The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU MAYA PANITIA BM SJK (TAMIL) SEPANG, 2023-05-31 10:05:09

geng_klik_1_2022

geng_klik_1_2022

SIRI 1/2022 REKREASI MINDA CERDAS


PENASIHAT Dato’ Mohd Sukari bin Ab Hamid Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia KETUA EDITOR Wan Azizah Wan Omar Yunus Hj. Saprin EDITOR PENYELARAS Shamalah Mukundan PELUKIS/REKA BENTUK Zayman Rosni DICETAK OLEH Absolute Master Printers Sdn. Bhd. Diterbitkan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Aras 13, Kompleks K-KOMM, Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya. Cetakan Pertama Siri 1/2022 Hak Cipta Terpelihara Jabatan Penerangan Malaysia, 2022 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, gambar dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit. M/s AMALAN GAYA HIDUP SIHAT 6 - 15 20 - 23 24 - 27 M/s M/s 38 M/s SANTAI GENG KLIK peribahasa ISI KANDUNGAN


4 KATA SEERTI & SINONIM ANUGERAH & KURNIA Hang Tuah menerima anugerah daripada Sultan Melaka di Balairung Seri. Hang Tuah menerima kurnia daripada Sultan Melaka di Balairung Seri. 4


5 AUDIENS & PENONTON Para audiens telah memenuhi tempat duduk di stadium untuk menyaksikan persembahan wayang kulit. Para penonton telah memenuhi tempat duduk di stadium untuk menyaksikan persembahan wayang kulit. ASLI & TULEN Malaysia adalah antara negara pengeluar getah asli utama dunia. Malaysia adalah antara negara pengeluar getah tulen utama dunia. 5


6 KENAPA LA DANISH DAN RAJ NAK JUMPA AKU KAT TAMAN NI HA? AKU BUKANNYA RAJIN BERSENAM MACAM MEREKA PUN.. HAH? SIAPA PULA TU? EH! KENAPA NI DIK? CHEMONG BAWAK LARI ANAK PATUNG ADIK!!! tolong!!! tolong!!! tolong!!! AMALAN GAYA HIDUP SIHAT 6


7 BAGI BALIK ANAK PATUNG TU CHEMONG!! JANGAN LARI!!! HISHHH!!! HUH...HUH.. CHEMONG!!! PENATNYA.... meow!! meow!! meow!! 7


8 MACAM TU LA KISAHNYA...JADI AKU NAK MINTA BANTUAN KORANG ...JADIKAN AKU SIHAT DAN AKTIF.. BOLEH JE... TAPI KAU BOLEH TAHAN KE NAK BERLATIH NI? KENA TAHAN DENGAN PELBAGAI UJIAN DAN DUGAAN... AKU SANGGUP HADAPI SEMUA RINTANGAN....YANG PENTING LEPAS NI AKU TAK NAK LAGI JADI LEMAH DAN CEPAT PENAT! AMALAN GAYA HIDUP SIHAT NI BUKAN BERSUKAN AJE SEMATA-MATA TAU.. 8


9 PERKARA PERTAMA DALAM AMALAN GAYA HIDUP SIHAT NI ADALAH MENGAWAL PEMAKANAN.. KERAJAAN PUN GIAT BERKEMPEN KONSEP PINGGAN SIHAT MALAYSIA “SUKU-SUKU SEPARUH” MINUM NI.. JANGAN MINUM AIR YANG BERGULA SECARA BERLEBIHAN... MAKANAN PUN MESTILAH YANG BERKHASIAT... ELAKKAN MAKANAN YANG BERMINYAK DAN BERLEMAK TINGGI... OK..SEKARANG LATIHAN BERSUKAN .. BIAR RAJ PULA YANG MENGAJAR KAMU BOB.. 9


10 SEBELUM KITA MULA BERSENAM...KITA TARIK NAFAS DULU... APA TUJUAN TARIK NAFAS NI RAJ? BERLARI SETEMPAT PULA.... TEKAN TUBI... UNTUK MENGUATKAN TANGAN... MELUTUT SEBELAH KAKI ...MULAKAN DENGAN KAKI KANAN DULU.. OK..SEKARANG BARU LA KITA MULA BERLATIH ... APA? BARU NAK MULA... NI PUN DAH BERPELUH-PELUH... 10


11 TADI TU SENAMAN UNTUK REGANGAN OTOT SAJA..SEKARANG BARU LA MASA UNTUK BERLATIH MENGUATKAN STAMINA.. REHAT KEJAP BOLEH TAK RAJ? AKU DAH PENAT NI... AIK? KITA BARU NAK MULA.. TAKKAN NAK BEREHAT DAH? MACAM NI LA.. KAU LARI DULU RAJ... AKU MENYUSUL DI BELAKANG.. EH..TU HANA DAN LUCY..APA YANG DORANG BUAT TU? OK..BAIKLAH... JANGAN PERLAHAN SANGAT TAU... 11


12 LUCY..HANA.. KAMU BERDUA BUAT SENAMAN APA NI? NI LA SENAMAN TAI CHI BOB...JUGA DIKENALI SEBAGAI MEDITASI DALAM GERAKAN.. SENAMAN NI SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN BOB... MARI LA BERSAMA KAMI.. IKUT GERAKAN SAYA DAN LUCY... WAH...MENARIK NI... AKU MEMANG SUKA SENAMAN ALA ALA KUNG FU NI... KAT SINI RUPANYA BOB NI.. LAMA AKU TUNGGU KAT DEPAN TADI...HMM.. BAIK AKU TERUSKAN BERJOGGING JE.. 12


13 SERONOK JUGA BUAT SENAMAN TAI CHI TADI... RASA TENANG DAN SEGAR JE BADAN NI..EH CIKGU LA... SELAMAT PETANG CIKGU...EH ROX PUN ADA? EH BOB... MARI LA BERKELAH BERSAMA KAMI.. YE BOB... LAGIPUN ADA LEBIH MAKANAN LAGI NI.. EH..TAKPE CIKGU... SAYA SEKARANG TENGAH AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT... BAGUS LA TU... TAPI JANGAN SAMPAI TAK MAKAN PULA TAU... BADAN KITA NI TETAP PERLUKAN MAKANAN UNTUK TENAGA.. 13


14 FUH..LETIHNYA HARI NI... EH..KENAPA NAMPAK SEMACAM JE BOB NI? TAK SIHAT KE? EH..MAN LEBAI... NAK KE MANA NI? NAK KE MASJID... NANTI ADA KULIAH MAGHRIB...KAMU PULAK DARI MANA? PENAT SEMACAM JE? DARI TAMAN TADI.. HARI NI MACAM-MACAM AKTIVITI YANG AKU BUAT.. AKU NAK UBAH PADA GAYA HIDUP SIHAT... BAGUSNYA.. APA PUN JANGAN BUAT BERLEBIHAN SAMPAI MEMUDARATKAN BADAN PULA.. OK LA AKU NAK KE MASJID DULU... ASSALAMUALAIKUM.. BAIKLAH... WAALAIKUMUSSALAM... 14


15 BOB...BOB... JOM MAKAN MALAM.. SENYAP JE... LA..TIDUR RUPANYA.. APA LA DIA BUAT TADI SAMPAI TERLELAP AWAL HARI NI YE... 15


16


17 Hai kawan-kawan, mari kita mengenali istilah-istilah Bahasa Malaysia dalam bidang e-pembelajaran! Istilah Bahasa Inggeris: Bring Your Own Device Learning (BYOD learning) Istilah Bahasa Malaysia: Pembelajaran bawa Peranti Sendiri (Pembelajaran BYOD) Istilah Bahasa Inggeris: VR Headset Istilah Bahasa Malaysia: Kepala VR Istilah Bahasa Inggeris: Distributed Learning Istilah Bahasa Malaysia: Pembelajaran Teragih Istilah Bahasa Inggeris: Bite-sized Istilah Bahasa Malaysia: Secekut Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka PEKA BAHASA 17


18


19


20 STESEN KERETA API Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Hishamuddin merupakan salah satu bangunan yang tercantik di Kuala Lumpur. Kompleks bangunan stesen kereta api termasuk hotel dan ibu pejabat kereta api ini merupakan dua (2) bangunan yang bertentangan kedudukannya antara satu sama lain. Kedua-dua bangunan ini telah dibina serentak pada tahun 1990an ketika rangkaian pengangkutan kereta api sedang berkembang pesat. Stesen kereta api yang asal dan pertama merupakan bangunan sementara yang dibina daripada kayu dan atap yang sederhana bentuknya, siap pada tahun 1886. Pada ketika itu jalan kereta api yang pertama di antara Bukit Kuda, Kelang dan Kuala Lumpur telah dibuka. Stesen terawal ini terletak ke selatan dari tapak stesen sekarang. Pada tahun 1892, sebuah bangunan baharu dibina ditapak yang sama bagi menggantikan stesen yang sedia ada. Sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan sistem pengangkutan kereta api dan juga bandar Kuala Lumpur, maka sebuah bangunan baharu yang lebih baik dan bersesuaian bagi menampung segala keperluan telah dibina di atas tapak bangunan yang sama, menggantikan kedua-dua bangunan lama yang dibina pada tahun 1886 dan 1892 itu. Bangunan ini telah direka pada tahun 1900 dan mengandungi tiga (3) landasan, ruang pejabat yang luas dan bilik menanti, bangsal kereta api serta hotel. Hotel yang mengandungi 30 bilik dan dilengkapi restoran ini merupakan sebahagian daripada bangunan yang sama. Mr. Hubback, Pemangku Arkitek di Jabatan Kerja Raya Persekutuan Tanah Melayu telah dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk bangunan ini. Bentuk dan seni binanya mempunyai unsur-unsur pengaruh keislaman Utara India dan Byzantine-Arabian Night Fantasy. Bangunan ini telah dibuka dengan rasminya pada 1 Ogos 1910. 20


21 Sebagai sebuah stesen kereta api yang berkedudukan di pusat bandar, ia telah mengalami dan menyaksikan pelbagai peristiwa menarik. Antaranya pada tahun 1946, satu (1) perhimpunan telah diadakan di stesen kereta api ini bagi membantah dan memulau pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union di Tanah Melayu. Penentangan ini adalah kerana Malayan Union akan menghilangkan kuasa Raja-Raja Melayu dan hak orang Melayu. Pada tahun 1962, Stesen Keretapi Kuala Lumpur sekali lagi dibanjiri oleh orang ramai. Perhimpunan kali ini pada tanggal 20 Januari bertujuan untuk menyambut kepulangan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail dan Raja Permaisuri Agong, Tengku Budriah binti Al-Marhum Tengku Ismail setelah berkunjung ke luar negeri selama enam (6) minggu. Kepulangan baginda berdua diiringi oleh Tun Sardon Hj. Jubir dan isteri telah disambut dengan hamparan permaidani merah dan tembakan meriam sebanyak 21 das. Ketibaan baginda dan rombongan di Stesen Keretapi Kuala Lumpur dari Pulau Pinang dengan kereta api khas disambut oleh Perdana Menteri YTM Tunku Abdul Rahman dan isteri, Timbalan Perdana Menteri YAB Tun Abdul Razak dan isteri, Menteri-menteri kabinet, perwakilan asing dan rakyat jelata. Pada tahun yang sama pada 17 Februari, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Padang Kelab Selangor sekali lagi dikunjungi oleh orang ramai bertujuan menyambut kepulangan seramai 510 orang anggota askar Melayu dari Congo, yang telah berkhidmat selama 10 bulan sebagai pasukan pengaman dunia. Kereta api yang membawa anggota-anggota tersebut tiba pada pukul 9.15 pagi dari Port Swettenham, anggota tentera ini kemudiannya berbaris di Padang Kelab Selangor untuk upacara perbarisan. Pada upacara perbarisan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak selaku Menteri Pertahanan mengucapkan ‘Selamat Kembali’ kepada para anggota yang selamat pulang dengan kejayaan. Pada upacara tersebut juga, YAB Tun Abdul Razak mengucapkan ‘Selamat Berlayar’ kepada 926 anggota askar dari batalion ke-7 Askar Melayu Diraja dan A Squadron Pasukan Peninjau Persekutuan yang akan berlepas ke Congo. Pada 18 Julai 1984, rombongan Pengurus Besar Keretapi Thai (RSR) telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat, Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Kuala Lumpur. Rombongan tersebut juga bertindak sebagi wakil kepada persidangan bersama antara KTM dengan RSR. Pada persidangan itu, pelbagai perkara berhubung dengan keretapi kedua negara telah dibincangkan termasuklah teknologi, pentadbiran dan kejuruteraan. Di Stesen Keretapi Kuala Lumpur ini juga telah dilancarkan upacara pelancaran ujian railbus pada 23 Julai 1984. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chong Hon Nyan. Railbus berharga RM1.1 juta boleh memuatkan 260 orang penumpang bagi satu-satu perjalanan. Pada 7 April 1985, Perdana Menteri Great Britain, Puan Margeret Thatcher telah mengadakan lawatan singkat ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Kunjungan beliau disambut oleh Perkumpulan Wanita KTM, Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chong Hon Nyan dan isteri, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Paduka Rahmah Osman, Pengurus Besar KTM, Dato’ Ahmad Badri dan isteri serta pegawai-pegawai dan kakitangan KTM. Rombongan beliau juga dibawa menaiki British Railbus dari stesen Kuala Lumpur ke Bangsar. 21


22 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui agensinya, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) telah melancarkan Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca 2022 pada 29 Mac 2022 yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Objektif • Membudayakan amalan membaca dalam Keluarga Malaysia • Meringankan beban rakyat dalam pembelian bahan ilmiah • Merancakkan semula industri perbukuan negara 22


23 BAUCAR RM10 • Perbelanjaan minimum RM20 ke atas dalam satu (1) resit • Memanfaatkan 190,000 penerima • Penerima secara automatik berdaftar sebagai ahli u-Pustaka dan layak akses bahan bacaan digital secara percuma Tempoh penebusan baucar bermula pada :- 1 APRIL – 31 OGOS 2022 Tebus baucar di 371 kedai buku terpilih (dalam talian dan menerusi Shopee) Semak senarai kedai buku di :- 23


24 SANTAI GENG KLIK peribahasa HAUS LA!! KITA KENA BERHATI-HATI SEBELUM KELUARKAN WANG DARI KOCEK.. PASTIKAN KEADAAN SEKELILING SELAMAT.. OK..BARULAH BOLEH BELI AIR SEKARANG! KAMU NI BETUL LA "SEBAGAI KEPITING BATU"... BIAR AKU BELANJA. TAPI SEBELUM TU... PERIBAHASA - SEBAGAI KEPITING BATU MAKSUD - SANGAT BERHATI-HATI MENGELUARKAN WANG 24


25 SANTAI GENG KLIK peribahasa JOM IKUT AKU.. BIAR AKU TUNJUKKAN OO...PERIBAHASA RUPANYA... PANDAI PUN... ISH...AKU PUN TAK TAU LA KANANG? APA TU? HANA! KAMU TAHU TAK APA ITU "SEBAGAI ANAI-ANAI BUBUS"? PERIBAHASA - SEBAGAI ANAI-ANAI BUBUS MAKSUD - KELUAR BERAMAI-RAMAI, BERDUYUN-DUYUN 25


26 SANTAI GENG KLIK peribahasa AKU BERANI CAKAP LA YANG LUCY TAKKAN MENANG PERTANDINGAN SAJAK SEKOLAH HARI NI... KALAU BETUL DIA MENANG, AKU AKAN CABUT LALANG TU DENGAN TANGAN JE NANTI.. WAH! BETUL KE? WOW!! TAHNIAH LUCY!! ISH!! KENAPA LA GATAL SANGAT MULUT NI TADI...ADUII..SAKITNYA TANGAN!! HAI BOB, HAI RAJ.. SAYA TELAH MENJADI JOHAN PERTANDINGAN SAJAK SEKOLAH ITU LAH... "MULUT TERLANJUR, EMAS TENTANGANNYA.." TADI TAU... ha! ha! ha! PERIBAHASA - MULUT TERLANJUR, EMAS TENTANGANNYA MAKSUD - PERKATAAN (JANJI) YANG SUDAH DIUCAPKAN HARUS DITEPATI 26


27 SANTAI GENG KLIK peribahasa HEY SEMUA!!! BOLEH TAK KAMU SEMUA BERKUMPUL SEKEJAP!! HMM...RAMAI DAH ADA NI.. BOLEH LA AKU BUAT PENGUMUMAN KAT SINI JE! EH? DIA NI "SEPERTI MEMEKIK DI TENGAH PADANG LUAS." PERIBAHASA - SEPERTI MEMEKIK DI TENGAH PADANG LUAS MAKSUD - SERUAN YANG TIDAK DIENDAHKAN ORANG 27


28 Obesiti kanak-kanak bukan sahaja mengundang penyakit dan masalah fizikal malahan tekanan emosi dan psikologi seumur hidup mereka. Punca obesiti kanak-kanak mungkin berbeza termasuk dilahirkan besar akibat genetik atau ibu menghidap diabetes tetapi faktor utama tetap berkait rapat dengan gabungan masalah pemakanan dan aktiviti fizikal. Ibu bapa dan keluarga perlu mengambil berat faktor penyumbang masalah ini dan mula bertindak mengawal berat badan anak mengikut seperti yang disarankan bagi menjamin generasi masa depan yang sihat dan cemerlang. Dikongsikan langkah-langkah bagi menangani obesiti dalam kalangan kanak-kanak. 28


29 Elakkan snek yang tidak sihat kerana mengandungi lemak, gula dan garam yang tinggi. Tingkatkan aktiviti fizikal kanak-kanak dengan menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sukan, riadah dan seni mempertahankan diri. Berikan susu ibu sahaja kepada bayi yang baru lahir sehingga berumur 6 bulan. Mulakan makanan pelengkap pada umur 6 bulan. Ambil sekurang-kurangnya tiga (3) sajian sayur dan dua (2) sajian buah setiap hari. Makan mengikut keperluan dan saiz sajian yang betul. Hadkan minuman ringan dan manis. Gantikan dengan air kosong, susu atau jus buah tanpa gula. Kurangkan kekerapan makan di luar terutamanya di restoran makanan segera. 29


30 Menerap 14 elemen nilai kehidupan S – Selamat, Seronok, Sihat E – Etika, Empati J – Jati Diri A – Adab Sopan H – Harmoni T – Tekun, Teliti, Terampil E – Eksplorasi R – Rasional A – Artikulasi Sekolahku Sejahtera 30


31 SELAMAT Persekitaran sekolah yang aman dan tenteram serta terpelihara daripada ancaman dan bahaya. SERONOK Suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang menggembirakan. SIHAT Penjagaan kesihatan fizikal dan mental khususnya dalam aspek pemakanan serta kebersihan diri dan persekitaran. ETIKA Pegangan yang teguh kepada nilai-nilai akhlak dan prinsip moral khususnya dalam aspek integriti. Sekolahku Sejahtera Sekolahku Sejahtera 31


32 EMPATI Keupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain dengan meletakkan diri pada tempat mereka. JATI DIRI Prinsip serta pegangan yang membentuk identiti dan karakter diri dalam mencorak keperibadian unggul. ADAB SOPAN Amalan tingkah laku yang memberi penekanan kepada akhlak, budi bahasa, pertuturan dan kelakuan baik. HARMONI Suasana persekitaran yang aman dan penuh toleransi serta berteraskan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Sekolahku Sejahtera 32


33 TEKUN Rajin dan bersungguh-sungguh dengan penuh tumpuan serta daya usaha dalam mendalami ilmu dan melaksanakan tanggungjawab. TELITI Cermat dan hemat dengan penuh analitis dalam melaksanakan tanggungjawab. TERAMPIL Kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab. EKSPLORASI Rasa kecintaan untuk meneroka ilmu yang bermanfaat dan terus berusaha meningkatkan kefahaman serta menguasai ilmu berkenaan. RASIONAL Kemampuan membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan fakta dan maklumat serta tidak dipengaruhi oleh emosi dan prasangka. ARTIKULASI Keupayaan untuk mengolah serta menyampaikan pandangan, hujahan atau huraian tentang sesuatu perkara dengan jelas dan teratur berdasarkan fakta. Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia Sekolahku Sejahtera Sekolahku Sejahtera 33


34 HFMD adalah penyakit disebabkan oleh Enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh virus Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus (EV71). Cara merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia 34


35 Cuci tangan dengan sempurna dengan menggunakan air dan sabun. Basahkan tangan, letak sabun dan ratakan Gosok kuku di tapak tangan Gosok belakang tangan Bilas dengan air bersih secukupnya Keringkan tangan dengan kain bersih Gosok tapak tangan Gosok setiap jari dan celah jari 1 2 3 4 5 6 7 35


Bahan-bahan ½ cawan gula ½ cawan gula perang ½ mentega 2 biji telur 1½ cawan tepung serbaguna 1¾ cawan serbuk penaik ½ cawan susu 2 sudu esen vanila Gaulkan gula, gula perang dan mentega sehingga sebati. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 350oC selama 20-25 minit atau sehingga kek kekuningan. Kek cawan vanila sedia dihidangkan. Sudukan adunan ke dalam kek cawan. Kemudian, masukkan 2 biji telur, 1¾ cawan serbuk penaik, 2 sudu esen vanila ke dalam adunan dan pukul sehingga sebati. Masukkan 1½ cawan tepung serbaguna dan tuangkan susu sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga adunan menjadi tebal dan lembut. Cara-cara membuatnya 1 4 5 2 3 350 36


38 BILAKAH PILIHANRAYA UMUM PERSEKUTUAN PERTAMA DIADAKAN? SIAPAKAH YANG MENGISYTIHARKAN BUNGA RAYA SEBAGAI BUNGA KEBANGSAAN PADA 28 JULAI 1960? NEGERI MANAKAH YANG DIISYTIHARKAN SEBAGAI WILAYAH PERSEKUTUAN DI MALAYSIA? PADA 27 JULAI 1955. YAB TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ. WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN DAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA. 38


39 Ingin dapatkan maklumat dasar kerajaan dan isu-isu semasa? Layari dbook.penerangan.gov.my “MEMBACA ADALAH ALAT PALING DASAR UNTUK MERAIH HIDUP YANG BAIK” -Jospeh Addison39


IMBAS SAYA


Click to View FlipBook Version