The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jenis Guna Tanah (Perindustrian)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nanawana687, 2021-11-02 04:25:31

Kerja Lapangan Geografi

Jenis Guna Tanah (Perindustrian)

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021
Kajian Guna Tanah (Perindustrian)

NAMA: NUR RIDWANA BINTI ROSMIZAN
KELAS: 3MAWADDAH
GURU: PN. ASIAH BINTI ASMUNI

ISI KANDUNGAN Perkara Muka surat
1
Bil. 2
1. Tajuk kajian 3
2. Isi kandungan 4
3. Jadual kerja 5
4. Penghargaan 6
5. Pendahuluan 7
6. Objektif kajian
7. Kawasan kajian 8
8. Kaedah kajian
9. Peta kawasan kajian 9-10

10. Hasil kajian 11
11. Rumusan 12
12. Rujukan 13

JADUAL KERJA

Bil Tarikh Perkara Catatan
.
Menerima taklimat daripada guru mata Taklimat diberikan
1 30/08/2021 pelajaran Geografi tentang penulisan kerja semasa pdpr
khusus
2 30/08/2021 Membuat rujukan di laman web tentang tajuk Melakukan tugasan
3 30/08/2021 yang diberi di luar pdpr
4 30/08/2021 Mengenal pasti cara penulisan Melakukan tugasan
5 30/08/2021 di luar pdpr
6 11 /09/2021 Menentukan tajuk penulisan Melakukan tugasan
7 20/09/2021 di luar pdpr
8 11/10/2021 Membuat rujukan lanjut tentang tajuk tugasan Melakukan tugasan
9 15/10/2021 yang telah dipilih di luar pdpr
10 17/10/2021 Mula menulis penghargaan dan pendahuluan Melakukan tugasan
11 17/10/2021 di luar pdpr
12 28/10/2021 Menulis objektif kajian Melakukan tugasan
13 28/10/2021 di luar pdpr
14 02/11/2021 Melukis dan mentafsir peta di kawasan kajian Melakukan tugasan
di luar pdpr
Mula menulis kawasan kajian Melakukan tugasan
di luar pdpr
Menulis kaedah kajian Melakukan tugasan
di luar pdpr
Menulis hasil kajian Melakukan tugasan
di luar pdpr
Menulis rumusan Melakukan tugasan
di luar pdpr
Menulis rujukan Melakukan tugasan
di luar pdpr
Menyemak dan menghantar tugasan

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar Puan Zaiton
binti Ismail selaku pengetua Maktab Mahmud Alor Setar kerana telah memberi
keizinan kepada saya untuk menggunakan segala peralatan dan kemudahan
yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini.

Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya, Puan Asiah binti Asmuni
atas segala bimbingan,tunjuk ajar,teguran dan nasihat yang amat berguna serta
telah banyak menolong saya dan rakan- rakan sekelas saya bagi
menyempurnakan tugasan ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa
saya iaitu Encik Rosmizan bin Ramin dan Puan Noor Hafiza binti Mansor yang
telah banyak memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi
mengorbankan masa mereka untuk saya mengumpulkan maklumat -maklumat
tentang kajian guna tanah yang saya kaji.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada rakan-rakan sekelas saya
terutama Nurul Fatihah binti Hasril dan Nur Azean Yasmin binti Mohd Yazid
kerana telah memberi saya banyak pendapat dan idea.

PENDAHULUAN

Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi subjek Geografi
Pentaksiran Tingkatan 3 di Maktab Mahmud Alor Setar.

Saya telah memilih tajuk Kajian Guna Tanah (Perindustrian).

Tujuan saya memilih kawasan Mergong ini adalah kerana kawasan ini
merupakan kawasan tempat tinggal saya dan sekolah saya. Ekoran itu kawasan
ini memudahkan lagi saya menjalankan kajian ini.

Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang
lain telah dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat
bagi menyiapkan kajian tentang guna tanah ini.

Saya telah menemu ramah dan soal selidik sekurang-kurangnya seramai 3
orang responden yang terpilih untuk mendapatkan maklumat terkini tentang
latarbelakang kawasan kajian dengan tepat disamping mengenalpasti satu jenis
guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan kesan guna tanah
tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji.

Selain itu, saya turut mendapatkan cadangan usaha-usaha untuk mengatasi
kesan guna tanah tersebut daripada responden.

Kesemua mereka telah memberikan kerjasama yang baik kepada saya.
Kerjasama yang diberikan telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan
kerja bagi melengkapkan kajian tentang guna tanah di kawasan saya ini. Semua
data dan maklumat yang dipilih telah direkod.

OBJEKTIF KAJIAN

a) Menjelaskan latar belakang kawasan kajian.
b) Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukan taburan guna

tanah di kawasan Mergong.
c) Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan Mergong dan

menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah berkenaan.
d) Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap

alam sekitar di sekitar kawasan Mergong.
e) Memberi cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk

mengatasi kesan guna tanah teresebut

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Mergong Kedah

Negeri Kedah mempunyai 11 buah daerah. Daerah Kota Setar adalah ibu negeri
Kedah. Terdapat 34 buah mukim dalam daerah Kota Setar. Salah sebuah mukim
yang terdapat dalam Daerah Kota Setar adalah Mergong.

Mergong ialah sebuah mukim perindustrian.Ciri pandang darat fizikal yang ada
adalah tanah pamah manakala ciri pandang darat budaya adalah kawasan
perumahan,klinik dan sekolah. Selepas bidang perindustrian dibangunkan
bermulalah dengan penempatan di sekitarnya. Mergong terkenal dan menjadi
tumpuan penduduk oleh kerana kawasan perindustriannya.

Secara keseluruhannya,guna tanah di Mergong adalah tentang kegiatan
ekonomi seperti perindustrian,perniagaan dan lain-lain.Terdapat pelbagai jenis
kilang,antaranya kilang pembuatan komponen motosikal,kilang tayar,kilang
pembuatan barangan elektronik dan lain-lain.

KAEDAH KAJIAN

Terdapat dua kaedah kajian yang dijalankan dalam menyelesaikan kerja
lapangan ini iaitu:

KAEDAH PEMERHATIAN

Kaedah ini dibuat dengan menjalankan pemerhatian untuk mengenali ciri
pandang darat budaya dan ciri pandang darat fizikal yang terdapat di sekitar
kawasan Mergong. Maklumat-maklumat yang diperoleh dapat membantu saya
dalam mentafsir peta kawasan kajian.

KAEDAH RUJUKAN

Saya telah membuat rujukan daripada pelbagai sumber ilmiah seperti buku teks
dan buku rujukan geografi. Selain itu, saya juga banyak melayari laman
sesawang untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan kerja lapangan ini.

PETA KAWASAN MERGONG



HASIL KAJIAN

Jenis guna tanah di kawasan saya ialah jenis guna tanah perindustrian.
Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi jenis guna tanah perindustrian iaitu
lokasi . Lokasi yang strategik dapat membangunkan kawasan
persekitarannya.Pembinaan kilang-kilang dan gudang-gudang memerlukan
kawasan yang sesuai supaya sesuatu organisasi dapat mengakses hasil daripada
kilang itu dengan mudah.Seterusnya,kemudahan infrastruktur yang kukuh
merupakan syarat bagi sesebuah pembangunan ekonomi dan pertumbuhan
industri yang mampan. Justeru itu,sumber bahan mentah juga penting bagi
sesebuah kawasan perindustrian.

Dari segi kesan guna tanah pula, pembinaan jalan raya dinaik taraf bagi
memudahkan urusan pengangkutan bahan mentah.Namun pembinaan jalan
raya ini membuatkan alam sekitar musnah sedikit demi sedikit
contohnya,pembinaan di lereng bukit menyebabkan hakisan tanah dan tanah
runtuh. Di samping itu,aktiviti perlombongan juga membuatkan habitat flora
dan fauna musnah,menjejaskan kualiti air dan mengancam hidupan
akuatik.Akhir sekali ,pencemaran udara sering berlaku disebabkan asap
daripada kilang-kilang.

Kesimpulannya ,tiga cadangan yang harus dilakukan iaitu peralihan kepada
teknologi industri yang lebih mesra dan tidak mencemarkan alam
sekitar.Sehubungan dengan itu, sisa toksik perlu diproses sebelum disalurkan
ke sungai.Contohnya,setiap kilang diwajibkan menyediakan takungan khas sisa
toksik .

RUMUSAN

Sepanjang melakukan kajian di kawasan Mergong, saya dapati bahawa
perindustrian dapat memberikan kesan baik dan kesan buruk. Antara kesan
baiknya ialah pertumbuhan industri kecil seperti kedai runcit,kedai makan dan
dobi.Tambahan pula, pelbagai jenis peluang pekerjaan wujud disebabkan
kekurangan pekerja. Hal ini dapat memberikan masyarkat sekitar dapat
mencari rezeki. Disebalik kemudahan ini,terdapat beberapa keburukan yang
berada di sekitar petempatan. Keburukannya ,kawasan perindustrian ini sering
dicemari dengan udara yang tidak sihat disebabkan pelepasan asap kilang.
Tambahan itu ,petempatan di kawasan perindustrian ini sering disalurkan
dengan air mentah yang berkualiti rendah.

Konklusifnya,setiap petempatan itu mempunyai kesan baik dan buruk yang
akan memberikan impak kepada masyarkat sekelilingnya.Dalam melakukan
kajian ini,saya sedar bahawa kita harus menjaga alam sekitar dengan baik
untuk kehidupan bersama

RUJUKAN

BUKU TEKS/BUKU RUJUKAN
-Abd Rahim Md Nor.(2004).Geografi tingkatan 3.Shah Alam: Cerdik
Publications Sdn.Bhd
INTERNET
https://www.permohonan.my/jenis-guna-tanah-di-kawasan-kajian/
RAKAN RAKAN
Nurul Fatihah binti Hasril
Nur Azean Yasmin binti Mohd Yazid
GURU
Puan Asiah binti Asmuni


Click to View FlipBook Version