SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANGAN
09410 PADANG SERAI
KEDAH DARUL AMAN
TELEFON / FAKS 04-4858953
LAPORAN PROGRAM
1. Nama Program : Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kebangsaan
Sungai Karangan
2. Tarikh : 02 Jun 2022 ( Khamis )
3. Hari / Masa : 7.45 pagi – 12.45 tengah hari
4. Tempat : SK Sungai Karangan – Taman Desaku MBI
5. Objektif :
1. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara
tahunan.
2. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk
individu yang cergas.
3. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga Sekolah Kebangsaan Sungai
Karangan ketika mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak
untuk menjayakannya.
4. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam
kalangan murid-murid dan PIBG.
6. Butiran Aktiviti :
1. Murid berkumpul di dewan dan guru kelas mengambil kehadiran.
2. Sesi memanaskan badan sebelum kejohanan bermula.
3. Taklimat keselamatan dan seterusnya para pegawai bergerak ke check point.
4. Pelepasan murid (mengikut kategori) dan aktiviti mewarna Tahap 1.
5. Sesi menyejukkan badan (cooling down).
6. Penyampaian hadiah kejohanan.
7. Bersurai.
7. Penilaian Program :
Program Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Sungai Karangan berjalan dengan
lancar seperti yang dirancang tanpa berlaku sebarang kes kecemasan (kecederaan).
Langkah-langkah keselamatan dan pencegahan yang termaktub dalam garis panduan
SOP covid19 norma baharu tetap diberi penekanan sepanjang aktiviti berlangsung.
7.1 Kekuatan Program
a) Cuaca yang sangat baik pada hari program dijalankan.
b) Seramai lebih kurang 98% penglibatan murid Tahap 2 dalam kejohanan ini.
c) 94% murid berjaya menghabiskan larian dengan selamat.
d) Secara keseluruhannya, 35% murid berjaya menamatkan larian dalam tempoh
cut-off time yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
e) Kerjasama yang baik dari pihak pengurusan Taman Desaku MBI dan juga
anggota polis Balai Polis Sungai Karangan.
7.2 Kelemahan Program
a) Kekurangan marshal penunjuk arah larian murid.
7.3 Cadangan Penambahbaikan
a) Selain guru, staf pejabat dan ajk PIBG (waris) juga boleh dilibatkan menjadi
marshal penunjuk arah larian murid.
8. Dokumentasi Bergambar : Lihat Lampiran I
Disediakan oleh, Disemak oleh,
(NORHAFIZA BINTI NORJIMI) (AMRAN BIN ABDULLAH)
JK Dokumentasi Pen. Kanan Kokurikulum
Kejohanan Merentas Desa Peringkat SKSKR SK Sungai Karangan
Disahkan oleh,
Lampiran I
Sesi memanaskan badan sebelum memulakan acara larian merentas desa.
Murid-murid bersedia di garisan
permulaan dan memulakan larian setelah
hon dibunyikan.
Acara merentas desa berlangsung di sepanjang checkpoint-checkpoint yang telah
ditentukan dengan kawalan dan pemerhatian oleh pihak polis dan AJK Kejohanan
Merentas Desa Peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan.
Anggota polis yang bertugas memastikan keselamatan lalu lintas dan trek larian sepanjang
kejohanan berlangsung.
Semua murid bergambar di garisan penamat.
Sesi bergambar bersama para pemenang usai sesi penyampaian hadiah yang disampaikan
oleh Puan Meriam Binti Mustafa, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan.