MODUL MAS BIOLOGI KSSM SEKOLAH MENENGAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT 1
MODUL MAS BIOLOGI KSSM SEKOLAH MENENGAH
Sekapur Sirih
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat lagi meneruskan perjuangan yang
diamanahkan kepada kita sebagai pendidik dan pembentuk bangsa. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima
kasih kepada Jawatankuasa Modul MAS Mata Pelajaran Biologi Daerah Segamat 2021 yang telah bertungkus lumus untuk
menyiapkan modul ini. Saya melihat penghasilan modul ini sebagai wadah hasil karya daripada perkongsian ilmu melalui
penulisan daripada guru-guru yang berbakat dan cemerlang dalam daerah ini. Saya amat yakin modul ini dapat
dimanfaatkan serta menjadi panduan berguna kepada semua guru mata pelajaran Biologi daerah ini. Semoga dengan
bimbingan Pegawai SISC+ Sains dan Matematik ia mampu menjadi pemangkin dan inspirasi kepada guru-guru di sekolah
untuk terus memacu kecemerlangan pencapaian mata pelajaran Biologi bagi membantu masa depan pelajar-pelajar di
daerah kita.
Justeru Pendidikan Malaysia bermatlamatkan Sekolah Berkualiti dan Kemenjadian Murid yang mana, aspek pedagogi
adalah menjadi nadi keberhasilan yang didambakan dalam proses melahirkan modal insan yang mempunyai daya intelek
yang tinggi dan sahsiah terpuji. Usaha ini menuntut komitmen yang tinggi daripada semua warga pendidik.
Akhir kata, tahniah dan syabas saya ucapkan atas inisiatif, komitmen yang tinggi serta kesungguhan Jawatankuasa
Daerah Mata Pelajaran Biologi dengan bimbingan Pegawai Sains dan Matematik yang telah berjaya menghasilkan modul
ini. Semangat kerja secara kolaboratif mampu melakarkan kecemerlangan tanpa sepadan.
Sekian, terima kasih.
SEGAMAT UNGGUL
NASIR BIN MOHAMED YUNOS
Pegawai Pendidikan Daerah Segamat
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT 2
MODUL MAS BIOLOGI KSSM SEKOLAH MENENGAH
Sekapur Sirih
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (PEMBELAJARAN)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya berpeluang mencoretkan sekapur sirih dalam
Modul Minimum Adequate Syllabus Mata Pelajaran Biologi Tahun 2021 Daerah Segamat. Setinggi-tinggi tahniah
diucapkan kepada pihak JKD Mata Pelajaran Biologi dengan bimbingan Pegawai SISC+ Sains Dan Matematik yang
diterajui oleh Puan Norhayati Binti Surayaman, Puan Anura Binti Md Dum dan Encik Mohd Jazzmill Bin Hj Ahamad telah
menunjukkan semangat sepasukan,kerjasama yang erat dan bersikap proaktif. Tanpa sumbangsaran idea, perkongsian
ilmu dan pengalaman panel penulis, pembinaan modul ini tidak mungkin terzahir bagi Daerah Segamat.
Modul ini berfokuskan penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran Biologi merujuk kepada
Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran KSSM yang mesti dikuasai oleh murid, yang banyak terkesan dalam
pembelajaran akibat pandemik Covid-19. Panduan soalan dan jawapan yang disusun secara sistematik diharap dapat
digunakan secara maksimum oleh murid-murid untuk terus belajar dan mengulangkaji pelajaran pada bila-bila masa
sahaja.
Adalah diharapkan melalui modul ini , guru-guru dapat menyelesaikan sukatan dan merangka proses pembelajaran
anak-anak murid bagi menyediakan mereka untuk menghadapi peperiksaan yang bakal mereka tempuhi kelak. Semoga
usaha murni ini akan memberi impak positif kepada kecemerlangan murid-murid di daerah Segamat.
Sekian , terima kasih.
SEGAMAT UNGGUL
SA’DIAH BINTI MAD SA’AT
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran)
Pejabat Pendidikan Daerah Segamat
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT 3
MODUL MAS BIOLOGI KSSM SEKOLAH MENENGAH
Sekapur Sirih
PENGERUSI JKD MATA PELAJARAN BIOLOGI DAERAH SEGAMAT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana limpah kurnia-Nya, akhirnya Modul Biologi KSSM 2021 dapat direalisasikan
hasil kerjasama guru-guru Biologi sekolah menengah daerah Segamat. Seperti yang kita semua maklum tahun 2021
merupakan tahun pertama SPM menggunakan silibus KSSM. Pelajar dan guru masih belum mempunyai sumber rujukan
dan latihan berkaitan. JKD Biologi Daerah Segamat mengambil langkah proaktif menghasilkan modul ini untuk dijadikan
sebagai bahan rujukan dan panduan kepada para pelajar sekolah-sekolah daerah Segamat.
Seiring dengan pandemic covid-19 ini, diharapkan Modul ini dapat membantu proses Pengajaran dan
Pembelajaran , samada secara bersemuka atau PDPR. Impak yang besar dan kejayaan yang cemerlang dalam
matapelajaran Biologi dalam peperiksaan SPM 2021 merupakan harapan bersama apabila modul ini disediakan.
Akhirkata ,terima kasih dan sekalung tahniah kepada semua guru Biologi Daerah Segamat kerana berjaya
merealisasikan Modul Biologi ini walaupun terhalang dengan pandemic yang belum tahu titik nokhtahnya.
“Orang hebat bisa melahirkan beberapa karya bermutu, tapi guru bermutu bisa melahirkan ribuan orang
hebat”
Sekian terima kasih
MARDYANA BINTI MAHBOB
Pengetua
SMK Kamarul Ariffin
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT 4
MODUL MAS BIOLOGI KSSM SEKOLAH MENENGAH
PANEL PENULIS
JKD MATA PELAJARAN BIOLOGI DAERAH SEGAMAT TAHUN 2021
Pengerusi : Puan Mardyana BDinAtiEMRahAbHob S(PEeGngAetMuaASTMK Kamarul Ariffin)
Naib Pengerusi 1 : Tuan Haji Zahid Bin Rahmat (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Encik Rosli Bin Dahlan (GKMP Sains & Matematik)
Setiausaha : Puan Jessica Chan Lai Peng
Pembimbing : Puan Norhayati Binti Surayaman (SISC+ Sains & Matematik)
Puan Anura Binti Hj Md Dum (SISC+ Sains & Matematik)
Encik Mohd Jazzmill Bin Hj Ahamad (SISC+ Sains & Matematik)
BIL PANEL PENULIS NAMA SEKOLAH
1 JESSICA CHAN LAI PENG SMK KAMARUL ARIFFIN
2 FAWZI BIN AHMAD SMK BEKOK
3 NORASHIKIN BINTI ROSLAN SMK BULOH KASAP
4 JEMMY BINTI HUSINGA SEKOLAH TINGGI SEGAMAT
5 MAIZURA BINTI ISMAIL SMK LKTP PEMANIS
6 TEY KOON WEI SMK JEMENTAH
7 RAFIDAH BINTI SAMSUDIN SMK CANOSSIAN CONVENT SEGAMAT
8 ZULAIHA BINTI SAMAD SMK SERI BALI
9 YASMINE BINTI HASSAN SMK DATO’ AHMAD ARSHAD
10 FAIRIL BIN MD SAMUDI SMK MUNSHI IBRAHIM LABIS
11 NORZALINA BINTI JENAL SMK SERI KENANGAN
12 NORSURAYAHANI BINTI YACOB SMK (LKTP) MAOKIL
13 HASYIMAH BINTI HARON SMK SERI JEMENTAH
14 RAZHAN BIN JAINUDEEN SMK PADUKA TUAN
15 NORASIKIR BT MOHD HANAFI SMK DATO' BENTARA DALAM
16 TYE MUI HONG SMK LABIS
17 NOOR AISHAH BINTI AB HAMID SMK GEMEREH
18 ZAHIRAH AMALINA BT ZULKIFLI SMJK SEG HWA
19 KOMATHI A/P VEERAPAN @ PARAMESU SMK PALONG TIMUR
20 PANG SIOK PING SMK TENANG STESEN
21 ASLINZA BINTI ZAINUDDIN SMK BANDAR PUTRA
22 ZULKEFLI BIN MOHD DIN SMK CHAAH
23 DZULIYATI BINTI NAFTAH SMKA SEGAMAT
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT 5
MODUL MAS BIOLOGI KSSM SEKOLAH MENENGAH
https://drive.google.com/drive/folders/1sQl_wU19uySimogS
0sBe1E9JXNosYDmt?usp=sharing
MODUL BIOLOGI TINGKATAN 4
https://drive.google.com/drive/folders/1zVXzXKhifPSUzzc_c 6
glME--wmFZEs_zM?usp=sharing
MODUL BIOLOGI TINGKATAN 5
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT
MODUL MAS BIOLOGI KSSM SEKOLAH MENENGAH
Tema dan Bidang dalam KSSM Biologi Tingkatan 4
Tema BAB Bidang Pembelajaran
Asas Biologi
1.0 Pengenalan kepada Biologi dan Peraturan Makmal
Fisiologi Manusia dan 2.0 Biologi Sel dan Organisasi Sel
Haiwan 3.0 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
4.0 Komposisi Kimia dalam Sel
5.0 Metabolisme dan Enzim
6.0 Pembahagian Sel
7.0 Respirasi Sel
8.0 Sistem Respirasi dalam Manusia dan Haiwan
9.0 Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia
10.0 Pengangkutan dalam Manusia dan Haiwan
11.0 Keimunan Manusia
12.0 Koordinasi dan Gerak Balas dalam Manusia
13.0 Homeostasis dan Sistem Urinari Manusia
14.0 Sokongan dan Pergerakan dalam Manusia dan Haiwan
15.0 Pembiakan Seks, Perkembangan dan Pertumbuhan
Tema dan Bidang dalam KSSM Biologi Tingkatan 5
Tema BAB Bidang Pembelajaran
Fisiologi Tumbuhan 16.0 Organisasi Tisu Tumbuhan dan Pertumbuhan
Berbunga 17.0 Struktur dan Fungsi Daun
18.0 Nutrisi dalam Tumbuhan
Ekosistem dan Kelestarian 19.0 Pengangkutan dalam Tumbuhan
Alam Sekitar 20.0 Gerak Balas dalam Tumbuhan
21.0 Pembiakan Seks dalam Tumbuhan Berbunga
Pewarisan dan Teknologi 22.0 Penyesuaian Tumbuhan pada Habitat Berlainan
Genetik
23.0 Biodiversiti
24.0 Ekosistem
25.0 Kelestarian Alam Sekitar
26.0 Pewarisan
27.0 Variasi
28.0 Kejuruteraan Genetik dan Bioteknologi
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT 7