The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 1 : Penghasilan Produk
PPRBMM2-5 Sharifah Haziyah Firzanah Binti Wan Hassan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azieyfirza, 2022-03-21 09:25:30

TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK PPRBMM2-5 SHARIFAH HAZIYAH FIRZANAH BINTI WAN HASSAN

Tugasan 1 : Penghasilan Produk
PPRBMM2-5 Sharifah Haziyah Firzanah Binti Wan Hassan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98009 MIRI

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU [SK]

KERJA KURSUS

BMMB1104 : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN BAHASA MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1 :PENGHASILAN PRODUK

NAMA : SHARIFAH HAZIYAH FIRZANAH BINTI WAN HASSAN

ANGKA GILIRAN : 2021022310127

NO. KAD PENGENALAN : 021103131250

KUMPULAN : PPRBMM2-5
KOD DAN NAMA KURSUS
NAMA PENSYARAH : BMMB1104 : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN
BAHASA MELAYU

: PUAN SELINA HJ AHMAD

TARIKH HANTAR : 21 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR

MENERIMA MAKLUM BALASA :

DARIPADA PENSYARAH

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PERKARA 2
1.0 Pengenalan 2
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 3-4
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
4.0 Manifestasi Akal Budi, Pemikiran Masyarakat 4-5
6
Melayu Dalam Pantun Tradisional Melayu 7-8
5.0 Rumusan
Rujukan

1

1.0 Pengenalan
Kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya yang telah lama wujud dalam masyarakat Melayu. Kebanyakan

masyarakat sangat gemar dengan kesusasteraan Melayu ini terutama sekali golongan tua. Maka, kesusasteraan
Melayu hendaklah sentiasa dipertahankan dan disebarluaskan dalam kalangan masyarakat, bukan sahaja kepada
bangsa Melayu malah bangsa yang lain juga agar kesenian ini tidak ditelan zaman.

2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan sastera

terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Seni kesusasteraan
pula ialah seni karang-mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk puisi dan prosa.

Selain itu, kesusasteraan ini mempunyai keindahan bahasa yang wujud dari proses penciptaan karya sastera.
Menurut Afiqah Nooh (n.d., ms.2), “sastera Melayu hendaklah mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi
yang digunakan dalam sebuah karya hendaklah dapat memberi kesan penghayatan kepada seseorang individu.
Sebuah hasil karya sastera akan memperlihatkan kepakaran dan keahlian seorang penulis untuk meluahkan dan
mengungkapkan makna”. Dengan mengaplikasikan kaedah yang sesuai dalam penulisan, sesebuah karya akan
kelihatan lebih berjiwa dan bermakna serta mewujudkan penghayatan yang mendalam terhadap pembaca.

Menurut Arba’ie et al. (2008, seperti yang dinyatakan dalam Mohd Rodzi, n.d.), “sastera yang terhasil
merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk meluahkan perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan
bauran rasa yang terbuku di dada. Ianya bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan nilai rasa dan jerit
naluri kehidupan manusia sejagat”. Dengan ini, karya sastera yang dihasilkan mampu memberi pengetahuan dan
kesedaran kepada masyarakat, misalnya, mesej tentang kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.

Jelaslah bahawa sastera ini dapat menzahirkan hasil karya atau seni melalui bahasa dan perkataan-perkataan
yang bersesuaian dan menarik kepada masyarakat. Oleh itu, setiap hasil karya yang telah diciptakan hendaklah
dijadikan sebagai pedoman, dihayati dan dihargai dengan sebaiknya.

2

3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu mempunyai beberapa fungsi yang dapat diaplikasikan oleh para pengarang untuk

menghasilkan karya sastera mereka. Umum mengetahui bahawa karya sastera ini disampaikan untuk tujuan-tujuan
tertentu di mana turut terselit mesej-mesej tersirat di dalamnya yang hanya dapat difahami oleh seseorang yang
benar-benar mendalami dan menghayati sesebuah karya sastera.

Fungsi pertama kesusasteraan Melayu adalah sebagai pengajaran. Menurut Muhd Norizam Jamian dan Shaiful
Bahri Md Radzi (2015, ms.185), “..masyarakat Melayu tradisional menggunakan sastera sebagai medium didaktik…”.
Pengarang biasanya meninggalkan beberapa pengajaran dalam karyanya bagi memberi kesedaran terhadap
pembaca atau pendengar. Hal ini demikian kerana para pengarang kebiasaannya mencipta sebuah karya sastera
berdasarkan pengalaman-pengalaman hidup yang pernah mereka lalui. Pengalaman-pengalaman tersebut akan
mereka sampaikan melalui karya sastera seperti prosa atau puisi dengan menggunakan bahasa dan
perkataan-perkataan yang bombastik dan menarik.

Selain itu, kesusasteraan melayu turut berfungsi sebagai wadah hiburan. Hiburan wujud apabila pengarang
mengaplikasikan kata-kata yang indah, irama yang bersesuaian, karya sastera yang mampu menyentuh emosi dan
perasaan pembaca atau pendengar serta mempunyai unsur jenaka dalam sesebuah karya (Hasyuda Abadi, 2017).
Para pengarang gemar menghasilkan sebuah karya yang dapat meriangkan hati para pembaca atau pendengar.
Misalnya, gurindam sering digunakan oleh masyarakat tradisional untuk berhibur semasa majlis keramaian dan pantun
pula sering digunakan oleh masyarakat untuk bermain teka-teki ataupun berjenaka. Selain itu, pada waktu malam
kebiasaannya tukang-tukang cerita akan bercerita untuk menghilangkan penat selepas bekerja di siang hari.
Tuntasnya, karya sastera telah menggembirakan dan menyerikan kehidupan masyarakat tradisional terdahulu yang
tiada kemudahan sumber hiburan seperti masyarakat moden kini.

Akhir sekali, kritikan sosial juga salah satu fungsi kesusasteraan Melayu. Menurut Kamal Azmi Abd. Rahman
dan Sharifah Nur Aminah Syd Kassim (2016, ms.1), “kritikan sosial adalah salah satu bentuk komunikasi
dalam masyarakat yang bertujuan atau berfungsi untuk mengawal kehidupan bermasyarakat” manakala
menurut Nur Farzana Amali dan Nur Afifah Vanitha Abdullah (2020, ms.1) pula, ”kritikan sosial masyarakat dalam karya
seni merupakan salah satu cara di mana seorang pengarang membuat penelitian terhadap sosial kehidupan
masyarakat dari persektif sebagai pengarang”. Para pengarang akan membanding, mengamati dan melihat
perkembangan secara cermat dan teliti tentang baik atau buruknya kualiti suatu masyarakat. Menurut Afiqah Nooh
(n.d.), “dengan adanya kepekaan dan sensitiviti dari para penyair, segala peristiwa sosial yang berlaku dalam
masyarakat akan mencetuskan peluang terhasilnya puisi moden yang bertujuan mendedahkan tentang kebenaran
kepada masyarakat pembaca”. Contohnya, kisah penangkapan Hamid Tuah dan petani-petani miskin oleh kerajaan

3

kerana dikatakan meneroka tanah secara haram di Telok Gong pada tahun 1967 telah memberikan kesan yang
mendalam kepada para penyair sehingga menyebabkan wujudnya sebuah puisi moden bagi mendedahkan kebenaran
kepada masyarakat. Jelaslah bahawa sastera berperanan membuka mata dan menunjukkan kebenaran kepada
masyarakat melalui kritikan sosial.

4.0 Manifestasi Akal Budi,
Pemikiran Masyarakat Melayu
Dalam Pantun Tradisional Melayu

Pantun Melayu kaya dengan bahasa kiasannya yang bernilai tinggi. Menurut Cho dan Mat Zaid Hussein (2020,
ms.1), “pantun merupakan karangan berangkap yang mendokong keindahan dan kehalusan yang
menjelmakan gagasan idea yang mantap dan berpengaruh”. Akal budi pula merujuk kepada tindakan, pemikiran dan
sifat seseorang yang menyokong kebijaksanaan dan keindahan jiwanya (Norazimah Zakaria et al., 2017).

Pada rangkap pertama iaitu baris ketiga dan keempat menerangkan bahawa semakin banyak ilmu atau
semakin tinggi pangkat seseorang individu tersebut, dia hendaklah sentiasa merendahkan diri. Hal ini demikian kerana
jika kita sentiasa merendah diri ketika bergaul dengan masyarakat lain, maka kita akan mudah disenangi di samping
mencontohi teladan yang baik untuk diikuti masyarakat terutamanya golongan muda. Silaturahim antara kita dengan
masyarakat juga akan menjadi semakin kuat dan utuh. Hal ini disokong dengan pendapat Ahmad Saifuddin Che
Abdullah (2017, ms.1), “sikap rendah diri (humility) yang mana terpancar daripada lidah dan juga perbuatan adalah
mustahak bagi memelihara hubungan silaturahim”. Walaupun kita merupakan seorang yang berilmu tinggi dan
bekerjaya, namun itu bukanlah suatu kunci untuk kita bersikap sombong terhadap masyarakat di sekeliling kita. Jadi,

4

akal budi masyarakat Melayu yang terpancar dari rangkap pertama pantun ini, sikap merendah diri itu amat dihormati,
dihargai, dan oleh masyarakat setempat.

Seterusnya, rangkap kedua pada baris ketiga dan keempat menggambarkan tentang seseorang yang berbudi
akan dipandang mulia oleh masyarakat manakala martabat bangsa ditentukan dan dinilai dari bahasa dan tutur kata.
Dalam erti kata lain, seseorang yang berbudi dan mempunyai budi bahasa yang baik dan cantik akan melambangkan
tingginya kedudukan sesuatu bangsa. Hal ini disokong dengan pendapat Pardi Suratno (2016, ms.286),
“…tinggi-rendahnya budi bahasa suatu masyarakat dan bangsa menandakan tinggi-rendahnya peradaban masyarakat
dan bangsa”. Masyarakat hendaklah menerapkan amalan budi bahasa dan memurahkan hati untuk berbudi terhadap
orang lain kerana ia melambangkan jati diri sebenar diri kita. Malah, melalui perbuatan tersebut, diri kita akan disegani
dan dihormati oleh masyarakat setempat angkara eloknya budi bahasa dan pekerti kita terhadap mereka di mana turut
membuktikan pemikiran dan perasaan orang Melayu dalam rangkap pantun ini tentang kepentingan aspek budi dan
bahasa yang dapat meningkatkan dan mempertahankan martabat sesebuah bangsa.

Akhir sekali, perkaitan antara pembayang dan maksud dalam rangkap ketiga pantun ini ditunjukkan dengan
jelas oleh pengarang. Pembayang “padang jajar” membawa maksud padang luas, tetapi kering-kontang tanpa
pokok-pokok rendang melainkan hanya rumput-rampai. Selain itu, digambarkan juga “rusa berbelang kaki” iaitu
belalang rusa, sejenis belalang yang kakinya berbelang. Pembayang menerangkan bahawa jika kita berburu di tengah
padang, namun bukan di rimba, yang kita dapat hanya belalang rusa, bukannya rusa sebenar. Secara logiknya, jika
ingin berburu hendaklah di dalam hutan bukannya di padang kerana ia mengakibatkan kita memperolehi hasil yang
sedikit (belalang). Maksud baris ketiga dan keempat turut memberi gambaran yang sama iaitu jika kita berguru
kepalang ajar seperti berguru dengan tidak bersungguh-sungguh maka diibaratkan seperti bunga yang kembang tak
jadi. Oleh sebab itu, sumber ilmu yang mantap dapat dimilki dengan berusaha bersungguh-sungguh mencari dan
memilih tempat yang betul untuk menuntut ilmu yang akan memberi manfaat terhadap diri kita. Perjalanan kembara
mencari permata-permata ilmu dengan usaha dan semangat yang tinggi amat penting demi kebaikan diri sendiri dan
juga masyarakat lain. Menurut Adibah Sulaiman et al. (2016, ms.96), “usaha sepanjang hayat manusia dan ilmu yang
memberi manfaat kepada masyarakat merupakan tanda kehormatan manusia yang sebenar. Individu sebegini
menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan yang dimiliki untuk menyumbang kepada bangsa dan negara”. Rangkap
pantun ini jelas menunjukkan akal budi masyarakat Melayu tentang usaha untuk menimba ilmu adalah dengan mencari
dan mengembara ke suatu tempat yang tepat dan memiliki ramai tokoh ilmuan bagi meluaskan ilmu pengetahuan yang
dimiliki di samping mampu memberi kebaikan kepada diri, bangsa dan negara.

5

5.0 Rumusan
Karya sastera mengandungi mesej dan pemikiran tertentu dan diciptakan bagi mewujudkan peribadi manusia yang

cinta akan keindahan dan kebenaran. Sesebuah hasil karya dicipta dengan menggunakan bahasa yang menarik bagi
mencerminkan kehidupan sesebuah masyarakat dan dipersembahkan dengan indah. Dengan ini, masyarakat akan
memahami kehidupan dengan lebih baik kerana kehidupan penuh dengan segala kemungkinan yang tidak terduga,
namun sastera mampu menjelaskannya. Oleh itu, masyarakat hendaklah sentiasa memelihara dan menghidupkan
kesusasteraan Melayu dengan menggalakkan golongan muda untuk menceburkan diri dalam bidang sastera agar
sastera Melayu tidak pupus dan dapat diwarisi hingga generasi akan datang.

1180 patah perkataan

6

Rujukan
Adibah Sulaiman, Ezad Azraai Jamsari & Nurliyana Mohd Talib. (2016). Konsep Ilmu menurut Perspektif

Syed Sheikh Ahmad al-Hadi. UKM Journal Article Reposit, 38(2), 93-102. https://ejournal.ukm.my
/islamiyyat/article/view/16918

Afiqah Nooh. (n.d.). Kesusasteraan. https://www.academia.edu/24310065/KESUSASTERAAN

Ahmad Saifuddin Che Abdullah. (2017, Disember 25). Rendah Diri. https://www.scribd.com/
document/367845607/Rendah-diri

Cho, M. S. & Mat Zaid Hussein. (2020, April). Fungsi Pantun Melayu Tradisional Dilihat Dari Perspektif
Budaya Dan Alam Pemikiran Masyarakat Melayu. Jurnal Puitika, 16 (1). http://jurnalpuitika.fib.unand.
ac.id/index.php/jurnalpuitika/article/view/106/91

Hasyuda Abadi. (2017, Oktober 22). Dwifungsi karya sastera. Utusan Borneo. https://www.pressreader.com
/malaysia/utusan-borneo-sabah/20171022/282660392662461

Kamal Azmi Abd Rahman & Sharifah Nur Aminah Syd Kassim. (2016). Idea-Idea Kritikan Sosial
Hamka Di Dalam Novel Teggelamnya Kapal Van Der Wijck. https://www.researchgate.net/publication
/347304793 IDEA-IDEA_KRITIKAN_SOSIAL_HAMKA_DI_DALAM_NOVEL_TEGGELAMNYA_KAPAL_VAN_DER_WIJCK

Mohd Rodzi. (n.d.). Fungsi sastera dalam masyarakat. https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah
/20171022/282660392662461

Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu Tradisional Sebagai
Wadah Komunikasi Massa:Suatu Analisis. Jurnal Komunikasi, 31(2), 183-194. http://journalarticle.ukm.my
/10011/1/V31_2_12.pdf

Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi Hanida Abdul Mutalib, Alizah

7

Lambri, Siti Salwa Jamaldin, Mashitah Sulaiman & Rosmah Derak. (2017). Akal Budi Dan Cerminan
Jati Diri Melayu Dalam Pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4(2). http://journal.kuis.edu.my
/jsass/images/files7/jsass_vol4bil2_008_norazimah.pdf
Nur Farzana Binti Amali & Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2020, Jun). Kritikan Sosial dalam Skrip Monodrama
Menunggu Lampu Hijau Karya Hatta Azad Khan. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1-11. https://spaj.ukm.my/jws
/index.php/jws/article/view/307/261
Pardi Suratno. (2016, April). Bahasa, Etika, Dan Pemartabatan Bangsa. Jurnal Online Universitas Muhammadiyah
Purwokerto, 2(2). https://core.ac.uk/download/pdf/234098794.pdf

8


Click to View FlipBook Version