MENGAPA TERJADI?
Kumpulan 3
• Ainur Rosmaira Bt Noor Usman
• Nurul Asmida Bt Amzi
• Martina Nurdayana Bt Abdul Majid
Kod Kursus- MPU 1032
Pensyarah – Encik Mohd Azli
ISI KANDUNGAN
BIL MUKA SURAT TAJUK
1.0 PENDAHULUAN -APA ITU
1.1 KONTRAK SOSIAL?
1.2
1.3 MALAYSIA
1.4 ISU 13 MEI 1969
1.5 ISU POLITIK
1.6 ISU DALAM PENDIDIKAN
1.7
1.8 (VERNAKULAR)
ISU TULISAN JAWI
PENGHARGAAN
KESIMPULAN
RUJUKAN
1.0 PENDAHULUAN-APA ITU
KONTRAK SOSIAL
Kontrak sosial merupakan suatu teori atau model
dalam Falsafah politik yang menekan mengenai hubungan
antara asal-usul sesebuah masyarakat itu dengan tampuk
kekuasaan mereka yang memerintah dalam
sesebuah negara terhadap individu dalam masyarakat. Terdapat
penghujahan bahawa individu dalam sesebuah kontrak sosial
itu telah menyerahkan sebahagian kebebasan mereka
secara sembunyi mahupun terbuka kepada kuasa
pemerintah demi mendapatkan perlindungan hak-hak
lain yang masih dipunyai mereka. Tujuan kontrak sosial
adalah "untuk melindungi kaum Melayu dan mengurangkan
kesan di segi ekonomi, pentadbiran dan politik daripada kaum
pendatang pada masa itu", dan bukan memberi hak-hak khas
kepada orang MELAYU.
Tepian ambal sepasang kenari,
Di petang menjelma riuh kicauan,
Dek kontrak sosial jaminan diberi,
Serumpunkah bangsa bentuk
perpaduan,
1.1 MALAYSIA
SECARA RINGKASNYA
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam
keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia
ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar
dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu
adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan
mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai
pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina
pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di
bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan
kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian,
berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew
dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula
membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya
beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain
itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum
bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia,
tetapi Bahasa Inggeris digunakan untuk perniagaan.
“DALAM MANIS TERSELIT
PAHITNYA”
ANTARA isu-isu yang
telah merosakkan
aspirasi Kontrak
Sosial di negara kita
ini.
1.2 ISU 13 MEI 1969
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah
insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta
benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya
Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah
negara Malaysia.
"Antara PUNCA berlakunya peristiwa 13 Mei adalah
kerana orang Melayu berasa mereka tertinggal jauh di belakang
dalam bidang ekonomi, lalu diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru,"
Bantuan terhadap bukan Melayu yang memerlukan juga
tidak boleh diabaikan.Berdasarkan angka rasmi peristiwa yang
terpahat sebagai sejarah hitam negara itu, dari 13 Mei hingga 31 Julai
1969
MENCATATKAN 196 orang kehilangan
nyawa, walaupun terdapat pihak yang menganggarkan jumlah
kematian adalah lebih tinggi.Dilaporkan, kejadian selepas
berlangsungnya Pilihan Raya Umum ketiga itu juga menyebabkan
kira-kira 6,000 orang kehilangan tempat tinggal dan sekurang-
kurangnya 211 kenderaan musnah atau rosak serta 753 bangunan
rosak atau terbakar.
Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang
KALAH JADIkebenaran peribahasa
ABU, MENANG JADI
ARANG kerana konflik itu merugikan
semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada
antarabangsa," katanya kepada Bernama.
Kejadian itu turut menuntut keperluan menghormati
kontrak sosial (kini perlembagaan persekutuan) tentang
agama islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa
kaum melayu dan kelompok asal sabah dan sarawak,
serta kedaulatan raja
1.3 ISU POLITIK
Sesetengah AHLI POLITIK bermain dengan
sentimen perkauman dan keagamaan serta yang kedua ialah media
sosial. Jadi dua ini adalah antara punca yang (mampu) menggugat
keharmonian kaum di negara ini.
Menurutnya, undang undang baharu perlu digubal
membabitkan bahasa atau ucapan kebencian berikutan negara terlalu
bergantung kepada akta perundangan sedia Ada.
Semua rakyat Malaysia perlu mempunyai satu keazaman
yang baru dan beriltizam untuk memastikan masing-masing tidak
akan menimbulkan masalah atau isu yang boleh menggugat atau
memudaratkan perpaduan."Rakyat Malaysia termasuklah ahli-ahli
politik yang dalam keghairahan mereka untuk MENDAPATKAN
SOKONGAN DARIPADA KAUM TERTENTU dengan membuat
UCAPAN YANG BOLEH MENYINGGUNG
PERASAAN KAUM KAUM YANG LAIN,
Jika hal ini
DITITIKBERATKAN maka
,isu- isu yang merosakkan aspirasi
Kontrak Sosial di negara kita ini
dapat dielakkan .
1.4 ISU DALAM
PENDIDIKAN
(VERNAKULAR)
Di manakah suburnya benih
serumpun bangsa yang
disemai ?
Selepas pilihan raya selesai dan kita berdepan dengan
realiti baru politik, isu sekolah vernakular sekali lagi jadi
perbincangan hangat. Kita sekali lagi dihadapkan dengan
persoalan mengenai sekolah kebangsaan dan sekolah jenis
kebangsaan. Bagaimanapun,, ia hanya menyentuh kedudukan
sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC); kedudukan SJK Tamil
tidak pula terdengar lantang — hairan juga.
Persoalan yang ditimbulkan ialah sekolah vernakular dilihat
jadi tembok penghalang kepada perpaduan kaum — bahawa
negara ini seharusnya ada satu aliran sekolah sahaja. Ini bukan
satu isu baru. Ini isu yang berbangkit dari masa ke masa. Ini isu
yang telah membayangi wacana hubungan kaum di negara ini
sejak merdeka.
1.5 ISU TULISAN JAWI
Tai kim berkata, pihaknya tidak membantah pembelajaran tulisan jawi
tetapi biarlah dipersetujui secara sukarela oleh persatuan ibubapa dan guru
(pibg), serta murid berikutan perkara itu dilihat secara paksaan hingga
menimbulkan kebimbangan masyarakat cina dan india.
Katanya, mereka juga mencadangkan supaya kerajaan prihatin terhadap
pandangan masyarakat cina dan india, supaya pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran tulisan jawi dibatalkan dalam sukatan pelajaran bahasa
melayu .
Tai Kim berkata, masalah itu menyebabkan pihaknya hilang
keyakinan terhadap kredibiliti Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk menangani isu tulisan Jawi ini secara profesional, malah ia turut
menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.
1.6 Penghargaan
Saya Ainur Rosmaira dari wakil kumpulan
saya Nurul Asmida dan Martina Nurdayana
ingin mengucapkan seribu penghargaan dan
terima kasih bagi pihak pihak yang terlibat
dalam menjayakan majalah berkaitan isu-
isu yang menyebabkan kontrak sosial
tergugat di Malaysia.Setinggi penghargaan
kepada Encik Mohd Azli kerana banyak
memberi tunjuk ajar kepada kami.Dan tak
lupa juga pada rakan rakan terdekat dan
masyarakat sekeliling yang sentiasa
menyokong kami dalam menyiapkan e-
majalah ini .
1.6 Penghargaan
1.7 kesimpulan
Dari apa yang saya dan rakan saya pelajari dari kontrak sosial dan
isu yang menyebabkan kegoyahan perpaduan antara bangsa ini
amat memberi kesedaran kepada kami agar sentiasa menjaga
setiap tingkah laku dan percakapan demi memelihara huungan
kesatupaduan antara bangsa di Malaysia.
Berambut ikal nak dara Pekan
Jalan perlahan terpijak semalu,
Kontrak sosial usah lupakan ,
seiring perlembagaan perjanjian dahulu.
1.8 RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial
https://www.sinarharian.com.my/article/27800/
BERITA/Nasional/Peristiwa-13-Mei-Pengajaran-
perlunya-masyarakat-bersatu-padu
https://www.sinarharian.com.my/article/56621/
BERITA/Nasional/Perselisihan-kaum-agama-
Ahli-politik-dan-media-sosial-jadi-punca
https://www.astroawani.com/perspektif/ada-apa-
dengan-sekolah-cina-16404
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/
531340/masih-berkeras-isu-jawi