SJKT RAWANG,
JALAN KUALA GARING,
48000 RAWANG, SELANGOR
MANUAL
PENGURUSAN
NADI
2022/2023
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA
MISI
MELESTARIKAN SISTEM
PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
தமிழ்த் தாய் வணக்கம்
வாழ்க தமிழ்ம ாழி! வாழ்க தமிழ்ம ாழி!
வாழ்க தமிழ்ம ாழி யே!
வாழ்க நிரந்தரம் வாழ்க தமிழ்ம ாழி
வாழிே வாழிேயவ!
வான ளந்த தனனத்தும் அளந்திடும்
வண்ம ாழி வாழிேயவ!
ஏழ்கடல் னவப்பினுந் தன் ணம் வீசி
இனைமகாண்டு வாழிேயவ!
எங்கள் தமிழ்ம ாழி! எங்கள் தமிழ்ம ாழி!
என்மென்றும் வாழிே யவ!
சூழ்கலி நீங்கத் தமிழ்ம ாழி ஓங்கத்
துலங்குக னவேக ய !
வாழ்க தமிழ்ம ாழி! வாழ்க தமிழ்ம ாழி!
வாழ்க தமிழ்ம ாழி யே!
வானம் அறிந்த தனனத்தும் அறிந்து
வளர்ம ாழி வாழிே யவ!
வாழ்க தமிழ்ம ாழி! வாழ்க தமிழ்ம ாழி!
வாழ்க தமிழ்ம ாழி யே!
வாழ்க நிரந்தரம் வாழ்க தமிழ்ம ாழி
வாழிே வாழிே யவ!
வாழ்க தமிழ்ம ாழி! வாழ்க தமிழ்ம ாழி!
வாழ்க தமிழ்ம ாழி யே!
எங்கள் தமிழ்ம ாழி! ...
எங்கள் தமிழ்ம ாழி! ...
என்மென்றும் வாழிே யவ!
காகவி சுப்பிர ணிே பாரதிோர்
PIAGAM SEKOLAH
Memastikan semua murid dapat mengamalkan
sikap bersopan santun dalam amalan seharian.
Mendidik, mengasuh, dan memberi sepenuh
perhatian kepada murid tanpa mengira kaum,
agama, taraf dan kedudukan serta sentiasa
mengutamakan kebajikan dan keselamatan
mereka secara adil dan saksama.
Memastikan murid-murid SJKT Rawang tidak
mengalami masalah 3M dan menguasai
kemahiran 3M dengan sebaik mungkin.
Memupuk sifat kepimpinan di kalangan
murid-murid.
Memastikan murid-murid menerima pendidikan
yang seimbang dari aspek fizikal dan mental
melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulm.
SJK(T) RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN
PERATURAN AM SEKOLAH TAHUN 2022/2023
1. Sesi Persekolah Tahun 2022/2023 bermula pada 21.03.2022.
2. Waktu persekolahan adalah seperti berikut :
TAHAP HARI WAKTU PERSEKOLAHAN
Tahap 1 Isnin – Khamis 7.30 pagi – 12.30 tengahari
Jumaat 7:30 pagi – 12:00 tengahari
Tahap 2 Isnin – Khamis 7.30 pagi – 1:00 tengahari
Rabu & Jumaat 7.30 pagi – 12.30 tengahari
3. Semua guru dikehendaki berada di sekolah sebelum jam 7.20 pagi.
4. Guru mesti menandatangani kehadiran dalam Buku Kedatangan Guru dan
menggunakan ‘thumb print’ apabila masuk dan keluar sekolah mengikut jam
dinding pejabat.
5. Perhimpunan sekolah akan diadakan pada setiap hari Isnin pada jam 7.30 pagi.
6. Tugas dan peraturan untuk guru adalah seperti berikut :
BIL TUGAS DAN PERATURAN GURU
a. Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari sekolah tanpa kebenaran daripada Guru
Besar. Guru-guru wajib menulis borang kebenaran keluar sebelum keluar dari
kawasan sekolah.
b. Guru-guru tidak dibenarkan membaca surat khabar / majalah / buku-buku yang
tidak berkaitan dengan pelajaran murid semasa aktiviti PdPC.
c. Adalah sama sekali dilarang merokok di kawasan sekolah.
d. Penggunaan telefon pejabat tidak dibenarkan sama sekali kecuali urusan sekolah
dan kecemasan.
e. Pakaian mestilah selaras dengan profesion / perkhidmatan perguruan. Kod etika
pakaian perlu diamalkan. (Sila rujuk SPI Bil 7/2001 dan SPI Bil 6/1985)
f. Dilarang duduk di atas meja murid dan meja guru.
g. Dilarang merotan murid / memberi denda yang mencederakan dan memberi
tekanan emosi kepada murid. (Sila rujuk SPI Bil 7/2003)
h. Apabila meminjam /menggunakan alat-alat sekolah perlu merekod di dalam Buku
Rekod Penggunaan yang disediakan.
i. Guru-guru yang ingin mengambil bahagian dalam bidang politik hendaklah
mendapatkan kebenaran daripada Pengarah Pendidikan Negeri Selangor.
j. Sijil sakit wajib diserahkan kepada Guru Besar dalam tempoh 24 jam.
k. Segala urusan surat-menyurat persendirian dan sebagainya untuk
ditaip/dipenduakan mestilah mendapat kebenaran dari Guru Besar atau Penolong-
penolong Kanan.
l. Fail / Buku Rekod Mengajar mestilah lengkap. Hantar kepada Guru Besar pada
setiap hari Jumaat sebelum tamat waktu persekolahan.
m. Guru-guru wajib menyimpan segala salinan DSKP (hardcopy/softcopy) pada setiap
hari persekolahan.
n. Segala surat-menyurat yang ditujukan kepada PPD / JPN / KPM hendaklah melalui
Guru Besar.
o. Guru-guru yang ingin ke luar Negara dikehendaki mendapatkan kebenaran
daripada PPD / KPM sebelum 35 hari dari tarikh ke luar Negara. Borang-borang
berkenaan boleh didapati di pejabat sekolah. Guru-guru diingatkan supaya
mengambil Cuti Tanpa Gaji dan bukannya Cuti Rehat Khas bagi tujuan ke luar
negara pada hari persekolahan khasnya bertujuan melancong.
p. Guru-guru dilarang menjalankan jualan terus di dalam kawasan sekolah. (Sila rujuk
SPP Bil 1/2016)
q. Guru-guru yang mengajar tuisyen / membuat kerja sambilan perlu mendapat
kebenaran daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor melalui Ketua
Jabatan. (Sila rujuk SPP Bil 1/2016)
r. Guru-guru yang ingin fotostat perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan
atau Penolong Kanan Pentadbiran dan merekod di dalam buku yang disediakan.
Bahan fotostat perlu diberi 2 hari sebelum untuk difotostat/dicetak.
s. Pencerapan PdPC guru-guru akan dibuat 2 kali setahun oleh Guru Besar atau
Penolong-penolong Kanan mengikut jadual yang ditetapkan.
t. Buku latihan akan disemak 2 kali setahun oleh Guru Besar atau Penolong-penolong
Kanan mengikut jadual yang ditetapkan.
u. Guru-guru harus menyemak latihan murid dalam tempoh masa 3 hari dan
mewajibkan murid membuat pembetulan. Latihan harus dipelbagaikan dan
kuantiti serta kualiti latihan harus berdasarkan kepada tahap penguasaan murid.
SURAT – SURAT
PEKELILING
IKHTISAS
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 03-2586900
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Fax : 03-2535150
PARAS 7, BLOK J Laman Web : http://www.moe.gov.my
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR
KP(BS) 8591/Jld.XVII (10)
24 September 2001
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2001 :
Semua Guru Adalah Guru Disiplin
Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin
di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru tertentu atau
menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan
oleh murid adalah masalah yang remeh-temeh. Perkara ini juga telah mendapat perhatian
Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-
sekolah.
2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di
sebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara
tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan
disiplin pelajar.
i. Surat Pekeliling Profesional Kementeiran Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai
Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan, ”..... tiap-tiap guru
hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan
perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini
akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat yang harus diserahkan
kepada guru-guru besar”.
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah, Peraturan-
peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan, ”Adalah seperti tuan
termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menamakan asas disiplin ke
dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru
besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang
demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap
mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah
dan jangalah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar
kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang
berat sahaja yang harus diakukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan”.
3. Oleh hal yang demikian adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan
dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang
tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai gru
disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah
laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan (preventive),
didikan (educative), pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) serta langkah yang
sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru
hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin,
penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu,
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid
hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar perlu
menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman
tersebut.
4. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk
memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru
besar agar arahan ini dipatuhi.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia
11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 03-2586900
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Fax : 03-2535150
PARAS 7, BLOK J Laman Web : http://www.moe.gov.my
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR
KP(BS) 8591/Jld.XVIII (7)
29 Oktober 2003
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 :
KUASA GURU MEROTAN MURID
Kuasa merotan murid telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan sejak sekian lama.
Kuasa merotan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan berasaskan peruntukan yang
disediakan dalam PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di
bawah ORDINAN PELAJARAN 1957. Dalam PERATURAN 6 dinyatakan dengan jelas
bahawa :
Peraturan 6 :
Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk
kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa
disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di
sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud
itu, tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid
boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu:
2. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan berharap kuasa yang diberikan itu
digunakan oleh pihak sekolah dengan mematuhi PERATURAN 5 di bawah ordinan yang
sama :
Peraturan 5 :
(1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah
mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa
sebagaimana perlu atau bermanfaat :
Dengan syarat bahawa –
(a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan
(b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain
kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang
ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian
dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa
nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
(2) Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah
perenggan (1) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh
pendaftar. Hukuman yang dikenakan hendaklah direkodkan dengan menyatakan
jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan
tandatangan perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan guru-guru yang
diberikan kuasa hendaklah sentiasa menyedari bahawa merotan adalah sebahagian
daripada proses pendidikan. Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk
mendisiplinkan dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid.
Guru-guru yang merotan murid bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk
memberi pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya. Dalam konteks sekolah,
merotan hanya sebagai sebahagian daripada proses mendidik terutamanya kepada mereka
yang tidak berdisiplin.
4. Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang
berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang. Tindakan sedemikian
akan menjatuhkan maruah serta menimbulkan kesan negatif yang lebih besar terhadap
perkembangan keperibadian seorang murid. Bersama-sama surat ini disertakan contoh
Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan (Lampiran A) sebagai panduan.
5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan semua
sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia
11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
LAMPIRAN A
CONTOH
Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan
Nama Sekolah :
Alamat Sekolah :
Telefon & Faks Sekolah :
Rujukan Kami :
Tarikh :
Nama Guru :
No. Kad Pengenalan :
Tuan/Puan,
PENURUNAN KUASA MELAKSANAKAN HUKUMAN ROTAN
Merujuk perkara di atas, dengan ini saya menurunkan kuasa melaksanakan hukuman rotan
yang diperuntukkan kepada saya selaku Pengetua/Guru Besar sesuai dengna PERATURAN
6, PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah
ORDINAN PELAJARAN 1957 kepada Tuan/Puan mulai ........................ hingga .....................
2. Walau bagaimanapun Tuan/Puan diperingatkan agar dapat mematuhi PERATURAN
5(1)(b), PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah
ORDINAN PELAJARAN 1957 berhubung dengan syarat pelaksanaan hukuman rotan yang
dinyatakan seperti berikut :
Peraturan 5(1) (b)
hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain
kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang
ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian
dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa
nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
3. Adalah diharapkan hukuman rotan ini hanya dilaksanakan sebagai langkah terakhir
dalam usaha mengawal disiplin di kalangan murid-murid.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
................................................
(Nama Pengetua/Guru Besar)
(Nama Sekolah)
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
LAMPIRAN B
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS
KESALAHAN
BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN
1. * Kesalahan Berat
2. ** Kesalahan Sederhana Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan
3. *** Kesalahan Ringan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan)
Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan
ringan (maksima 3 kali sebatan)
Diberi Amaran dan sesi kaunseling
* KESALAHAN BERAT
1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang
benda yang memabukkan/mengkhayalkan.
5. Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.
6. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/pengawas
murid.
7. Biadab terhadap guru/pengawas/murid.
8. Memeras ugut guru/pengawas/murid.
9. Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya.
10. Melakukan buli ((pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau
rakaman dan multimedia terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru/murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan.
18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki/perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah/guru.
22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
23. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu
pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian.
27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan
masyarakat Malaysia.
28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak
sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala
(tidak berturut-turut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan.
30. Mengganggu/menjejaskan kuasa Guru Besar/Pengetua atau guru yang menjalankan
tugas.
31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
** KESALAHAN SEDERHANA
1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
2. Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa
kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna.
8. Menconteng pada harta benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang
berlebihan pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
*** KESALAHAN RINGAN
1. Menyimpan misai, janggut atau jambang.
2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa
kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas.
10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
12. Makan dan minum di bilik darjah.
13. Melakukan pembaziran air/elektrik.
14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak
membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
16. Datang lewat ke sekolah.
17. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
21. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
22. Mengganggu kawasan.
23. Mengganggu guru.
24. Lewat masuk kelas.
25. Mengotorkan kelas.
26. Tidak duduk setempat.
27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 03-2586900
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Fax : 03-2535150
PARAS 7, BLOK J Laman Web : http://www.moe.gov.my
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR
KP(BS) 8591/Jld.XVIII (5)
1 Ogos 2002
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2002 :
Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan
Adalah menjadi dasar Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan pihak sekolah
supaya menganjurkan lawatan untuk murid-murid sekolah yang berunsurkan pendidikan
yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah sama ada semasa cuti persekolahan mahupun semasa hari persekolahan biasa.
2. Bagi memastikan lawatan sekolah yang dirancang itu benar-benar memberi manfaat
kepada murid-murid yang mengikutinya, Surat Pekeliling Ikhtisas ini memperincikan
beberapa panduan yang perlu diikuti oleh setiap sekolah semasa merancang sebarang
Lawatan Sekolah pada hari persekolahan.
2.1 Lawatan Sekolah semasa hari persekolahan mestilah tidak melebihi dua kali
dalam setahun.
2.2 Setiap Lawatan Sekolah mestilah tidak melebihi 4 hari berturu-turut termasuk hari
perjalanan.
2.3 Sekolah-sekolah yang kurang murid (under enrolled) lawatan semasa hari
persekolahan boleh dibuat dengan syarat sekolah tidak ditutup sebaliknya
digalakkan supaya bergabung dengan sekolah-sekolah lain semasa membuat
lawatan.
2.4 Setiap Lawatan Sekolah mesti disediakan perancangan aktiviti murid sebelum,
semasa dan selepas lawatan.
2.5 Laporan lawatan yang disediakan oleh murid-murid hendaklah dikatikan dengan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
2.6 Lawatan Sekolah boleh dibuat ke tempat-tempat kategori berikut :-
2.6.1 Sains dan Teknologi/Alam sekitar
• Planetarium
• Muzium Sains
• Petrosains
• Cyberjaya
• Wetland di Paya Indah & Putrajaya
• FRIM
• Zoo
• Taman Pertanian
• Stesen Satelit
• Kilang Elektronik
• Kilang Kereta/Motosikal
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
• Kilang Makanan
• Pelabuhan dan Perkapalan
• Lapangan Terbang
2.6.2 Mercu Tanda
• Bangunan Parlimen
• Masjid Negara
• Putrajaya
• Tugu Negara
• Menara Petronas
• Menara Kuala Lumpur
• Dataran Merdeka
2.6.3 Galeri
• Memorial Tunku Abdul Rahman
• Memorial Tun Abdul Razak
• Galeri Perdana (Langkawi)
• Balai Seni Lukis Negara
2.6.4 Kesenian dan Kebudayaan
• Istana Budaya
• Dewan Filharmonik Petronas
• Pusat Kraftangan
• Kilang Batik dan Songket
2.6.5 Sejarah
• Muzium Sejarah
• Kesan-kesan Sejaran
• Rumah Kelahiran Pemimpin Negara
• Tempat-tempat Bersejarah
dan tempat-tempat lain yang dianggap sesuai dengan matlamat pengajaran dan
pembelajaran murid.
2.7 Semua prosedur untuk mengadakan Lawatan Sekolah hendaklah dipatuhi seperti
yang dinyatakan dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (LAWATAN
SEKOLAH).
3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
12/2000 : Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan bertarikh 28 Julai 2000.
4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan
Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld.XVI (9)
30 Mac 2000
Semua Pengarah Pendididikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/2000:
Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum
dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah
Kementerian Pendidikan memandang amat serius akan beberapa insiden kemalangan,
membabitkan murid sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Kemalangan yang berlaku
didapati telah membawa kepada kecederaan dan kematian pelajar kerana terhempap
palang gol, terlanggar tiang gol, terkena lontaran peluru dan terjatuh di dalam tangki najis.
Berlakunya insiden-insiden sedemikian, menggambarkan bahawa pihak pengurusan
sekolah telah mengabaikan aspek keselamatan yang sepatutnya sentiasa diberi perhatian
dan keutamaan.
2. Pihak sekolah adalah dipertanggungjawabkan, untuk memastikan keselamatan diri
pelajar terjamin semasa berada di sekolah. Oleh itu langkah-langkah keselamatan perlu
diwujud dan diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang kemungkinan berlakunya
kemalangan di kalangan murid ketika menjalani aktiviti di sekolah, sama ada aktiviti-aktiviti
pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum atau sukan.
3. Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan kepada
semua Pengetua dan Guru Besar supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan-
kemungkinan yang boleh berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini ke atas diri murid
serta mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkannya.
4. Sebagai panduan, berikut adalah di antara beberapa langkah yang sewajarnya
dilakukan:-
4.1 Guru Opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan:
4.1.1 Menjaga keselamatan murid dengan rapi semasa di dalam atau di luar
bilik darjah.
4.1.2 Bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat
sukan walaupun boleh dibantu oleh murid.
1
4.2 Guru Kokurikulum dan Sukan:
4.2.1 Guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan
murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum
dan sukan.
4.2.2 Guru-guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada dalam
keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.
4.3 Murid:
4.3.1 Setiap murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa
atau penjaga dan pengetua atau guru besar untuk mengambil
bahagian di dalam sukan dan aktiviti kokurikulum di luar sekolah.
4.3.2 Keselamatan dan kebajikan murid perlu diberi keutamaan seperti
makanan dan minuman dan lain-lain lagi.
4.3.3 Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktiviti di luar
kawasan sekolah. Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru
wanita hendaklah mengiringi pasukan tersebut.
4.3.4 Kesihatan murid perlu diberi perhatian dan diambil kira.
4.3.5 Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa
mengambil bahagian.
4.3.6 Bagi semua aktiviti lasak, murid-murid dikehendaki menjalani
pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
4.3.7 Murid-murid yang cedera, semput atau lelah (asthma) tidak
dibenarkan mengambil bahagian.
4.4 Skim Perlindungan Diri:
4.4.1 Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri untuk semua
murid yang merangkumi perkara-perkara berikut:
a) kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
b) kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik bersukan.
c) kemalangan semasa menyertai sukan dan kokurikulum.
d) kemalangan yang disebabkan peralatan sukan yang masih
dalam 'warranty'
4.5 Penyelenggaraan Peralatan Sukan (Stor Sukan):
4.5.1 Peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh
membawa maut adalah Lembing, Peluru, Cakera, Tukul Besi, Tiang
Lompat Tinggi, Tiang Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu Golf, Bad
Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket, Bola Golf, Bola Baling, Bola Billiard,
Dart, Spikes, Anak Panah dan Peralatan Gimnastik.
2
4.5.2 Pastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang
merbahaya seperti yang dinyatakan dalam 4.5.1 diadakan pada hari
atau masa yang berasingan dengan latihan sukan lain.
4.5.3 Peralatan merbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi
penggunaannya dengan rapi sepanjang masa,
4.5.4 Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah
diambil oleh orang-orang yang ditugaskan sahaja.
4.5.5 Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah direkodkan
dalam buku keluar-masuk alat-alat sukan oleh guru atau jurulatih
sahaja.
4.5.6 Peralatan sukan tidak boleh dibawa pulang ke rumah oleh sesiapa
pun dan ia hendaklah diambil dan dipulangkan pada hari yang sama.
4.5.7 Mempunyai kawasan yang selamat untuk menyimpan semua
peralatan yang tidak digunakan.
4.5.8 Penjaga stor hendaklah memeriksa dan memastikan peralatan yang
baik sahaja yang boleh dikeluarkan.
4.5.9 Peralatan yang sudah rosak hendaklah dilaporkan pada pentadbir
sama ada untuk diperbaiki atau dimusnahkan.
4.6 Peralatan Sukan:
4.6.1 Peralatan sukan seperti Tiang Gol hendaklah ada ‘warranty’ daripada
pembekal selain daripada piawai yang diluluskan oleh undang-undang
persatuan sukan.
4.6.2 Semua peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah
dimusnahkan dengan serta merta.
4.6.3 Adalah salah membeli, meminjam atau memberi pinjam, mengguna
peralatan sukan yang tidak mendapat pengiktirafan dari Badan Sukan.
4.7 Kawasan Sukan/Permainan:
4.7.1 Kawasan latihan, permainan atau sukan hendaklah berada dalam
keadaan yang baik dan terurus.
4.8 Kawasan Larangan:
4.8.1 Kawasan Larangan dan merbahaya adalah kawasan yang dibenarkan
kepada guru/jurulatih sahaja untuk mengawasi aktiviti sukan.
a) Kolam Renang.
b) Dewan Gimnastik.
c) Bilik Kecergasan/Latihan Beban.
3
d) Stor Sukan.
e) Kawasan Berpagar tempat menyimpan peralatan sukan yang
besar seperti Tiang Gol.
4.9 Cuaca/Musim:
4.9.1 Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat
lapang semasa cuaca buruk dan adanya kilat atau petir.
4.9.2 Adalah tidak dibenarkan mengadakan aktiviti sukan semasa hujan
dan ribut petir, sama ada di padang atau kolam renang.
4.9.3 Berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana
hendak hujan.
4.10 Laporan Kemalangan atau Kecederaan:
4.10.1 Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah
disiasat dan dilaporkan kepada pengetua atau guru besar dengan
segera.
4.10.2 Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan.
4.11 Aktiviti Sukan Kemahiran Tinggi:
4.11.1 Segala aktiviti sukan seperti gimnastik terjun dan lain-lain yang
memerlukan kemahiran tinggi perlu diajar oleh guru sukan yang
bertauliah.
4.11.2 Pastikan ada 'life saver' yang bertauliah bertugas semasa aktiviti-
aktiviti sukan renang dijalankan.
4.12 Pelaporan Aktiviti (Penilaian):
4.12.1 Guru pengiring mestilah membuat laporan bertulis kepada pihak
sekolah mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai.
5. Surat Pekeliling lkhtisas ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling
lkhtisas Bil. 1/1995 bertarikh 6 April 1995, dan sila maklurnkan kepada Pengetua dan Guru
Besar sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
4
s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2.
Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin
3. Timbalan Menteri Pendidikan
4. Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
5.
6. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
7. Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
8.
9. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
10.
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
Ketua Nazir Sekolah
Pegawai Perhubungan Awam
5
4
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
BAGI MURID TAHAP I
1.0 Tujuan
Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan tentang kaedah
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) seiring dengan pemansuhan
amalan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi murid
Tahap I di semua sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) mulai tahun 2019.
2.0 Latar Belakang
Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) bertujuan untuk memupuk murid
yang mempunyai nilai etika dan kerohanian, bersedia untuk menghadapi
cabaran kehidupan masa hadapan, menyelesaikan konflik secara
harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip serta
berani melakukan perkara yang betul.
PBD merupakan kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan
holistik, serta lebih berfokus kepada perkembangan dan pembelajaran
murid, dan bukan lagi berorientasikan peperiksaan. PBD juga dapat
mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan
bermakna.
Pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun di
Tahap I adalah untuk membolehkan guru memberikan lebih penumpuan
terhadap PdP yang dapat membina karakter dan sahsiah murid dan
amalan nilai rutin harian. Pelibatan ibu bapa juga penting dalam usaha
5
menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan bebas
tekanan kepada murid di peringkat awal usia persekolahan.
3.0 Tafsiran PBD Tahap I
PBD merupakan sebahagian daripada PdP di dalam bilik darjah dan
dijalankan secara berterusan. PBD secara sumatif dalam bentuk
peperiksaan pertengahan dan akhir tahun diganti dengan aktiviti
pentaksiran berupa projek mudah, kuiz, permainan, main peranan dan
bercerita. Hasil kerja murid dinilai sebagai bahan pentaksiran yang
dijalankan dalam PdP.
4.0 Objektif Pelaksanaan PBD
Pelaksanaan PBD bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang
perkembangan dan kemajuan pembelajaran, mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan murid supaya tindakan susulan yang sesuai sama ada
untuk meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran murid dapat diambil
secara serta-merta. Di samping itu, PBD dapat memberi maklum balas
tentang keberkesanan pengajaran guru.
5.0 Aktiviti PdP Yang Melibatkan PBD
5.1 PBD dilaksanakan melalui aktiviti PdP yang berikut:
a. Projek Mudah
b. Bercerita
c. Permainan
d. Main Peranan
e. Kuiz
5.2 Guru mata pelajaran boleh berbincang dan merancang dengan
guru mata pelajaran lain untuk melaksanakan aktiviti PdP. Aktiviti
6
boleh menggabungkan kandungan daripada dua atau lebih mata
pelajaran.
5.3 Guru juga boleh menjalankan PBD dalam bentuk aktiviti lain yang
sesuai.
6.0 Kaedah Pelaksanaan PBD
PBD dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dalam proses PdP harian
dan secara berterusan. PBD dilaksanakan secara formatif dan sumatif
mengikut keupayaan dan keperluan murid. Berikut adalah kaedah
pelaksanaan PBD:
6.1 Merancang PdP dan kaedah pentaksiran dengan meneliti dan
memahami kandungan dalam DSKP.
6.2 Melaksanakan PBD untuk mengumpul maklumat melalui pelbagai
kaedah pentaksiran.
6.3 Membina instrumen PBD berasaskan keperluan dan pembelajaran
murid seperti:
· Senarai semak
· Soal-selidik
· Lembaran kerja
· Rekod berterusan
· Skala kadar
· Ujian (lisan/bertulis)
6.4 Merekod dan menganalisis penguasaan murid untuk tindakan
susulan.
7
6.5 Melapor tahap penguasaan dan perkembangan murid sekurang-
kurangnya dua kali setahun.
7.0 Pelaksanaan Pemulihan
Murid Tahap I yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira dikenal pasti dan diberi pemulihan yang
bersesuaian. Pihak sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan
pemulihan mengikut kesesuaian di peringkat sekolah. Sekolah boleh
menggunakan instrumen yang bersesuaian seperti instrumen LINUS
sedia ada atau senarai semak untuk mengenal pasti tahap penguasaan
murid.
8.0 Peranan Guru Dalam PBD
8.1 Guru menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard
Pembelajaran, merancang dan membina instrumen PBD
berdasarkan Standard Prestasi, melaksanakan pentaksiran,
merekod hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran,
membuat tindakan susulan dan melaporkan perkembangan
pembelajaran murid.
8.2 Guru hendaklah memastikan terdapat perkembangan dalam
pembelajaran murid. Setiap murid dibimbing untuk mencapai
sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3. Walau bagaimanapun,
guru juga perlu membuat perancangan dan pelaksanaan untuk
memastikan pengembangan potensi semua murid bagi mencapai
tahap optimum.
8.3 Guru mentaksir murid secara holistik berdasarkan aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai secara berterusan melalui
8
pelbagai kaedah seperti pemerhatian, latihan, respons murid
secara lisan dan kerja projek. Guru hendaklah menggalakkan
murid melaksanakan pentaksiran rakan sebaya atau secara
kendiri.
8.4 Guru boleh menyimpan hasil kerja murid, dalam bentuk
lembaran kerja, kertas ujian atau buku latihan dan/atau dalam
bentuk objek/maujud sebagai bahan bukti untuk menunjukkan
perkembangan penguasaan murid kepada pihak yang
berkepentingan seperti pentadbir dan ibu bapa.
8.5 Guru hendaklah sentiasa berbincang dengan rakan sejawat
tentang perkembangan dan kemajuan murid dalam pembelajaran
serta kaedah PdP yang sesuai untuk meningkatkan tahap
penguasaan murid.
8.6 Guru menentukan Tahap Penguasaan murid berdasarkan
pengetahuan, pengalaman, tanggungjawab profesional guru dan
hasil pentaksiran murid.
8.7 Guru menyediakan Pelaporan Tahap Penguasaan murid untuk
dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa mengenai tahap
pembelajaran murid untuk tindakan susulan.
8.8 Guru perlu memberikan ulasan perkembangan murid seperti
kemahiran, sikap dan nilai pada ruangan ulasan guru dalam
templat pelaporan untuk menggambarkan profil murid secara
menyeluruh.
9
9.0 Penyimpanan Rekod PBD
Rekod PBD yang telah disediakan boleh disimpan oleh guru dan pihak
sekolah untuk tujuan pelaporan atau tindakan susulan. Hasil kerja murid
boleh disimpan dalam bentuk digital, cetakan atau apa-apa bentuk yang
bersesuaian untuk rujukan guru dan pihak sekolah.
10.0 Penjaminan Kualiti PBD
Penjaminan kualiti PBD adalah tanggungjawab sekolah. Pentadbir perlu
menjalankan penjaminan kualiti di peringkat sekolah untuk memastikan
kelancaran dan ketepatan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah.
11.0 Penutup
Guru boleh mendapat maklumat mengenai PBD dengan merujuk
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah terbitan tahun 2018
yang boleh dimuat turun dari laman sesawang Bahagian Pembangunan
Kurikulum (http://bpk.moe.gov.my).
PBD merupakan proses berterusan dalam PdP yang bertujuan untuk
melahirkan murid secara holistik yang menguasai pengetahuan,
kemahiran dan nilai ke arah kemenjadian murid seperti yang dihasratkan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keberkesanan dan kejayaan
pelaksanaan PBD adalah hasil daripada komitmen guru, sokongan dan
bimbingan semua pihak yang terlibat iaitu pihak pentadbir sekolah, PPD,
JPN dan ibu bapa.
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
LAMPIRAN 1 : Carta Alir Pelaksanaan PBD
10
LAMPIRAN 1
Carta Alir Pelaksanaan PBD
MULA
MERANCANG PdP &
KAEDAH
PENTAKSIRAN
MELAKSANAKAN
PdP & PENTAKSIRAN
MEREKOD & TINDAKAN SUSULAN
MENGANALISIS
PENGUASAAN
MURID
PERLU YA
TINGKATKAN
TAHAP
PENGUASAAN?
TIDAK
MELAPOR TAHAP
PENGUASAAN
MURID
TAMAT
11