The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94073026, 2023-10-10 13:05:28

Meeting Minutes 2 2023

Meeting Minutes 2 2023

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BILANGAN 2 2022/2023 Tarikh : 5 Julai 2023 Masa : 1.05 pm Tempat : Bilik Transformasi Pengerusi : Pn D. Kiran Kehadiran(Bilangan) : S. Vasanthi, T. Prema, Muhd Safreen, A. Parvathi (5) Turut Hadir (Jika ada) : Tiada I UCAPAN ALUAN 1 Pengerusi menyambut kehadiran n guru-guru Bahasa Inggeris dengan kata-kata semangat. Makluman II PERUTUSAN PENGERUSI 2 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan doa dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli panitia ke mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali kedua. Makluman III PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU 3 Pengerusi telah membentangkan minit mesyuarat bil 1/2023. 4 Minit mesyuarat dicadang untuk disahkan oleh Pn. Parvathi. 5 Minit Mesyuarat disokong untuk pengesahan oleh Pn. Prema. Makluman IV PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 6 (a) Intervensi sedang dijalankan oleh beberapa orang guru. Puan Kiran sedang menjalankan intervensi tabahasa bagi murid-murid tahun 6 Hijau dan 6 Kuning. (b) Guru-guru tahap 1 sedang melaksanakan intervensi untuk bacaan. Data bacaan telah dikutip pada awal tahun dan analisis akan dikongsikan oleh Cik Manimehallai. Tindakan: Semua guru


7 (a) Penilaian awal telah dilaksanakan oleh beberapa orang guru. Guru-guru lain tidak dapat melaksanakan disebabkan oleh kekangan masa dan ketidakberadaan murid disebabkan oleh pelbagai latihan untuk pertandingan. (b) Oleh itu, penilaian sumatif akan diselaraskan pada minggu kedua bulan September. Tindakan: Semua guru V STATUS PELAKSANAAN PERANCANGAN TAHUNAN PANITIA 8. Sehingga kini, 1 program telah dilaksanakan (English Carnival) manakala 1 program sedang dilaksanakan (My Students and I). 9. Program Cyberspace Challenge and ditukarkan ke Mini Documentary sahaja disebabkan oleh ketiadaan Pertandingan tersebut tahun ini. Oleh itu, Puan Parvathi akan membantu Puan Deena (Program Owner) dalam pelaksanaan Mini Documentary di peringkat sekolah. Sekiranya terdapat pertandingan Product Review, maka Puan Parvathi (Program Owner) akan dibantu oleh Puan Deena. 10. Program SJKT Kulim Got Talent akan ditunda ke bulan Ogos disebabkan oleh jadual MSSD yang padat pada bulan Julai. Mesyuarat Kerja Induk akan dilaksanakan pada awal Ogos. Tindakan: Semua guru VI EPLC 11. PLC 1, iaitu Sharing Session telah dilaksanakan dan laporan telah dihantar kepada SULDP serta SU PLC. Laporan ini disediakan oleh Puan Parvathi. 12. Ketua Panitia telah masukkan data ini ke dalam SPLKPM dan telahpun disahkan oleh SULDP. Ketua Panitia menekankan kehadiran sekurang-kurangnya 95% untuk melayakkan mata kredit SPLKPM. 13. PLC kedua dijangka akan bermula pada bulan September. Pelaporan akan disediakan oleh Puan Vasanthi. Tindakan: Semua guru, Puan Vasanthi.


VII PERTANDINGAN KO-AKADEMIK 14. Ketua Panitia mengucapakan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program English Carnival Peringkat Sekolah. Penyertaan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. English Carnival yang turut melibatkan murid-murid Tahun 3 tahun ini, juga menunjukkan penyertaan yang baik daripada mereka. 15. Guru-guru pembimbing yang berkenaan diminta untuk memulakan latihan bagi Pertandingan Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris yang akan diadakan secara bersemuka pada 23 Julai di SK Taman HiTech. 16. SJKT Kulim akan terlibat dalam Pertandingan Storytelling, Public Speaking, Poetry Recitation dan Scrabble. Murid-murid yang terlibat telahpun dimaklumkan oleh guruguru pembimbing masing-masing. Kertas konsep telah diedarkan oleh Ketua Panitia kepada setiap guru pembimbing. 17. Pertandingan Dare-to-Spell akan dilaksanakan pada 26 dan 27 Julai. Pemilihan murid akan dilaksanakan secara maya pada 7.7.2023 disebabkan oleh kekangan masa. Ketua Panitia mendapat maklumat terbaru daripada PPD pada 6.7.2023 untuk membuat pendaftaran awal sebelum 9.7.2023. Pemilihan ini akan dilaksanakan oleh Puan Kiran bagi murid tahun 6 dan Puan Vasanthi untuk murid tahun 5. Tindakan: Semua guru VIII PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH / PENTAKSIRAN BILIK DARJAH 18. Pengerusi mengingatkan guru-guru untuk menjalankan pentaksiran secara berterusan dan merekodkan dalam Rekod Perkembangan Murid. 19. Penilaian Semester 1 akan dilaksanakan pada bulan September minggu kedua. Kertas soalan perlu disediakan oleh guru-guru. Puan Vasanthi akan menyediakan soalan untuk Tahun 4. Puan Prema akan menyediakan untuk Tahun 5 manakala Tahun 6 akan disediakan oleh Puan Kiran. 20. Bagi Tahap 1, penilaian akan dilaksanakan mengikut waktu mengajar guru masingmasing. 21. Guru-guru diminta mengisi tapak pelaporan secara offline dahulu untuk memudahkan pengisian dalam sistem idMe SPPB yang dijangka akan bermula tidak lama lagi. 22. Pelaporan pertengahan tahun kepada waris akan dibuat pada 1.10.2023 dan bulan Februari. Salinan pelaporan perlu diberikan kepada Ketua Panitia untuk difailkan. 23. Guru-guru diingatkan untuk melaksanakan intervensi kepada murid-murid yang belum mencapai tahap minimum. Pengerusi menyarankan supaya intervensi dilaksanakan secara berfokus terhadap sesuatu kemahiran ataupun topik-topik tertentu. 24. Penjaminan kualiti telah dilaksanakan pada bulan Mei. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat atas kerjasama dalam proses tersebut.


25. Guru-guru perlu mentaksir murid-murid dengan menggunakan instrumen pentaksiran yang sesuai dengan tahap murid serta berkaitan dengan kemahiran atau topik yang telah diajar. Makluman dan tidakan semua guru IX HAL-HAL LAIN 26. Ketua Panitia berkongsi maklumat tentang Kursus Assessment Literacy yang dihadiri selama 4 hari 3 malam di PLGDP. Kursus berkenaan adalah mengenai konsep PBD dan pembinaan item. Kursus disambung dengan pelbagai tugasan dalam Google Classroom. Makluman 27. Program MBMMBI sedang dilaksanakan sejajar dengan program yang diadakan. Laporan telah difailkan dan diberikan kepada SU Kurikulum. Makluman 28. Bagi program HIP Pen-pal Peringkat Kebangsaan, seramai 60 murid terlibat. Sekolah pasangan ialah SJKT Ladang Seremban. Puan Prema telah mengagihkan muridmurid kepada mentor masing-masing. Beliau memaklumkan untuk tunggu surat pertama daripada SJKT Ladang Seremban supaya murid-murid dapat membalas surat tersebut. Hadiah kecil juga boleh disertakan dalam surat yang dihantar. Terdapat kategori tulisan tercantik, tulisan berangkai tercantik dan surat paling kreatif. Oleh itu, beliau meminta semua mentor untuk mengambil gambar surat-surat dan proses pementoran untuk tujuan dokumentasi. Tindakan: Semua guru X UCAPAN PENANGGUHAN Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang dan diakhiri dengan ucapan terima kasih atas kerjasama semua guru. Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, ....................................... …........................... ............................ (Kiran Dhruvkumar) Ketua Panitia Bahasa Inggeris Tarikh: 10.7.2023


Click to View FlipBook Version