The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1074-PERKEMBANGAN SEJARAH BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azieyfirza, 2021-11-29 11:49:55

BMMB1074-PERKEMBANGAN SEJARAH BAHASA MELAYU

BMMB1074-PERKEMBANGAN SEJARAH BAHASA MELAYU

Sharifah Haziyah Firzanah
Binti Wan Hassan
PPRBMM 1-5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98009 MIRI
SARAWAK

NAMA : SHARIFAH HAZIYAH FIRZANAH BINTI WAN HASSAN

ANGKA GILIRAN : 2021022310127

NO. KAD PENGENALAN : 021103131250

KUMPULAN : PPRBMM1-5

KOD DAN NAMA KURSUS BMMB1074- SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
NAMA PENSYARAH :

MELAYU
: PUAN HAJAH AINAH BT JULHEE

TARIKH HANTAR : 26 NOVEMBER 2021

PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA :
MAKLUM BALAS DARIPADA
PENSYARAH

Pengenalan

1.0 Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu

2.0 Perkembangan Bahasa Melayu
Zaman Pramerdeka

3.0 Perkembangan Bahasa Melayu Pasca
Merdeka

4.0 Cabaran dan Masa Depan Bahasa
Melayu

5.0 Rumusan dan Pandangan

Rujukan



Sistem Tulisan
Pallava

Tulisan Pallava berasal dari India dan dibawa oleh orang India semasa mereka tiba di kawasan-kawasan
Melayu seperti Srivijaya dan Palembang. Tulisan Pallava banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Ketika itu,
bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini terhad
dalam kalangan golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar masyarakat lain membaca
dan menulis. Sistem tulisan ini lebih kompleks berbanding sistem tulisan Rumi. Tulisan ini juga turut digunakan untuk
menulis persuratan bahasa Melayu pada zaman bahasa Melayu Kuno. Penemuan terawal tulisan Pallava adalah pada
tiang batu persembahan (Yupa) di daerah Muara Kaman, iaitu pertemuan di antara Sungai Mahakam dengan Kedang
Kepala. Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879. Kini, Yupa tersebut disimpan di
Muzium Nasional Jakarta.

Tulisan Pallava Tulisan Pallava Terdiri daripada
kemudian, awal, aksaranya 46 abjad.

aksaranya ditulis ditulis besar-
sama besar.

tinggi.Penulisan Ciri-ciri
‘ekor’ tidak lagi Tulisan
ditonjolkan yang Pallava
terjulur di bawah

garis dasar.

Penggunaan Setiap konsonan
simbol huruf tidak menandakan
terbahagi kepada
huruf semata-
dua iaitu mata tetapi bunyi
konsonan dan
yang berbeza.
vokal.

Contoh Batu Bersurat di Kedukan
Bukit, Palembang. Batu Bersurat ini
bertarikh 6tahun Saka (683M). Ia
merupakan bukti awal tentang
penggunaan bahasa Melayu dalam bentuk
tulisan. Bahasa Melayu Kuno yang
bercampur dengan bahsa Sanskrit.
Kandungan batu ini berkisarkan tentang
seorang raja yang telah menaiki kapal
untuk mendapatkan siddhayartra (kuasa
sakti/kejayaan).

Batu Bersurat Yang Menggunakan Tulisan
Pallava

Batu Bersurat Batu Bersurat Batu Bersurat Batu Bersurat
Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur, Karang Brahi,
Palembang. Palembang. Pulau Bangka. Hulu Jambi.
Bertarikh 605 Bertarikh 606 Bertarikh 608 Bertarikh 614
tahun Saka, tahun Saka, tahun Saka, tahun Saka,
bersamaan bersamaan bersamaan bersamaan
dengan 683 M. dengan 684 M. dengan 686 M. dengan 692 M.

Tulisan Kawi merupakan sistem tulisan selepas Pallava yang

dikatakan turunan daripada sistem Pali. Perkataan Kawi berasal daripada
perkataan Sanskrit yang bermaksud penyair. Tulisan ini dikatakan berasal
daripada huruf Vangki (Wenggi) , iaitu huruf yang dibawa oleh orang-orang
India dari Coromandel. Tulisan Kawi ini digunakan untuk menulis dalam
bahasa Kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu. Pada peringkat
awal, tulisan Kawi ini ditulis pada daun lontar dan kemudiannya diubah suai
dan ditulis pada batu. Bukti penggunaan tulisan Kawi ialah melalui inskripsi
yang dijumpai di Joreng, Tapanuli, Sumatera Utara. Sistem tulisan Kawi ini
kemudiannya telah menurunkan pelbagai bahasa daerah seperti Batak,
Renjang, Lampung, Kerinci dan lain-lain.Tulisan Kawi lenyap pada tahun
1400 Masihi dengan runtuhnya kerajaan Majapahit.

Ciri-ciri Tulisan Kawi terdiri daripada 47 abjad

merupakan huruf daripada India
Selatan yang diubah

setiap huruf merupakan suku
kata dengan vokal yang dapat
diubah dengan penggunaan

tanda baca

ditulis tanpa jarak antara kata-
kata yang lengkap

terdapat sejumlah huruf yang bentuk
dan penggunaannya tidak diketahui
kerana sedikitnya contoh yanukan

dalam prasasti tulisan Kawi.

Tulisan Kawi di Sumatra

Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan
Islam ke alam Melayu dan tulisan Jawi diperkenalkan.
Hal ini telah menyebabkan bahasa Melayu Kuno yang

menggunakan huruf-huruf Arab iaitu huruf Jawi.
Tulisan Jawi pernah menjadi tulisan utama atau rasmi

di Semenanjung Tanh Melayu, Brunei, Indonesia,
Selatan Thailand dan Sri Lanka. Tulisan Jawi ini
digunakan dalam surat-menyurat diraja, puisi dan

merupakan kaedah perhusesama saudagar di
pelabuhan Melaka. Bahasa Melayu dalam tulisan jawi
ini juga digunakan sebagai bahasa perantaraan setiap
t lapisan masyarakat. Sebagai contoh, digunakan dalam

perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di
Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis,
Belanda, dan Inggeris. Tulisan Jawi dicampuradukkan
dengan tulisan Arab dengan menggunakan 29 huruf
dengan lima huruf tambahan bukan Arab yag dicipta

oleh orang Melayu sendiri. Lima huruf itu ialah
Ca (‫)ﭺ‬,Nga( ‫)ڠ‬,Pa ( ‫ )ق‬,Ga( ‫ )گ‬dan Nya (‫) ڽ‬. Huruf-huruf

ini melambangkan bunyi-bunyi yang lazim disebut
pada lidah Melayu.

Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu

Sistem Ejaan Wilkinson (1940) Sistem Ejaan Za’ba (1949) -
- disusun oleh Jawatankuasa
Sistem ini kemudiannya
Ejaan R. J. Wilkinson diperbaiki oleh Pendita Za’ba

dan dikenali sebagai Sistem

Ejaan Sekolah.

Sistem Ejaan Kongres (1956) - Sistem Ejaan Malindo (1959) -
Dibentuk ketika Kongres diperkenalkan setelah
Bahasa dan Persuratan
Melayu Ketiga diadakan di beberapa rundingan diadakan
antara Malaya dan Indonesia.
Singapura dan Johoru pada
tahun 1956.

Sistem Ejaan Bersama Dilancarkan penggunaannya
Malaysia/Indonesia pada tahun 1972

- Tercapai persetujuannya pada 27
Jun 1967 apabila jawantankuasa
Bahasa dan Ejaan yang
dipengerusikan oleh Tan Sri Syed
Nasir Ismail mengadakan siri-siri

rundingan baru dengan Indonesia.

Huruf konsonan yang berjumlah 26
termasuk q dan x bagi menulis istilah
dan huruf, untuk melambangkan huruf
jawi ain dan hamzah iaitu b, c, f, g, gh,
h, j, k, l, m ,n, ng, ny, p, q, r, sy, t, v, x,

y, dan z.

Tiga diftong yang dilambangkan oleh
tiga pasangan huruf vokal iaitu ai, au,

dan oi.

Lima huruf vokal a, e, i, o, u dan pola
keselarasan vokal dalam suku kata
pertama dan akhir tertutup iaitu vokal
‘u’ dan ‘i’ digunakan pada suku kata
akhir tertutup jika vokal pada suku
kata bukan akhir bukan ‘o’ dan ‘u’,
dengan satu kekecualian yang tidak
mematuhi keserasian iaitu dalam ejaan
pinjaman sama ada dari Asia atau
Barat. Misalnya, aneh, perabot dan

tulen.

Pedoman Ejaan Umum
Bahasa Melayu

Penulisan nama khas
tempat, orang dan

sebagainya disesuaikan
dengan pedoman ejaan
baharu ini kecuali jika ada
pertimbangan khusus
untuk mengekalkannya.

Kaedah penulisan huruf iaitu
huruf besar yang mempunyai
12 kaedah dan huruf miring

yang mengandungi tiga
kaedah ejaan.

2.0 Perkembangan Bahasa
Melayu Zaman Pramerdeka

Pada zaman penjajahan Inggeris, Bahasa Melayu digunakan
dalam urusan rasmi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu• Pegawai Inggeris yang menjalankan
tugas di Tanah Melayu dikehendaki mempelajari Bahasa melayu dan
mesti lulus dalam peperiksaan sebelum disahkan dalam sesuatu
jawatan. Sebahagian pegawai itu menaruh minat yang mendalam
terhadap Bahasa melayu sehingga meraka menghasilkan karya &
kajian-kajian dalam bidang kebahasaan.

R.O Winstedt O.T Dussek

n

Tokoh-tokoh
asing yang
menyumbang
dalam Bahasa
Melayu Moden
Pramerdeka

R.J Wilkinson W. Marsden

Tokoh-tokoh Tempatan Yang Menyumbang Dalam Bahasa Melayu
Moden Pramerdeka

Raja Ali Haji Mejar Dato’ Haji Mohd
Said

Abdullah Bin Abdul Kadir Zainal Abidin Ahmad
Munsyi

Sumbangan
Pertubuhan Dan

Institusi

Menerbitkan buku-buku bagi Menulis, menterjemah, dan Pejabat Karang
sekolah Melayu dan menyunting buku-buku

menerbitkan bahan-bahan pelajaran dan novel-novel
bacaan untuk masayarakat moden serta

Melayu amnya. menyelenggarakan
percetakannya.

Mengarang ditubuhkan

Pejabat Karang oleh O.T.Dussek,
Mengarang Pengetua Pejabat
Karang Mengarang

ketika itu dan Za’ba

sebagai penterjemah.

Mengadakan perpustakaan Menerbitkan jurnal bergambar
bergerak ke kampung-
kampung

Sumbangan Pertubuhan Dan Sultan Idris Training College Melahirkan ramai penulis
Institusi (SITC) Sebagai institusi Latihan bagi

Institusi ini telah ditubuhkan bakal pendidik
pada 29 November 1922 di mana
ia merupakan idea daripada R.O.

Win stedt.

Sebagai badan penerbitan buku,
khususnya buku untuk
kegunaan sekolah

Sumbangan
Pertubuhan
Dan Institusi

Pakatan Belajar
Mengajar Bahasa Melayu

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) ditubuhkan pada tahun 1888. Pengasasnya
ialah Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi. PBMPB merupakan
suatu perhimpunan belajar-mengajar dan siasat-menyiasat tentang pengetahuan dan peraturan bahasa Melayu.
Sultan Johor telah menganugerahkan gelaran ‘Diraja’ kepada Pakatan ini pada 14 April 1935 dan pertubuhan
ini menggunakan nama baharunya iaitu Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor tetapi
mengekalkan singkatan PBMPB.

Antara perancangan Pakatan ini adalah pemilihan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu,
penstandardan dan penyegarman ejaan jawi, menyusun buku Jalan Bahasa Melayu atau tatabahasa Bahasa
Melayu, menyusun dan mengatur penokok dan penambah atau imbuhan dalam Bahasa Melayu dan sebagainya.

Hasil penulisan Pakatan ini diterbitkan dalam jurnal Peredar yang diterbitkan enam bulan sekali.
Tokoh utama PBMBP, iaitu Major Dato’ Haji Muhammad Said Sulaiman, telah menghasilkan beberapa buah buku
penting. Antaranya Buku Katan (1936), Jalan Bahasa Melayu (1937), dan Penokok dan Penambah (1939).

Sumbangan Pertubuhan Dan Institusi
-Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)-

Mengubah dan Mengubah, Memaju dan Memperluaskan Melindungi hak-hak
mencipta perkara- mencipta, memperbaiki bahasa dan muslihat seluruh ahli
membasmi dan dan pengarangnya.
perkara di atas membina perkataan- Melayu dalam mempertinggikan
yang perlataan untuk penghasilan karya martabat Angkatan
memperkayakan Sasterawan 50 juga
mengandungi bahasa dan sastera. sastera. kesusteraan dan
aliran dan likiran kebudayaan Melayu menggariskan
yang maju untuk matlamatnya untuk

disiarkan dan menjaga dan
diterbitkan. melindungi
anggotanya dari segi
undang-undang dan
peraturan negara.

3.0 Perkembangan Bahasa Melayu
Pasca Merdeka

Perkara 152
Perlembagaan
Persekutuan

Akta Akta-akta Akta Dewan
Pendidikan Pelaksanaan dan Pustaka
(DBP) 1959
1996 Bahasa
Melayu (Pindaan
1995)

Akta Bahasa
Kebangsaan

1963/67

Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Pindaan 1995)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya ialah Balai Pustaka, iaitu sebuah
jabatan kerajaan ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menggerakkan dan memartabatkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu. Bagi memperkasakan lagi
DBP, satu akta telah diluluskan oleh parlimen pada tahun 1959 yang asalnya dikenali sebagai
Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka. Di bawah akta ini, Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) ditubuhkan untuk membentuk dan melaksanakan dasar-dasar untuk mencapai
matlamat DBP bagi mengembangkan Bahasa dan kesusasteraan di Malaysia Barat sahaja. Akta
tersebut menjadikan DBP sebagai badan berkanun dan mempunyai kasa autonomi untuk
menggubal dasar yang khusus dan sesuai dengan matlamatnya. Akta DBP telah disemak pad
atahun 1973 yang dikenali sebagai Akra DBP (Pindaan dan Perluasan) kebangsaan dalam semua
bidang termasuk sains dan teknologi.

DBP berperanan sebagai badan yang bertanggungjawab memperkembang bakat
sastera, khususnya dalam Bahasa Kebangsaan. Selain itu, DBP bertanggungjawab mencetak,
menerbit, dan membantu penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah, dan bentuk-
bentuk lain kesusasteraan dalam Bahasa Kebangsaan. Seterusnya, DBP menggalakkan
penggunaan bahass kebangsaan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang
yang sedang berkuat kuasa.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa “Bahasa Kebangsaan
ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang
diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen”. Penetapan Bahasa Melayu sebagai
bahasa Kebangsaan disertai dengan syarat-syarat seperti ‘tiada sesiapa pun yang boleh dilarang
atau dihalang daripada menggunakan atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain’
dan ‘tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak
mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara atau meneruskan penggunaan dan pengajian
bahasa mana-mana kaum lain dalam persekutuan’.

Perkataan yang digunakan dalam Perkara 152 Perlembagaan seperti yang tertera di
atas ialah ‘bahasa kebangsaan ‘ bukan ‘bukan rasmi’. Bagi penggubal perlembagaan, konsep
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi adalah berbeza. Perkataan Bahasa Kebangsaan
ditakrifkan sebagai satu bahasa yang dipakai oleh setiap individu, kumpulan, badan swasta, dan
awam dalam sesebuah negara dalam semua bidang dan aktiviti kehidupan. Perkataan Bahasa
rasmi pula ialah bahasa yang digunakan oleh kerajaan dalam urusan pentadbirannya.
Perlembagaan ini kemudiannya telah dipinda dengan memasukkan Fasal (6) yang berbunyi
‘dalam perkara ini “ maksud rasmi “ ertinya apa-apa maksud kerajaan, sama ada Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa
awam’.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67

Akta ini dikuatkuasakan pada 1 Julai 1971. Akta ini merupakan gabungan Akta
Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kemunculan akta ini telah
memperkukuh kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Menurut akta ini,
selepas 1 September 1967, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-
maksud rasmi. Urusan rasmi kerajaan baik dilaksanakan secara lisan atau tulisan
perlulah menggunakan bahasa kebangsaan.

Akta Pendidikan 1996

Akta ini merupakan lanjutan daripada Akta Pelajaran 1961. Akta ini telah
memperkukuh keduudkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar atau bahasa ilmu.
Antara perkara penting yang terkandung dalam akta ini ialah Bahasa Kebangsaan
hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam
sistem Pendidikan kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di
bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan yang dikecualikan. Selain itu,
bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi
pendidikan swasta jika bahasa pengantar utama di institusi pendidikan itu bukan
bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu juga harus diajarkan sebagai mata pelajaran wajib
jika sesuatu tadika menggunakan bahasa-bahasa lain sebagai bahasa pengantar.

Penubuhan dan Peranan Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada awalnya dikenali sebagai Balai
Pustaka, ditubuhkan di Johor Bahru pada 22 Jun 1956. Pada peringkat awal, DBP
berperanan sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran yang
bertanggugjawab menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kebahasaan.DBP
telah dinaikkan statusnya sebagai badan berkanun sebaik sahaja Ordinan Dewan
Bahasa diluluskan pada 1959. Pengarah DBP yang pertama ialah Ungku Abdul Aziz
bin Abd. Hamid.

Matlamat penubuhan DBP adalah untuk memajukan dan memperkaya
bahasa kebangsaan. Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memajukan bakat
kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaaan dan mencetak atau
menerbitkan atau membantu usaha pencetakan atau penerbitan buku-buku,
risalah-risalah, dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan
dan bahasa-bahasa lain.Matlamatnya juga adalah untuk menyeragamkan ejaan dan
bunyi sebutan serta menggubal istila yang sesuai dalam Bahasa kebangsaan dan
Menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa kebangsaan.

Perancangan Bahasa kebangsaan merupakan Bahasa yang melambangkan identiti bangsa
Taraf Bahasa dalam sesebuah negara. Dalam wacana politik dan perundangan, Bahasa kebangsaan
biasanya ditetapkan oleh kerajaan negara tersebut. Terdapat juga negara di dunia yang
Melayu mempunyai Bahasa kebangsaan lebih daripada satu Bahasa seperti Kanada iaitu Bahasa
Inggeris dan Bahasa Perancis. Bahasa kebangsaan merupakan medium penyatuan
Bahasa pelbagai kaum. Sehubungan ini, Bahasa Melayu memungkinkan pelbagai kaum di Malaysia
Kebangsaan mencapai keserasian hidup sebagai bangsa yang bersatu dengan tidak perlu
meninggalkan identiti asal kesetiaan kepada nilai-nilai sosiobudaya serta latar belakang
Bahasa ibunda masing-masing.

Bahasa Melayu telah diangkat martabatnya menjadi bahasa kebangsaan
sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Dalam perkara 152 (1)
Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-
apa tulisan sebagaimana yang dipertuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen.
Peruntukan ini tidak melarang dan menghalang penggunaan bahasa lain secara tidak
rasmi atau pengajaran dan pembelajaran bahasa lain. Peruntukan ini juga tidak
menyentuh hak kerajaan negeri dan persekutuan untuk meneruskan penggunaan atau
pengajian mana-mana bahasa kaum lain dalam persekutuan. Perkara 152 (6) pula
menjelaskan bahawa maksud rasmi dalam perkara 152 (1)(a) ditujukan kepada apa-apa
maksud tujuan kerajaan sama ada kerajaan persekutuan atau negeri dan pihak berkuasa
awam. Permaktuban bahasa Melayu ini membuktikan bahawa bahasa Melayu berada pada
kedudukan yang jelas statusnya, tinggi dan istimewa dalam perundangan negara. Bahasa
Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan di Asia Tenggara selain Malaysia, iaitu
Singapura, Brunei, dan Indonesia. Hal ini membuktikan bahawa bahasa Melayu ialah
bahasa utama di Asia Tenggara.

Bahasa Rasmi

Bahasa rasmi merupakan bahasa yang diguna pakai dalam semua situasi rasmi urusan
pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan, perusahaan, upacara
rasmi, kehakiman dan sebagainya. Bahasa rasmi tidak semestinya bahasa kebangsaan kerana bahasa
rasmi ialah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak dikaitkan
dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri atau
bahasa penjajah. Di Malaysia, Bahasa rasmi berasal daripada bahasa Melayu Johor dan diangkat menjadi
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang
banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi bahasa
rasmi kerana Bahasa ini digunakan sebagai Bahasa ilmu dan mudah difahami masyarakat umum. Bahasa
Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Pada tahun 1967, DYMM Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
tunggal bagi persekutuan Malaysia. Pengisytiharan ini ekoran daripada tindakan parlimen yang telah
meluluskan Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan dalam siding dewan yang berlangsung pada bulan
Mac 1967. Pemilihan bahasa rasmi biasanya menjadi isu kontroversi sebelum tertubuhnya sesebuah
negara merdeka. Sebanyak 178 buah negara di dunia yang memiliki bahasa rasmi. Bahasa Inggeris ialah
bahasa rasmi yang diiktiraf oleh 51 buah negara diikuti oleh bahasa Arab, Perancis, dan Sepanyol.

Bahasa Pengantar

Bahasa pengantar ialah Bahasa yang diguna pakai untuk
tujuan komunikasi dalam perundingan, pengajaran, dan pembelajaran
di sekolah, institusi dan universiti. Sistem Pendidikan menggunakan
satu Bahasa pengantar paling berkesan bagi mewujudkan perpaduan
dan integrasi nasional. bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa
pengantar digunakan dalam pendidikan di sekolah-sekolah
kebangsaan, sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
Penggunaan Bahasa Melayu ini telahh ditetapkan oleh Laporan Razak
(1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) sebagai Bahasa pengantar.
Berkuat kuasa Akta Pelajaran pada tahun 1961, Bahasa Melayu telah
diangkat sebagai Bahasa pengantar utama dalam institusi Pendidikan.
Kebaikan penggunaan Bahasa ibunda sebagai Bahasa pengantar ialah
guru akan lebih yakin dalam pengajaran. Penyampaian ilmu menjadi
lebih baik dan berkesan serta komunikasi antara guru dan murid dapat
dimaksimumkan dengan berkesan. Murid juga lebih mudah memahami
proses pembelajaran dan lebih berani untuk bersoal jawab serta
keputusan murid dapat dipertingkatkan.

4.0 Cabaran dan Masa
Depan Bahasa Melayu

Cabaran

Ekonomi Pentadbiran Pendidikan
Kerajaan

Perniagaan Kerjaya (a) Urusan Rasmi Dalam Negara (b) Urusan Rasmi Antarabangsa (a) Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
-tidak semua guru mendapat Latihan khusu dalam bidang Bahasa.
-Dokumen perniagaan -Graduan boleh memilih -guru bergantung dengan penggunaan buku teks
syarikat swasta masih lagi kerjaya dalam bidang -pengetahuan asa murid yang berbeza-beza
menggunakan Bahasa perguruan atau pendidik
Inggeris sebagai Bahasa sebagai guru BM dengan (b) Penjenamaan Bahasa Melayu
utama dan Bahasa Melayu mengikuti kursus-kursus -Berlaku Krisi identity antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia
sebagai Bahasa kedua. iktisas seperti PISMP dan -proses penjanamaan semula ini mengikis kewibawaan dan mencabar
KPLI/DPLI. kredibiliti Bahasa itu sendiri.
-Bahasa Inggeris
mendominasi 100% sektot -Graduan BM boleh (c) Bahasa Melayu Dalam Akta Pendidikan Swasta
perhotelan,syarikat memilih bidang penulisan -Apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, semua
penjualan kereta, kreatif, pengacaraan, IPTS dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
barangan elektrik dan editor, dan penterjemah. pengantar.
komputer -Pengiktirafan Institusi Pendidikan Swasta (ips) menyebabkan mereka
mempunyai kebebasan dalam menentukan Bahasa pengantar.
(c) Pengiklanan Kekosongan Jawatan Dalam (d) Perkhidmatan Kaunter
Perkhidmatan Awam - Menggunakan Bahasa kebangsaan
- Hendaklah dalam bahasa kebangsaan - Boleh menggunakan Bahasa lain

yang difahami klien
atau pelanggan.

(e) Maklum Balas Aduan di Akhbar dan Isu Media Massa
- Menggunakan Bahasa kebangsaan
- Jika ada siaran dalam Bahasa Inggeris maka harus
ada terjemahan dalam Bahasa kebangsaan.
- Elak salah tafsir

Masa Depan Bahasa Melayu

Ekonomi • Syarikat Korporat dilibatkan dalam aktiviti kebahasaan.
• Peranan sektor swasta:

- Peka dan lebih giat menganjurkan aktiviti-aktiviti kebahasaan di luar
negara seiring promosi perniagaan atau produk masing-masing.

-Kegiatan promosi yang terancang dakan memberikan pulangan yang
merangsansang perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa
ekonomi, sains, dan tenologi.

- Papan-papan tanda iklan promosi sesebuah produk itu haruslah
menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam semua urusan rasmi.

Pentadbiran
Kerajaan

Pendidikan • Guru perlu kreatif dan inovatif dalam mencari dan mengubahsuai
pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar di samping dapat
memupuk sikap cinta akan bahasa dalam diri pelajar.

• Guru hendaklah mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan selari
dengan perkembangan semasa.

• Bahasa Melayu sebagai pengantar Pendidikan selama ini telah
memberikan banyak impak positif kepada pembangunan negara dan
memupuk perpaduan rakyat.

• Keyakinan dan kepercayaan terhadap kemampuan bahasa Melayu
sewajarnya diteruskan dalam sistem Pendidikan negara.

5.0 Rumusan dan Pandangan

Bahasa Melayu amat penting dan seharusnya dihargai oleh
rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana terdapat tokoh-tokoh
yang telah berusaha memantapkan dan mempertahankan
Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, segala pengorbanan mereka
hendaklah kita hargai dengan mementingkan bahasa Melayu
dalam kehidupan kita. Malah, kita juga hendaklah sentiasa
mengambil ikhtibar daripada masayarakat terdahulu dalam
menangani segala cabaran untuk menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa lingua-franca.

Rujukan

Azmi Amigo. (2014, Julai 06). Masa Depan Dan Cabaran Bahasa Melayu.
https://www.scribd.com/doc/232773440/Masa-Depan-Dan-Cabaran-Bahasa-Melayu

Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid & Faizuri bin Abdul Latif. (n.d.). Sejarah
Perkembangan Tulisan Jawi: Analisis Mengenai Teori Kang Kyoung Seok. Jurnal al-Tamaddun
Bil 9 (2) 2014, 1-15

http://commonrepo.um.edu.my/12610/1/Page%201-15.pdf

Farah Dinah Hassan. (2014, April 17). Bahasa Melayu Moden.
https://www.scribd.com/doc/218791331/BM-Bahasa-Melayu-Moden

Namri Sidek. (2019, Ogos 17). 3 Jenis Tulisan Orang Melayu Lama: Rencong, Pallavi dan Kawi.
https://iluminasi.com/bm/3-jenis-tulisan-orang-melayu-sebelum-jawi-rencong-pallavi-

dan-kawi.html

Raminah Haji Sabran, Nawi Ismail & Zulkarnain Farihin. (2020). Peperiksaan STPM Bahasa
Melayu Semester 1 Edisi Kedua. Mutiara Suria Ilmu Resources.

Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah & Zurihan Yusof. (2020). Pengenalan Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu. Global Mediastreet Sdn Bhd.

Sekian Terima
Kasih


Click to View FlipBook Version