The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengenalan konsep kejiranan, denifisi konsep kejiranan, semangat kejiranan, punca-punca semangar kejiranan semakin luntur, cara-cara memupuk semangat kejiranan dan kepentingan semangat kejiranan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Charnghow Chai, 2020-09-17 07:51:23

Konsep Kejiranan

Pengenalan konsep kejiranan, denifisi konsep kejiranan, semangat kejiranan, punca-punca semangar kejiranan semakin luntur, cara-cara memupuk semangat kejiranan dan kepentingan semangat kejiranan.

Keywords: Kejiranan

DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TAJUK : KONSEP KERAJINAN

NAMA PENSYARAH : NURSHAKHUZAIMAN SAHMAT

NAMA NO MATRIK KELAS
DAD5A
1. CHAI CHARNG HOW 05DAD18F1032 DAD5A

2. IVAN TAN KANG JET 05DAD18F1020

BILANGAN PERKARA MUKA SURAT
1 Kata Aluan 3
2 Pengenalan Konsep Kejiranan 4-5
3 Definisi Konsep Kejiranan 6-7
4 Semangat Kejiranan
5 Punca-punca Semangat Kejirana Semakin Luntur 8-13
6 Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan 14-18
7 Kepentingan Semangat Kejiranan 19-23
8 Kesimpulan 24-28
9 Rujukan 29-31

32

KATA ALUAN

Terlebih dahulu kami bersyukur kepada Tuhan kerana dengan
limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan kita dalam
tempoh masa yang ditetapkan dengan cukup memuaskan. E-
folio inindihasilkan bagi memenuhi keperluan subjek DUA 6022

KOMUNIKASI PENYIARAN ISLAM.
Salam jutaan terima kasih ditujukan kepada puan
Nurshakhuzaiman Sahmat selaku pensyarah kami, di atas
bimbingan dan tunjuk ajar beliau kedapa kita dalam proses
penyiapan tugasan yang kita jalankan. Semoga segala perisian
yang ditulis dapat memberi manfaat kepada pembaca.

PENGENALAN
Konsep Kejiranan

PENGENALAN

Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup
bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau
mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan
masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling
menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana,
hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling
menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu

sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.

Dalam e-folio ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai konsep kejiranan yang
sebenar. Disebabkan pada zaman sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat semakin pupus dari masa ke

masa. Ini disebabkan semua orang pada masa ini telah sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir lupa
kepentingan kejiranan. Oleh itu, dalam e-folio ini akan mendedahkan pengenalan konsep kejiranan, denifisi
konsep kejiranan, semangat kejiranan, punca-punca semangar kejiranan semakin luntur, cara-cara memupuk

semangat kejiranan dan kepentingan semangat kejiranan.

DEFINISI
KONSEP KEJIRANAN

Konsep Kejiranan

Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan
rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu
jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah
rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana
hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu maksudnya
“Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”. Berdasarkan kepada
hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah
seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga.
Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian
hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan
sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga
tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

SEMANGAT KEJIRANAN

Menjadikan Melahirkan
sesebuah masyarakat
yang harmoni
kawasan itu dan sejahtera
selamat
Menjadikan
Memupuk sesebuah
semangat
perpaduan masyarakat itu lebih
cekap dalam
melaksanakan

sesebuah program.

1. Menjadikan sesebuah kawasan itu selamat
Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya
keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian
seperti mencuri, merompak dan menculik sering berlaku dalam
kawasan perumahan. Masyarakat harus meningkatkan
keselamatan kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian
yang tidak diingini berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan
persatuan jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu
malam. Dengan itu, keselamtan penduduk terjamin. Ibu bapa
akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak bermain di
sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri,
merompak dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan.
Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat
sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan
sesebuah masyarakat.

2. Memupuk Semangat Perpaduan
Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang
teguh. Perpaduan juga sama pentingnya seperti
semangat kejiranan. Kehidupan negara Malaysia
memerlukan perpaduan yang teguh. Hal yang demikian,
Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama.
Negara kita dikagumi seluruh dunia kerana mempunyai
perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan
dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan
bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum
perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain untuk
mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif.
Semangat kejiranan yang mantap dapat mengelakkan
situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat
antara kaum. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai
semangat kejiranan yang tinggi supaya dapat
mewujudkan perpaduan yang teguh.

3. Menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program
Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu
pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat
dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan
bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Lantaran itu,
pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika
melakukan pekerjaan bersama-sama. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu
pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

4. Melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera
Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan
menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman. Masyarakat
harus melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan yang jelas
dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu
sama lain dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur denagn tebing dapat
meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Sejajar dengan hal ini, masyarakat
dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.

PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN
SEMAKIN LUNTUR

Sibuk mencari Kemajuan
rezeki dalam bidang
teknologi atau
media massa

Arus
pembangunan
yang semakin
pesat melanda

negara

1. Sibuk Mencari Rezeki
Perubahan gaya hidup masyarakat sekarang yang
terlalu sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga
masing-masing. Kos sara hidup yang tinggi serta
tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga
kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya,
mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk
bertegur sapa sesama jiran mereka.Corak pekerjaan
yang dilakukan oleh masyarakat dahulu dan
sekarang sangat berbeza. Masyarakat zaman dahulu,
pekerjaan mereka berasaskan pertanian yang
memerlukan semangat bekerjasama di antara
mereka, bak kata pepatah, “berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing”. Manakala masyarakat
sekarang bekerja sendiri yang tidak menekankan
amalan kerjasama. Oleh itu, perubahan hidup
masyarakat sekarang jelas menjadi penyebab kepada
kelunturan semangat kejiranan masa kini.

2.Kemajuan dalam bidang teknologi atau media massa
Pada zaman sekarang., bidang teknologi semakin berkembang
dengan maju dan pesat. Penggunaan media elektronik seperti
telefon bimbit, televisyen dan komputer pada masa sekarang
yang menyebabkan semangat kejiranan kini semakin hilang.
Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan
yang terdapat di sekeliling mereka yang tidak memerlukan
mereka keluar rumah dan bersusah-payah untuk mendapatkannya.
Kemudahan peralatan canggih seperti ini selalunya terdapat di
dalam rumah mereka yang menyebabkan mereka semakin tidak
menghiraukan semangat kejiranan. Budaya sebegini
menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi sesama jiran
semakin berkurangan. Ekoran dengan itu, kita akan menjadi
hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan bersikap ramah-
tamah di dalam pergaulan., sebaliknya kita hanya akan menjadi
seperti kera sumbang dan hanya mampu berinteraksi dengan
orang lain melalui teknologi. Oleh itu, kemajuan dalam bidang
teknologi pada masa sekarang turut mempengaruhi kelunturan
semangat kejiranan..

3. Arus pembangunan yang semakin pesat melanda negara
Dewasa ini, pembangunan negara berlaku dengan pesat sekali.Hal ini
mengakibatkan semangat kejiranan semakin luntur kerana masyarakat akan
menghabiskan masa terluang mereka dengan mengunjungi tempat-tempat seperti
pusat beli-belah, taman-taman permainan dan juga pusat hiburan yang tumbuh
bagai cendawan. Situasi ini perlu ditangani dengan segera demi kebaikan semua
pihak. Kita tidak ingin melihat wujudnya masyarakat yang mementingkan diri
sendiri berpanjangan dalam masyarakat.Hal ini demikian kerana masyarakat
yang bersikap seperti ini tidak akan berjaya kerana perpaduan mereka amat
rapuh dan mudah dipengaruhi oleh anasir luar. Tuntasnya, pembangunan yang
begitu pesat melanda negara juga menjadi punca kepada lunturnya semangat
kejiranan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.

Cara-cara Memupuk
Semangat Kejiranan

Mengadakan gootong- Peranan ibu bapa
royong dalam mendidik

anak

Mengamalkan amalan
ziarah-menziarahi

1. Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak
Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak supaya
anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri. Ibu bapa
perlulah mengamalkan cara hidup seperti aur dengan tebing atau ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni dan hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah untuk mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai anggota dalam
sesebuah masyarakat, ibu bapa mesti mempunyai semangat kejiranan dan
prihatin terhadap jiran mereka. Sebagai contoh, kita haruslah mengambil tahu
masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran dan cuba membantu mereka supaya
dapat meringankan beban yang dihadapi oleh jiran. Hal ini dikatakan demikian
kerana dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi
masalah dan masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan dengan bantuan
orang lain. Dengan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang
ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, mesti akan menyebabkan anak-anak
juga turut mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang
berjaya menjadi iktibar yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat.

2. Mengamalkan Amalan Ziarah-menziarahi
Melalui amalan ini, ziarah-menziarahi dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat terutama pada hari-
hari perayaan kaum masing-masing. Amalan rumah terbuka ini memberi ruang kepada masyarakat untuk
menjalin kemesraan walaupun mereka menyambut perayaan yang berbeza. Sebagai contoh, penduduk
berketurunan India menziarahi jirannya yang beragama Islam pada Hari Raya Aidil Fitri dan orang Iban
yang berjiran dengan penganut Kristian akan mengunjungi jiran mereka pada hari Natal, sekali gus dapat
mengeratkan hubungan kejiranan sesama insan. Oleh itu, kempen amalan rumah terbuka harus
diperhebatkan lagi agar boleh mendatangkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada seluruh warga
Malaysia yang mendiami di bumi bertuah ini.

3. Mengadakan Gotong-royong
Hal ini membolehkan masyarakat bersama-sama
menjalankan pelbagai aktiviti seperti
membersihkan kawasan kediaman, memperbaiki
alat kelengkapan di taman-taman perumahan,
menebas semak-samun yang mungkin menjadi
tempat persembunyian para penjenayah dan
sebagainya. Amalan bergotong-royong ini dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim sesama
anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
keturunan dan latar belakang.Aktiviti ini juga boleh
melahirkan semangat kerjasama sesama jiran , bak
kata pepatah “hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah”.Oleh itu, kita mestilah
mengamalkan amalan bergotong-royong kerana
amalan ini dapat menyemarakkan semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

KEPENTINGAN SEMANGAT
KEJIRANAN

Menjadikan Membentuk semangat
produk kekitaan dan melahirkan
masyarakat yang bersatu
pelancongan
padu

Memudahkan kerajaan
melaksanakan pelbagai program

pembangunan dan membawa
kemajuan kepada rakyat

1. Menjadikan Produk Pelancong
Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke
negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat
Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni
budaya yang menarik dan hidup secara harmoni
dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan
masyarakat banyak membantu menarik kehadiran
pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar.
Sebagai contohnya pada sambutan Hari
Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan
pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan
masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat
disukai oleh para pelancong asing tersebut. Selain di
kawasan bandar, produk pelancongan seperti
Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar
bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup
berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka
sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan
membawa pulangan ekonomi yang begitu
memberangsangkan kepada negara.

2.Memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program
pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat
Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila
rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai
rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan
dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika
masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman
dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh
kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati
bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya,
kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan
infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti
dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-
kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat
kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota
masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah
semangat kejiranan penting bagi membantu anggota
masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati
pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak
kerajaan.

3. Membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu

Peristiwa 13 Mei 1969 Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua anggota
menunjukkan bahawa jika masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang
masyarakat tidak bersatu padu dan berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan
berpecah-belah, negara akan musnah sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti
dan kehidupan anggota masyarakat mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling
tidak akan selesa dan aman. menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam
membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat
memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.



Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan
kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat
antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang
berkualiti. Selain itu, perpaduan juga adalah kunci kemakmuran dan
kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam
keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam
keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan
baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk
semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian
pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun
akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada
perbalahan dan perpecahan. Oleh itu, semangat kejiranan memainkan
peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang
aman dan harmoni



Rujukan

1. https://ro.scribd.com/doc/68486669/Kata-Aluan-Gpk-Folio
2. https://de.scribd.com/doc/48276076/kata-aluan
3. https://semiotik211.wordpress.com/isu-konsep-hubungan-sesama-manusia/konsep-kejiranan-2/
4. http://dskpotter.blogspot.com/2017/08/punca-punca-semangat-kejiranan-semakin.html
5. http://eseispm.blogspot.com/2018/08/karangan-semangat-kejiranan-semakin.html

Chai Charng How
Ivan Tan Kang Jet


Click to View FlipBook Version