PENGENALAN
Trend persekitaran – arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan
Dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran
Faktor dalaman – faktor yg boleh dikawal oleh organisasi
Cth : gaya pengurusan, sumber manusia, pemasran, pengeluaran
Faktor luaran – persekitaran umum
Cth : faktor ekonomi, politik dan perundangan, pelanggan, masyarakat,
persaingan dan jaringan
Jenis-jenis Trend perniagaan
1. Trend meningkat
Menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan sentiasa meningkat
Faktor dalaman
Pekerja yang bermotivasi tinggi, kreatif, inovatif, rajin, berdisiplin dan
berkemahiran tinggi dapat meningkatkan daya pengeluaran sesebuah perniagaan.
Perniagaan dapat menawarkan barang dan perkhidmatan yang lebih banyak akan
meningkatkan keuntungan.
pengurusan yang cekap dan sistematik dapat membantu meningkatkan aktiviti dan
operasi perniagaan.
Faktor luaran
keadaan ekonomi berada dalam keadaan berkembang dengan pesat.
Kemampuan sesebuah perniagaan untuk menjana keuntungan hasil daripada
aktiviti perniagaan dan pelaburan akan meningkatkan keyakinan pihak
pembiaya untuk memberi bantuan kewangan.
situasi politik dan perundangan yang stabil.
Perkembangan teknologi terkini dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran
dan mengurangkan kos.
persaingan dan jaringan perniagaan yang positif boleh menjana kreativiti dan
inovasi sesebuah perniagaan.
2. Trend Menurun
Aktiviti dan operasi perniagaan semakin menurun
Faktor dalaman
Gaya pengurusan yang tidak bersesuaian dengan
keadaan pekerja,
Sumber manusia yang kurang produktif
Aktiviti pemasaran yang kurang berkesan,
Pengeluaran yang tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan
Tiada teknologi maklumat dan penyelidikan.
Faktor luaran
Keadaan ekonomi yang lembap atau perlahan.
Keadaan politik dan perundangan sesebuah negara yang tidak stabil.
Bencana alam juga akan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan
bahan mentah.
3. Trend mendatar
Keadaan konsisten dalam perniagaan.
Trend ini berlaku disebabkan oleh tiada perubahan yang ketara berlaku
terhadap faktor dalaman dan faktor luaran perniagaan.
Perkembangan perniagaan berada dalam keadaan malar.
Peniaga perlu memainkan peranan penting untuk meningkatkan aktiviti
dan operasi untuk mengembangkan perniagaan.
Sekiranya pasaran menjadi tepu, peniaga perlu meningkatkan daya saing
dengan membuat penambahbaikan pada barang dan perkhidmatan sedia
ada, mengeluarkan produk baharu atau mencari pasaran baharu.
4. Pasaran
Suatu keadaan berlakunya urus niaga antara penjual dengan pembeli, pada suatu
tingkat harga dan masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak
Terdapat beberapa jenis pasaran iaitu :
1. Pasaran untuk semua : produk untuk semua pengguna (cth : sabun, tepung)
2. Pasaran produk : Permintaan dan penawaran semua jenis produk (cth :
pelancongan, makanan)
3. Pasaran kewangan : jual beli saham dan sekuriti (cth: pertukaran wang asing,
pinjanan dan pelaburan)
5 Trend guna tenaga, pendapatan dan pertumbuhan ekonomi
a. Trend guna tenaga
a. Guna tenaga : pekerja yang menyumbang tenaga fizikal dan mental dalam sesuatu
pekerjaan
b. Guna tenaga yang tidak digunakan dikenali sebagai Masalah Pengangguran
c. Guna tenaga digunakan dalam pembangunan negara dalam bidang : profesional,
aktiviti pembinaan, aktiviti pengeluaran dan bidang penyelidikan.
d. Perubahan dalam guna tenaga
a. Penambahan bilangan pekerja : menunjukkan sektor berkembang
b. Perkembangan dalam teknologi : menyebabkan bilangan pekerja berkurangan
c. Kepakaran guna tenaga berkemahiran tinggi : diperlukan bg mengendalikan
teknologi dan menyebabkan peningkatan nilai kebolehpasaran guna tenaga
b. Trend Pendapatan
Peningkatan pendapatan melalui peningkatan hasil jualan, di mana perniagaan
perlu meningkatkan pengeluaran barangan bagi memenuhi peningkatan permintaan.
Keuntungan diperoleh melalui hasil jualan tolak kos dan perbelanjaan
Sumber pendapatan lain iaitu penyewaan bangunan, dividen daripada pelaburan
sahan dan faedah daripada simpanan wang di bank
c. Pertumbuhan ekonomi
Keuntungan perniagaan menyebabkan perniagaan mampu membayar cukai
keuntungan kepada kerajaan
Penduduk akan mendapat pendapatan (gaji & upah) yang tinggi mampu
membayar cukai pendapatan
Hasilnya kerajaan dapat menggunakan pendapatan yang diperoleh
untuk membangunkan negara termasuk dalam bidang ekonomi
Trend Persekitaran ekonomi terbahagi kepada kemerosotan dan perkembangan
FASA I : Fasa Kemelesetan
Penduduk tidak mempunyai wang
(pendapatan ) yang mencukupi untuk
membeli produk.
Kesannya : pendapatan kerajaan
merosot, kadar pengangguran
meningkat akibat daripada perniagaan
tidak dapat menawarkan pekerjaan
(mewujudkan deflasi)
FASA II: Fasa Melambung
Perniagaan akan menambahkan pengeluaran untuk
memenuhi peningkatan permintaan
Perniagaan memelukan pekerja yang ramai untuk
menjalankan aktiviti perniagaan
6 Undang-undang Perniagaan
Peraturan yang termaktub dan ditentukan oleh sesebuah masyarakat untuk
mengawal kelakuan dan tingkah laku anggota sendiri.
Tujuan undang-undang berkaitan perniagaan digubal ialah :
memastikan setiap aktiviti perniagaan dijalankan mengikut peraturan
memberikan kessan positif terhadap persekitaran perniagaan
• Peraturan kebakaran dan perlindungan pemakanan pekerja
• Undang-undang memastikan organisasi perniagaan mematuhi peraturan keselamatan
Kesihatan dan dalam menjalankan operasi
keselamatan
Pekerjaan • Menekankan kadar upah minimum, tempoh waktu bekerja dan diskriminasi pekerjaaan
• Undang-undang melarang perniagaan mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja ( kaum,
agama, jantina)
• Undang-undang perlindungan maklumat penting untuk mengelakkan berlaku cetak rompak
dan perlindungan data daripada dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
maklumat
Perancangan • Lesen perniagaan diperoleh berdasrkan undang-undang
Persekutuan sementara bangunan di bawah bidang kuasa
kerajaan negeri
Perlindungan • Melindungi hak2 pengguna daripada amalan perniagaan
Pengguna yang menyalahi undang-undang
• Contoh : perniagaan perlu mengeluarkan produk yang
tidak mengandungi pengawet yang boleh menjejaskan
kesihatan
Persaingan • galakkan unsur persaingan dengan harga yang berdaya
saing untuk memberikan faedah yang besar kepada
pengguna
• Untuk persaingan yang sihat, undang2 diperlukan untuk
mengawal aktiviti persaingan, iaitu persaingan harga,
pasaran dan antarabangsa.
Pengiklanan • Undang-undang berkaitan pengiklanan perlu meminda
undang-undang sedia ada supaya sesuai dengan
keperluan semasa
Undang-undang • Undang-undang merupakan garis panduan untuk
syarikat memulakan dan menjalankan operasi sesebuah
perniagaan
• Berkaitan dengan entiti perniagaan (aspek pengurusan
dan bidang kuasa pihak pengurusan)
Persekitaran • Aktiviti perniagaan pada masa kini memerlukan inisiatif
penggubalan undang2 berkaitan dengan alam sekeliling
• Mengambil kira kepentingan masyarakat termasuklah
pengurusan pembuangan sisi pengeluaran yang
berbahaya kepada manusia.