The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aunikiut, 2024-02-10 20:00:41

BUKU BACALAH SAYANG 2

BUKU BACALAH SAYANG 2

Idea asal PUAN HAJAH JULIANI BINTI ABDULLAH Disemak semula PANEL PENERBITAN KREATIF KEMBARA SDN.BHD.


PRAKATA Buku BACALAH SAYANG memperkenalkan satu “Formula” dan cara yang sistematik untuk membina kemahiran bacaan secara cepat dan tepat tanpa perlu mengenal keseluruhan abjad A-Z terlebih dahulu. Kaedah ini disusun berdasarkan konsep terus membaca dengan satu huruf satu hari melalui kaedah suku kata. Buku ini dihasilkan atas kesedaran: 1. Bahawa Bahasa Malaysia merupakan bahasa yang paling mudah dipelajari jika terdapat satu kaedah yang sistematik. 2. Wujudnya masalah yang dihadapi oleh guru tahun satu khasnya dan guru-guru amnya tentang kaedah untuk mengajar murid-murid membaca dan menulis dengan cepat dan tepat, sebelum mengajarkan kemahiran bahasa yang lain. 3. Bahawa kemahiran bacaan seharusnya dibina secara konkrit melalui proses kenal huruf suku kata perkataan ayat dan seterusnya membaca petikan dengan intonasi yang betul. 4. Bahawa kaedah tradisi, menghafal dan mengenal kesemua huruf abjad dahulu sebelum boleh membaca, membuang masa dan membunuh minat murid-murid untuk menguasai kemahiran bacaan. 5. Menginsaf masalah guru dalam penyediaan bahan tersusun ke arah mengajar murid-murid menguasai kemahiran bacaan dan cekap menulis dalam jangka masa yang pendek agar dapat menguasai kemahiran yang lain dengan penuh minat dan berkeyakinan. 6. Bahawa buku ini amat sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Malaysia Tahun Satu khasnya dan Kelas Pemulihan untuk membasmi buta huruf. 7. Bahawa buku ini boleh juga dijadikan sebagai bahan ujian pengesanan untuk menilai tahap penguasaan dan kesukaran murid dalam menguasai kemahiran bacaan kerana bahan bacaan disusun berperingkat-peringkat. Sesungguhnya, buku ini dicipta dan disusun untuk mempercepatkan celik huruf dalam kalangan murid-murid peringkat awal kanak-kanak lagi. Paparan ini akan dapat melahirkan kanak-kanak yang bersikap positif, berwawasan, dan pintar cerdas. Diharap buku ini dapat menyerap keprihatinan ibu bapa berganding bersama-sama guru ke arah celik huruf seterusnya mempertingkatkan kecemerlangan pelajaran dalam Bahasa Malaysia. i


 Bunga ungu itu wangi. Singa ada telinga. Mengapa singa suka menganga? nga ngi ngu nge nge ngo Ini Ngami. Ngami suka mengira. Ngami juga suka mengeja. bunga wangi ungu ngeri ngilu dungu Ngami mengira mengeja belanga mengapa singa nganga telinga pelangi


 Itu bunyi penyu. Nyonya suka penyu itu. Penyu suka hari sunyi. nya nyi nyu nye nye nyo Nyonya suka menyanyi. Nyonya menyanyi masa sunyi. Nyonya juga suka menyapu. Nyonya menyala api pada hari sunyi. nyata nyala punya sunyi nyiru nyawa menyapu nyonya bunyi nyanyi penyu


 Datuk buka kotak. Katak masuk kotak itu. Adik usik katak itu. Kakak saya memekik. Emak tolak katak itu. Katak itu masuk bilik. ak ik uk ek ek ok kapak betik datuk pokok nenek budak bilik beruk rokok cicak muzik balik duduk emak manik masuk gemuk laksa komik waktu esok sepak adik batuk masak kakak katak minyak banyak keropok memekik jurusolek


 Emak Mamat masak pulut. Emak masak pulut kunyit. Mamat balik sakit perut. Emak beri Mamat ubat pahit. Mamat nyata jadi sihat. Mamat joget ikut muzik daripada kaset. at it ut et et ot lalat sabit sikat kasut rakit ubat parit semut ulat kulit sakit jahit perut tumit badut kaset joget langit kunyit pulut belut semut ikut dekat sepat sihat biskut lawat pahit sangat pesawat Mamat nasihat jururawat


 Ayam itu lari dekat Halim. Mak Som nampak Halim. Mereka minum sama-sama. Mak Som tanam pokok bayam. Mak Som tanam bayam di tepi kolam. Hari-hari Mak Som siram pokok bayam itu. am im um em em om ayam kolam hakim alim demam minum ombak mimpi senam tanam kalam Halim siram semalam bayam Mak Som rempeyek kokurikulum ketam garam jarum jem


 Harun ada kebun. Dekat kebun ada kolam ikan. Dalam kolam ada banyak ikan. Harun rajin ke kebun pada awal pagi. Harun tanam timun, bendi, dan rambutan. Harun siram pokok timun, bendi, dan rambutan. an in un en en on ikan sabun cawan lilin belon dan cincin timun kebun dewan kendi besen jalan mandi Harun bendi angin rajin kunci tekun tangan cantik lengan pensel bangun telefon penjaga menteri pelamin halaman rambutan pelajaran


 Kamal penjaga gol bola sepak. Kamal berasa sakit kerana ada bisul. Kamal duduk sahaja di atas katil. Kamal ambil pil dari dalam botol. Jalil dan Gopal melawat Kamal. Mereka bawa epal, dodol, dan novel. Mereka beli epal, dodol, dan novel itu di pekan. al il ul el el ol tebal pil tukul dodol gol mahal bisul degil betul ajal kecil Gopal novel Jalil epal wisel Kamal ambil basikal kerikil katil bakul botol bantal


 Rumah Sarimah di tepi sawah. Halaman rumah Sarimah indah. Ayahnya tanam buluh di tepi rumah. Rupa-rupanya, Sarimah ada adik. Adik Sarimah namanya Faridah. Ayah suruh Faridah sapu sampah. Ayah kasih akan Sarimah dan Faridah. Ayah beri Sarimah dan Faridah dadih. ah ih uh eh eh oh ayah susah pedih sedih suruh merah dadih didih hodoh subuh indah tanah buruh jatuh letih sampah dakwah sawah mahkota Faridah mahkamah Sarimah rumah gajah buluh basuh


 Pagi itu, Johar ke pasar. Johar bawa motokar Basir. Johar beli sayur dan telur. Basir terjatuh daripada motor. Mukanya lebam dan calar-balar. Basir dihantar berjumpa doktor pakar. gitar sifir kapur kotor motokar mahir cukur bubur jalur terjatuh banjir motor asar pasar pelajar ajar kurma catur lahir farmasi doktor dapur pergi makmur merpati hantar pakar umur arkitek berjumpa ar ir ur er er or cadar jelir telur sayur obor


10 Pak Abas ada kebun nanas. Pak Abas tanam nanas madu. Anas cucu tiri Pak Abas. Anas suka makan nanas. Anas petik dan kupas nanas. Nanas itu lazat dan manis. as is us es os lipas berus kubis tikus betis bas kapas emas manis kamus Ogos garis keris lukis kupas lepas nanas miskin Anas bengis keras mancis Pak Abas menangis pengemis


11 Anas cekap memasak. Anas masak sup sirip ikan dengan kicap. Anas ajak Salim hirup sup itu. Rasa sup itu sangat sedap. Selepas hirup sup, Anas minum sirap. Anas turut makan karipap. Tiba-tiba dapur itu jadi malap. Anas rasa amat gugup dan terus tutup api dapur itu. ap ip up ep ep op atap gagap kutip hirup cekap tutup sirip celup gugup sirap gelap kacip cukup malap hidup karipap lenyap senyap helikopter asap kicap sup sudip


12 Ayob dan Hamid rakan karib. Mereka selalu baca kitab lama. Mereka juga suka bela arnab. Pada hari Jumaat mereka ke masjid. Di masjid mereka jumpa Haji Majid. Ketiga-tiga mereka amat akrab. ab ib ub ob ad id ud od sebab nasib kutub karib adab wajib Arab tabib akrab arkib kitab Ayob wad murid abad jilid akad Hamid murtad Majid abjad sujud rekod arnab kitab Ahad masjid


13 Pak Lebai ada gerai dekat muzium. Gerai Pak Lebai luas dan ceria. Di gerainya ada buah tembikai, tapai, dan limau. Pelbagai jenis kuih juga dijual di situ. Ramai pegawai ke kedai Pak Lebai. Pak Lebai pandai main biola dan berniaga. Dia pandai mencari duit. ai au ia iu io ua ui gerai daun tuala buih dua dia kedai hijau jual kuil kuah misai kerbau niaga buah duit deria piano cuaca ceria biola juadah rambai limau pandai periuk pegawai belalai muzium tembikai luas petai pisau peria buaya kuih


14 ang ing ung eng eng ong Pak Awang bela kambing dan burung. Pak Awang buat kandang di tepi padang. Anjing suka kejar kambing Pak Awang. Pak Awang angkat sebuah pongkes. Pak Awang baling pongkes ke arah anjing. Anjing itu takut lalu lari lintang-pukang. bongkah kandang kangkung bengkok pongkes condong kambing banglo sangkar bumbung conteng angkat gasing bohong baling bingkai padang kacang dacing kongsi ponteng anjing ringgit burung tengku singlet cangkul sayang pisang kucing terung hidung sotong


15 sya syi syu sye kha khi khu khe syabas syirik syukur syiar syarat nasyid syurga tuisyen syarahan syaitan syarikat masyarakat mesyuarat Khamis khilaf khusus khabar khidmat khurafat khas mutakhir khusyuk khatib khianat khutbah khayal khemah Khalid khazanah khalayak syampu syiling televisyen


16 Hari ini hari Khamis. Sekolah Khalid mengadakan pertandingan syarahan. Khalid bersyarah di hadapan khalayak ramai. Tajuk syarahan Khalid ialah “Khazanah Melayu Lama”. Guru besar mengucapkan syabas kepada Khalid. Khalid ingin berkhidmat sebagai pensyarah khusus tentang khazanah Melayu. 16


17 Haiwan peliharaan anjing kerbau arnab kucing angsa ayam


18 Haiwan liar gajah beruang singa buaya landak kera


19 Serangga semut lipas rama-rama lalat tebuan kala


20 Buah-buahan nanas manggis mangga jambu langsat pisang


21 Sayur-sayuran terung petola bendi lobak merah tomato kacang panjang


22 Jenis-jenis bunga bunga raya bunga orkid bunga matahari bunga teratai bunga ros bunga kertas


23 Jenis-jenis pakaian baju kurung baju Melayu seluar panjang sapu tangan songkok baju kemeja


24 Bahagian tumbuhan daun bunga batang biji buah akar


25 Anggota badan haiwan ekor hidung mata telinga mulut kuku misai kaki kucing


26 Anggota badan haiwan balung mata taji kaki paruh ekor ayam jantan


27 Ini taman bunga. Taman bunga ini cantik dan bersih. Di sini terdapat pelbagai jenis bunga. Ada bunga raya, bunga kertas, bunga tasbih, dan lain-lain. Udara di sini juga segar dan nyaman. Di taman bunga juga disediakan tempat duduk untuk kita berehat. Kita tidak boleh membuang sampah di merata-rata tempat. Pada hari minggu dan cuti am, ramai orang ke taman bunga. Taman bunga 27


28 Dusun buah-buahan Di dusun itu ada sebuah pondok kecil. Datuk selalu berehat di pondok itu. Pada musim durian datuk tidur di pondok itu. Saya selalu ke dusun datuk bersama-sama dengan ayah, emak, abang, dan adik. Ayah dan abang pandai memanjat pokok rambutan dan manggis. Saya sungguh seronok makan buahbuahan tersebut. Datuk saya ada dusun buah-buahan. Di sini terdapat berbagai-bagai jenis pokok buahbuahan. Ada pokok duku, durian, rambutan, manggis, langsat, dan cempedak. 28


29 Bapa Harun pekebun sayur. Kebun sayurnya luas. Ada berbagai-bagai jenis sayur di kebun itu. Ada sayur sawi, bayam, lobak, kangkung, terung, kacang panjang, bendi, dan timun. Sayuran tersebut ditanam di atas batas. Bapa Harun bangun pada waktu pagi untuk menyiram sayuran itu. Dia menyiram sayuran dua kali sehari. Sayuran itu juga dibubuh baja supaya subur. Harun selalu menolong bapanya di kebun. Pekebun sayur 29


30 Kebersihan diri Tiap-tiap pagi Aina gosok gigi. Gigi Aina putih dan bersih. Gigi bersih tidak mudah sakit. Aina mandi menggunakan sabun. Selepas memakai pakaian, Aina menyikat rambutnya. Rambut Aina kemas dan bersih. Pakaian Aina sentiasa bersih. Dia menjaga pakaiannya supaya tidak kotor. Aina juga memotong kukunya seminggu sekali. Kuku tangan dan kakinya pendek dan bersih. 30


Click to View FlipBook Version