diberikan. Hal ini kerana terdapat pelbagai proses yang harus dilakukan untuk
menghasilkan E-portfolio. Bukan itu sahaja, dari segi pemahaman tema juga memerlukan masa
yang lama untuk saya fahami. Namun perkara tersebut dapat diatasi dengan penerangan lebih
lanjut oleh pensyarah kami iaitu Puan Fazidah terhadap tugasan yang akan dilakukan. Oleh itu,
saya mula untuk mendapatkan idea apabila sudah mendapat gambaran terhadap penerangan
yang dilakukan sesuai dengan tema iaitu arca kraf tradisional yang menggabungkan kedua-dua
bidang yang sedang dipelajari.

Seterusnya, isu atau masalah yang dihadapi juga ialah pemilihan idea bagi arca kraf tradisional.
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa kraf tradisional yang telah diwarisi secara turun-temurun di
negara kita sangat banyak dek kerana terdapat pelbagai lapisan bangsa dan kaum yang penuh
warna-warni. Jadi hal ini membuatkan saya sukar untuk membuat keputusan terhadap hal benda
kraf tradisional yang ingin dipilih. Sepanjang melakukan tugasan ini juga, pelbagai pengalaman
yang dirasai dan ilmu yang diperoleh. Pengalaman yang dirasai dalam melakukan tugasan ini ialah
dapat melatih diri untuk memikirkan idea yang kreatif. Perkara ini dapat mengajar saya untuk
menerima cabaran dalam membuahkan hasil fikiran yang kreatif sesuai dengan kehendak tugasan
yang diberikan. Bukan itu sahaja, setiap proses seperti perkembangan idea, kajian komposisi dan
kajian warna juga dilakukan mengikut urutan yang sistematik supaya karya akhir dapat dihasilkan.
Proses-proses tersebut haruslah dilakukan agar dapat mencapai karya akhir yang diinginkan.
Oleh kerana tugasan ini merupakan gabungan bidang membentuk dan membuat binaan, terdapat
pelbagai perkara yang telah dipelajari. Misalnya, jenis-jenis arca seperti arca stabail, arca mobail,
arca binaan dan sebagainya. Jenis-jenis arca ini dilakukan sebagai hiasan yang dapat ditunjukkan
kepada orang ramai di mana ianya mempunyai nilai dan maksud yang tersendiri. Dalam tugasan
ini juga kami digalakkan untuk menerapkan unsur lukisan digital. Oleh itu, saya juga telah
melakukan lukisan digital menggunakan aplikasi Ibispaint X di beberapa bahagian proses lukisan.

Tugasan seni yang diberikan ini merupakan sukar bagi saya kerana kekurangan bakat
dalam bidang seni menyebabkan perasaan minat tersebut kurang dirasai. Namun, apabila
lama-kelamaan mempelajari bidang seni, terdapat pelbagai kepentingan yang diketahui
dan banyak perkara yang menarik tentang seni. Bayangkan kehidupan kita tanpa seni,
bagaimanakah manusia dapat mencapai kegembiraan jika tiadanya seni? Oleh kerana
kekurangan pengetahuan terhadap bidang seni, pelbagai kelemahan dalam melakukan
tugasan ini dapat dijumpai.

Kelemahan yang pertama ialah ketidakfahaman terhadap kehendak soalan. Apabila
soalan tidak difahami dengan sebaiknya, maka segala proses yang ingin dilakukan untuk
menghasilkan karya mungkin berada di jalan yang salah. Oleh itu, saya berhati-hati dalam
melakukan tugasan ini. Kelemahan kedua yang didapati ialah dari segi pengurusan masa.
Masa yang tidak teratur menyebabkan perkara yang dilakukan juga tidak berada dalam
keadaan yang sistematik. Kerja yang dilakukan akan menjadi kelam kabut. Bukan itu
sahaja, kelemahan-kelemahan yang saya dapati ialah dari segi melakukan kajian
komposisi dan kajian warna. Kajian komposisi dan kajian warna adalah sukar kerana
terpaksa sentiasa bertukar apabila perkara yang dilakukan terasa aneh dan janggal.

Cadangan untuk penambahbaikan bagi kelemahan-kelemahan tersebut ialah melakukan
pembacaan dengan lebih lanjut tentang jenis-jenis arca dan kraf tradisional dan hal
benda yang dipilih bersesuaian dengan tema. Sumber-sumber pembacaan tersebut dapat
membantu seseorang untuk melakukan karya yang diinginkan. Seterusnya ialah,
melakukan senarai semak terhadap kerja yang dilakukan dan menentukan tarikh untuk
setiap proses selesai dilakukan. Hal ini kerana, setiap proses tersebut memakan masa
yang lama di mana saya perlu berfikir untuk menghasilkan pengolahan idea sendiri
berdasarkan hal benda yang dipilih.

Kesimpulannya, tugasan kerja kursus yang diberikan ini dapat menambahkan dan
memberikan pengetahuan yang baru di mana ianya berguna untuk saya apabila menjadi
seorang guru pada masa akan datang. Tidak dapat dinafikan bahawa kraf tradisional
sememangnya sungguh berharga bagi kita supaya generasi pada masa hadapan tidak
kehilangan identiti dalam mengejar kemodenan dunia. Melalui kerja kursus ini juga ianya
dapat menyedarkan saya bahawa pentingnya mengekalkan warisan kebudayaan yang
telah dilakukan oleh nenek moyang kita. Akhir kata daripada saya ialah menghasilkan
satu karya seni merupakan satu proses yang panjang dan lahir daripada kreativiti sendiri.

9

KARYA AKHIR


Click to View FlipBook Version