The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by junariahtairin, 2023-12-06 09:37:52

MINIT MESYUARAT HEM BIL 2/2023

MINIT MESYUARAT HEM BIL 2/2023

1 SK SAUJANA IMPIAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI, KPM PERSIARAN IMPIAN PERDANA,SAUJANA IMPIAN 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN MESYUARAT UNIT HEM BIL 2/2023 TARIKH : 13hb April 2023 HARI : Khamis MASA : 12.15 tengah hari – 1.50 petang TEMPAT : Kamar Saujana Kehadiran: 1. Ustaz Mohamad Faizal bin Tukijan PK HEM 2. Ustazah Sarimah binti Sidek PK Petang 3. Ustazah Noor Insyirah bt. Mohd Poad Naib Setiausaha HEM 4. En. Hamin b. Ahmad Guru Data 5. Pn. Hjh Noryana binti Mahat Ketua Unit B&K / PPDa 6. Pn. Nur Fatihah bt. Mohammad Zaib Ketua Unit Kebajikan Murid 7. Pn. Muziatilasma binti Muhammad Ketua Unit Guru Penyayang 8. En. Mohd Syafie bin Azmi Ketua KPJ 9. En. Mohd Rosli bin Abdullah Ketua Unit Keselamatan 10. Pn. Siti Asiah binti Idris Ketua Unit SPBT 11. Ustaz Ahmad Sahrul b. Hussin Ketua Unit Pengawas 12. Pn. Nur Edayu bt. Sa’ari Ketua Unit Pencegahan Denggi 13. En. Mohd Zaidi bin Sulaiman Ketua Unit Disiplin 14. Pn. Nor Azlita bt. Jani Ketua Unit Kebersihan 17. Pn. Nurul Najieha binti Md Zaid Ketua Unit RMT 18. Ustzh Rohaya binti Md Zin Ketua Unit Kesihatan 19. Pn. Azilawati bt. A. Rahim Ketua Unit Impian Segar 20. Ustazah Halimah bt. Mohamad Ketua Unit Kantin Hadir Bersama-sama : - Pn. Hjh Suminah binti Hj. Kasolang Guru Besar Tidak Hadir Bersebab : - Tiada Urus Setia : ( pencatat minit ) - Junariah binti Tairin Setiausaha HEM


2 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI :USTAZ MOHAMAD FAIZAL BIN TUKIJAN (PK HEM) 1.1 Ustaz Mohamad Faizal mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua ketua sub unit HEM atas kehadiran dalam mesyuarat Induk HEM Bil 2/2023. 1.2 Beliau memulakan mesyuarat dengan meminta semua yang hadir membaca Surah Al-Fatihah semoga perjalanan mesyuarat pada hari ini diberkati. 1.3 Beliau seterusnya memaklumkan tujuan mesyuarat diadakan kerana kekangan masa untuk menunggu pembentangan program daripada ketua unit dalam mesyuarat bil 1 unit masing-masing memandang beliau turut menjalankan tugas PK Kokurikulum. Sehubungan itu mesyuarat induk HEM bil 2/2023 diawalkan daripada tarikh yang ditetapkan untuk memberi peluang kepada ketua-ketua unit membentangkan program yang dirancang sepanjang tahun ini. UCAPAN PN. HJH SUMINAH BT. HJ. KASOLANG (GURU BESAR SKSI) 1.4 Pn. Hjh Suminah mengucapkan terima kepada Ustaz Mohamad Faizal dan semua ketua sub unit HEM atas kerja buat demi kelangsungan program di bawah HEM. 1.5 Beliau seterusnya mengingatkan supaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. 1.6 Beliau juga turut mendoakan semoga Allah memberi keberkatan rezeki kepada kita sekeluarga di atas kerja yang dilakukan dengan penuh keikhlasan. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Setiausaha Unit HEM membentangkan minit mesyuarat Unit HEM Bil.1 / 2023 tanpa sebarang pindaan. 2.2 Dicadangkan oleh : En. Mohd Rosli bin Abdullah Disokong tanpa pindaan : En. Mohd Zaidi bin Sulaiman 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT - TIADA PERKARA BERBANGKIT – 4.0 PERBINCANGAN 4.1 UNIT DISIPLIN 4.1.1 En. Mohd Zaidi memaklumkan taklimat tentang peraturan sekolah telah dilaksanakan pada minggu pertama persekolahan. 4.1.2 Disiplin murid sehingga hari ini masih terkawal dan tiada kes salahlaku yang dilaporkan. 4.1.3 En. Mohd Zaidi mengharapkan kerjasama semua guru mengawal disiplin murid terutamanya semasa pergerakan murid masuk ke dalam kelas. 4.1.4 Pada tahun ini Unit Disiplin akan melatih murid beredar masuk ke kelas mengikut giliran tanpa arahan daripada guru namun guru bertugas perlu memantau pergerakan mereka. 4.1.5 En. Mohd Zaidi seterusnya memaklumkan terdapat satu aduan mengenai murid yang tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut dan beliau telah menghubungi ibu bapa murid tersebut namun masih tiada respon. 4.1.4 Ustaz Mohamad Faizal menyatakan sekiranya perkara ini masih berlarutan sila maklumkan kepada Unit B&K supaya dilaksanakan ziarah cakna sekiranya perlu. Tindakan : AJK Unit Disiplin


3 4.2 UNIT PENGAWAS 4.2.1 Ustaz Ahmad Sahrul memaklumkan temuduga Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas telah dijalankan pada 07/04/2023 bersamaan hari Jumaat. 4.2.2 Beliau seterusnya menyatakan Majlis Pelantikan Pengawas akan dijalankan pada 17/04/2023 bersamaan hari Isnin dan sijil telah dicetak. Beliau berharap majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. 4.2.3 Taklimat pengawas telah dijalankan dan mereka diingatkan supaya melaksanakan tugas seperti yang telah ditetapkan. 4.2.4 Kem Kepimpinan Pengawas akan dijalankan pada bulan Mei 2023. 4.2.5 Ustaz Mohamad Faizal mengingatkan sekiranya Kem Kepimpinan Pengawas ingin dilaksanakan di luar kawasan sekolah pastikan tempat yang dipilih mempunyai pentauliahan serta ada kelulusan keselamatan daripada pihak bomba. 4.2.6 Ustaz Mohamad Faizal juga mengingatkan supaya memilih tarikh yang sesuai selaras dengan surat siaran Bil. 2 /2016 yang menyatakan tiada aktiviti pada hari Sabtu minggu pertama, ketiga dan kelima. Tindakan : AJK Unit Pengawas 4.3 UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING 4.3.1 Pn. Hjh. Noryana memaklumkan lima program di bawah Unit B&K telah dilaksanakan iaitu: 1. Program Orientasi Tahun 1. 2. Program Pelancaran Jom Ke Sekolah. 3. Program Transformasi Diri 4. Program Ziarah ke Rumah Anak Yatim. 5. Pelantikan Pengawas PRS. 4.3.2 Program yang akan dilaksanakan pula iaitu Kem Kepimpinan Pengawas PRS. Unit B&K bercadang untuk menjalankan program tersebut di luar kawasan sekolah tetapi menghadapi masalah kekangan masa serta merujuk surat siaran yang menyatakan tiada aktiviti pada hari Sabtu minggu pertama , ketiga dan kelima maka Unit B&K mengambil keputusan untuk mengadakan kem kepimpinan Pengawas PRS di sekolah sahaja. 4.3.3 Pn. Hjh Noryana seterusnya memaklumkan akan mengambil tindakan ke atas murid yang tidak hadir seperti yang dilaporan oleh En. Mohd Zaidi sebentar tadi. 4.3.4 Pn. Hajah Suminah memberi maklumbalas dengan menyatakan Unit B&K perlu melaksanakan Program Ziarah Cakna untuk mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Tindakan : AJK Unit B&K 4.4 UNIT SPBT 4.4.1 Pn. Siti Asiah memaklumkan tiga orang guru kelas masih belum menghantar fail SPBT namun guru berkenaan telah dimaklumkan. 4.4.2 Beliau seterusnya menyatakan semua murid telah menerima buku teks di mana penyerahan telah dilaksanakan sebelum cuti persekolahan sesi 2022/2023 yang lepas. Penyerahan buku teks bagi murid Tahun 1 pula telah dilaksanakan pada hari oreintasi. Manakala agihan buku Matematik dan Sains murid Tahun 1 akan dilaksanakan pada 14/04/2023 bersamaan hari Jumaat selepas penetapan kelas setelah selesai minggu transisi. 4.4.3 Selepas cuti persekolahan Unit SPBT akan mengadakan taklimat berkaitan cara-cara penjagaan buku dengan betul.


4 4.4.4 Pn. Siti Asiah akan meminta bantuan semua guru mata pelajaran untuk membuat “spot check” buku teks dan memastikan buku teks dibalut dan ditulis nama. 4.4.5 Ustaz Mohamad Faizal mengingatkan supaya memaklumkan kepada ibu bapa mengenai perkara tersebut sebelum melaksanakan program. 4.4.6 Pn. Siti Asiah menjelaskan bahawa beliau akan mengeluarkan memo berkaitan perkara tersebut dan akan memaklumkan kepada ibu bapa melalui aplikasi “WhatsApp”. Tindakan : AJK Unit SPBT 4.5 UNIT KEBERSIHAN 4.5.1 Pn. Nor Azlita memaklumkan program yang dirancang iaitu Program Gotong Royong Perdana melibatkan ibu bapa dengan sasaran utamanya membersihkan kawasan sekolah termasuk longkang. 4.5.2 Beliau juga mencadangkan supaya menetapkan beberapa kawasan untuk dijadikan kawasan angkat bagi setiap kelas untuk dibersihkan. 4.4.3 Program seterusnya ialah Pertandingan Keceriaan Kelas. Hasil pemantauan didapati kebersihan kelas belum mencapai tahap yang sepatutnya. 4.4.4 Pn. Nor Azlita seterusnya mencadangkan johan bagi pertandingan keceriaan kelas menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 50. 4.4.5 Ustaz mohamad Faizal menerima cadangan tersebut dan akan berusaha mendapatkan dana. 4.4.6 Pn. Nor Azlita turut mencadangkan supaya taman-taman yang ada dipersekitaran sekolah dijadikan taman angkat di bawah unit kokurikulum. 4.4.7 Ustaz Mohamad Faizal memaklumkan taman-taman tersebut akan dijadikan taman angkat kepada KSIB. 4.4.8 Pn. Hjh Suminah juga memaklumkan beberapa tempat telah dipilih untuk dijadikan taman angkat kepada KSIB. 4.4.9 Pn. Nor Azlita seterusnya mencadangkan untuk menaik taraf tong sampah yang terdapat di luar bilik darjah dengan mempamerkan kata-kata motivasi berkaitan kebersihan pada tong sampah tersebut. Tindakan : AJK Unit Kebersihan 4.4.10 Pn. Hajah Suminah menyatakan rasa kesal kerana kebanyakan kelas dalam keadaan tidak kondusif, tidak bersih dan tidak kemas. Beliau meminta supaya guru-guru sentiasa mengingatkan murid-murid agar menjaga kebersihan kelas. Beliau juga berharap guru- guru sentiasa memastikan kelas dalam keadaan bersih sebelum memulakan sesi pembelajaran. 4.4.11 En. Mohd Zaidi memaklumkan semasa beliau memberi taklimat tentang peraturan sekolah beliau telah meminta supaya murid-murid yang bertugas masuk ke kelas untuk mengemas dan membersihkan kelas pada awal pagi setiap hari. dengan pemantauan pengawas. 4.4.12 Pn. Hjh Suminah turut mengingatkan semua guru supaya memastikan murid-murid membersihkan kelas 5 minit sebelum waktu pulang. 4.4.13 Ustaz Mohamad Faizal mencadangkan agar guru mata pelajaran terakhir membuat laporan mengenai kebersihan kelas di dalam buku kawalan kelas. 4.4.14 Ustazah Sarimah memaklumkan beliau juga sering mengingatkan guru-guru sesi petang agar memastikan kelas dibersihkan 5 minit sebelum waktu pulang. Tindakan : Semua guru 4.6 UNIT BANTUAN DAN KEBAJIKAN MURID 4.6.1 Pn. Siti Nur Fatihah menjelaskan program di bawah Unit Bantuan dan Kebajikan Murid


5 ialah Program Back To School tajaan daripada Yayasan Sime Darby. Sumbangan yang akan disampaikan berupa beg sekolah dan voucer bernilai RM 100 untuk membeli barangan keperluan sekolah. Seramai 117 orang murid yang pendapatan keluarga di bawah RM 3000 telah terpilih menerima sumbangan tersebut. Pihak Yayasan Sime Darby akan menyerahkan sumbangan pada 17/04/2023 bersamaan hari Isnin. 4.6.2 Program Sumbangan anak yatim dan murid asnaf akan dijalankan pada 18/04/2023 bersamaan hari Selasa semasa Majlis Khatam Al-Quran. 4.6.2 Program Sumbangan Seikhlas Hati pula akan dilaksanakan apabila terdapat murid yang mengalami musibah. Unit Bantuan dan Kebajikan Murid akan membuat kutipan sumbangan sejurus dimaklumkan tentang perkara tersebut. 4.6.3 Pn. Siti Nur Fatihah seterusnya menyatakan Program Sambutan Hari Kanak- Kanak akan dijalankan pada bulan November. 4.6.4 Ustaz Mohamad Faizal memberitahu bahawa beliau telah menerima sumbangan daripada pihak luar untuk disumbangkan kepada murid anak yatim dan murid asnaf sebanyak RM 2000. Tindakan AJK Unit Bantuan & Kebajikan Murid 4.7 UNIT KESELAMATAN 4.7.1 En. Mohd Rosli membentangkan program yang telah dirancang di bawah Unit Keselamatan adalah seperti berikut: 1. Latihan Kebakaran. 2. Program Basikal Selamat. Program ini khusus kepada murid-murid yang datang ke sekolah menunggang basikal. 3. Program Keselamatan Jalan Raya. 4.7.2 Beliau seterusnya menyatakan hasrat untuk mengadakan penambahan program dan akan memaklumkan kemudian setelah dapat mengenalpasti program yang sesuai dan ada keperluan. 4.7.3 Program Unit Keselamatan yang telah dilaksanakan ialah Taklimat Keselamatan. Program ini akan dijalankan secara berkala. 4.7.4 En. Mohd Rosli menyatakan hasrat ingin mendapatkan kerjasama daripada Unit Polis Trafik ketika menjalankan Program Keselamatan Jalan Raya. 4.7.5 Ustaz Mohamad Faizal mencadangkan penambahbaikan pelaksanaan program hendaklah selaras antara sesi pagi dan sesi petang. Tindakan : AJK Unit Keselamatan 4.8 UNIT KESIHATAN 4.8.1 Ustazah Rohaya menyatakan program Unit Kesihatan yang akan dilaksanakan ialah 1. Program Rambut Bebas Kutu bertarikh 14/07/2023 (Jumaat) 2. Program Kenali Makanan Rosak dan Basi khusus kepada murid Tahun 1. 4.8.2 Ustazah Rohaya memaklumkan jururawat yang akan menjalankan pemeriksaan kesihatan murid Tahun 1 akan datang mengadakan sesi pemeriksaan pada bulan Ogos 2023. Maklumat murid di dalam sistem e-RKM perlu dikemaskini sebelum pemeriksaan dijalankan. Memandangkan murid Tahun 1 belum selesai menjalani Program Transisi maka guru-guru kelas Tahun 1 boleh melengkapkan maklumat murid di dalam sistem e-RKM setelah selesai Minggu Transisi selepas murid Tahun 1 berada di dalam kelas sebenar. Tindakan : AJK Unit Kesihatan/Guru Kelas Tahun 1 4.8.3 Bermula Tahun 2023 pihak pengurusan Klinik Kesihatan meminta pihak sekolah melengkapkan maklumat murid Prasekolah dan murid Tahun 6 melalui sistem online yang


6 telah disediakan sebelum mereka menjalankan pemeriksan kesihatan. Sehubungan itu Unit Kesihatan akan meminta guru-guru Prasekolah dan guru-guru Tahun 6 untuk melengkapkan maklumat yang dikehendaki selepas cuti Hari Raya Aidil Fitri. Tindakan : AJK Unit Kesihatan/ Guru Prasekolah dan Guru-guru Tahun 6 4.9 UNIT KANTIN 4.9.1 Ustazah Halimah memaklumkan Program Orientasi Kantin sesi pagi telah dijalankan pada pagi tadi. Hasil pemantauan didapati meja makan untuk murid Tahun 5 dan Tahun 6 tidak mencukupi. Murid yang tidak mendapat tempat duduk pada waktu rehat terpaksa duduk untuk makan di Dewan Terbuka. Murid sesi petang pula akan menjalani Program Orientasi Kantin pada petang ini. 4.9.2 Program seterusnya ialah Program Kenali Makanan Rosak dan Basi, Program Amalan Hidup Sihat dan Program Motivasi. 4.9.3 Ustazah Halimah seterusnya mencadangkan supaya pengusaha kantin menyenaraikan menu makanan guru beserta harga dan pamerkan di bilik makan guru. Pengusaha kantin juga dicadangkan supaya menyenaraikan menu makanan murid beserta harga dan pamerkan di satu sudut yang sesuai. 4.9.5 Ustazah Junariah meminta kepastian berkenaan amalan membersihkan meja selepas makan yang telah diamalkan sebelum ini sama ada diteruskan atau sebaliknya. 4.9.6 Ustaz Mohamad Faizal memaklumkan amalan tersebut perlu diteruskan dan beliau akan berbincang bersama pengusaha kantin. 4.9.7 Ustaz Mohamad Faizal menjelaskan beliau akan berbincang bersama guru besar untuk mengatur waktu rehat murid daripada 2 sesi kepada 3 sesi supaya murid-murid dapat makan pada waktu rehat dengan selesa. Keselesaan murid-murid perlu diutamakan disamping mengelakkan salah faham daripada ibu bapa yang menganggap pihak sekolah mengabaikan hak murid-murid. Tindakan: AJK Unit Kantin 4.10 UNIT KWAPM 4.10.1 Ustazah Junariah menjelaskan murid yang layak menerima bantuan KWAPM bagi Tahun 2023 akan dipilih secara automatik melalui sistem APDM. Buat masa ini senarai nama murid yang terpilih menerima bantuan KWAPM tidak dapat disemak lagi memandangkan aplikasi KWAPM belum dibuka. 4.10.3 Beliau seterusnya memaklumkan bilangan murid berkeperluan khas yang layak menerima bantuan EMK pada Tahun 2023 seramai 3 orang. Seorang daripada mereka merupakan murid baharu menerima bantuan EMK pada tahun ini dan ibu murid murid tersebut telah menghantar dokumen yang diperlukan untuk diproses. Tindakan: AJK Unit KWAPM 4.11 UNIT PENCEGAHAN DENGGI 4.11.1 Pn. Nur Edayu menyatakan Program Unit Pencegahan Denggi yang telah dirancang seperti berikut : 1. Mengadakan ceramah ringkas mengenai demam denggi. 2. Menyediakan bahan edaran berkaitan demam denggi dan akan diagih ke semua kelas untuk dipamerkan pada papan kenyataan. 3. Pelantikan Skuad Denggi yang terdiri daripada 20 orang murid sesi pagi dan 10 orang sesi petang 4. Program Cikgu Mu Cantik bersama Skuad Denggi akan dilaksanakan setiap bulan 4.11.2 Ustaz Mohamad Faizal memaklumkan Unit HEM perlu menghantar laporan Program


7 Bebas Denggi Sekolah ke PPD melalui pautan yang disediakan pada setiap 5 haribulan bermula April 2023 dan beliau telah mengambil tindakan. Tindakan : AJK Unit Pencegahan Denggi 4.12 GURU PENYAYANG 4.12.1 Pn. Muziatilasma membentangkan program di bawah Unit Guru Penyayang iaitu Program Mentor Mentee. Program ini akan dijalankan secara berfokus di mana hanya murid-murid terpilih sahaja yang terlibat berdasarkan beberapa kriteria seperti murid yang menghadapi masalah kehadiran dan masalah tidak menyiapkan kerja sekolah tetapi tidak termasuk murid pemulihan. 4.12.2 Guru kelas akan diminta menyenaraikan nama-nama murid yang mengalami masalah tersebut manakala guru yang terlibat menjadi mentor pula adalah guru yang terpilih sahaja. 4.12.3 Program Mentor Mentee ini akan mula dilaksanakan pada bulan Jun hingga November 2023 manakala laporan perlu dihantar sebanyak 2 kali dalam setahun. 4.12.4 Program seterusnya ialah Sambutan Hari Lahir. Sambutan Hari Lahir bagi murid-murid yang lahir pada bulan Februari hingga Mei akan disambut selepas cuti Hari Raya Aidil Fitri. Sambutan Hari lahir bagi murid yang lahir pada bulan Jun hingga Ogos pula akan disambut semasa Program Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Program ini akan dijalankan 3 kali setahun dan murid-murid yang terlibat digalakkan membawa makanan semasa majlis tersebut. 4.12.5 Program yang telah dijalankan pula ialah Pelancaran Program Jom ke Sekolah yang telah dilaksanakan pada 27/3/2023 bergabung bersama Pelancaran Program Ziarah Cakna. Melalui Program Jom ke Sekolah Unit Guru Penyayang telah memilih 10 orang murid sesi pagi dan 10 orang murid sesi petang yang datang paling awal ke sekolah untuk diberi hadiah sebagai tanda penghargaan dan motivasi. 4.12.6 Pn. Muziatilasma mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Pn. Hjh Suminah kerana memberi sumbangan cenderamata untuk dihadiahkan kepada murid- murid sempena Program Jom ke Sekolah. 4.12.7 Beliau seterusnya menyatakan akan memberi penghargaan kepada murid-murid yang hadir penuh ke sekolah semasa Program Sambutan Hari Kanak-kanak. Tindakan : AJK Unit Guru Penyayang 4.13 INSURAN TAKAFUL 4.13.1 Ustazah Junariah memaklumkan setakat ini tidak ada murid yang membuat tuntutan insuran. Tindakan : Makluman / AJK Unit Insuran Takaful 4.14 UNIT PPDa 4.14.1 Pn. Hjh Noryana memaklumkan Program Pelancaran PPDa telah ditangguhkan dan akan dilaksanakan pada 08/05/2023. Pada hari tersebut unit PPDa juga turut mengadakan pameran dengan kerjasama Agensi Dadah. Tindakan : AJK Unit PPDa 4.15 UNIT IMPIAN SEGAR 4.15.1 Puan Azilawati meminta supaya lampu di dalam Impian Segar guru perempuan yang sudah tidak berfungsi ditukar kepada lampu yang baharu. 4.15.2 Beliau mencadangkan supaya tandas murid dicuci sebanyak tiga kali sehari


8 terutamanya tandas murid lelaki. 4.15.3 Beliau juga mencadangkan untuk menyediakan jadual pembersihan tandas. Pekerja perlu membuat catatan setelah selesai membersihkan tandas. 4.15.4 Pn. Hajah Suminah menyatakan hasrat ingin membuat program naik tandas murid pada tahun ini. 4.15.4 Ustazah Junariah mencadangkan agar Unit Impian Segar mengadakan taklimat tatacara penggunaan dan penjagaan tandas secara berkala. 4.15.5 Ustazah Sarimah menyatakan murid-murid sesi petang sering diingatkan oleh guru bertugas tatacara penggunaan tandas dengan betul. 4.15.5 En. Mohd Rosli mencadangkan supaya peralatan mencuci tandas yang disimpan di tandas guru lelaki dialih ke tempat lain yang lebih sesuai. 4.15.6 Ustaz Mohamad Faizal maklum tentang perkara tersebut dan akan meminta pekerja pembersihan mengambil tindakan. Tindakan : AJK Unit Impian Segar 4.16 UNIT RMT 4.16.1 Pn. Nurul Najieha memaklumkan bilangan murid yang menerima RMT pada Tahun 2022/2023 seramai 11 orang. Manakala pada tahun ini berlaku penambahan iaitu seramai 35 orang. 4.16.2 Penambahan berlaku daripada kalangan murid Tahun 1 dan murid cicir. Hal ini kerana perkapita yang telah ditetapkan sebelum ini agak rendah manakala perkapita pada tahun ini dinaikkan kepada RM 310. 4.16.3 Pn. Nurul Najieha menyatakan hasrat untuk menyediakan dua buah meja makan kepada murid RMT dan perkara ini telah dimaklumkan kepada Ustazah Halimah selaku Ketua Unit Kantin. 4.16.4 Beliau seterusnya berhasrat untuk membuat carta organisasi dalam kalangan murid RMT supaya AJK yang dilantik boleh membantu mengenalpasti kehadiran murid untuk memudahkan pengusaha kantin menyediakan makanan. 4.16.5 Ustazah Sarimah memberi pendapat pelantikan AJK dari kalangan murid sesi petang agak kurang sesuai memandangkan mereka masih kecil sebaiknya guru RMT perlu memantau kehadiran mereka. 4.16.6 Pn. Hjh. Suminah mencadangkan supaya guru bertugas turut membantu memantau murid yang menerima bantuan RMT. 4.16.5 Pn. Nurul Najieha seterusnya mencadangkan untuk menghias meja makan murid RMT. Tindakan : AJK Unit RMT 4.17 KELAB PENCEGAHAN JENAYAH 4.17.1 En. Mohd Syafie menjelaskan beliau akan melaksanakan aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah seperti yang telah dirancang oleh ketua Kelab Penjegahan Jenayah sebelum ini. 4.17.2 Beliau akan turut melaksanakan program seperti berikut: 1. Kempen Zero Vendalisme. 2. Kempen Say No To “Buli” Tindakan : AJK Unit Pencegahan Jenayah 4.18 UNIT BENCANA ALAM 4.18.1 Pn. Hjh Noryana memaklumkan setakat ini tiada lagi bencana alam yang berlaku yang memerlukan beliau mengambil tindakan. 4.18.2 Ustaz Mohamad Faizal maklum akan perkara tersebut dan menyatakan jenis-jenis


9 bencana alam seperti banjir, jerebu dan sebagainya. Tindakan : AJK Unit Bencana Alam 4.19 UNIT DATA 4.19.1 En. Hamin menyatakan maklumat terkini bagi murid yang berpindah masuk dan berpindah keluar telah dikemaskini dalam sistem APDM. 4.19.2 Beliau menjelaskan mengenai pengemaskinian data oleh ibu bapa setakat ini masih pada tahap 80%. 4.19.3 Beliau turut memaklumkan terdapat ralat pada data murid dalam sistem APDM yang memerlukan guru kelas mengambil tindakan . Sehubungan itu guru kelas dikehendaki memaklumkan kepada ibu bapa murid yang telibat supaya mengemaskini maklumat dalam sistem APDM atau guru kelas sendiri mengemaskini maklumat tersebut. 4.19.4 En. Hamin akan mencetak data yang mengandungi ralat dan akan diserahkan kepada guru kelas untuk diambil tidakan. 4.19.5 Ustaz Mohamad Faizal meminta En. Hamin memberitahu semua guru kelas mengenai perkara ini semasa taklimat guru pada hari Selasa minggu hadapan. Tindakan : AJK Unit Data 4.20 KEDAI BUKU 4.20.1 Ustaz Mohamad Faizal memaklumkan tender kedai buku akan berakhir pada 30 Oktober 2023 namun pengusaha kedai buku ingin melanjutkan perkhidmatan mereka untuk tempoh setahun lagi sehingga 30 Oktober 2024. 4.20.2 Ustaz Mohamad Faizal juga turut menjelaskan sepanjang dua tahun kedai buku beroperasi pihak sekolah mendapati perkhidmatan mereka sangat baik. 4.20.3 Ustaz Mohamad Faizal meminta pendapat daripada ahli mesyuarat sama ada bersetuju menerima pelanjutan tender kedai buku sehingga 30 Oktober 2024 atau sebaliknya. 4.20.4 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju menerima pelanjutan tender kedai buku sehingga 30 Oktober 2024. Makluman 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PROGRAM DAN KERTAS KERJA - TIADA 6.0 HAL-HAL LAIN 6.1 Puan Azilawati menyatakan beliau mendapat maklumat seorang murid daripada kelas 3 Utarid telah dipindahkan ke kelas 3 Bumi dan beliau memohon penjelasan tentang perkara ini. 6.2 Pn. Hajah Suminah memaklumkan pertukaran kelas murid tersebut atas kebenaran beliau dengan beberapa alasan tertentu. Tindakan : Makluman 6.3 Ustazah Junariah meminta pendapat berkaitan pendapatan ibu bapa murid asnaf yang direkodkan berbeza di dalam sistem APDM dengan borang permohonan bantuan. Maklumat manakah yang boleh digunapakai. 6.4 Ustaz Mohamad Faizal menjelaskan supaya mengambil maklumat yang terkini antara keduanya. Tindakan : AJK Unit Bantuan dan Kebajikan Murid


10 6.5 En. Mohd Rosli memberi pandangan agar pemilihan tokoh kanak-kanak yang akan datang dinilai menggunakan borang baharu yang terkini. 6.6 Ustaz Mohamad Faizal menerima pandangan tersebut dan meminta AJK Unit Bantuan Murid untuk mengambil Tindakan. Tindakan : AJK Unit Bantuan dan Kebajikan Murid 6.7 Pn. Nur Edayu meminta penjelasan berapa lamakah pihak sekolah boleh memberi cuti kepada murid yang menghidapi penyakit berjangkit sekiranya tempoh cuti yang diberikan oleh doktor telah tamat. 6.8 Ustaz Mohamad Faizal menjelaskan hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan dan menentukan bilangan hari murid diberi cuti. 6.9 Pn. Hjh. Suminah juga turut menjelaskan di mana guru kelas boleh menghubungi ibu bapa dan meminta supaya anak mereka direhatkan sehingga sihat sepenuhnya. Tindakan : Semua Guru Kelas 7.0 PENUTUP 7.1 Pn. Hajah Suminah mengharapkan semua ketua unit dapat melaksanakan tangungjawab dan amanah yang diberi dengan sabaik mungkin. Semoga kita sekeluarga akan diberi keberkatan hasil kerja yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan. 7.2 Ustaz Mohamad Faizal mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua ketua unit dan mengharapkan semoga segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut perancangan. AJK boleh berjumpa beliau sekiranya ingin berbincang atau memberi pandangan pada bila-bila masa. 7.3 Ustaz Mohamad Faizal mengakhiri mesyuarat Unit HEM dengan meminta semua yang hadir membaca Surah al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.52 petang. Urus Setia, Setiausaha HEM 2023 SK Saujana Impian, SBT 28 Ogos 2023


Click to View FlipBook Version