SK SAUJANA IMPIAN
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI, KPM
PERSIARAN IMPIAN PERDANA,SAUJANA IMPIAN
43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN
MINIT MESYUARAT UNIT HEM
BIL 2/2022
_________________________________________________________________________
TARIKH : 30hb Jun 2022
HARI : Khamis
MASA : 12.40 tengah hari – 2.00 petang
TEMPAT : Kamar Saujana
_________________________________________________________________________
HADIR
1. Ustaz Mohamad Faizal bin Tukijan PK HEM
2. Ustazah Junariah binti Tairin Setiausaha HEM
3. Pn. Hjh Noryana binti Mahat Ketua Unit B&K
4. Pn. Siti Asbah binti Bahraldin Ketua Unit Kebajikan Murid
5. Pn. Muziatilasma binti Muhammad Ketua Unit Guru Penyayang
6. Pn. Hasnafizah binti Che Soh S/U Unit Penyayang
7. En. Mohd Syafie bin Azmi Ketua Unit Disiplin
8. En. Mohd Rosli bin Abdullah Ketua Unit Keselamatan
9. Pn. Warisah binti Mohd Daud S/U Unit PPDa
10. Pn. Siti Asiah binti Idris Ketua Unit SPBT
11. Pn. Juliana binti Ahmad Zhuki Ketua Unit Pengawas
12. Ustz. Thohirah binti Mohamed
13. En. Mohd Zaidi bin Sulaiman Ketua Unit Pencegahan Denggi
14. Ustzh Khairiah binti Husin
15. Ustzh. Saidah binti Ibrahim Ketua Guru Penasihat Kelab KPJ
16. Pn. Nurul Najieha binti Md Zaid
17. Ustzh Rohaya binti Md Zin Ketua Unit Kebersihan
18. Pn. Rosmiza binti Ismail Ketua Unit KWAPM
19. En Nik Iruansafawi bin Nik Chik Ketua Unit RMT
20. Ustazah Kamariah binti Sulong Ketua Unit Kesihatan
S/U Unit Takaful
Ketua Unit Impian Segar
Ketua Unit Kantin
TIDAK HADIR (BERSEBAB) Guru bertugas
Kuarantin
1. Pn. Mawar binti Sarif – Naib Setiausaha HEM
2. En. Hamin bin Ahmad – Guru Data
1
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI :USTAZ MOHAMAD FAIZAL BIN TUKIJAN (PK HEM)
1.1 Ustaz Mohamad Faizal mengucapkan salam kepada semua ketua dan setiausaha
sub unit HEM. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua dan mengucapkan
terima kasih atas kehadiran dalam mesyuarat Unit HEM Bil 2/2022.
1.2 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan meminta guru-guru membaca Surah
Al-Fatihah semoga perjalanan mesyuarat pada hari ini diberkati.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Setiausaha Unit HEM membentangkan minit mesyuarat Unit HEM Bil.1 / 2022
tanpa sebarang pindaan.
2.2 Dicadangkan oleh : En. Nik Iruansafawi bin Nik Chik
Disokong tanpa pindaan : En. Mohd Zaidi bin Sulaiman
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara 4.5.6 ~ Ustaz Mohamad Faizal mengingatkan sekiranya berlaku kes
salah laku sila rujuk terlebih dahulu kepada Unit Disiplin dan bukannya Unit
Bimbingan dan Kaunseling
Tindakan : Makluman
4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 UNIT DISIPLIN
4.1.1 Ustaz Mohamad Faizal meminta pandangan cara untuk meningkatkan tahap
disiplin murid.
4.1.2 En. Mohd Zaidi mencadangkan supaya Unit Disiplin menjemput ajk PIBG iaitu
ASP Sufian untuk memberi maklumat yang berkaitan dengan disiplin.
4.1.3 Ustaz Mohamad Faizal bersetuju dengan cadangan tersebut dan memberi
pandangan juga supaya menjemput Pegawai Polis PPS selain ASP Sufian.
4.2.4 Ustaz Mohamad Faizal seterusnya meminta En. Mohd Syafie menyediakan
garis panduan contoh rambut murid lelaki dan disebarluaskan melalui aplikasi
“Whats App” kelas supaya ibu bapa dapat mengambil tindakan.
4.2.5 Beliau mengingatkan Unit Disiplin supaya menyebarluaskan berkaitan
peraturan sekolah secara berkala kerana hal ini perlu di laporkan dalam sistem
SKPMG2.
4.2.6 Beliau juga mengingatkan supaya buku peraturan sekolah perlu ditambahbaik
dengan merujuk pekeliling terlebih dahulu.
4.2.7 En. Mohd Zaidi menjelaskan sejak kebelakangan ini murid perempuan suka
membawa cermin muka ke sekolah dan mengganggu sesi PDPC kerana
mereka kerap melihat cermin pada waktu tersebut.
4.2.8 Ustaz Mohamad Faizal meminta supaya murid-murid dimaklumkan tentang
larangan membawa cermin muka ke sekolah sewaktu perhimpunan pagi.
Sekiranya terdapat murid perempuan yang masih membawa juga guru boleh
merampas cermin muka tersebut.
Tindakan : AJK Unit Disiplin
2
4.2 UNIT PENGAWAS
4.2.1 Pn. Juliana memaklumkan Program Kepimpinan Pengawas yang dicadangkan
pada 27/08/2022 bersamaan hari Sabtu sedang dalam perancangan.
4.2.2 Ustaz Mohamad Faizal memaklumkan terdapat ibu bapa yang mencadangkan
agar baju pengawas murid perempuan ditukar kepada baju kurung.
4.2.3 Ustaz Mohamad Faizal juga mencadangkan supaya ada ketetapan berkaitan
dengan pakaian pengawas. Maklumkan dalam surat pelantikan tentang pakaian
pengawas yang telah ditetapkan. Sekiranya ibu bapa tidak bersetuju dengan
ketetapan tersebut mereka boleh menolak daripada menerima jawatan sebagai
pengawas.
Tindakan : AJK Unit Pengawas
4.3 UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
4.3.1 Pn. Hjh. Noryana memaklumkan program di bawah Unit B&K telah dilaksanakan
mengikut perancangan. Program Kepimpinan PRS pula akan dilaksanakan pada
hari persekolahan iaitu hari Rabu mengikut tarikh yang akan ditetapkan.
4.3.2 Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN) akan dilaksanakan pada 24/07/2022.
Bekas guru SKSI yang telah bersara akan dijemput menyampaikan hadiah pada
hari sukan.
4.3.3 Beliau seterusnya memaklumkan murid yang hadir lewat ke sekolah perlu diberi
surat amaran. Beliau meminta Unit Disiplin menyediakan surat tersebut dan boleh
mula diserahkan kepada murid yang terlibat pada minggu hadapan.
Tindakan : AJK Unit Disiplin
4.3.4 Beliau menjelaskan melalui sesi kaunseling kelompok punca masalah murid yang
hadir lewat ke sekolah telah dikenalpasti. Segelintir ibu bapa yang masuk bekerja
lewat menyebabkan mereka menghantar anak-anak lewat.
4.3.5 Terdapat segelintir murid yang menghadapi gangguan emosi untuk menyesuaikan
diri dengan sesi PDPC kerana sepanjang PKP sesi pembelajaran secara atas
talian.
4.3.6 Pn. Muziatilasma menjelaskan terdapat kes melibatkan sentuhan fizikal di
kalangan murid sesi petang. Guru yang terlibat perlu merekod salahlaku ini dan
murid tersebut perlu dirujuk kepada Unit Disiplin terlebih dahulu sebelum dirujuk
kepada Unit B&K.
4.3.7 Beliau juga memaklumkan terdapat kes murid meminta duit rakan untuk membeli
pemadam. Ibu bapa telah dihubungi dan dimaklumkan tentang perkara ini dan ibu
bapa murid yang terlibat telah membayar semula wang tersebut.
4.3.8 Murid sesi petang yang hadir lewat agak ramai pada hari Jumaat kerana murid
dihantar ke sekolah selepas Solat Jumaat. Unit B&K akan membuat sesi
kaunseling kelompok ke atas murid yang hadir lewat melebihi 3 kali dan
pemantauan akan sentiasa dilaksanakan.
4.3.9 Ustaz Mohamad Faizal mengingatkan sekiranya terdapat murid yang beulang kali
melakakukan kesalahan sila kenalpasti samada murid tersebut menghadapi
masalah pendidikan khas atau lain-lain.
4.3.10 Pn. Hjh Noryana mencadangkan supaya seorang murid dari Tahun 4 Utarid
dirujuk kepada Pn. Azilawati untuk diambil tindakan bagi memastikan murid
tersebut menghadapi masalah pembelajaran atau lain-lain.
Tindakan : AJK Unit B&K
4.3.11 Pn. Muziatilasma mencadangkan supaya Pn. Azilawati dilantik menjadi AJK Unit
B&K.
Tindakan : Unit HEM
3
4.4 UNIT KEBERSIHAN
4.4.1 Ustazah Khairiah memaklumkan Program Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)
belum bermula. Beliau akan meminta pandangan daripada guru besar tarikh
pelaksanaan.
4.4.2 Tugas KSIB adalah membantu guru kelas untuk menwujudkan Taman Mini dan
menghias serta menceriakan kelas.
4.4.3 Ustaz Mohamad Faizal mencadangkan anugerah kepada kelas terbersih boleh
diberikan sijil penghargaan atau diberikan bintang. Johan keseluruhan akan
menerima piala pusingan.
4.4.4 Pn. Siti Asbah meminta kepastian sekiranya kelas sesi pagi dianugerahkan
sebagai kelas terbersih adakah sesi petang kelas yang berkongsi itu akan
menerima juga anugerah tersebut.
4.4.5 Ustaz Mohamad Faizal menjelaskan pemenang sesi pagi dan petang tidak
semestinya dari kelas yang sama. Penilai akan membuat penilaian mengikut sesi.
4.4.6 En. Mohd Rosli meminta penjelasan AJK KSIB perlu kekalkan yang lama atau
lantikan baharu.
4.4.7 Ustaz Mohamad Faizal meminta agar KSIB dikekalkan AJK yang sedia ada.
Tindakan : Makluman / AJK Unit Kebersihan
4.5 UNIT PPDa
4.5.1 Pn. Hjh Noryana menjelaskan Program Unit PPDa telah dilaksanakan mengikut
perancangan.
1. Pelancaran Bulan Anti Dadah telah dilaksanakan pada bulan Mac.
2. Pertandingan Doodle Art.
3. Program 5 minit Anti Dadah akan dilaksanakan bermula bulan Julai sebelum
perhimpunan rasmi pada hari Isnin.
Tindakan : AJK Unit PPDa
4.6 UNIT PENCEGAHAN DENGGI
4.6.1 Ustazah Thohirah memaklumkan beliau akan menyediakan pamplet berkaitan
denggi untuk setiap kelas.
4.6.2 Pelantikan Skuad Denggi akan dilaksanakan pada bulan September yang terdiri
daripada murid Tahun 3 bagi sesi petang dan murid Tahun 6 bagi sesi pagi.
4.6.3 Ustaz Mohamad Faizal memaklumkan pihak Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia akan mengadakan program Motivasi dan Pendidikan Denggi bersama
murid-murid SKSI sesi pagi pada 22/07/2022 bersamaan hari Jumaat.
4.6.4 Ustaz Mohamad Faizal seterusnya mencadangakan supaya mengadakan
program yang berkaitan denggi dan disebarkan kepada murid-murid semasa
perhimpunan pagi dalam tempoh masa sebulan sekali atau mengikut kesesuaian.
Tindakan : AJK Unit Pencegahan Denggi
4.7 UNIT KESELAMATAN
4.7.1 En. Mohd Rosli menjelaskan latihan kebakaran yang dirancang sebelum ini tidak
dapat dilaksanakan kerana cuaca hujan pada hari tersebut. Cadangan tarikh pada
minggu hadapan mengikut kesesuaian kerana murid-murid sekarang ini sedang
dalam latihan sukan.
4.7.2 Ustaz Mohamad Faizal mengingatkan agar Program Latihan Kebakaran
dilaksanakan juga pada sesi petang.
4
4.7.3 Beliau seterusnya mencadangkan agar Unit Keselamatan mengadakan juga
Program Cara Menangani Haiwan Berbisa dengan kerjasama JPAM.
Tindakan : AJK Unit Keselamatan
4.8 UNIT KESIHATAN
4.8.1 Ustazah Rohaya menyatakan program Unit Kesihatan yang akan dilaksanakan
antaranya :
1. Program Rambut Bebas Kutu bertarikh 15/07/2022 (Jumaat)
2. Program Kenali Makanan Rosak dan Basi bertarikh 30/09/2022.
3. Program Jom Minum Air Kosong dilaksanakan setiap hari Jumat.
4.8.2 Ustazah Rohaya mencadangkan Program Kenali Makanan Rosak dan Basi akan
diawalkan pelaksanaannya pada bulan Ogos memandangkan tarikh asalnya agak
lewat.
4.8.3 Beliau seterusnya memaklumkan berkenaan suntikan murid Tahun 1 masih belum
mendapat tarikh daripada pihak Klinik kesihatan.
4.8.4 Bilik Sains 1 akan dijadikan tempat murid Tahun 1 menerima suntikan.
4.8.5 Pn. Juliana memberi pandangan berkaitan tarikh Program Rambut Bebas kutu
adalah tarikh yang sama murid menjalani latihan sukan dan kurang bersesuaian.
4.8.6 Ustazah Rohaya bersetuju untuk menunda program tersebut pada tarikh lain yang
bersesuaian.
Tindakan : AJK Unit Kesihatan
4.9 UNIT KANTIN
4.9.1 Ustazah Kamariah memaklumkan beliau telah menyediakan Jadual Tugasan
Pemantauan Kantin oleh AJK Unit Kantin dan pemantauan telah pun dijalankan.
4.9.2 Beliau seterusnya mencadangkan akan mengadakan pertandingan meja makan
terbersih selepas cuti Hari Raya Aidil Adha. Borang penilaian akan disediakan kelak.
4.9.3 Beliau juga memberitahu bilangan kain lap meja makan sudah ditambah oleh
pengusaha kantin.
4.9.4 Ustaz Mohamad Faizal meminta supaya mengenalpasti semula bilangan kain lap
meja makan murid mencukupi atau tidak. Sekiranya tidak mencukupi diharap ajk
Unit Kantin mengambil tindakan yang sewajarnya.
Tindakan AJK Unit Kantin
4.10 UNIT KWAPM
4.10.1 Ustazah Saidah menjelaskan beliau belum lagi menerima senarai nama murid yang
layak menerima bantuan KWAPM bagi Tahun 2022.
4.10.2 Penyerahan bantuan KWAPM bagi sesi 2021 adalah secara dikreditkan ke dalam
akaun murid atau ibu bapa. Penyerahan pada tahun ini belum dapat dipastikan lagi
dan sedang menunggu surat makluman.
Tindakan AJK Unit KWAPM
4.11 UNIT IMPIAN SEGAR
4.11.1 En. Nik Iruansafawi menyatakan Impian Segar dalam keadaan baik dan tiada
kerosakan selain pintu tandas murid lelaki.
4.11.2 Pintu tandas murid lelaki yang rosak sebelum ini belum dibaikpulih dan tindakan
akan diambil apabila pihak sekolah mengadakan aktiviti gotong royong.
4.11.3 Beliau juga mencadangkan dinding Impian Segar Murid di cat supaya kelihatan lebih
bersih dan selesa.
5
4.11.4 Ustaz Mohamad Faizal mencadangkan supaya Impian Segar Murid Perempuan di
tambah. Cadangan Impian Segar Murid Perempuan ialah di sebelah Bilik Saujana
Mesra. Sebelum ini murid lelaki telah menggunakan Impian Segar tersebut dan
selepas ini mereka akan menggunakan Impian Segar yang terletak bersebelahan
dengan kelas 6 Bumi.
4.11.5 Ustaz Mohamad Faizal juga mencadangkan agar Unit Impian Segar mengadakan
taklimat Cara Penjagaan Impian Segar secara berkala.
4.11.6 AJK Unit Impian Segar juga boleh mendapatkan maklumbalas berkaitan Impian
Segar daripada murid-murid dan tindakan boleh diambil sekiranya ada
ketidakpuasan hati daripada mereka.
Tindakan : AJK Unit Impian Segar
4.11.7 Ustaz Mohamad Faizal seterusnya memaklumkan pihak sekolah dengan kerjasama
PIBG berhasrat untuk menaik taraf Impian Segar Murid dengan menyediakan tandas
duduk supaya murid lebih selesa.
Tindakan : Makluman
4.12 UNIT RMT
4.12.1 Pn. Nurul Najieha memaklumkan pengusaha kantin telah meletakkan makanan RMT
di atas meja yang telah di khaskan seperti yang telah dicadangkan, tetapi terdapat
murid selain murid yang menerima RMT telah mengambil makanan tersebut.
4.12.2 Pengusaha kantin meminta murid yang menerima RMT mengambil sendiri makanan
daripada mereka.
4.12.3 Pengusaha kantin telah menyediakan menu makanan RMT berasaskan nasi setiap
hari selepas menerima aduan menu mee yang disediakan sebelum ini tidak
menepati citarasa.
4.12.4 Ustaz Mohamad Faizal mengingatkan supaya membuat laporan sekiranya terdapat
sebarang aduan.
Tindakan : AJK Unit RMT
4.13 INSURAN TAKAFUL
4.13.1 Ustaz Mohamad Faizal meminta Pn. Rosmiza mendapatkan maklumat berkaitan
Insuran Takaful daripada Pn. Nordina dan dapatan tersebut boleh dimaklumkan
dalam mesyuarat seterusnya atau kepada semua guru untuk makluman
Tindakan : Setiausaha Unit Insuran Takaful
4.14 UNIT SPBT
4.14.1 Pn. Siti Asiah memaklumkan semua murid telah menerima buku teks.
4.14.2 Beliau seterusnya memberitahu terdapat segelintir murid-murid Tahun 1 yang
tidak tahu cara menjaga buku teks dengan sebaiknya. Terdapat ibu bapa murid
Tahun 1 yang menghubungi guru kelas untuk memaklumkan anak mereka
kehilangan buku teks.
Tindakan : AJK Unit SPBT
4.15 UNIT KPJ
4.15.1 En. Mohd Zaidi menjelaskan beliau akan berbincang bersama En. Mohd Syafie
selaku Ketua Unit Disiplin berkaitan aktiviti yang sesuai untuk Program Unit KPJ.
Tindakan : AJK Unit KPJ
4.16 UNIT BANTUAN DAN KEBAJIKAN MURID
6
4.16.1 Pn. Siti Asbah melaporkan antara Program Unit Bantuan dan Kebajikan seperti
berikut:
1. Bantuan Awal Persekolahan telah dilaksanakan sebanyak 2 kali. Fasa pertama
seramai 73 orang murid yang layak menerima dan terdiri daripada murid-murid
Tahun 2 hingga Tahun 6 sesi 2021/2022. Serahan dibuat secara pandu lalu.
Manakala fasa kedua seramai 20 orang murid yang layak menerima dan
terdiri daripada murid-murid Tahun 1 sesi 2022/2023. Ibu bapa diminta hadir ke
pejabat sekolah untuk menerima bantuan.
2. Sumbangan duit raya kepada murid asnaf dan anak yatim telah dilaksanakan
pada bulam April. Jumlah kutipan sebanyak RM 15,349 dan seramai 128 orang
murid telah menerima sumbangan tersebut.
3. Sumbangan berupa makanan kering serta duit raya daripada Pertubuhan Ikram
dan seramai 15 orang keluarga berpendapatan RM 1500 ke bawah telah terpilih
menerima sumbangan tersebut. Sumbangan diserahkan secara pandu lalu.
4. Sumbangan duit raya untuk anak-anak yatim tajaan seorang ibu daripada murid
SKSI.
5. Sumbangan Seikhlas Hati telah diberikan kepada adik Muhammad Afif Ifwat bin
Hafiz Hazaimie yang telah kehilangan ibunya.
Tindakan : AJK Unit Bantuan dan Kebajikan Murid
4.16.2 Ustaz Mohamad Faizal meminta penjelasan bagaimanakah tindakan Unit Bantuan
sekiranya murid yang telah menerima BAP didapati pendapatan keluarganya
meragukan.
4.16.3 Pn. Siti Asbah menjelaskan Unit Bantuan tidak boleh mengambil sebarang tindakan
kerana maklumat pendapatan ibu bapa murid dirujuk melalui sistem APDM.
Tindakan : Makluman
4.17 GURU PENYAYANG
4.17.1 Pn. Muziatilasma memaklumkan Unit Guru Penyayang akan melaksanak 3 program
iaitu:
1. Program Jom ke Sekolah. Bermula bulan Julai AJK Unit Guru Penyayang akan
memilih 5 orang murid yang hadir ke sekolah paling awal dari sesi pagi dan
petang untuk diberi cenderahati. Program akan dilaksanakan sebulan sekali.
2. Program Mento mentee. Program ini akan dilaksanakan pada hari Jumaat bagi
sesi pagi manakala hari Selasa atau Khamis bagi sesi petang. Sesi petang tidak
dapat dijalankan pada hari Jumaat memandangkan guru-guru lelaki menunaikan
Solat Jumaat.
3. Program Sambutan Hari Lahir. Program ini dijalankan dua bulan sekali.
4.17.2 Pn. Muziatilasma menyatakan ramai ibu bapa yang menyumbangkan makanan
untuk murid-murid tetapi timbul masalah tiada pinggan, sudu dan lain-lain.
4.17.3 Beliau mencadangkan supaya ibu bapa memberi sumbangan makanan berupa kek
cawan atau goodies.
4.17.4 Pn. Juliana mencadangkan supaya tambahkan makluman berkaitan pinggan, sudu
dan lain-lain dalam info yang akan diedarkan kepada ibu bapa.
4.17.5 Ustazah Thohirah mencadangkan semasa sambutan hari lahir minta semua murid
yang lahir pada bulan tersebut naik ke atas pentas untuk sama-sama meraikan bagi
mengelakkan perasaan kecil hati sekiranya hanya murid yang membawa kek sahaja
yang dijemput ke atas pentas.
4.17.6 Pn. Muziatailasma menjelaskan bilangan murid terlalu ramai sekiranya semua murid
tersebut diminta naik ke atas pentas.
4.17.7 Ustaz Mohamad Faizal memohon supaya AJK Unit Guru Penyayang merancang
7
cara yang sesuai untuk mengadakan sambutan tersebut untuk mengelakkan
ketidakpuasan hati daripada mana-mana pihak.
4.17.8 Pn. Rosmiza meminta penjelasan berkaitan Program Jom ke Sekolah. Sekiranya
murid yang hadir paling awal ke sekolah seramai 10 orang adakah hadiah akan
diberi kepada semua murid atau memilih 5 orang sahaja seperti yang telah
ditetapkan.
4.17.9 Pn. Muziatilasma akan membincangkan semula perkara tersebut bersama AJK.
Tindakan : AJK Unit Guru Penyayang
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Ustaz Mohamad Faizal memaklumkan sekiranya guru-guru menghadapi sebarang
masalah berkaitan unit masing-masing atau ingin mengajukan pandangan boleh
berjumpa beliau pada bila-bila masa untuk berbincang.
Tindakan : Semua Ketua Unit
5.2 En. Mohd Zaidi mencadangkan supaya murid-murid membaca Surah Thaha ayat 1
hingga 5 sebelum masuk ke kelas semasa perhimpunan pagi setiap hari .
Tindakan : Guru Bertugas
6.0 PENUTUP
6.1 Ustaz Mohamad Faizal mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua ketua
unit kerana memberi kerjasama, menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan dan
beliau amat menghargainya.
6.2 Ustaz Mohamad Faizal mengakhiri mesyuarat Unit HEM dengan meminta semua
yang hadir membaca Surah al-Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.
Urus Setia,
______________________
Setiausaha HEM 2022
SK Saujana Impian, SBT
11 JULAI 2022
8