Bab 5 Genetik
5.3 Mutasi
Disediakan oleh : Cikgu Fauzilawati
SMK Keningau, Sabah.
Apa itu Mutasi??
1. Mutasi adalah PERUBAHAN secara SPONTAN pada struktur GEN atau
KROMOSOM yang boleh MENGUBAH SIFAT organisma.
2. Perubahan sifat ini adalah KEKAL dan BOLEH DIWARISI ke generasi
berikutnya melalui gamet.
3. Organisma atau gen yang telah mengalami mutasi dipanggil MUTAN.
4. Sesetengah MUTASI membawa KEBURUKAN namun ada yang
MENINGKATKAN MUTU TANAMAN.
5. Mutasi terbahagi kepada DUA jenis iaitu:
❖ MUTASI KROMOSOM
❖ MUTASI GEN
MUTASI GEN
• Mutasi gen disebabkan oleh perubahan kimia pada struktur gen.
• Contoh penyakit mutasi gen adalah:
• buta warna
• anemia sel sabit
• talasemia
• albinisme
• hemofilia
1. BUTA WARNA
• Pesakit tidak dapat membezakan warna hijau dan merah atau langsung tidak
dapat melihat sebarang warna.
• Buta warna dikawal oleh gen resesif pada kromosom X.
• Sifat buta warna hanya akan muncul apabila berpasangan dengan Y atau dengan
X yang mempunyai gen resesif yang sama.
• Lelaki kerap mengalamai buta warna berbanding perempuan yang
kebiasaannya pembawa.
• Rajah menunjukkan ujian mengesan sifat buta warna yang kebiasaanya
dilakukan di hospital atau semasa ujian memandu.
ADAKAH ANDA BUTA WARNA??
2. HEMOFILIA
• Apabila berlaku luka, pesakit hemofilia akan mengalamai PENDARAHAN
TANPA HENTI.
• Ini berpunca dari kekurangan faktor pembeku dalam darah.
• Penyakit ini dikawal oleh gen resesif pada kromosom X dan lebih kerap
berlaku dalam kalangan lelaki.
3. ALBINISME
• Pesakit mempunyai kulit berwarna putih yang cerah termasuk mata dan
rambut.
• Penyakit ini berpunca daripada kekurangan pigmen dalam badan dan
kebiasaannya mereka tidak tahan terhadap cahaya matahari.
• Albinisme disebabkan oleh gen resesif yang mengakibatkan masalah
penghasilan pigmen melanin dalam autosom.
• Penyakit ini tidak mengganggu jangka hayat manusia dan ianya juga berlaku
pada binatang.
4. TALASEMIA
• Pesakit mempunyai hemoglobin yang tidak normal dalam sel darah merah.
• Sel darah merah lebih kecil saiznya dan mudah pecah.
• Anemia atau kekurangan sel darah merah menyebabkan oksigen sukar
dihantar ke seluruh badan.
• Ia berpunca daripada gen resesif pada autosom.
5. ANEMIA SEL SABIT
• Disebabkan oleh perubahan pada gen yang menghasilkan hemoglobin.
• Hemoglobin yang dihasilkan adalah tidak normal dan menyebabkan sel darah
merah berbentuk sabit.
• Hemoglobin menjadi kurang cekap untuk mengangkut oksigen.