The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Halangan Komunikasi dan Isu dalam Keterampilan Berbahasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHELSEA EZYREL CELESTINE IPG-Pelajar, 2024-04-20 13:03:40

TUGASAN 3

Halangan Komunikasi dan Isu dalam Keterampilan Berbahasa

Tugasan 3 Chelsea Ezyrel Celestine BM-SK3


Isi Kandungan muka surat Penganalan 1 Halangan Komunikasi 2 Isu Keterampilan Berbahasa 4 Rumusan 5 Rujukan 6


Pengenalan Apa itu Keterampilan Berbahasa ? Keterampilan Berbahasa terbahagi kepada dua perkataan dasar iaitu keterampilan dan berbahasa. Perkataan keterampilan menurut Kamus Dewan (Pustaka, 2017), ialah kecekapan dan kemampuan seseorang. Manakala perkataan berbahasa pula bermaksud pertuturan atau komunikasi yang dilakukan dalam pelbagai bahasa misalnya Bahasa Melayu. Namun, penggabungan kedua-dua kata ini membawa kepada maksud yang berbeza iaitu Keterampilan Berbahasa bermaksud penggunaan bahasa dan cara penyampaiannya yang disampaikan bersesuaian dengan situasi. 1


Halangan Komunikasi dalam Keterampilan Bebahasa 1.Pentafsiran Maklumat pendengar tidak dapat mentafsir atau memahami maklumat yang disampaikan. perkomunikasian akan menjadi gagal apabila tindak balas yang diberikan adalah salah. 2. Komunikasi Sehala melibatkan pemberian dan penyampaian maklumat tanpa mendapat sebarang maklum balas. penerima maklumat tidak dapat menyatakan persoalan dalam perkongsian maklumat sebagai contoh dalam Penyiaran Berita. 3. Penyampaian Melalui Saluran Kedua penyampaian yang melibatkan orang tengah. maklumat yang disampaikan daripada orang pertama adalah lebih tepat berbanding orang tengah kepada orang seterusnya. maklumat yang disampaikan berubah-ubah kepada orang lain. 2


3 Halangan Komunikasi dalam Keterampilan Bebahasa 4. Gangguan Emosi merupakan emosi individu semasa mereka menerima maklumat. penerima maklumat akan memberikan maklum balas mengikut emosi mereka. sekiranya penerima pada ketika itu emosi penerima tidak stabil, maka penerima akan memberi maklum balas dengan perasaan marah tanpa berfikir terlebih dahulu, 5. Gangguan Persekitaran merujuk kepada keadaan persekitaran tempat perkomunikasian berlaku. Misalnya, perkomunikasian terganggu apabila kawasan sekeliling terlalu bising. menyebabkan penyampai meninggikan suaranya agar penerima boleh mendengar dengan jelas.


4 Isu Keterampilan Berbahasa 1. Isu Bahasa Isu ini berkait rapat dengan penggunaan bahasa kesat dan kurang sesuai digunakan oleh penutur semasa berkomunikasi. Kedaan ini menjadi isu besar kerana bahasa yang kurang sesuai diggunakan seperti bahasa kesat akan menimbulkan perasaan kurang senang sekali gus menyinggung perasaan individu. 2. Isu Budaya Isu ini merupakan perkara yang seringkali berlaku di negara yang mempunyai masyarakat yang pelbagai dari segi kaum, etnik dan bangsa. Masyarakat seringkali menggunakan bahasa budaya mereka dan menyebabkan kesukaran masyarakat lain untuk memahami konteks penyampaian. 3. Isu Media Sosial Isu ini sesuai diperkatakan pada zaman ini, kerana isu ini melibatkan penggunaan teknologi yang kurang sopan dan tidak berhemah. Pelbagai aplikasi media sosial yang membolehkan seseorang untuk mengutarakan pendapat mereka melalui ruangan komen. Keadaan ini menyebabkan segelintir masyarakat yang kurang profesional untuk menyatakan komen atau pendapat mereka beserta dengan bahasa-bahasa yang tidak sesuai. Hal ini bukan sahaja menimbulkan kesalahfahaman malahan menyebabkan golongan mudah seperti kanak-kanak mudah terikut cara perkomunikasian seperti ini dalam media sosial.


5 Rumusan Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa komunikasi yang berkesan akan berlaku sekirannya tiada halangan yang berlaku. Dalam komunikasi juga terdapat pelbagai faktor yang membolehkan sesuatu proses perkomunikaisn itu gagal. Antaranya, cara penyampaian, suara kurang jelas dan bahasa yang diggunakan. Halangan-halangan dalam perkomunikasian telah menimbulkan isu keterampilan berbahasa. Oleh itu, kita didedahkan dengan mata pelajaran Keterampilan Berbahasa yang berfungsi sebagai panduan kepada masyarakat mengenai etika-etika yang tepat ketika berkomunikasi. Misalnya, tidak menggunakan perkataan kesat sewaktu berkomunikasi dan elakkan menyentuh isu sensitif dalam perbualan. Kesannya, kita dapat mengelakkan perselisihan faham mahupun perasaan sedih dan marah ketika berkomunikasi. Akhir sekali, kita juga dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.


6 Rujukan


Click to View FlipBook Version