The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norhayati Surayaman, 2020-12-23 22:50:27

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Keywords: KBAT

KBAT menjadi satu agenda penting
negara yang mesti diterap dalam
kalangan murid dan guru. Selaras
dengan dasar Tranformasi Pendidikan
Negara, transformasi pentaksiran
dilaksanakan seperti yang terkandung

dalam Cadangan Pemantapan
Laporan Akhir Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-

2025

‘Meningkatkan kerangka pentaksiran
bagi menambahkan item yang

menguji Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi serta menggunakan rujukan

standard dalam Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS)’

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025

KBAT berfokus kepada pemikiran aras tinggi
dengan memberi tumpuan kepada:

•Mengaplikasi
Kebolehan menggunakan pengetahuan
untuk menghasilkan sesuatu yang baharu
seperti menjalankan eksperimen dan
membuat binaan.

•Menganalisis
Mencerakinkan atau menstrukturkan
maklumat ke dalam bahagian yang lebih
kecil, menentukan bagaimana bahagian
struktur keseluruhan atau matlamat berkaitan
antara satu sama lain.

•Menilai
Membuat pertimbangan berdasarkan kriteria
dan standard melalui memeriksa dan
mengkritik.

•Mencipta
Menyatukan elemen untuk membentuk
sesuatu; menyusun, menjana, merancang
atau menghasilkan semula elemen ke dalam
corak atau struktur yang baharu.

KBAT dilihat sebagai proses kitaran dari
pemikiran aras rendah (KBAR) ke
pemikiran aras tinggi (KBAT).

Konsep KBAT telah memasukkan ciri-ciri
berfikir secara kreatif, kritis, logik dan
metakognitif.

Dengan menggunakan KBAT, murid mampu
memberi penjelasan, membuat keputusan,
menyelesai masalah, menginovasi,
mencipta dan menunjukkan hasil akhir
mengikut konteks yang diperlukan.

Pentaksiran adalah proses
mendapatkan maklumat dengan
menggunakan pelbagai kaedah dan
pendekatan sama ada formatif, sumatif,
formal dan informal, dalaman dan
luaran bagi mendapatkan evidens yang
boleh dipertimbangkan dan seterusnya
membuat penghakiman tentang

sesuatu produk pendidikan.

•Proses ialah satu susunan langkah
/ tindakan / operasi yang bertertib
dan terarah yang digunakan untuk
mendapatkan hasil yang dikehendaki

•Maklumat ialah evidens yang
menggambarkan prestasi murid
dalam sesuatu perkara yang ditaksir

•Penghakiman merupakan proses
pertimbangan tentang pencapaian
pendidikan murid

•Produk dalam konteks pendidikan
merupakan pengetahuan, kemahiran
dan nilai / adab yang diperoleh murid
setelah melalui proses pendidikan

Dua konsep penting dalam
pentaksiran ialah

•Kesahan
•Kebolehpercayaan

Dua konsep penting dalam
pentaksiran ialah

•Kesahan
- sejauh mana skor

sesuatu ujian pentaksiran itu
menggambarkan apa yang
hendak ditaksir

•Kebolehpercayaan
– merujuk kepada ciri skor

berhubung dengan ketepatan dan
ketekalan skor itu untuk
menggambarkan prestasi murid
yang ditaksir. Kebolehpercayaan
merujuk kepada skor dan
instrumen.
– berkait dengan konsep tepat, tekal
(konsisten), stabil, boleh
diharapkan dan boleh meramal.

KONSTRUK

•APA (perkara) yang ditaksir

•Merupakan dimensi manusia yang berbentuk
konkrit (contoh: tinggi, berat) dan abstrak
(contoh: pengetahuan, kemahiran dan sikap)
yang dibangun atau diperkembang melalui
hasil pembelajaran sesuatu mata pelajaran

•Konstruk yang diukur dalam instrumen
pentaksiran bagi suatu mata pelajaran dikenal
pasti berdasarkan dokumen kurikulum mata
pelajaran tersebut.

KONTEKS

•Atau tajuk adalah tempat pentaksiran
sesuatu konstruk itu dilaksanakan
•Merupakan bahagian-bahagian tertentu
mata pelajaran
•Dikenal pasti daripada Sukatan Pelajaran
•Lazimnya dinyatakan mengikut kawasan
tertentu dalam sesuatu bidang
•Biasanya dibahagikan kepada beberapa
subkonteks

ARAS KESUKARAN

• Ditentukan daripada pengetahuan,
kemahiran dan nilai berdasarkan
tiga aspek:
 Peringkat pengetahuan atau
kemahiran Asas – Lanjutan
(Basic – Advanced)
 Kebiasaan (Familiarity)
Kerencaman (Complexity)

KATA TUGAS

• Kata kerja yang digunakan dalam
sesuatu item

• Berfungsi untuk menjelaskan bentuk
respons yang perlu diberikan oleh murid.

ITEM

• Perkara atau alat yang digunakan untuk
mendapatkan respons daripada murid
sebagai evidens hasil pembelajaran
yang boleh dipertimbangkan dalam
pentaksiran sesuatu konstruk serta cara
pemberian skornya

• Boleh diklasifikasikan sebagai
Pengingatan (Recall Item) dan
Pemikiran (Thinking Item)

Item Pengingatan
• Item yang memerlukan pengingatan

untuk menjawabnya

• Merupakan item aras rendah kerana
murid tidak memerlukan KBAT untuk
mendapatkan respons, hanya
memerlukan daya ingatan.

Item Pemikiran

• Item yang memerlukan calon
mengaplikasikan kemahiran berfikir
untuk menjawabnya

• Murid perlu melakukan beberapa proses
atau tingkat pemikiran seperti
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
menjana idea dalam menyelesaikan
sesuatu tugasan yang diberi

Secara umumnya item yang baik perlu
mempunyai ciri berikut:

• Tepat mentaksir perkara yang hendak
ditaksir

• Tugasan dan arahan jelas
• Ayat pendek, padat, jelas dan terus

kepada maksud
• Kunci jawapan tidak bersifat payung,

terlalu umum, paling panjang, paling
menonjol, paling lengkap

Secara umumnya item yang baik perlu
mempunyai ciri berikut:

•Stem tidak memberi panduan (clue)
kepada jawapan (leadingitem) atau word
association
•Rangsangan berfungsi. Item mesti
didasarkan kepada rangsangan
•Tiada negatif berganda
•Tata bahasa betul
•Laras bahasa sesuai dengan kohort
umur kumpulan sasar

Secara umumnya item yang baik perlu
mempunyai ciri berikut:

•Menggunakan istilah yang biasa, terkini
dan diterima umum
•Tulen – tidak diciplak dari mana-mana
sumber
•Tidak bias – jantina, etnik, kumpulan
sosio-ekonomi, lokasi geografi
•Tidak menyentuh hal sensitif – agama,
budaya, etnik

Secara umumnya item yang baik perlu
mempunyai ciri berikut:

• Pilihan jawapan homogen – dari segi
panjang pilihan jawapan, jenis,
kumpulan

• Menyoal perkara yang penting dari segi
konteks dan situasi. Tidak wajar menyoal
perkara yang terlalu terpencil dan tidak
mempunyai kepentingan

• Jelas – tata bahasa, ayat, ekspresi, stail

Secara umumnya item yang baik perlu
mempunyai ciri berikut:

•Tanda bacaan, huruf besar, huruf kecil
hendaklah tepat
•Boleh mendiskriminasikan murid yang
berlainan keupayaan. Bukan item terlalu
senang iaitu item yang dijangka boleh
dijawab oleh semua murid atau item
terlalu sukar yang tidak boleh dijawab
oleh semua murid

KOMPONEN ITEM

Rangsangan / stimulus
Mengandungi maklumat khusus dalam bentuk
petikan, rajah, jadual, dll. Rangsangan terdiri
daripada pelbagai jenis

Tugasan
Apa yang perlu diberikan sebagai respons.

Arahan
Bagaimana cara memberikan respons.

KOMPONEN ITEM

Opsyen
(bagi item objektif aneka pilihan)
Pilihan Jawapan.

Peraturan Pemarkahan / Skema Penskoran
(bagi item subjektif)

Kaedah pemberian skor sama ada
menggunakan penskoran analitikal atau rubrik
holistik

Berdasarkan definisi KBAT oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum
(2013), maka konsep item KBAT
merupakan item-item yang menguji
keupayaan murid untuk mengaplikasi
pengetahuan, kemahiran dan menilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu.



ARAS KESUKARAN

Ditentukan berdasarkan tiga aspek:

1. Peringkat pengetahuan atau kemahiran (Level of
knowledge or skills)

2. Kelaziman (Familiarity)

3. Kerencaman (Complexity)

KRITERIA ARAS ARAS
MUDAH SUKAR
1. Aras
Pengetahuan Asas Lanjutan
atau (Basic) (Advance)
Kema29hiran
Lazim Baharu
2. Kelaziman (Familiar) (Novel)
Rencam
3. Kerencaman Ringkas (Complex)
(Simple)

• Menggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana
kemahiran inferens dan penaakulan kritikal
Memberi maklumat secukupnya kepada murid untuk
menjana idea

• Mempelbagaikan penggunaan kata tugas untuk menguji
pelbagai aras pemikiran kognitif
Mengundang pelbagai bentuk respons

• Berdasarkan konteks baharu yang bukan lazim
-Menggunakan situasi di luar bilik darjah
-Mengalakkan murid berfikir lebih mendalam dan bukan
sekadar mengingat semula apa yang dipelajari dalam bilik
darjah

•Berdasarkan situasi sebenar dalam kehidupan harian
Mendorong murid menggunakan hasil pembelajaran dari
pelbagai disiplin ilmu untuk menyelesaikan masalah
kehidupan seharian

•Menggunakan item tidak berulang
-Item berbeza setiap tahun
-Menggunakan bahan yang melangkaui bahan buku teks,
buku kerja, buku latihan, dll

Tiga jenis item
item aneka pilihan
item berstruktur atau item respons terhad
item respons terbuka.

1 Tentukan konstruk, konteks dan aras kesukaran

2 Tentukan jenis item

3 Rancang penggunaan stimulus yang berkaitan
dengan konteks untuk mengukur konstruk

4 Tentukan jenis evidens (fakta, konsep,
generalisasi, keupayaan menilai dan rasional)

5 Tulis item

6 Tulis Peraturan Pemarkahan/rubrik penskoran

7 Menilai item menggunakan prinsip 9 poin



Penilaian item pula ialah proses membuat
pengadilan atau pertimbangan terhadap kualiti item
yang dibina berdasarkan prinsip pembinaan item
dan ciri-ciri item yang baik. Proses ini harus berakhir
dengan ketetapan sama ada item itu:

(a) Diterima
Sedia guna pakai untuk pemasangan instrumen
pentaksiran

(b) Dalam Perhatian (Keep in view - KIV)
Mesti diperbaiki, kemudian dinilai semula

(c) Ditolak
Mesti diperbetulkan, kemudian dinilai semula

Proses penilaian ini harus berakhir

dengan ketetapan sama ada item itu:
 Semua Positif = Diterima
 * Satu atau Lebih Negatif = Dalam

Perhatian
 ** Satu atau Lebih Negatif = Ditolak

1. Which cube has the 1. Different animals have

highest total surface area different ways to adapt

per volume ratios? themselves in different

A. C. environment.

The diagram shows an

1cm animal lives in a tropical

environment. Which structure
1cm 3cmof the body helps it to adapt

3cm itself to the hot

B. D. environment?

2cm AB
2 cm
5cm
5cm C

D

1. RAJAH 1 MENUNJUKKAN DUA JENIS
EKOSISTEM X DAN EKOSISTEM Y.

Apakah maksud Berdasarkan

kepelbagaian pemerhatian anda

esosistem? dalam Rajah 1,

mengapakah X dan Y

adalah ekosistem

yang berbeza?

(Konstruk – Analisis)

Spesis organisma yang kerana X dan Y
tinggal dalam habitat dan mempunyai spesis
ekosistem yang berbeza berbeza / habitat berbeza

Namakan jenis Tsunami telah melanda

kepelbagaian ekosistem di kawasan X. Semua

Rajah 1: tumbuhan telah musnah.

X : Terangkan apa yang akan

Y : berlaku kepada populasi

herbivor dalam kawasan

itu.

(Konstruk – Sintesis)

X : Ekosistem Paya Herbivor berkurang

Y : Ekosistem Laut

Penerangan :

1. Tiada sumber

makanan

2. Habitat musnah


Click to View FlipBook Version