BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
PENSYARAH : CIK NOORAINI BINTI AB LATIF
NAMA : ADRIANA YASMIEN BINTI ANOUR
KELAS : BM A
PROGRAM : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdullilah bersyukur dengan limpah kurnia-Nya, dengan keizinan-Nya dapat saya
menyelesaikan projek ini selaras dengan kehendak soalan kerja kursus yang telah diberikan
Pada mulanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Cik Nooraini binti Ab Latif kerana telah
memberikan bimbingan dan didikan malah tunjuk ajar sepanjang tempoh kerja kursus ini sekali gus telah membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna sehingga kehujungnya.
Seterusnya, saya juga ingin mengambil kesempatan bagi merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu dan bapa saya yang telah memberi
sokongan dan dorongan tanpa jemu agar saya tidak leka dan alpa ketika mana dalam menyiapkan tugasan ini. Kasih sayang dan semangat daripada mereka
telah banyak membantu saya dalam meneruskan usaha dalam menyelesaikan tugasan ini.
Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang sentiasa memberi ingatan dan nasihat terhadap diri saya pada setiap masa sepanjang tempoh
tugasan diberikan agar tidak terlepas pandang mana-mana info yang penting. Mereka banyak membantu saya dalam memahami inti pati soalan dengan lebih
jelas dan mengurangkan tekanan Ketika proses menyelesaikan tugasan.
Akhirulkalam, saya ingin berterima kasih kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dalam membantu dan mendoakan
kecermelangan saya. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik yang telah ditaburkan.
Saya berharap agar kerja kursus ini telah dilaksanakan dengan baik dan sempurna dan memenuhi segala aspek dan kehendak soalan. Sekian, terima kasih.
SOALAN TUGASAN
Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair,
gurindam dan seloka merupakan ciptaan asli
orang-orang Melayu. Pada peringkat awalnya
puisi-puisi ini disampaikan secara lisan. Namun
perubahan masa menyebabkan puisi-puisi ini
semakin dipinggirkan.
Berdasarkan pernyataan di atas huraikan
pemahaman anda tentang definisi, jenis, bentuk,
ciri dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai
wahana pendidikan.
PANTUN ISI KANDUNGAN
PUISI TRADISIONAL MASYARAKAT
SYAIR
MELAYU PUISI BERBENTUK LAGU
Za'ba (1965) - pantun adalah
SELOKA
rangkapan tertua dan asalnya dari
Seloka merupakan puisi bebas
yang mempunyai bentuk
masyarakat melayu tertentu
- Puisi Melayu Klasik
GURINDAM
Gurindam adalah bentuk puisi lama terdiri
daripada dua baris serangkap
- Berasal daripada bahasa Sanskrit
menerusi bahasa Tamil
PENUTUP
DEFINISI PUISI
KAMUS DEWAN Herman J. Waluyo (1994) Clive Samson (1960:5)
Karangan yang berbentuk
Puisi adalah bentuk karya sastera
Puisi merupakan
sajak, syair, pantun dan
yang mengungkapkan pemikiran
pengalaman intelektual
sebagainya dan perasaan penyair melalui
berpandukan bahasa yang
imaginasi dan diatur dengan 5
berirama dan bersifat
kekuatan bahasa. imaginatif dan beremosi
PUISI
PUISI TRADISIONAL PUISI MODEN
Pancaran masyarakat melayu
Membicarakan isu-isu semasa
lama
Soal ekonomi, politik dan sosial
Mengandungi unsur-unsur emosi,
imaginasi dan budi bahasa CONTOH
CONTOH
- Pantun - Sajak
- Gurindam
- Seloka
PANTUN
JENIS-JENIS PANTUN
BENTUK-BENTUK PANTUN - Pantun Nasihat
- Pantun Adat
- Pantun dua kerat - Pantun Agama
- Pantun empat kerat
- Pantun lapan kerat - Pantun Teka-teki
- Pantun sepuluh kerat
CIRI-CIRI
- Karangan berangkap yang menggunakan bahasa yang indah
PANTUN - Pantun dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembayang dan maksud
Permatang rimba bersuluh terang,
Ranting bersilang taut pegaga,
Dagang hamba jauh di seberang,
Membanting tulang buat keluarga.
Rima dan bunyi akhir adalah sama
- Setiap baris mempunyai 4 atau 5
perkataan
- Mempunyai 8 ataupun 12 suku kata
FUNGSI PANTUN
Mendidik dan memberi peringatan
kepada orang yang lebih muda
Meluaskan olahan idea dan
pengetahuan dalam bentuk
pantun
Menguji minda dan mencabar
ketangkasan seseorang
Melatih pelajar mencipta idea dan
inovasi baharu
CONTOH PANTUN CONTOH PANTUN
NASIHAT AGAMA
Laksamana Bentam datang menyembah, Terang bulan terang bercahaya
Merendah diri walaupun gagah; Cahaya memancar ke Tanjung Jati
Raja adil raja disembah, Jikalau hendak hidup bahagia
Raja zalim raja disanggah. Beramal ibadat sebelum mati
ADAT TEKA-TEKI
Buah berangan di rumpun pinang, Bunga orkid indah warnanya,
Limau kasturi berdaun muda, Penyeri taman perindah hutan,
Kalau berkenan masuklah meminang, Ramai orang datang bertanya,
Tanda diri beradat budaya. Tapak siapa hidup di lautan?
SYAIR
SYAIR JENIS-JENIS
CIRI-CIRI SYAIR Syair cerita
Syair nasihat
Puisi terikat Syair kiasan
Tidak mempunyai sebarang pembayang Syair sejarah
Setiap rangkap mempunyai 4 baris Syair romantis
Mempunyai 4-5 perkataan dalam setiap
baris
Rima akhir adalah tetap iaitu ( a,a,a,a )
Memerlukan syair yang beturutan pada
setiap rangkap
FUNGSI SYAIR
Berfungsi dalam aktiviti kesenian dan
kebudayaan masyarakat
Meningkatkan kebudayaan dan kesenian
dalam kalangan pelajar
Digunakan hanya sekadar hiburan
Boleh dilagukan dan dinyanyikan sekali gus
diiringi tarian yang sesuai
Mementingkan kelembutan dan kemerduan
suara agar mesej yang disampaikan lebih
mendalam
SYAIR ALAM SEKITAR CONTOH SYAIR
SYAIR PANJI
Aduhai adikku kakak berpesan, Berhentilah kisah raja hindustan
Kelak dirimu jadikan panduan, Tersebutlah pula suatu perkataan
Cintailah keindahan jaga kebersihan, Abdul Hamid Syah paduka sultan
Persekitaran indah tiada pencemaran. Duduklah baginda bersuka-sukaan
Kempen kebersihan bersama dihayati, Abdul Muluk putra baginda
Udara nyaman pasti dinikmati, Besarlah sudah bangsawan muda
Sihat badan wajah berseri, Cantik menjelis usulnya syahda
Negara aman hidup harmoni. Tiga belas tahun umurnya ada
Jadilah warga bertimbang rasa, Parasnya elok amat sempurna
Kepada alam membuat jasa, Petah menjelis bijak laksana
Tanah dan tumbuhan dipelihara, Memberi hati bimbang gulana
Kerosakan tiada bumi sejahtera. Kasih kepadanya mulia dan hina
GURINDAM
Ciri-Ciri
Fungsi
Gurindam Gurindam
Gurindam merupakan puisi bebas dan
Puisi yang sering digunakan dalam
tidak terikat pendidikan
Mempunyai dua baris dalam serangkap
Dokumentasi gambaran masyarakat
atau lebih. Setiap baris berfungsi sebagai
yang mampu memancarkan kreativiti dan
isi ataupun maksud daya intelektual seseorang
Baris pertama - Syarat ( Menyatakan pemikiran Dijadikan komunikasi antara seorang
dan peristiwa ) dengan seorang yang lain
Baris kedua - Jawab ( Keterangan ataupun
penjelasan )
Jumlah perkataan dan bilangan suku kata
sebaris adalah tidak tetap
JENIS
Gurindam serangkap dua baris
GURINDAM Gurindam serangkap empat baris
Gurindam bebas
CONTOH GURINDAM Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.
SERANGKAP DUA BARIS
Tiada siapa yang besar,
CONTOH GURINDAM Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
SERANGKAP EMPAT BARIS Tidaklah berbeza lagi
CONTOH GURINDAM Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,
BEBAS Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni.
SELOKA
Puisi bebas dan
CIRI-CIRI SELOKA Tidak mempunyai
tidak terikat pembayang
Bilangan baris, suku kata dan perkataan
dalam serangkap adalah tidak tetap
Seloka gurau senda Jenis SELOKA Seloka pengajaran
Seloka bebas
FUNGSI SELOKA
Pelajar dapat mewujudkan sesuatu
kritikan ataupun ayat yang kreatif
Bersesuaian dengan sifat budi bahasa
dan halus masyarakat Melayu.
Misalnya, mengkritik sesuatu perkara
tanpa mengguris hati individu lain
Majoriti digunakan ketika menyindir,
mengejek dan melahirkan rasa benci
menggunakan bahasa halus.
Contoh SELOKA SELOKA PANDAI PAK PANDIR
Anak dipijak daging dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis bada tergadai.
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh dilangit,
Air di tempayan dicurahkan.
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.
RUMUSAN
Konklusinya, setiap puisi-puisi tradisional yang digunakan ini mempunyai kelebihan dan kebaikannya yang
tersendiri malah mampu menjadi saluran atau platform bagi para penyair mengungkapkan perasaan dan
pemikiran mereka tentang sesuatu perkara. Ungkapan itu akan diutarakan dalam pelbagai bentuk dan jenis
sekali gus memberi impak kepada pembaca dan penulis. Bahasa konotasi dan penggunaan gaya-gaya
bahasa seperti metafora, simile dan sebagainya mampu mentafsirkan sesuatu info dengan lebih mendalam
namun masih mengekalkan kesantunan dan kesopanan berbahasa. Tambahan pula, setiap bait-bait ayat
mempunyai makna yang tersirat dan luas pengertiannya jika dikaji dengan lebih mendalam. Tuntasnya,
generasi masa kini yakni pelajar seharusnya mendalami dan menghayati fungsi-fungsi puisi tradisional agar
keasliannya dapat dikekalkan sehinggalah masa akan datang.
RUJUKAN 1 Waluyo, H. J. (1994). Pengkajian cerita fiksi.
Surakarta: Sebelas Maret University Press.
2 Za'ba, . (1965). 'Ilmu Mengarang Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sekian, Terima
kasih