The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 1 buku cerita BMMB3283

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1128-15-sarah, 2024-03-16 10:28:11

Rumah coklat

Tugasan 1 buku cerita BMMB3283

Rumah coklat


Pada zaman dahulu, di sebuah desa yang kecil tinggal sebuah keluarga yang miskin. Keluarga itu memiliki dua orang anak kembar yang bernama Hana dan Hakim. Ayah mereka bekerja sebagai seorang pencari kayu api, manakala ibu mereka telah meninggal dunia kerana sakit. Setiap hari, ayah mereka akan pergi jauh ke dalam hutan untuk mencari kayu api. Apabila ayah pulang, Hakim dan Hana akan membantu ayah membawa kayu api ke pekan untuk dijual. Hasil jualan kayu api tersebut akan digunakan untuk membeli makanan. 1.


Keesokan harinya, ayah akan pergi ke hutan seperti biasa untuk mencari kayu api. “Ayah pergi mencari kayu api di hutan dan akan pulang untuk makan malam nanti. Ayah pergi dulu anak-anak, ” kata ayah mereka. “Cepat pulang ayah, ”kata Hana dan hakim. Mereka melambai sehingga ayah mereka hilang daripada pandangan. 2.


Waktu makan malam telah tiba. Namun, ayah mereka masih belum pulang ke rumah. Hana bertanya kepada abangnya, “Abang, ayah masih belum pulang?". “Belum lagi, Hana, " jawab Hakim. “Hana dah lapar. Hana nak makan, ” kata Hana. “Kita perlu tunggu ayah pulang dulu. Kita tidak boleh makan malam sehingga ayah pulang, " jawab Hakim lagi. Hana dan Hakim menunggu ayah pulang dengan sabar walaupun mereka berasa sangat lapar. Hana dan Hakim menunggu begitu lama sehingga mereka tertidur. 3.


Apabila mereka bangun, hari pun sudah terang. Matahari bersinar melalui tingkap. “Hana, ayah tidak pulang lagi. Jom kita cari ayah di hutan, ” kata Hakim kepada Hana. Mereka membungkus beberapa keping roti untuk dimakan ketika di dalam hutan. Setelah lama berjalan, Hana bertanya kepada Hakim, “Abang, abang tahu ke jalan pulang ke rumah nanti?”. “Jangan risau, abang akan tinggalkan serbuk roti di sepanjang jalan sebagai penanda arah jalan pulang ke rumah, " kata Hakim. “Idea yang bagus abang, ” ucap Hana. Mereka pun menyambung perjalanan. 4.


Setelah sekian lama berjalan, tanpa disedari mereka telah kehabisan roti untuk dibuat penanda jalan. Mereka juga sudah tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan. “Hana, abang sudah lapar, " kata Hakim. “Adik pun lapar tapi roti telah habis. Mari kita pulang, mungkin ayah sedang menunggu kita di rumah, " kata Hana. “Betul cakap adik, mari kita pulang, " kata Hakim bersetuju dengan cadangan Hana. Namun, apabila mereka berpatah balik untuk pulang, mereka tidak tahu arah mana yang hendak dituju. Hakim menoleh ke belakang lalu ternampak seekor burung gagak hitam. “Serbuk roti kita telah dimakan burung gagak yang hitam itu. Bagaimana kita hendak pulang ke rumah?" kata Hakim. Hana dan Hakim mula risau. Mereka berjalan di dalam hutan dengan perasaan yang takut sambil menahan kelaparan. 5.


Akhirnya mereka melihat asap yang datang dari cerobong asap sebuah rumah. “Hana, kita sudah sampai di rumah!" ucap Hakim gembira. Hana dan Hakim teruja dan mereka berlari ke rumah itu. Namun, asap itu bukan dari rumah mereka. Mereka terpegun dan terkejut melihat rumah yang unik. Atap rumah seperti diperbuat daripada coklat yang berwarna-warni. Dinding rumah seperti roti yang disapu madu dan tingkap rumah sama seperti biskut. Sekitar rumah dipenuhi dengan bunga berwarnawarni. “Wah!" kata Hana dan Hakim secara serentak. 6.


Tidak lama kemudian, keluar seorang wanita tua dari rumah yang unik itu. “Siapakah dua anak yang manis ini?” tanya nenek tua. Hakim menjawab “ saya Hakim, abang kepada Hana. Nenek siapa?”. “Kamu boleh panggil, nenek Timah. Kenapa muka kamu berdua seperti penat. Masuklah, nenek akan menyediakan biskut dan susu, ” kata nenek Timah. Hana dan Hakim masuk ke dalam rumah dan menikmati hidangan coklat dan biskut yang telah disediakan di atas meja dengan sangat gelojoh. Akibat kepenatan dan kekenyangan, Hana dan Hakim tertidur di sofa ruang tamu. 7.


“Bangun, cepat bangun daripada tidur sekarang, ” ucap nenek Timah dengan garang. Hana dan Hakim tersentak, lalu bangun daripada tidur disebabkan oleh suara lantang nenek itu. Hana dan Hakim memandang wajah nenek Timah yang bengis dan masam. “Mulai sekarang kamu berdua perlu membuat kerja membakar roti, ” kata nenek Timah. Hana menangis ketakutan. Hakim memeluk Hana dengan erat. Ternyata nenek Timah itu ialah seorang penjual roti. 8.


Seketika kemudian, Hana dan Hakim sedang sibuk membungkus roti untuk dijual, manakala nenek Timah sedang mengemop lantai di dapur. Tiba-tiba, “PAP!”. Kedengaran bunyi yang sangat kuat. Hana dan Hakim terkejut akan bunyi tersebut lalu mereka menoleh ke belakang. Mereka melihat nenek Timah sudah terbaring di atas lantai sambil menahan kesakitan. “Adik, ini peluang kita untuk lari dari rumah ini, ” kata Hakim kepada Hana. Hakim berlari ke ruang tamu dan mengambil kunci rumah di dalam laci meja. Hana hanya melihat perbuatan abangnya dan mengikut Hakim ke pintu rumah. Hakim berusaha membuka pintu rumah nenek Timah. 9.


Namun, hakim tidak dapat menggapai satu lagi kunci mangga kerana kedudukan mangga tersebut terlalu tinggi. “Hana, cepat tolong abang angkat kerusi kayu yang berada di dapur. Abang ingin panjat kerusi kayu tersebut untuk membuka satu lagi magga, ” kata Hakim kepada Hana. Hana dan Hakim bergegas ke dapur dan mengangkat kerusi kayu tersebut. Dalam masa yang sama, nenek Timah menangis dan meraung kesakitan. “Tolong, tolong nenek. Nenek sakit sangat. nenek tidak dapat bangun, ” kata nenek Timah sambil menangis. Hana dan Hakim berasa kasihan kepada nenek Timah. 10.


Hana dan Hakim membantu nenek Timah. Hana mengambil minyak untuk mengubati kaki nenek timah lalu diberikan kepada Hakim. Hakim menyapu minyak sambil mengurut kaki nenek Timah yang luka. Nenek Timah terharu dengan sikap baik yang ditunjukkan oleh Hana dan Hakim. “Kalian berdua sangat baik kerana sudah menolong nenek. Kamu berdua mahu pulang ke rumah?, tanya nenek Timah. Hana dan Hakim menjawab “ Iya nenek. Kami rindu ayah. Mesti ayah sedang mencari kami”. 11.


Nenek Timah mengambil kertas dan pensil di atas meja dan melukiskan sesuatu pada kertas tersebut. “ Ambillah kertas ini, nenek sudah melukis jalan untuk kamu berdua keluar dari hutan ini, ” kata nenek Timah sambil menghulur kertas tersebut kepada Hana dan Hakim. Di luar rumah, nenek Timah memberi roti sebagai bekalan untuk mereka. Hana dan Hakim mengucapkan terima kasih kepada nenek Timah kerana telah membantu mereka. Hana dan Hakim berjalan meninggalkan rumah nenek Timah dengan rasa senang hati. 12.


Setelah sekian lama berjalan, akhirnya, Hana dan Hakim tiba di rumah mereka dan kelihatan ayah mereka duduk di bangku hadapan rumah. “Ayah, ayah, " mereka menangis dan mereka berlari dengan tangan terbuka. Ayah terus memeluk mereka dengan erat. “Hana, Hakim, kamu pergi mana?. Ayah sangat risaukan kamu berdua " kata ayah. “Kami mencari ayah, " kata Hana sambil menahan tangisan. “Ayah tidak pulang ke rumah jadi kami pergi mencari di dalam hutan, " kata Hakim. "Ayah minta maaf. Ayah terjatuh di dalam hutan. Suasana terlalu gelap. Ayah sukar untuk berjalan dengan keadaan kaki yang sakit. Jadi, ayah tunggu hari menjadi cerah dahulu untuk pulang ke rumah. Tapi, siapakah yang memberikan roti ini?” , tanya ayah. Hana dan Hakim menceritakan kejadian yang berlaku di dalam hutan kepada ayah mereka. Ayah bersyukur kerana Hana dan Hakim telah pulang ke rumah dengan selamat. Tamat 13.


Glosari 1.Desa - kampung. 2.Pekan - bandar. 3.Cadangan - pendapat. 4.Menikmati - merasai sesuatu yang sedap. 5.Gelojoh - terburu-buru. 6.. Meraung - menangis. 7.. Terharu - tersentuh hati. 8. Menghulur - memberi. 9. Bangku - kerusi. 10. Sukar - susah. 11. Menoleh - melihat ke belakang. 14. Pengajaran 1.Kita haruslah belajar hidup berdikari. Kita hendaklah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. 2. 3.Kita mestilah bersikap baik dan simpati kepada orang lain.


NIK SARAH SAMIRA BINTI NIK ZAMANI Buku ini diadaptasi dari kisah dongeng Hansel dan Gretel. Kisah ini merupakan kisah dongeng yang sangat terkenal dari Jerman. Hansel dan Gretel adalah adik beradik yang telah menjumpai sebuah rumah ganjil di dalam hutan. Kemudian mereka diculik oleh seorang ahli sihir dan berjaya menyelamatkan diri dengan menolong antara satu sama lain.


Click to View FlipBook Version