QANAAH
HIASAN
PERIBADI
Tajuk 24 :
BIDANG AKHLAK
MAKSUD QANAAH
BAHASA Redha
Berasa cukup dan redha ISTILAH
dengan nikmat kurniaan
Allah SWT
DALIL NAQLI
َقدْ أَف َل َحْ َمنْ أَسلَ َْم َو ُر ِز َقْ َكفَافًا َوقَ َّنعَ ْهُ الله تَْ َعالَى
بِ َما آتَاه
Maksud : Sesungguhnya
berjayalah orang yang memeluk
islam, dan dikurniakan rezeki
yang mencukupi dan Allah SWT
menjadikannya redha dengan
nikmat pemberianNya
CONTOH 1 SIFAT QANAAH
RASULULLAH SAW
Saidina Umar Al-Khattab r.a pernah menemui
Rasulullah saw ketika baginda sedang berbaring
di atas tikar daun tanpa beralaskan apa-apa
hingga berbekas badan baginda. Saidina Umar
menangis melihat keadaan Rasulullah saw. Nabi
bertanya : “ Mengapa kamu menangis wahai
Ibnu al-Khattab?” Wahai Rasulullah saw : “ Kisra
dan Qaisar menetap di istana mereka yang
megah, adakah begini keadaanmu wahai
Rasulullah?” lantas baginda saw menjawab : “
tidakkah engkau redha bagi mereka dunia dan
bagi kita akhirat?”
CONTOH 2 SIFAT QANAAH
RASULULLAH SAW
Rasulullah saw sekeluarga tidak pernah makan
makanan yang mewah seperti roti yang
diperbuat daripada gandum halus apatah lagi
makan hingga kekenyangan. Pernah berbulan-
bulan di rumah baginda tiada sesuatu untuk
dimasak. Apabila Saidatina Aishah r.a ditanya : “
Apakah yang menjadi makanan kalian ?” lantas
beliau menjawab : “ Dua benda hitam (al-
aswadan ) , iaitu kurma dan air.”
CIRI SIFAT QANAAH :
01 Sentiasa bersyukur dengan nikmat
kurniaan Allah SWT
Sentiasa sabar dan redha menerima 02
ketentuan Allah SWT
03 Hidup secara sederhana dan tidak
boros
Sentiasa bertawakkal kepada Allah 04
SWT
05 Sentiasa berusaha meningkatkan
kesejahteraan hidup
Tidak iri hati terhadap nikmat yang 06
dimilik oleh orang lain
SALAH FAHAM TERHADAP
SIFAT QANAAH :
Tidak berderma atau
bersedekah dengan alasan
belum menjadi kaya
Malas berusaha untuk
meningkatkan
kesejahteraan hidup
dengan alasan sudah
suratan takdir
Tidak berusaha
memberikan sumbangan
kepada negara sebaliknya
memikirkan tentang
sumbangan negara
terhadapnya
HIKMAH BERSIFAT
QANAAAH
Kehidupan menjadi
aman dan tenteram
Memupuk sifat
sabar dan syukur
Kasih sayang anggota
masyarakat menjadi erat
Kemuliaan diri terpelihara
QANAAH
RASULULLAH
1. Baginda mampu menjadi kaya
tetapi baginda tidak mahu.
2. Baginda sentiasa mendidik
anggota keluarga baginda
agar bersifat qanaah.
3. Baginda sentiasa
mengutamakan kepentingan
orang lain berbanding dengan
diri dan keluarga baginda.
Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud: Demi Allah dunia
itu jika dibanding dengn akhirat
tidak lain hanyalah seperti
seseorang mencelupkan jarinya
ke dalam lautan, maka lihatlah
apa yang berbekas di jarinya
(ketika ia diangkat)