UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
LHE 3101 PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
BACELOR PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DENGAN KEPUJIAN (BPBMDK)
Disediakan oleh: Nur Hamizah binti Haratono (216325)
Nur Farah 'Izzati binti Shahrul Hanif (216291)
Pensyarah: Dr. Halimah binti Jamil
PENGENALAN..........................................................1-6
KEPENTINGAN AKTIVITI.....................................7-10
LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI........................11-19
RUMUSAN............................................................20-21
TEKS PIDATO......................................................22-26
Muka surat 1
Ucapan yang Syarahan kepada Bahasa Sanskrit:
disampaikan kepada umum berdasarkan padartha
topik tertentu yang
khalayak ramai, disampaikan oleh (inti pati, bahan)
ceramah yang seorang penyampai
membicarakan yang digelar sebagai
sesuatu perkara.
pemidato.
Bahasa Inggeris:
public speaking
Muka surat 2
Bertujuan
menyampaikan
idea berkenaan
sesuatu isu
kepada khalayak
dan dalam masa
yang sama untuk
meyakinkan
hadirin.
Muka surat 3
SALUTASI TAKRIFAN KESIMPULAN
ISI ISI
PEMBUKA ISI UTAMA PENUTUP
KATA (huraian+
contoh)
Muka surat 4
ISI PENYAMPAIAN BAHASA ADAB
Muka surat 5
Menentukan topik yang akan Memahami dan menghayati topik
disampaikan ketika berpidato. yang akan disampaikan. (latihan
Mengumpulkan bahan berpidato dilakukan)
maklumat berkaitan topik yang Menganalisis situasi pendengar dan
hendak disampaikan. persekitaran ketika berpidato.
Mempersembahkan pidato di
Mengembangkan kerangka
pidato. khalayak ramai.
Muka surat 6
Muka surat 7
Mempersembahkan Membolehkan murid Menyampaikan
pengacaraan berbincang dan maklumat tentang
menggunakan sebutan, berunding tentang sesuatu perkara dalam
intonasi, nada, gaya sesuatu perkara. pelbagai situasi.
dan bahasa badan
yang sesuai melalui Muka surat 8
teknik yang menarik
dan berkesan.
Membolehkan murid Membaca secara Menulis untuk
untuk mengulas sesuatu ekstensif pelbagai menghasilkan sesuatu
perkara, isu atau topik. bahan untuk penulisan secara
mengukuhkan terancang.
penggunaan bahasa
dan meluaskan Muka surat 9
pengetahuan bagi
pembangunan diri.
Mempersembahkan Mempersembahkan Membaca untuk
karya prosa, puisi dan maklumat secara lisan memproses maklumat
pelbagai tentang sesuatu daripada pelbagai
persembahan lain. perkara dalam bahan.
pelbagai situasi.
Muka surat 10
Muka surat 11
MINGGU 1
1.Agihan tajuk daripada pensyarah
kepada pasangan kumpulan.
2.Perbincangan mengenai tema yang
akan dipilih.
3.Perbincangan mengenai tajuk yang
bersesuaian dengan tema yang dipilih.
Muka surat 12
MINGGU 2-3
1.Membincangkan idea pengolahan teks
melalui sumber-sumber Internet, rujukan
Kamus Dewan Bahasa.
2.Pengolahan teks (definisi, isi yang berkaitan,
penutup).
3.Perbincangan tentang pengenalan dan
kepentingan berpidato.
Muka surat 13
MINGGU 4
1.Perbincangan tentang teknik
penyampaian pidato.
2.Berjumpa dengan Dr. Halimah (untuk
menanyakan tentang flipbook dan
langkah-langkah aktiviti)
Muka surat 14
MINGGU 5-7
1.Perbincangan berkaitan dengan
etika pemakaian yang sesuai ketika
menyampaikan pidato.
2.Proses memahami teks pidato.
3.Proses menghafal teks pidato.
4.Penyediaan flipbook.
5.Persediaan pembentangan.
Muka surat 15
MINGGU 5-7
Muka surat 16
Muka surat 17
1. Guru memberikan penerangan berkaitan aktiviti pidato kepada murid.
2. Guru menggunakan alat bantu mengajar seperti projektor, pita rakaman
dan lain-lain untuk memperdengarkan audio pidato kepada murid.
3. Guru membuat demo penyampaian pidato menggunakan laras bahasa,
cara bertutur melalui intonasi, jeda dan penghayatan dalam skrip.
Muka surat 18
4. Guru memberikan tugasan pidato kepada setiap murid berdasarkan
tema yang ditentukan.
5. Semasa PdP, guru mengadakan satu slot ringkas (15 minit) dengan
meminta setiap 2 orang murid untuk menyampaikan pidato mengikut
cabutan undi yang telah dibuat.
6. Murid mempersembahkan pidato mereka di hadapan kelas seperti
menyertai sebuah pertandingan pidato yang dihadiri oleh ramai audiens.
Muka surat 19
Muka surat 20
Aktiviti pidato Melalui aktiviti Diharapkan aktiviti
merupakan wadah pidato, murid dapat pidato dapat
untuk menilai berfikir secara kritis diterapkan dalam
kecekapan murid dan logik, menaakul, kalangan murid
dalam meningkatkan menganalisis dan kerana keupayaan
kemahiran lisan. berhujah dengan bertutur menjadi kunci
baik. utama untuk
mencapai kejayaan .
Muka surat 21
Muka surat 22
TEKS PIDATO Tema: Bahasa
Tajuk: Bahasa Melayu Tonggak Bangsa Berdaulat
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia.
Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan para hakim yang sentiasa berada di paksi keadilan,
penjaga masa yang begitu peka dengan edaran waktu serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.
Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, “Bahasa Melayu
Tonggak Bangsa Berdaulat”.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Sebelum kata diikat kota,
Sebelum mulut memula bicara,
Muka surat 23
TEKS PIDATO Izinkan saya untuk memberi pendefinisian tajuk pidato saya.
Menurut Kamus Dewan, perkataan bahasa boleh ditakrifkan sebagai kata-kata yang disusun
mengikut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan. Istilah ‘Melayu’
yang lebih luas pula merujuk kepada suku bangsa Melayu yang tinggal di Semenanjung Tanah
Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Dalam erti kata
lain, Bahasa Melayu ditakrifkan sebagai bahasa yang dituturkan oleh kelompok masyarakat Melayu.
Tonggak pula membawa maksud asas atau dasar. Frasa bangsa boleh diklasifikasikan sebagai sejenis
manusia daripada satu asal keturunan dan berdaulat merujuk kepada maksud berwibawa.
Sidang hadirin sekalian,
Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, elok kiranya jika kita menelusuri sejarah Bahasa
Melayu terlebih dahulu. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada tiga
tahap utama iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa
Melayu Kuno mencapai tahap kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman
kerajaan Srivijaya. Pada zaman itu, Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa lingua franca dan bahasa
pentadbiran. Kemudian, berlaku peralihan dari Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik
sekitar abad ke-13 lantaran adanya pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara.
Menjelang abad ke-19, bermulanya zaman Bahasa Melayu Moden menurut penulisan Munsyi
Abdullah.
Muka surat 24
TEKS PIDATO Cetusan minda saya yang kedua,
Bahasa Melayu menjadi punca utama kemajuan bangsa yang ada di negara kita sekarang ini.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Melayu dapat membawa kemajuan bukan sahaja
kepada bangsanya malah kepada negara. Dalam konteks ini, acuan untuk membina bangsa Malaysia
adalah dengan memartabatkan Bahasa Melayu itu sendiri dan bukannya bahasa-bahasa asing.
Meskipun kita semua didedahkan untuk mempelajari bahasa-bahasa asing sebagai bahasa global,
namun cukup sekadar sebagai nilai tambah kepada kita dan bukannya membiarkan pemikiran dan
jiwa kita dimonopoli oleh bahasa asing itu sendiri. Sebagai contoh, beberapa buah negara yang
mapan seperti Jepun, Eropah dan sebagainya telah mendaulatkan bahasa kebangsaan masing-
masing. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
peradaban, bahasa ilmu dan juga bahasa teknologi.
Sidang hadirin sekalian,
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan negara sememangnya tidak pernah
disangsikan dan disalahertikan oleh kaum-kaum lain. Malah, penggunaan Bahasa Melayu dalam
kalangan rakyat Malaysia menjadi asbab kepada terbentuknya kesatuan yang utuh. Di Malaysia,
terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan kaum asal dan
majoriti di Malaysia dengan jumlah peratusnya yang melebihi 50 peratus. Ahli Majlis Pimpinan
Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dr. Muhammad Faiz Na’aman berkata bahasa perpaduan
dapat merapatkan lagi jurang kefahaman antara kaum Oleh itu, Bahasa Melayu menjadi bahasa
perantara untuk menghubungkan kesemua kaum yang ada di Malaysia. Secara tidak langsung,
integrasi perpaduan dapat dikukuhkan bagi mengelakkan berlakunya sebarang perselisahan faham
dan konfrontasi dalam kalangan bangsa Malaysia. Muka surat 25
TEKS PIDATO Kesimpulannya, Bahasa Melayu yang dijulang tinggi martabatnya akan membentuk jiwa kita semua
sebagai satu bangsa berdaulat dan merdeka. Penggunaan Bahasa Melayu haruslah dikekalkan
sehingga ke hari ini agar terus relevan pada zaman milenium ini. Sesungguhnya, penggunaan Bahasa
Melayu yang tepat dan betul hendaklah diturunkan kepada generasi-generasi baru.
Sekian, terima kasih.
Muka surat 26
SEKIAN,
TERIMA KASIH