MUHAMMADIAH MASJID SEJARAH LISAN DAN PENDOKUMENTASIAN SJHK3223
MUKADEPAN
SOALANTUGASAN
Assalamualaikum W.B.T, terlebih dahulu kami ingin memanjatkan kesyukuran ke atas Ilahi atas nikmat dan kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan bagi kursus Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (SJHK3223) pada masa yang ditetapkan. Pertama sekali, ribuan terima kasih kepada Dr. Mohamed Jefferi bin Haji. Mat Lazim selaku pensyarah bagi subjek SJHK 3223 atas tunjuk ajar serta bimbingan yang amat membantu sepanjang tempoh kami menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan lain yang tidak lokek berkongsi ilmu dan idea untuk tugasan ini. Seterusnya, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak sepanjang tempoh tugasan ini. Akhir sekali, kami berharap dapat mempelajari banyak ilmu daripada kerja kursus ini. PENGHARGAAN
PENGENALAN RESPONDEN
Kedua dari kiri Encik Ahmad Nazri bin Rosman berkhidmat sebagai imam masjid Muhammadiah sejak tahun 2010. Beliau merupakan pesara dari syarikat Telekom sebelum bertugas sebagai imam masjid di Tanah Kelebang Jaya, Kampung Chemor dan Masjid Muhammadiah. Selain itu, Encik Nazri juga pakar dalam bidang perubatan Islam. Pertama dari kiri, Encik Hanif Chan bin Abdullah seorang mualaf sejak tahun 2008. Sejurus Masjid Muhammadiah siap dibina pada tahun 2014, Encik Hanif dilantik sebagai biro pelancongan. Pada tahun 2016, dinaikkan pangkat sebagai bendahari masjid dan pada tahun 2017 mendapat peluang sebagai bilal Masjid Muhammadiah sekaligus menjadikan Encik Hanif bilal pertama berbangsa Cina Muslim di masjid tersebut. Oleh itu, selari dengan objektif organisasi Masjid Muhammadiah yang mahu menyatukan bangsa dalam organisasi. Memandangkan Masjid Muhammadiah terkenal dan sering terlibat dengan pelbagai program maka ahli jawatankuasa masjid sebulat suara mencadangkan Encik Hanif sebagai penyelia masjid pada tahun 2021.
LATARBELAKANG MASJIDMUHAMMADIAH
Masjid Muhammadiah merupakan sebuah masjid karya yang terletak di kawasan Tasek Taman Desa Jaya. Menurut imam masjid, Encik Ahmad Nazri, Masjid Muhammadiah pada mulanya dikenali sebagai surau Muhammadiah sebelum dinaik taraf ekoran daripada permintaan masyarakat Cina Muslim Ipoh yang meminta satu masjid ditubuhkan untuk mereka di Perak. Permintaan tersebut diusahakan oleh Dato Syed Makmur AlHafiz selaku Pegawai Jabatan Agama di Perak yang turut bersetuju dengan pembinaan masjid di kawasan tersebut. Beliau berpendapat penubuhan masjid di situ mampu mengeratkan tali perpaduan komuniti Melayu dan Cina. Masjid Muhammadiah juga adalah masjid cina pertama di Perak diikuti dengan Masjid Al- Khairiah yang terletak di Pulau Pangkor. Masjid Muhammadiah diiktiraf sebagai masjid pelancongan oleh sektor pelancongan negeri Perak dan Malaysia ekoran daripada kepelbagaian pelancong yang berkunjung ke masjid tersebut.
PERANANDANFUNGSI MASJIDMUHAMMADIAH
Fungsi masjid yang paling utama ialah sebagai tempat bersujud atau beribadah kepada Allah. Masjid ini mempunyai dua kaum Imam iaitu melayu dan cina. Imam cina merupakan seorang lelaki yang bernama Yong Cheng, umur 28 tahun. Beliau telah memeluk Islam pada usia 15 tahun. Fungsi kedua sebagai pusat pendidikan. Contohnya di masjid Muhammadiah mempunyai sebuah perpustakaan untuk agama Islam dan bukan Islam. Masjid ini berfungsi sebagai tempat kegiatan proses belajar dan mengajar dalam memperdalam ilmu agama. Terdapat banyak buku untuk membaca dalam perpustakaan tersebut. Fungsi masjid yang digunakan oleh umat muslim dan cina ialah sebagai tempat nikah. Masjid yang dipilih oleh pasangan untuk melaksanakan akad nikah. Hal ini kerana masjid merupakan satu tempat yang dijaga kesuciannya. Tambahan pula, Masjid Muhammadiah ini digunakan oleh kaum Melayu dan Cina untuk nikah kerana seni bina yang unik.
KEJAYAAN&HARAPAN MASJID
Sehubungan dengan itu, melalui wawancara yang dijalankan Tuan Haji Nazri menyatakan bahawa mengenai kejayaan dan pencapaian Masjid Muhammadiah ini. antaranya, masjid ini telah diiktiraf sebagai masjid pelancongan dalam sektor pelancongan negeri Perak. Hal ini kerana, keunikan seni bina masjid yang menarik minat pelancong untuk mengunjungi Masjid Muhammadiah iaitu menggunakan bumbung panjang dan bumbung lima yang menjadi identiti bangunan tradisi Cina. Selain itu juga, penggunaan warna merah di sekitar bangunan, penanaman pokok buluh serta tulisan Cina pada mikbar yang merupakan terjemahan ayat Al-Quran juga menjadi keunikan masjid ini yang menarik perhatian untuk datang ke sana. Kejayaan yang seterusnya kewujudan masjid ini telah membuka mata orang bukan Islam untuk memeluk Islam . Pengunjung bukan Islam juga ada yang meminta tunjuk ajar mengenai cara kehidupan Islam termasuklah aspek solat. Di samping itu, terdapat juga program kemasyarakatan yang berjaya dilaksanakan seperti sambutan Tahun Baru Cina yang melibatkan 1000 orang termasuk 28 pertubuhan kerajaan (NGO) bukan Islam. Oleh itu, dengan pencapaian ini, orang bukan Islam berasa lebih selesa dan selamat untuk mengunjungi masjid ini.
Seterusnya, mewujudkan klinik perubatan yang bukan sahaja mengetengahkan perubatan moden malah perubatan tradisional. Tuan Haji Nazri juga mengatakan bahawa klinik ini boleh juga berada di bawah naungan Dr. Fazli Chiah yang merupakan pengerusi masjid tersebut dan merupakan pakar neurologi di Hospital KPJ. Beliau juga berharap perubatan tradisional diwujudkan bagi merawat benda-benda ghaib. Bukan itu sahaja, beliau juga berharap dapat membina tempat berniaga agar lebih ramai masyarakat setempat dan masyarakat luar melawat masjid tersebut. Bertitik tolak daripada itu, Tuan Haji Nazri dan En. Hanif Chan mempunyai harapan yang besar mengenai Masjid Muhammadiah. Kedua-duanya menginginkan masjid ini menjadi pusat tumpuan orang ramai bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada masa akan datang. Selain itu, harapan mereka ini mewujudkan pengajian bahasa termasuklah pengajian bahasa Mandarin dan bahasa Arab yang bertujuan menarik bangsa-bangsa lain untuk mengunjungi Masjid Muhammadiah.
LAMPIRAN
TRANSKRIPSI NURUL BALQIS : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya memperkenalkan diri dulu. Kami dari IPG Kampus Ipoh. Saya Nurul Balqis, Nurul Nabila dan Saminy Raja. Kami ingin menjalankan sebuah temu bual untuk mengenai masjid Muhammadiah dan ajk masjid ini. NURUL BALQIS : Nak tanya Encik tentang latar belakang Encik ? RESPONDEN 1 : Bismillah assalamu'alaikum wa rahmatullah. Terima kasih kerana sudi datang ke masjid hari ini. Masjid Muhammadiah merupakan masjid karya di kawasan tasik taman desa jaya. Terdapat dua buah surau Taman desa jaya iaitu surau islamiah dan surau taman sentiasa. Perkenalan dengan saya, sejak tahun 2010, saya sebenarnya sebagai Imam di masjid ini. Sebelum ini surau dikenal sebagai surau Muhammadiah asal surau sahaja. Selepas itu, masjid ini menaik taraf. Kemudian tuntut tempahan kerana persekitaran Cina Muslim Ipoh. Mereka meminta satu masjid untuk Cina di Perak. Akhirnya, Pegawai Jabatan Agama di Perak ini Dato Syed Makmur Al-Hafiz memang duduk di sini jadi beliau titik tengah orang yang memohon untuk permintaan tersebut . Beliau membantu untuk melaksanakan hasrat membina masjid. Beliau menyatakan bahawa ‘apa salah kita gen dalam riwayat Cina Muslim dengan Melayu yang bahagia menetap di sini’. Dengan itu dapat perhatian dari orang Melayu dan Cina. Jadi itulah perkembangan masjid Muhammadiah ( masjid cina ). Masjid ini merupakan masjid yang pertama di Perak. Masjid kedua pula di Pulau Pangkor yang merupakan masjid yang terbaru. Ia lebih kepada mungkin tidak bidang pelancong. Tetapi masjid Muhammadiah popular di Malaysia. Masjid ini diiktiraf sebagai masjid pelancong masuk kerana banyak pelancong datang ke masjid dalam sektor pelancongan negeri Perak dan Malaysia. Nama saya ialah Ahmad Nazri Bin Rosman, sebelum ini saya merupakan seorang Imam di tempat lain iaitu di Tanah Kelebang Jaya. Selepas itu, menjadi Imam di kampung Chemor Perak. Saya menerima tawaran untuk menjadi Imam di masjid Muhammadiah. Jadi bila saya hijrah saya telah menerima tawaran untuk menjadi Imam. Selain menjadi Imam saya pengerusi sekolah Kelebang Jaya dan saya juga perawat sifar. Saya telah bekerja selama 33 tahun di telekom. (KETAWA). Walaupun saya belum pencen tapi saya menjadi Imam. RESPONDEN 1 : Itu antara pengenalan lah, ha lebih kurang la kan (KETAWA) okay ada ape-ape lagi nak tanya ? NURUL BALQIS : okay tuan pula
RESPONDEN 2 : Assalamualaikum w.b.t nama saya Hanif Chan bin Abdullah. Memeluk agama Islam pada tahun 2008 . Lepastu pada tahun 2014 ha siap Masjid Muhammadiah ini, masjid Cina ni saya dilantik sebagai seorang biro perlancongan dalam Masjid Muhammadiah pada tahun 2014. Kemudian dua tahun kemudian 2016 dilantik sebagai bendahari masjid, MasyaAllah (KETAWA). Tiba-tiba (KETAWA) dua tahun sukarelawan biro perlancongan tiba-tiba naik pangkat, Allah naikkan darjat saya sebagai seorang bendahari masjid. Pada tahun 2017 lagi Allah lipatkan ganda rezeki saya (KETAWA) sebagai seorang bilal simpanan pasal muka saya Cina kan, masjid Cina sudah sempurna dah. Imam kekal lagi , imam Melayu. Belum dapat lagi imam Cina tapi dia nak imam seorang lagi as simpanan ke tak kire la. Antara satu imam Cina satu bilal Cina itu hasrat masjid Cina lah, dia kene ade lah. Kelayakan saya tak mampu sampai tahap imam lah. Ha itu, dia orang bagi saya try 2017 simpanan dulu, bilal simpanan sampai hari ni saya sudahjadi bilal masjid tetap tau, bilal masjid salah seorang Cina muslim. Lepastu pada tahun 2021 lagi, Allah lagi lipatkan ganda saya lagi sebagai masjid Cina ini sudah sempurna, banyak event, banyak aktiviti. Lepastu AJK-AJK dengan tuan pengerusi masing-masing kadang sibuk. Dia patutnya kalau aktif macamni punya masjid kene ada seorang yang urus. Pada tahun 2021 saya dilantik lagi apa oleh ahli jawatankuasa 16 orang tau, saya sebagai seorang penyelia masjid pada tahun 2021, MasyaAllah penuh dengan kerja berat-berat, amanah yang berat-berat tu ha. Itulah sedikit secara ringkas diri saya. NURUL NABILA : Aa (SENYUM) , latar belakang masjid ni, sejak bila diguna, sebab apa dibina, tempoh semua tu. RESPONDEN 2 : Ha itulah tadi imam ada bagitau sedikit kan, sebelum ada masjid Cina ni, itula imam cakap tu kita adalah surau. Mula-mula surau lepastu surau belakang tu surau dijadikan surau mendirikan solat Jumaat. RESPONDEN 1 : Sebab dia dijadikan surau solat Jumaat sebab asalnya dulu masjid di Kampung Tasik, di orang nak bina masjid baru jadi dia nak runtuhkan masjid lama, jadi dia orang takde tempat nak solat kan. Jadi berpindah ke sini, jadi secara tidak langsung, dia orang beso kan tempat kita. Ha daripada asalnya surau tu kan jadi beso tempat kita jadi memang dah dapattaraf surau ha diri Jumaat bagi orang daripada masjid kan. Jadi bila dia orang siap je masjid yang sana tu, jadi kita terus mohon lah pada pihak jabatan untuk naik taraf lagi lah jadi masjid sebab sini dah ramai orang. Lagipun Kawasan ni Kawasan kilang kan kawasan memang ramai orang sini. FRESPONDEN 2 : Kadang-kadang ha imam ha saya pon setuju imam cakap tau. Tiada kebetulan tau, imam tadi cakap kan.
NURUL BALQIS : Seterusnya, apa harapan imam terhadap masjid ni ? RESPONDEN 1: Sebenarnya harapan kita memang kita dah mesyuarat jawatankuasa saya salah sorang ahli jawatankuasa masjid jadi kita dah merancang macam macam sebenarnya program dan jadikan masjid sebagai one stop center semua aktiviti ada kat sini. Kita mencadang macam tu bukan saja pelancongan, pusat pengajiannya, bukan pengajian agama ja, pengajian bahasa kita ada bahasa mandarin, bahasa arab ada kita nak wujudkan kat sini dan bahasa bahasa pilihan yang lain, memang kita nak wujudkan kat sini sebab tujuannya kita nak tarik bukan sahaja bangsa kita malah bangsa bangsa lain macam india pun dia datang sini. jadi yang keduanya kita wujudkan klinik, klinik perubatan disini. Klinik itu mungkin ada di bawah datuk pengerusi, Datuk Dr Fazli Chiah, dia pakar neurologi di KPJ Hospital. Dia pakar la jadi dia Dr erm pengerusi kat sini jadi dia akan bawa doktor-doktor pakar datang sini dan wujudkan satu klinik, klinik untuk orang dan saya bahagian tradisional, saya merawat pesakit-pesakit yang bukan saja kan tidak boleh dirawat di hospital itu saya handle bahagian tu daripada bahagian kaunseling dan juga rawatan-rawatan yang berkaitan dengan benda-benda ghaib, itu dua dua kita nak. itu antara harapan kita sebenarnya banyak kita nak wujudkan lagi cadang-cadang ada macam tempat apa meniaga sikit sikit, sikit-sikit macam cendera hati. RESPONSEN 2: Macam-macam RESPONDEN 1: Apa semua tu kita nak selit dekat sini dan sebagai minat budak-budak pulak kita nak wujudkan satu tempat permainan untuk budakbudak di sini tu pun ada kolam eh kolam ikan daya tarikan tu maknanya biarlah kita nak datang masjid bukan sembahyang saja macam hanif cakap tadi semua kita semua kita datang sini kita cadang semua ada. RESPONDEN 2: Kita sudah ada fasa 2 kita sudah ada satu library tau for muslim boleh non muslim pun boleh boleh baca buku tu atas kita ada satu library. itulah hasrat itulah kita capai la tengok fasa 2 sudah siap boleh lah kalau tak ada. RESPONDEN 1: Sambung Hanif pulak RESPONDEN 2: Sama, tadi saya nak cakap imam sudah cakap (KETAWA) hasrat tu memang hasrat kita tu janganlah masjid tu sebagai satu lokasi untuk solat saja. ha kita cari sejarah balik dulu nabi ya zaman nabi kan itu masjid nabi duk dalam masjid macam macam aktiviti dialog dalam agama pun dalam masjid bukannya pergi lain tempat sewa dewan dalam masjid dialog.
RESPONDEN 1: Kita bulan ramadan kan kita bukak puasa kan kita jemput bangsa bangsa cina walaupun bukan muslim lagi RESPONDEN 2: Ya RESPONDEN 1: Sama sama nak merasa berbuka puasa itulah jadi banyakkan suasana RESPONDEN 2: Banyakkan event- event kemasyarakatan, keagamaan, kebudayaan semua ada. Salah ke? Kalau salah tanya apa yang orang lebih alim mungkin mufti ke apa orang lebih alim tanya salah ke kalau pada kita tu saya ingat tak salah betul tak imam. RESPONDEN 1: sebelum kita buat kita tanya dulu pejabat agama. RESPONDEN 2: Serupa tadi adik mari adik jaga dah tau nak datang rumah Allah adik tau jaga dah itu aja. Sebenarnya islam itu simple jaga tutup aurat itu aja respect kita pergi jabatan pun kita kena respect ini lah lagi lagi besar rumah Allah itu aja. Macam luar sana kita jadi simpan banyak ada satu almari sana semua jubah telekung semua ada ha. Dulu saya jadi biro pelancongan kalau boleh kita cakap elok dengan dia kalau boleh pakai kita jemput masuk kita nak jaga adab, aurat itu aja simple boleh tengok nak tanya soalan semua boleh tiada yang tak boleh yang itu tak boleh jer kalau tak tutup ha itu aja susah kan? Tak susah, satu ja ma bagi satu susah tutup saja ma biasa tutup yang lain semua senang jalan boleh tangkap gambar boleh semua boleh makan kata sini boleh minum dekat sini boleh banyak boleh cuma itu je tak boleh satu aja. RESPONDEN 1: Jadi satu harapan di sini Sebenarnya jadikan sini sebagai satu pusat dakwah. Pusat dakwah bagi non Muslim. Jadi memang ada antara yang aktif adalah timbalan pengerusi ustaz hafiz jadi dia mubaligh yang kerja di jabatan agama dan bertugas untuk nanti mungkin kalau dah siap bangunan belakang beliau akan buat satu tempat untuk non Muslim nak belajar agama yang tak tahu. RESPONDEN 2: Banyak rancangan fuh banyak RESPONDEN 1: Orang asli pun ada datang kan untuk ni kita akan ajar semua lah India pun ada cina ada semua ada. RESPONDEN 2: Kalau dulu tu tak ada tak boleh rancang tak boleh tempat kecik bilik tak ada semua tak ada itu lah saya takmau pergi saya punya pejabat sana pejabat sudah jadi stor (KETAWA) buat malu je kalau buat rakaman
RESPONDEN 2: Pastu tempat tu kecik bilik tak ada ini bilik imam tau itu bilik azan lah bilik imam lagi satu pejabat ja tiga ja. Pejabat sudah jadi barang barang sudah jadi stor dah saya pun belajar dekat dewan lagi selesa (KETAWA) burung pun ada kat dalam itu itu anak saya, saya hobi saya suka suka binatang. RESPONDEN 1: Harapan tu memang tinggi la memang kita nak jadikan bagi orang minat nak datang masjid macam mana kita pergi supermarket la. Kenapa orang minat nak pergi supermarket kan jadi harini nak jadikan masjid ni tempat pilihan ramai orang suka. RESPONDEN 2: Bukan nak solat je. Itulah ada kolam ikan mungkin sebab ikan dia datang.datang datang dia solat sini tau.ada sebab kita cuba tarik orang datang RESPONDEN 1: macam nikah pun memang dah banyak datang sini . RESPONDEN 2: Nikah pun mungkin mungkin dia tangkap gambar itu pun mungkin saya tak pasti mungkin warna dia ka apa ka bila tangkap gambar mungkin bila viral baca balik banyak cantik dia ada match mungkin itu saya tak tau tanya orang perempuan suka suka tangkap gambar punya banyak kita ni tak suka tangkap gambar taktau tanya orang perempuan ja tau. Oh cantik lah mana you akad nikah tu? Masjid cina oh lain kali saya pun nak masjid cina. Habis kahwin ni ini pun get ready dah lagi itu pun cakap dia nak dah tau tak payah susah ha itu lah sebabnya. Ada lagi? NURUL BALQIS: rasanya itu aja la tapi saya wakil ini nak ucapkan terima kasih sudi ditemu ramah. Saya harap harapan masjid ni boleh pergi jauhlah. RESPONDEN 2: Aamin RESPONDEN 1: Masjid ni tak pergi jauh dia takdak kaki. (KETAWA) RESPONDEN 2: Harapan tu cita cita boleh pergi jauh. RESPONDEN 1: Kalau ada apa apa yang kurang nanti boleh refer balik telefon balik whatsapp ke. Kalau ada datuk pengerusi banyak benda boleh cakap. NURUL NABILA: Banyak ke mualaf lepas masjid yala kawasan cina kan? RESPONDEN 2: Banyak banyak selalu itu la niat kita betul semua betul. Automatik kan kita nak panggil orang masuk islam susah nak cari dia orang mari. Berapa ramai dah ha Abdul Halim duk depan mari sini banyak.
RESPONDEN 1: USA ada datang Jepun ada daripada Korea China ada. RESPONDEN 2: Mungkin dia orang tengok ada kesamaan tu dekat. Dia nak datang sini terutamanya orang cina la sebab tu wujud satu masjid cina memanglah ngamlah sesuailah. RESPONDEN 1: Imam daripada china pun ada datang. RESPONDEN 2: Baru dapat sorang imam cina muda 28 umur baru dapat nama dia Abdul Khan. Dia memeluk agama islam umur dia 15 tahun sekarang 28 sudah jadi ustaz. Kita lantik dia sebagai imam keempat cina la ada la imam cina baru ja bulan ni. RESPONDEN 1: Maknanya lengkap lah imam ada cina sorang bilal siak pun ada cina yang perempuan tu itu siak la. Lengkap semua. RESPONDEN 2: Semua ada lah alhamdulillah Allah bagi nak cari payah susah nak cari dia mari. Kalau bukan Allah apa pun tak jadi. Saya pun tak sangka saya boleh duduk sini. RESPONDEN 1: Tapi dulu asalnya semua orang kita la. Tapi kita bimbing la sikit sikit tarik diaorang ajar diaorang kan ni boleh dah boleh azan dah dulu dia ni takut-takut jugak. RESPONDEN 2: Saya mula mula semua jawatan saya tolak biro pelancongan saja saya pilih sebab saya belajar tau kalau nak berdakwah kalau non muslim terutama orang cina mari saya rasa nak sembang dengan orang cina free ja. Dia takdak ilmu saya ada ilmu saya cakap silap pun dia taktau tau. (KETAWA). Saya mau jadi biro pelancongan yang lain saya tolak. RESPONDEN 1: Ada apa apa lagi tak? NURUL NABILA: Terima kasih RUJUKAN Responden 1 : Tuan Haji Ahmad Nazri Bin Rosman (Imam) Responden 2 : En. Hanif Chan bin Abdullah (Bilal)
LINK/ QR CODE WAWANCARA https://youtu.be/AxjQLFVfQIQ
TERIMA KASIH