The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sains Tingkatan 4
(Bab 11 Daya dan Gerakan)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Tati, 2020-10-12 11:06:06

Pecutan Graviti & Jatuh Bebas

Sains Tingkatan 4
(Bab 11 Daya dan Gerakan)

11.3
PECUTAN GRAVITI DAN JATUH BEBAS

Pecutan Graviti

• Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat graviti Bumi.
• Daya graviti menyebabkan suatu objek sentiasa jatuh ke bawah.
• Setiap objek yang jatuh akan mengalami pecutan graviti.
• Simbol bagi pecutan graviti ialah ‘g’.

Jatuh Bebas

• Suatu objek dikatakan mengalami jatuh bebas apabila jatuh di
bawah tindakan daya graviti sahaja.

• Objek yang jatuh bebas mempunyai pecutan graviti yang sama
tanpa mengira jisim dan bentuknya.

• Hanya berlaku dalam keadaan vakum sahaja iaitu ruang tanpa
udara.

• Semua objek yang dijatuhkan dalam ruang vakum akan jatuh
serentak tanpa mengira jisim.

Halaju (ms-1) Graf Halaju-Masa
V
0 • Sebelum dilepaskan, halaju objek
ialah sifar kerana berada dalam
keadaan pegun.

• Apabila dilepaskan, halaju objek
bertambah dengan seragam.

• Kecerunan graf halaju-masa =
Pecutan

• Pecutan ini dikenali sebagai
Masa pecutan graviti

(s)

Graf Sesaran-Masa

Sesaran (m) Masa (s) • Sebelum objek dilepaskan, sesaran
0 adalah sifar dan objek berada dalam
keadaan pegun.

• Sebaik sahaja dilepaskan, halaju
objek perlahan. Maka, kecerunan
yang dihasilkan adalah kecil.

• Ketika jatuh bebas, objek bergerak
dengan halaju yang lebih besar
berbanding halaju awal.

• Kecerunan graf menjadi lebih besar.

Halaju (ms-1) Antigraviti
0
• Apabila objek dilontar ke atas,
objek mula bergerak dengan
halaju V ms-1

• Halaju objek semakin berkurang
apabila objek bergerak ke atas.

• Kecerunan graf halaju-masa
adalah negatif.

• Pada ketinggian maksimum,
halaju objek adalah sifar.

Masa (s)

Sesaran (m) Graf Sesaran-Masa

Masa (s) • Sebaik sahaja objek dilontarkan ke
atas, objek bergerak dengan halaju
V ms-1

• Pada masa yang sama, sesaran objek
berubah dengan cepat.

• Apabila objek bergerak ke atas,
halaju semakin berkurang.

• Sesaran maksimum, halaju sifar.
• Objek akan berhenti sebelum jatuh

semula ke bawah.

Latihan (rujuk buku teks)
Salin soalan di atas kertas kemudian cari jawapan.


Click to View FlipBook Version