5.2 Bahan
Pencuci
BAB 5 KIMIA KONSUMER DAN INDUSTRI
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh :
5.2.1 Memerihalkan sabun dan detergen
5.2.2 Menghuraikan proses penyediaan sabun melalui aktiviti
5.2.3 Membandingkan tindakan pencucian sabun dan detergen
melalui eksperimen
Bahan pencuci
Bahan pencuci ialah bahan kimia yang digunakan untuk
menanggalkan gris dan kotoran.
Secara amnya bahan pencuci merujuk kepada sabun dan detergen.
BAHAN PENCUCI
sabun detergen
Perbandingan Sabun & Detergen
SABUN DETERGEN
Garam natrium atau kalium bagi asid lemak berantai panjang Garam natrium atau kalium bagi asid alkil sulfonik
Dihasilkan daripada lemak haiwan atau minyak tumbuhan Dihasilkan daripada pecahan petroleum
Formula am bagi sabun ialah RCOO-Na+ atau RCOO-K+ Formula am bagi detergen ialah ROSO3 - Na+
R – kumpulan alkil (kebiasaannya 12 - 20 atom C) R – kumpulan alkil
Sabun dihasilkan daripada tindak balas saponifikasi antara Detergen boleh dihasilkan daripada tindak balas dua
alkali dengan lemak haiwan atau minyak tumbuhan. langkah berikut:
Langkah 1 : Pensulfonan / pensulfatan
Contoh sabun Langkah 2 : Peneutralan
Contoh detergen
CH3(CH2)10COONa
Natrium laurat Natrium alkil sulfat
PROSES PENYEDIAAN SABUN
Proses Proses hidrolisis lemak
SAPONIFIKASI atau minyak oleh alkali.
Persamaan am bagi tindak balas saponifikasi:
Minyak/Lemak + Alkali pekat Sabun + Gliserol
Ester semula jadi yang Larutan NaOH atau KOH.
dinamakan trigliserida.
PENYEDIAAN DETERGEN
Detergen biasanya dibuat daripada pecahan
petroleum dan asid sulfurik, H2SO4.
Dihasilkan melalui dua proses:
1. Pensulfonan atau 2. Peneutralan
pensulfatan
(a) Penyediaan Natrium Alkilbenzena Sulfonat
i. Pensulfonan alkilbenzena
Alkilbenzena bertindak balas dengan H2SO4 pekat
untuk membentuk asid alkilbenzena sulfonik.
(a) Penyediaan Natrium Alkilbenzena Sulfonat
ii. Peneutralan
Asid alkilbenzena sulfonik akan dineutralkan
oleh larutan NaOH untuk menghasilkan garam
alkilbenzena sulfonat, detergen.
(b) Penyediaan Natrium Alkil Sulfat
i. Pensulfatan alkohol
Alkohol rantai panjang ditindakbalas dengan H2SO4 pekat
untuk membentuk alkil hidrogen sulfat.
(b) Penyediaan Natrium Alkil Sulfat
ii. Peneutralan
Alkil hidrogen sulfat akan dineutralkan oleh larutan natrium hidroksida,
NaOH untuk hasilkan garam natrium alkil sulfat, iaitu detergen.
TINDAKAN PENCUCIAN SABUN DAN DETERGEN
Apabila sabun larut dalam air, molekul sabun terurai Apabila detergen larut dalam air, molekul detergen
kepada anion sabun dan ion Na+ (atau K+ ). terurai kepada anion detergen dan ion Na+.
Sabun → anion sabun + Na+ (atau K+ ) Detergen → anion detergen + Na+
CH3(CH2)14COONa → CH3(CH2)14COO− + Na+ CH3(CH2)11OSO3Na → CH3(CH2)11OSO3 − + Na+
Anion sabun terdiri daripada bahagian hidrofobik Anion detergen terdiri daripada bahagian hidrofobik dan
dan bahagian hidrofilik bahagian hidrofilik
Tindakan pencucian sabun dan detergen adalah sama.
Tindakan pencucian sabun/detergen
Sabun/detergen Setelah air membasahi Kocakan air menyebabkan
mengion kepada anion permukaan, bahagian bahagian hidrofilik dan
hidrofobik (ekor) anion
sabun atau anion sabun / detergen melarut hidrofobik bergerak. Hal ini
detergen apabila larut dalam gris. Bahagian menyebabkan gris tertanggal
hidrofilik (kepala akan larut
dalam air daripada pemukaan kain.
dalam air.
Tindakan pencucian sabun/detergen
Gris yang tertanggal tadi akan
terapung di permukaan air.
Gris berpecah kepada titisan kecil.
Cas-cas negatif di antara
permukaan titisan-titisan kotoran
bergris menyebabkan titisan
menolak satu sama lain supaya
tidak bercantum semula dan
melekat kepada permukaan.
Aktiviti Mengkaji Keberkesanan
Sabun dan Detergen
http://ceritacikgunurul.blogspot.com/2018/07/
aktiviti-mengkaji-keberkesanan-sabun.html
Perbandingan keberkesanan tindakan
pencucian sabun dan detergen
BAHAN TAMBAH
DALAM DETERGEN
Terdapat pelbagai jenis detergen
dipasaran dengan kualiti pencucian
yang sedikit berbeza
Perbezaan ini disebabkan oleh
bahan tambah yang dimasukkan
ke dalam detergen tersebut.
Bahan tambah itu memberikan
sifat istimewa kepada sesuatu
detergen.