The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-buku log
ADIBAH BINTI RAHMATTULLAH
D20201093699

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adibahrahmatt, 2021-05-22 04:53:13

BUKU LOG KRS ADIBAH RAHMATTULLAH

E-buku log
ADIBAH BINTI RAHMATTULLAH
D20201093699

KAWAD STATIK

Kawad kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawad kaki statik,
kawad kaki
dinamik dan kawad formasi yang juga dikenali kawad senyap atau kawad hantu
(dalam tentera).
Untuk tujuan mengajar kawad kaki, eloklah dimulakan dengan kawad kaki statik,
iaitu kawad
yang belum melibatkan pergerakan berjalan.

Bagi tajuk-tajuk dalam kawad statik ialah:
1. sedia, senang diri dan rehatkan diri
2. berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang
3. langkah sebelah
4. hentak kaki
5. buka dan tutup barisan
6. luruskan barisan
7. hormat

https://youtu.be/NA9LCEtn-Wk

TURUTAN DALAM LITAR

f) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik daripada
pergerakan berikut
:
i) Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.
ii) Bergerak ke kanan ; belakang…pusing.
iii) Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.
iv) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.
g) Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan……….Gerak)
h) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang depan)
i) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).
j) Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman
kiri
belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2).
k) Hukuman ”tukar langkah perlahan” diberikan setelah platun melepasi kon D
dan
sebelum kon A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah dalam satu minit)
l) Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama
dan
hukuman ”menghadap ke hadapan; kanan pusing” diberikan apabila anggota
platun
selesai membelok. Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang
melintasi para hakim.
m) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan
pergerakan berikut mengikut urutan:
i. Buka barisan
ii. Pandang kanan
iii. Pandang depan
iv. Tutup barisan
n) Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman ”bergerak ke kiri; kiri
pusing”
diberikan.
o) Hukuman ”tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah platun berada
antara

kon C dan kon D.
p) Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti
dengan
pergerakan kawad mengikut urutan di bawah sehingga selesai (Rujuk Lampiran
Pelan

TURUTAN DALAM LITAR

Litar Pertandingan (3):
i. Hormat ke kanan, hormat
ii. Hormat ke hadapan hormat
iii. Tukar langkah semasa berjalan
iv. Hormat selaku terima sijil
v. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
vi. Bergerak ke kanan, belakang pusing
vii. Tukarlangkah cepat, cepat jalan
viii. Bergerak ke kiri, belakang pusing
ix. Menghadap ke belakang, kiri pusing
x. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
xi. Hentak kaki
xii. Henti
xiii. Mara mengadap

https://youtu.be/YpCzBcanyMI

PETA DAN
KOMPAS

KADET REMAJA SEKOLAH

TURUTAN DALAM LITAR

PETA
-elemen terpenting orienteering
-gambaran bentuk muka bumi yang dilukis atas permukaan rata bagi sesuatu
kawasan dari udara
- mempunyai tajuk, ,kontur, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna

PKEGUNAAN PETA
Merancang aktiviti atau pergerakan dan melaksanakan aktiviti atau
pergerakan
Memberi maklumat: lokasi, tempat, jarak, ketinggian bentuk muka bumi,
halangan, pembangunan, mercu tanda dan laluan – laluan yang boleh
digunakan

TURUTAN DALAM LITAR

JENIS-JENIS PETA
- Peta topo : mengandungi pelbagai jenis butiran
-mempunyai panduan grid
-peta plamnimetri : -peta panduan jalanraya
-panduan pelancongan
-eta khusus peta yg khusus bagi sesuatu butiran
-cth: peta taburan penduduk
-peta imejan satelit
-atlas : peta berskala kecil yg dibukukan
-menggambarkan kaws yg luas
-kandungan butiran tidak terperinci
-peta orienteering :-mendedahkan maklumat
lengkap dan terbaru

ORIENTEERING

KADET REMAJA SEKOLAH

PENGENALAN

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara
koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah
dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan
berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan
diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh
diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah
dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang
latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang
eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

JENIS-JENIS ORIEENTERING

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan
Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan
Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan,
antaranya adalah :-

Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
Norwegian Event

TERMINOLOGI DAN ALATAN

Titik kawalan (Control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati
oleh peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini. 3
Penanda kawalan (Control marker)
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih
sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
• Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod
Kawalan.

Kad kawalan (Control card)
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai
acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time)
dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk
dicatatkan masa penamat. Peta utama (Master map)
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.

Keterangan kawalan (Control description)
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan
dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi
dalam bentuk kod/gambarajah.

Landasan (Course)
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik
kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta
utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah :- - Titik permulaan ditandakan
dengan tiga segi. - Titik kawalan dengan tanda bulatan. - Titik penamat dengan
tanda 2 bulatan bertintih. - ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

Kompas (Compass)
• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

KOMPAS

Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic
merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia
merupakan alat bantu dalam sukan orienteering.

Jenis kompas Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan
untuk tujuan navigasi. Antaranya adalah :-

Kompas Tentera
Kompas Orienteering
Kompas Marin
Kompas Kiblat
Kompas Digital

Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama
antaranya baseplate compass, thumb compass dan clip compass. Ianya
direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular adalah
Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.
Kegunaan kompas orienteering Kompas orienteering boleh digunakan untuk
tujuan berikut :-

Mengukur jarak
Menentukan kedudukan
Mencari arah

PENYERTAAN

Pendaftaran/permulaan
Daftarkan diri dengan mengisi butir-butir perlu dalam kad kawalan. Pilihlah

landasan yang sesuai untuk anda. Serahkan semula kad kawalan anda dan
dapatkan masa mula.

Apabila tiba giliran anda, dapatkan peta dan pergi kegarisan permulaan.
Tentukan kad kawalan dan peta yang betul untuk anda. Salin peta utama jika
diarahkan.

Laraskan peta, ambil arah laluan dan mulakan larian ke penanda kawalan yang
pertama dan seterusnya.

Di garisan Penamat
Serahkan dengan segera kad anda apabila sampai dikaunter penamat. Masa

tamat akan dicatatkan pada kad anda.
Beredarlah dari situ dan tunggulah keputusan pertandingan.
Semua peserta mesti melapurkan diri di tempat penamat walaupun gagal

menghabiskan pertandingan Ini bertujuan bagi mengelak dari diklasifikasikan
sebagai peserta yang hilang.

SENI
PERKHEMAHAN

KADET REMAJA SEKOLAH

SENI PERKHEMAHAN

OBJEKTIF

l Beri 1 kemahiran tinggi dlm penyediaan tapak khemah berkualiti
l Bentuk sikap berdikari, semangat setia kawan, berdisiplin & kepimpinan
l Bina kekuatan mental dan fizikal (kesusahan)
l Mengalami & menyesuaikan diri dgn kehidupan luar

PERATURAN PERKHEMAHAN

l Ikut arahan ketua/pegawai perkhemahan
l Peralatan perkhemahan disusun rapi
l Menepati waktu & bekerja sama
l Melaporkan kejadian tidak diingini kpd peg. bertugas
l Kawalan keselamatan

PENYEDIAAN TAPAK PERKHEMAHAN
l Pagar & pintu utama
l Dapur
l Khemah urusetia
l Kawasan arena
l Tempat makan, solat. Peralatan peralatan & sakit
l Tandas
l Lubang sampah
l Ampaian

PENYERTAAN

KEPERLUAN MASUK HUTAN
l Senjata tajam
l Bahan api
l Peta dan petunjuk
l “First Aid Kit”
l Alatan masak & makanan
l Tali
l Baju hujan
l Barang persendirian
l Botol air
l Khemah

MENGEMAS HAVERSACK
l Barang mudah basah dibalut plastik
l Barang berat di atas
l Barang besar, sederhana berat di bwh
l Barang keras di bahagian luar
l Barang yang kerap diguna di poket luar
l Pek kecil-kecilan
l Sistem sendiri

PERATURAN MASUK HUTAN
l Membawa senjata tajam
l Jangan cakap besar
l Jangan berak waktu malam
l Jangan makan buahan/ tumbuhan sebarangan
l Jangan minum air yang belum dimasak/ tidak mengalir
l Jangan bahayakan diri
l Jangan tebang / tarik pokok sesuka hati
l Jangan buang air besar/kecil sesuka hati
l Jangan tegur perkara2 yang dirasakan pelik
l Jangan tinggalkan khemah tanpa memberitahu rakan lain sekiranya
berkumpulan.
l Jaga adab sopan

PENYERTAAN

CARA DAPATKAN AIR

l Sekiranya punca air biasa tidak didapati, turunlah ke kawasan yang lebih
rendah seperti lurah, lembah atau denai. Jika tiada, carilah kawasan yang
terdapat tumbuhan hijau dan galilah tanah di situ
l Lain2 sumber: akar kayu, rotan, buluh, periuk kera, daun & rumput waktu pagi,
lumut, hujan, jenis pokok yg boleh perangkap air, binaan seperti perigi,
perangkap wap, tadahan serta peluh & kencing
l Tanda2 air dapat dikesan dengan bunyi dan tumpuan haiwan
l Sebelum minum, pastikan air jernih dan bersih
l Jika perlu, tapis & pastikan ia tidak berbau dan tidak mempunyai rasa.

IKHTIAR HIDUP

KADET REMAJA SEKOLAH



Pengenalan

l Membantu individu yang berada dalam keadaan dan tempat yang bahaya.
l Penggunaan kemahiran :
l Membuat unggun api
l Cari dan membina tempat berteduh
l Cari air yang bersih untuk diminum
l Cari makanan yang selamat dimakan
l Dalam keadaan dan tempat yang kering, basah, panas, sejuk, gurun, pedalaman
atau pulau

Objektif

l Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di
laut, hutan, bukit, gunung-ganang atau sebagainya.
l Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber
makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.
Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa
menjalani ikhtiar hidup.

TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP

l Kelaparan
l Kehausan
l Kesakitan
l Kesejukan dan kepanasan
l Keletihan
l Kesepian dan ketakutan
l Panik
l Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka
untuk terus hidup dan keluar dari keadaan tersebut.

Asas bagi ikhtiar hidup

l Terdapat 5 asas untuk meneruskan hidup dalam pelbagai situasi ini iaitu :
l Tempat berteduh ( shelter )
l Air ( water )
l Makanan ( food)
l Api ( fire )
l Perangkap binatang ( trap & snares )

SHELTER ( TEMPAT BERTEDUH )

l Melindungi diri dari bencana atau kesejukan
l Sebagai tempat untuk tidur dan berehat
l Dibina sendiri
l Kita mesti pastikan kawasan yang kita pilih untuk membina shelter adalah:
v Berdekatan dengan punca air
v Mudah untuk membuat unggun api
v Mudah untuk mencari makanan

Ø Pondok pelindung angin
² Pondok ini didirikan dengan rangka bumbung berbetuk ‘ V’ terbalik
² Bumbung ditongkat oleh dua batang tiang
² Bumbung boleh dibuat dari apa saja jenis daun seperti daun bertam, nipah,
senduduk, lalang dan sebagainya.
² Pondok ini sesuai didirikan di kawasan lereng bukit, kawasan permatang yang
sempit , kawasan tanah lapang dan juga di kawasan tepi pantai.

Ø Pondok Pisang Sesikat
² Pondok ini didirikan dalam keadaan mempunyai empat tiang
² Tiang hadapan lebih tinggi dari tiang belakang
² Bumbung dibuat curam kebelakang
² Di bahagian hadapan dibuat cucur atap (tabir layar)
² juga boleh didirikan dengan menggunakan dua tiang sahaja dgn bumbung
belakang diturunkan terus di atas tanah
² Pondok ini sesuai didirikan di kawasan tanah tinggi dan dilereng bukit.

Ø Pondok satu minggu
² Pondok ini didirikan dengan menggunakan empat tiang, berlantai serta
mempunyai tangga dan berbumbung.
² Di bahagian hadapan mempunyai cucur atap dan boleh didirikan dalam apa
juga keadaan muka bumi.
² Kebiasaannya pondok ini didirikan untuk tempat tinggal dalam jangka masa
satu minggu.
² Ianya juga dapat menghindarkan diri dari gangguan binatang-binatang buas.

Ø Perlindungan Semulajadi
² Selain daripada beberapa jenis pondok di atas gua, banir pokok , anjung batu
dan juga lereng lekuk juga amat sesuai dijadikan tempat untuk berteduh.
² pemilihan tempat tersebut perlu ditinjau terlebih dahulu dari aspek
keselamatan.
² Elakkan tempat-tempat yang berbahaya seperti kawasan batu-batu yang
longgar kedudukannya, kawasan laluan angin, laluan binatang, sarang serangga
dan sebagainya.

AIR

-Manusia hanya dapat hidup dan bertahan dalam tiga hari sahaja tanpa air-
- Manusia akan kehilangan air dalam 2-3 liter dalam 1 hari dalam suhu yang
biasa. Tapi akan lebih bila berada dalam suhu yang panas dan kawasan yang
kering.
-Kekurangan air akan menyebabkan dehidrasi, kelesuan, sakit kepala, pitam,
pening dan boleh menyebabkan kematian.
-Dalam keadaan kering yang melampau, kita boleh melakukan beberapa perkara
untuk mengurangkan kehilangan air dalam badan. Antaranya :
-Bernafas menggunakan hidung bagi mengelakkan air keluar melalui pernafasan
dengan mulut
-Jangan merokok
-Berehat dan tidak melakukan kerja berat.
-Jangan makan terlalu banyak kerana air di dalam badan akan digunakan untuk
menghadam ; kuantiti akan berkurang.

SUMBER AIR BERSIH
-Air hujan yang bertakung dalam bekas yang bersih dan dalam tumbuhan adalah
selamat diminum.
-Air yang didapati dari tasik, kolam, paya, air pasang, sungai perlu dibersihkan
terlebih dahulu.

Cara membersihkan air adalah:-
-guna iodin ,klorin atau rebuskan.
-masukkan 5 titik iodin kedalam semua air yang ditemui, jika air agak sejuk -
gunakan 10 titik iodin, biarkan selama 30 minit sebelum diminum
-atau panaskan air dalam masa 1minit jika berada pada paras laut, tambah setiap
1minit untuk setiap penambahan 300 meter melebihi paras laut, 10 minit untuk
tempat yang tidak diketahui pada paras apa.

NYALAAN API
- penting untuk masak makanan, air dan untuk memanaskan badan bila berada
dalam suhu yang sejuk
-mengelakkan dari binatang buas
-cara untuk membuat nyalaan api
-Pilih satu tempat yang selamat
-Himpunkan bahan bakar
-Longgokkan bahan bakar dengan sesuai dimana pembakaran akan dibuat.
-Hadapkan kanta pembesar kearah cahaya matahari dan diatas longgokan
bahan bakar
-Biarkan cahaya putih yang menembusi kanta mengenai bahan bakar, tunggu
sehingga bahan bakar membara
-Apabila bahan bakar mula membara, tambahkan lagi bahan bakar yang lain dan
anginkan sedikit sehinnga ianya betul-betul mengeluarkan api.letakkan ranting
dan daun kering
-Kanta boleh digantikan dengan guna plastik putih yang berisi air atau cermin

Sekiranya kayu basah…..
-Hujan yang turun akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar amat sukar
dicari
Dapatkan beberapa potong kayu yang agak besar
-Belah bahagian luar yang basah dan gunakan hanya bahagian dalam yang
kering
-Sekiranya sukar untuk membelah kayu tersebut kita boleh meraut bahagian
permukaan luar sama seperti membuat ‘ bunga jarau’
- Gunakan bahagian dalam yang kering.

Cara lain….
-Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai
sebagai pengguris
-Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu
akibat penggurisan bertubi-tubi ke atas dulang oleh kayu keras.
-Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan
dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang
terperangkap dalam lubang dulang
-Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting kering
yang telah disediakan

MAKANAN

-manusia boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja tanpa makanan
-untuk mendapatkan makanan :
-boleh tangkap ikan
-buat perangkap binatang
-cari tumbuhan serta pucuk yang tidak beracun
-serangga boleh beri 65-80% protein berbanding daging lembu
-serangga yang perlu dielakkan untuk dimakan :-
-serangga bersengat
-berbulu dan berwarna terang
-berbau keras
-labah-labah dan serangga perosak seperti nyamuk dan lalat
-buang semua sayap atau kaki serangga serta masak sebelum dimakan lebih –
lebih lagi serangga yang mempunyai cangkerang keras dan parasit
v cacing atau ulat tak perlu dimasak, hanya cucikan sahaja

Kemahiran memasak tanpa alat
Memasak nasi menggunakan buluh
-Ruas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi seperti memasak lemang
-Seruas buluh dipotong dan dibersihkan, daun pisang muda digulungkan dan
dimasukkan ke dalam ruas buluh
-masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh tersebut
-tutup lubang buluh dengan menggunakan daun
-boleh dimasak secara melintang
-Tebukan satu lubang bersegi empat ditengahnya.Buatkan pemegang
-Bersihkan buluh tersebut sebelum diiisikan dengan beras.

PERANGKAP BINATANG
-
Perangkap berumpan
Ø kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak
menggunakan umpan
Ø Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap
supaya masuk ke dalam perangkap
Ø Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan yang
sesuai bagi binatang tersebut

- Perangkap tidak menggunakan umpan
Ø Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik
perhatian binatang
Ø persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada
kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut
mencari makan atau minum
Ø jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang
Ø Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang,
kijang,landak,rusa dan sebagainya.

-Jerat Bidas
Ø Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan umpan ataupun tidak
Ø Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai pembidas
serta tali sebagai penjerat
Ø Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah seperti ayam hutan,
burung dan juga tupai.

Menunggu Bantuan
Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar

kemungkinan orang yang hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin
sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan
yang dihadapinya.

ALAM SEKITAR

KADET REMAJA SEKOLAH

ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan salah satu dari aspek yang menjadi teras dalam
kurikulum KRS. Aspek ini sering tertinggal dalam sesi latihan tetapi
hakikatnya anggota haruslah melakukan sedikit tugasan dengan melayari
internet atau mencari bahan di perpustakaan. Gunakan konsep potong dan
tampal bagi memudahkan tugasan. Tetapi jika anda mempunyai bakat melukis
adalah lebih baik anda melukis sendiri gambar-gambar yang perlu.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakkan jenis kaca, kertas, logam,
plastik, tekstil dan elektronik. Bahan yang hendak dikitar semula perlulah
dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih
dan akan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

ALAM SEKITAR

ARANG YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

4 bahan asas iaitu plastik, kertas, aluminium dan kaca. Selain itu kayu
(bergantung jenisnya) pun boleh dijadikan bahan untuk kitar semula.
Plastik:

Beg-beg membeli belah plastik,
Beg plastik dari supermarkat,
Botol minuman plastik,
Botol air mineral
bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk
dikitar semula.
Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna
JINGGA.
Kertas:
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna,
Contohnya:
suratkhabar lama,
majalah lama,
buku,
katalog,
risalah,
kalendar,
kad,
sampul surat
Kotak
Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.

ALAM SEKITAR

Idea Kreatif Barang Terbuang
Kreativiti kitar semula kali ini memperlihatkan idea kreatif penggunaan
barang terbuang yang di kitar semula menjadi satu barangan lain yang
berbeza rupa dan fungsi. Ianya dapat membantu pengurangan bahan buangan
dan mengurangan pembaziran penggunaan sumber semulajadi.
Idea kreatif yang boleh anda cuba sebagai sumbangan anda dalam memelihara
alam sekitar. Idea kreatif yang dapat membuka minda atau pun memberi
ilham dalam menggunakan barang terbuang kepada sesuatu yang lebih
berguna.

Lampu ekslusif ini bernilai tinggi walaupun ianya di buat dari bahan
terbuang. Ianya memberi contoh terbaik bahawa idea kreatif kitar semula
sesuatu barang terbuang mampu menambah nilai dan berharga.

ALAM SEKITAR

Gelung-gelung tisu atau apa sahaja gelung kertas yang sudah kehabisan
isinya, sudah pasti akan dibuang begitu sahaja, tetapi jika diguna semula
dengan kreatif, ianya mampu menjadi barangan berlainan fungsi yang
berguna dan menawan.

Melalui idea kreatif ini, barang terbuang seperti botol-botol plastik boleh di
guna semula untuk dijadikan sebagai pasu untuk tanaman herba anda atau
boleh juga di jadikan bekas serbaguna. Bentuk botol-botol ini yang
mempunyai pemegang menjadikan ianya mudah untuk digantung. Idea kitar
semula yang sungguh menarik dan mudah untuk anda lakukan.

ALAM SEKITAR

3 jenis tong sampah kitar semula yang disediakan:
1. Warna Biru - Kertas
2. Warna Coklat - Kaca
3. Warna Jingga - Tin Aluminiun, Keluli & Plastik

Setiap warna tong mewakili bahan yang boleh dikitar semula yang berlainan.
Di Malaysia kini terdapat banyak tong-tong kitar semula ini. Dengan ini dapat
memupuk rakyat Malaysia untuk membuang mengikut kriteria yang
ditetapkan oleh tong-tong tersebut.
Kesedaran ini penting agar Malaysia boleh mencapai negara yang bebas dan
sifar sampah.

ALAM SEKITAR

KONSEP 3R

Dengan mengamalkan 3R (RECYCLE, REDUCE & REUSE), kita dapat
mengurangkan daripada membazir sumber - sumber di dunia. Kehilangan
sumber - sumber pada akhirnya dipanggil "sumber - sumber terbatas".

Reduce – Pengurangan
1.Hanya beli apa yang diperlukan:Kurangkan pembelian yang tidak perlu.
Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan
tempatan.
2.Beli produk yang boleh diguna semula:
3.Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
4.Beli pencuci serbaguna:
5.Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap
kegunaan.
6.Beli barangan yang kurang bungkusan:
7.Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang.
Sokonglah bungkusan kertas.
8.Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
9.Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak
digunakan.

10.Beli produk tidak bertoksik:
11.Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun

serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik
sebelum membuang bekasnya.
12.Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
13.Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun
bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

ALAM SEKITAR

Reuse – Guna Semula
1.Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan
barangan di rumah.
2.Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di
atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
3.Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
4.Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan
barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas
conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
5.Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
6.Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar
kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
7.Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

Recycle – Kitar Semula

Kitar semula di rumah:
Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan
bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula
yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas,
plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan
elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.

AKTIVITI AIR

KADET REMAJA SEKOLAH

AAKTIVITI AIR

merupakan aktiviti sukan yang melibatkan aktiviti air seperti rakit, kayak,
explore race dan sebagainya

TUJUAN
-memupuk semangat keberanian dalam diri
-meningkatkan kerjesama kumpulan
-meningkatkan keyakinan diri

Pengenalan Aktiviti Kayak

Aktiviti berkayak merupakan aktiviti yang sihat. Matlamat utamanya ialah
melahirkan individu yang sihat, cergas serta memiliki kesejahteraan fizikal,
emosi, mental dan jasmani. Selain itu juga, Ia merupakan media pelepasan
tekanan dan menimba ilmu pengetahuan. Berkayak ini sangat terkenal pada
zaman dahulu. Ia juga membolehkan kita banyak kawan dan mempunyai minat
yang sama, Ini boleh menimbulkan semangat kakitangan, kerjasama dan bersatu
teguh. Aktiviti yang di jalankan ini sangat membantu untuk menjadi kepimpinan
dan mewujudkan sikap tanggungjawab pada diri.

AAKTIVITI AIR

ujuan aktiviti kayak

Melahirkan individu yang aktif , sihat, cergas,serta kesejahteraan fizikal,
mental dan jasmani.
Dapat melepaskan tekanan
Menambahkan Ilmu Pengetahuan
Mencuba sesuatu yang baru untuk membuktikan semangat alam sekitar
Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab kendiri
Mempeluaskan aktiviti berkayak ini dengan orang luar
Mempamerkan semangat kekitaan, kerjasama dan kesatuan
Mendapat rakan yang mempunyai minat yang sama

Peralatan-peralatan yang digunakan semasa berkayak
Kayak
Pendayung
Pakaian yang sesuai
Wisel
LifeJaket
Helmet
Kompas
Dry Bag
Lampu Kecemasan
Throw Bag

VIDEO

KADET REMAJA SEKOLAH

LAGU KRS

https://www.youtube.com/watch?v=WeByX49-t9I

LAGU KRS

https://www.youtube.com/watch?v=FZy8hBb2zjU

ORIENTEERING
DAN KOMPAS

https://www.youtube.com/watch?v=ycMm9ntf1XQ

SENI
PERKHEMAHAN

https://www.youtube.com/watch?v=gF9WilwEqu0

TAMAT

KADET REMAJA SEKOLAH


Click to View FlipBook Version