The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Rumusan Soal Selidik Maklumbalas Penataran SePKM Daerah Petaling Perdana

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Anie Ilya, 2020-11-18 12:13:41

Rumusan MaklumBalas Penataran SePKM

Rumusan Soal Selidik Maklumbalas Penataran SePKM Daerah Petaling Perdana

e-rekod (SePKM)
__________________________________________________________________________________

RUMUSAN SOAL SELIDIK MAKLUMBALAS BENGKEL PENATARAN
SePKM

• Maklumbalas Bengkel Penataran SePKM telah diberikan dalam bentuk
google form : https://forms.gle/CR9h1iFhyWDB4SDX8

• Seramai 61 orang GBKSM Daerah Petaling Perdana telah memberi
maklumbalas

Dapatan yang diperolehi :

Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Sistem
Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling SEPKM ini? Sila nyatakan di bawah.
Macam mana nak buat pembayaran untuk dapatkan sistem e-rekod ni?
Perkara ini sedang dibincangkan oleh pihak KPM Bersama Majlis Guru
Kaunseling Kebangsaan (MGKK)

Bila boleh menggunakan sistem ini dan bagaimana? Adakah perlu tunggu
sehingga tahun depan iaitu perlu menuggu surat punca kuasa

Majlis Guru Kaunseling Petaling Perdana, Selangor

e-rekod (SePKM)
__________________________________________________________________________________

Semua GBKSM akan mula menggunakan sistem ini bermula Januari 2021.
Surat puncakuasa dan makluman tentang sistem telah pun dikeluarkan
oleh KPM dan akan dipanjangkan ke sekolah-sekolah dalam masa terdekat.
GBKSM boleh mendaftar akaun di dalam sistem buat masa ini dan
menggunakan tempoh PKPB yang berbaki dalam tahun 2020 ini untuk
meneroka dan mencuba sistem sebelum digunakan sepenuhnya pada
tahun hadapan.

PPSi IKK boleh dimuatnaik dlm sistem?

Kita menunggu template sistem yang baru setelah dimurnikan. Target KPM
2022, semua perkara kaunseling akan dimasukkan dalam sistem ini.

Saya agak tidak pasti cara untuk mengemaskini data apdm murid dan data
perkhidmatan b n k gbksm tersebut bila ada gbksm pindah atau tukar ke
sekolah lain. Adakah data tersebut pindah bersama atau masih kekal di
sekolah lama? Adakah dibenarkan kalau gbk tersebut pindah sekolah, dia
mahu bawa bersama data perkhidmatan b n k dia?

Apabila ada perubahan pada data APDM , GBKSM hanya perlu
mendapatkan data APDM terkini dalam format csv dan memuatnaik fail
tersebut di dalam sistem ( klik ruangan data murid/gbk di dashboard,
kemudian klik data murid, klik pada butang muat naik data murid APDM
dan pilih fail csv td. Notifikasi proses muatnaik Berjaya akan keluar
sekiranya data telah Berjaya dimuatnaik dan secara automatik maklumat
kelas dan murid akan dipaparkan. Sekiranya tiada maklumat kelas dan
murid dipaparkan, jangan bimbang cuba lagi sehingga berjaya )

Apabila mana-mana GBKSM berpindah sekolah, segala maklumat tentang
berapa bilangan sesi dan program serta kerjabuat GBKSM akan kekal di
dalam sistem. Namun GBKSM tidak dapat lagi akses maklumat murid di
sekolah lama apabila menggunakan sistem di sekolah baharu.

Majlis Guru Kaunseling Petaling Perdana, Selangor

e-rekod (SePKM)
__________________________________________________________________________________

Bagaimana nak upload gambar dalam laporan program ubk
Dah dibincangkan semasa penataran peringkat kebangsaan. Menunggu
template baru selepas pemurnian.

Adakah wajib utk semua gbk sekolah
Ya bermula Januari 2021 sistem ini wajib digunakan oleh semua GBKSM

Selepas data APDM diperolehi, saya tidak faham macam mana untuk
masukkan atau admin yg akan masukkan data tersebut .
Selepas data APDM diperolehi (pastikan data APDM dalam format csv),
kita boleh terus muatnaik data di dalam sistem (klik ruangan data
murid/gbk di dashboard, kemudian klik data murid, klik pada butang muat
naik data murid APDM dan pilih fail csv td. Notifikasi proses muatnaik
berjaya akan keluar sekiranya data telah berjaya dimuatnaik dan secara
automatik maklumat kelas dan murid akan dipaparkan. Sekiranya tiada
maklumat kelas dan murid dipaparkan itu bermakna ada kesilapan dalam
proses, jangan bimbang cuba lagi sehingga berjaya). Sekiranya terdapat 6
orang GBKSM di sekolah kita berkhidmat, hanya seorang sahaja GBKSM
yang perlu memuatnaik data APDM ke dalam sistem. Data APDM
dinasihatkan untuk sentiasa dikemaskini memandangkan selalu terdapat
perubahan dalam data murid.

Majlis Guru Kaunseling Petaling Perdana, Selangor

e-rekod (SePKM)
__________________________________________________________________________________

Apakah pendapat anda tentang pelaksanaan sistem perkhidmatan bimbingan
kaunseling SEPKM bermula tahun 2021?
90% daripada GBKSM berpendapat sistem ini sangat bagus dan akan
membantu kerjabuat kaunselor terutama dalam urusan pengurusan data.
Antara pendapat dan kerisauan yang diutarakan oleh rakan GBKSM :

Bagus dan memudahkan urusan tetapi kurang baik daripada aspek
kerahsiaan.

Ya, tidak dapat dinafikan rakan GBKSM sama sekolah dan juga pentadbir
boleh melihat rekod sesi kaunseling yang kita catatkan di dalam sistem.
Buat masa ini kita andaikan kesemua rakan GBKSM dan pentadbir menjaga
integriti. Namun, sewaktu bengkel tempohari kita dinasihatkan untuk
mencatatkan sesi secara ringkas dan umum. Bagi kes-kes yang agak
sensitif dan memerlukan kerahsiaan yang tinggi kita dinasihatkan untuk
mencetak laporan yang telah ditulis secara ringkas dalam sistem untuk
disimpan di dalam fail. Apabila kita mencetak laporan, ada disediakan
ruang kosong untuk catatan dan juga tindakan. Jadi kita boleh mencatat
secara terperinci tentang kes itu di ruang itu sebelum menyimpan di dalam
fail SULIT kita.

Cuba dulu, Cuma Risau Masalah internet Kurang stabil boleh menyukarkan
proses merekod.

Tapak untuk SePKM ini boleh diakses dengan menggunakan telefon bimbit
dan juga komputer dan memerlukan capaian internet. Namun, sistem ini
tidak menggunakan data yang terlalu besar dan urusan perekodannya
sangat mudah dan tidak mengambil masa yang terlalu lama.

Majlis Guru Kaunseling Petaling Perdana, Selangor

e-rekod (SePKM)
__________________________________________________________________________________

Nyatakan cadangan anda untuk menambahbaik Sistem Perkhidmatan
Bimbingan Kaunseling SEPKM ini.
Jika data lepasan SPM Boleh muat turun Dalam sistem ini akan
memudahkan kaunselor membuat analisa.
Sudah dipanjangkan kepada pihak admin untuk pemurnian kandungan
Ada cara yg Jadikan maklumat sesi boleh dirahsiakan
Boleh ditulis di bahagian lampiran setelah laporan asas kes dicatatkan
MENCARI ALTERNATIF AGAR KESELAMATAN DATA MURID DILINDUNGI
Pihak BPSH akan menguruskan data APDM. Kita hanya menggunakan sistem
sahaja

Majlis Guru Kaunseling Petaling Perdana, Selangor

e-rekod (SePKM)
__________________________________________________________________________________

MENAMBAH PENGISIAN PROGRAM MINDA SIHAT KERANA TIDAK PERLU
LAGI KIRA SECARA MANUAL DAN BOLEH TERUS DAPAT ANALISIS
KESELURUHAN SEPERTI PSIKOMETRIK

Sudah dipanjangkan kepada pihak admin untuk pemurnian kandungan

Pendedahan berterusan

JU Daerah akan sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan
dan memberikan maklumat tentang sistem. Sebarang kesulitan boleh
hubungi Pn Nur Ilyani (SMK Subang) – 0123089644 , Pn Rozanita (SMK
Seksyen 16) – 0132751000 dan En Mohd Taufiq (SMK USJ23) - 0122750794

Berikan Masa yang panjang untuk cikgu, Uji sistem ini dan kesesuaian
dengan budaya kerja Di sekolah

Kesemua GBKSM boleh gunakan bulan terakhir 2020 ini untuk menguji
sistem sebelum digunakan sepenuhnya pada tahun 2021

PAPARAN LAPORAN UNTUK DICETAK DIHARAP LEBIH CANTIK DAN NAMPAK
FORMAL. ESPECIALLY REKOD HARIAN DAN MINGGUAN. DAN SEMUA
LAPORAN.

Sudah dipanjangkan kepada pihak admin untuk pemurnian kandungan

LAPORAN SESI BOLEH DIEDIT SEBELUM DICETAK. DAN DAPAT DISAVEKAN
DALAM DRIVE GBK (OWNER SESI )DALAM FORMAT BOLEH DIEDIT, SEPERTI
G.DOCS (CONTOH G.DRIVE MOE GBK- BOLEH TAMBAH UNTUK TUJUAN
PENYIMPANAN MAYA LAPORAN SESI PERSONAL GBK) - INI KERANA

Majlis Guru Kaunseling Petaling Perdana, Selangor

e-rekod (SePKM)
__________________________________________________________________________________

SEKOLAH SAYA TELAH MENGGUNAKAN 1 EMAIL YANG SAMA UNTUK
DAFTAR SISTEM

Sudah dipanjangkan kepada pihak admin untuk pemurnian kandungan

BAHAGIAN PELAPORAN SESI ADA RUANGAN UNTUK DICATATKAN KOD
RUJUKAN SESI (SEMASA TAKLIMAT TAK PERASAN BAHAGIAN INI- MAAF
JIKA SUDAH ADA)

Sudah dipanjangkan kepada pihak admin untuk pemurnian kandungan

SETIAP PELAPORAN YANG AKAN DICETAK, SETKAN AUTO SETTING
LETTERHEAD SEKOLAH DAN LOGO SEKOLAH / KPM & NAMA GBK SERTA
JAWATAN (KETUA GBK/GBK)

Ini inisiatif sekolah masing

Laporan kaunseling penuh yang tidak dapat diakses oleh org lain selain
individu yang melaporkan sahaja.
Laporan asas sahaja. Laporan penuh di bahagian lampiran

Semua Guru GBK yang melibatkan diri dalam program boleh key in di
bahagian program

Untuk ruangan program, dinasihatkan agar hanya penyelaras yang
mencatatkan maklumat di ruangan program. GBKSM lain yang terlibat,
boleh mencatatkan program tersebut di ruangan ‘Lain-lain sumbangan di
sekolah’ dan kita catatkan di situ membantu melaksanakan program.
Kenapa tak boleh semua GBK catat program yang sama? Ini adalah kerana
sistem akan secara automatik mencatat jumlah program yang dijalankan
apabila mana-mana GBKSM memasukannya ke dalam sistem, jadi nanti

Majlis Guru Kaunseling Petaling Perdana, Selangor

e-rekod (SePKM)
__________________________________________________________________________________

bimbang ada pertindihan maklumat di situ.. Program hanya 1 tapi jadi 6
kerana keenam-enam GBKSM mencatatkan program yang sama. Untuk itu
GBKSM setiap sekolah diminta membuat perancangan agar pembahagian
tugasan sebagai penyelaras program diagihkan secara sama rata dan
mengikut kesesuaian.

Saya berharap data Minda Sihat seperti senarai semak keperluan murid,
whooley, phq9 atau gad 7 dapat link ke sistem e rekod, seperti
psikometrik. bila kita buka e rekod, carian pelajar, dapat nampak data
minda sihatnya juga.

Sudah dipanjangkan kepada pihak admin untuk pemurnian kandungan

Boleh tak dalam data murid, letak Kan gambar Murid. GBK ambil gambar
dan masukkan gambar.

Tiada keperluan buat masa sekarang

Dpt segerakan taklimat/makluman/ punca kuasa pd pihak pentadbir
sekolah

Surat dalam proses dipanjangkan ke sekolah- sekolah

Link data dgn profil Kerjaya, ITP, IKP dan IKK

Sudah dipanjangkan kepada pihak admin untuk pemurnian kandungan

Perlu ada masa percubaan untuk sistem ini contoh dalam masa sebulan.
sekiranya berjaya barulah digunakan sepenuhnya

Majlis Guru Kaunseling Petaling Perdana, Selangor

e-rekod (SePKM)
__________________________________________________________________________________

Ya GBKSM sudah boleh akses sistem dan mencuba serta meneroka sistem
ini sekarang sebelum digunakan sepenuhnya bermula Januari 2021
UNTUK PEMURNIAN SISTEM, ADA BAIKNYA PENGGUNAAN PERKATAAN
"PELAJAR" DIGANTIKAN DENGAN "MURID" DALAM BAHAGIAN KATEGORI
KLIEN. KEDUA, KATEGORI KLIEN JUGA.... GUNAKAN PERKATAAN " IBU BAPA
/ PENJAGA" DARIPADA HANYA "PENJAGA" SAHAJA. TQ
Akan dipanjangkan kepada pihak admin

Majlis Guru Kaunseling Petaling Perdana, Selangor


Click to View FlipBook Version