The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgu amy, 2024-01-30 20:45:56

MEREALISASIKAN SAJAK

MEREALISASIKAN SAJAK

Keywords: SAJAK

MEREALISASIKAN SAJAK


1. NASANIAH BINTI NAWAWI (D20211098503) 2. NURUL SYAFIQAH BINTI JAMALUDDIN THANI (D20211098496) 3. SITI NUR FARAH WAHIDA BINTI ABDUL AZIZ (D20211098488) 4. SITI AISHAH BINTI MOHD JUNIK (D20211098488)


6.NUR AMY NADZIRAH BINTI MAT ZALI (D20211098512) 7. NURUL ANIS ELLYZA BINTI MOHD SALLEHUDIN (D20201094918) 8. NUR HAFIZATUL SHAHANAZ BINTI ABDUL HAMID (D2021108497) 9. RAFIQI BIN RAMLI (D20201094983) 10.IMRAN MURSYID BIN WILLIAM (D20211098481)


MAKSUD SAJAK SAJAK JUGA BERBENTUK TIDAK TERIKAT DARI SEGI JUMLAH BARIS, PERKATAAN SEBARIS, RANGKAP, RIMA DAN SEBAGAINYA. PUISI MODEN (BERBEZA DARIPADA PANTUN ATAU SYAIR) YANG DIGUBAH DLM BAHASA YANG INDAH UNTUK MENYATAKAN FIKIRAN (PERASAAN ATAU PENGALAMAN) SAJAK YANG KEBIASAAN KITA LIHAT IALAH SAJAK BERBENTUK BEBAS.


PENGAYAAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK MIMIK MUKA POSTUR TANGAN POSTUR DAN GERAK TUBUH


MIMIK MUKA Penyajak haruslah menunjukkan mimik muka dan riak muka yang bersesuaian dengan tajuk sajak. Jika sajak bertemakan perjuangan penyajak haruslah mendeklamasikan sajak dengan mimik muka yang menunjukkan ketegasan . Manakala jika sajak yang bertemakan kesedihan haruslah menunjukkan riak muka yang sedih dan sayu. Sererusnya jika sajak bertemakan keceriaan, penyajak haruslah mendeklamasikan sajak dengan riak muka yang manis dan riang. Kesan penggunaan mimik muka yang sesuai semasa mendeklamasikan sajak mengikut tema ini akan dapat mengalirkan emosi sampai kepada pendengar.


POSTUR TANGAN Penyajak haruslah bijak menggerakkan postur tangan bersesuaian dengan baris sajak yang dideklamasikan Antara pergerakkan postur tangan yang boleh digunakan oleh penyajak ialah : menyentuh dada, menunding jari ke arah diri sendiri, mengangkat tangan sambil menggengam, menundingkan jari ke arah paincaindera seperti mata, telinga dan mulut Kesan penggunaan postur tangan yang bersesuain dengan situasi semasa mendeklamasikan sajak akan dapat memberikan kesan penyampaian yang baik kepada pembaca dan


POSTUR DAN GERAK TUBUH Penyajak haruslah mewujudkan postur tubuh yang baik semasa membaca sajak iaitu tubuh yang tegak, rileks dan percayakan diri Gerak tubuh adalah cara penyajak menggunakan anggota tubuh saat membaca puisi. Gerak tubuh yang baik adalah gerak tubuh yang minimalis tapi bermakna Kesan penggunakan postur dan gerak tubuh yang bersesuain dengan situasi semasa mendeklamasikan sajak akan dapat menambahkan daya tarikan dan mewujudkan kesan emosi kepada mendengar.


1 3 Sajak Terikat: terbahagi kepada 9 sajak Bebas a. Distikon - 2 baris serangkap (pameo / pantun kilat) b. Terset - 3 baris serangkap c. Kuantrain - 4 baris serangkap d. Kuintain -n5 baris serangkap e. Sestet - 6 baris serangkap f. Septet - 7 baris serangkap ‘ g. Oktaf/ Stanza -8 baris serangkap h. Soneta - 14 baris dan mengandungi 4 rangkap. Susunan baris - baris rangkapnya 4,4,3,3. Susunan rimanya abba, abba, aab, aa. 2 JENIS SAJAK


3. MELANKOLIK Menggambarkan hati yang sedih, murung mendayu - dayu dan hiba. Intonasi ini biasanya untuk sajak mengemukakan penderitaan dan kehampaan. nada atau intonasi dalam sajak merupakan tinggi rendah tekanan suara yang berhubung dengan perasaan penyair ketika menulis atau membaca puisi atau sajak. 1. ROMANTIS Menggambarkan kasih sayang, rindu dendam yang melanda jiwa manusia terutama anak - anak muda NADA/ INTONASI SAJAK 2. PATRIOTISME Intonasi ini dikenali melalui tekanan suara yang lebih tinggi\. pengucapannya penuh dengan perasaan dan semangat yang berkobar - kobar. Biasanya terdapat pada sajak - sajak bertemakan perjuangan.


Sajak Menuntun Si Merdeka (Awang Sariyan) Si merdeka itu anak yang lahir dengan jerih payah dengan pengorbanan dengan darah dan air mata. Kemudian membesar dia sehingga menjadi dewasa juga bukan tanpa kudrat dan keringat kerana mengasuh dan membentuknya menjadi sosok merdeka yang tulen bukan kepalang getirnya. Si merdeka perlu dituntun melalui liku-liku dan menghadap tantangan dari luar dan dari dalam. Dewasanya si merdeka memamerkan jiwa dan citra peribadi utuh yang bebas daripada keracunan jiwa peribadi utuh yang bebas daripada minda tertawan. Si merdeka itu perlu benar-benar merdeka raga dan jiwanya. Dia bukan harus sekadar penguasa iktisad juga bukan sekadar peraga kuasa sementara. Dia perlu memugarwarisan danwagsa agamanya, bahasanya, budayanya dan segala makna maruah bangsa dan negara.\ Usah sekali-kali dibiarkan si merdeka terjajah kali kedua oleh penjajah luar mahupun oleh si guntinh dalam lipatan tuntunlan siMerdeka di jalan mardhatillah.


Sajak Ranting (Hilmi Rindu) Tak semua percaya daun-daun dihargai kerana seruas ranting. Bunga-bunga pun dihargai kerana kelenturan ranting meranggas dan meninggi. Orang selalu mengingat bayu yang terasa dan tak berupa unggas pun selalu menyanyikan madu yang terpetik daripada sari bunga. Ranting yang diam-diam merimbun kenal benar erti kedudukan perjuangan tak semestinya menang bakti juga bukan sanjungan. Ada roh lain yang perlu dipertahankan biar pohon berdiri kukuh hingga musim berganti dan kurun mendekati.


Sajak Sepi Syawal Tanpa Bonda (Amylia Hussain) Rasa sendu terkilan kecewa dan duka semuanya terjaring dalam relung hati membiaskan lahar kesyahduan dan kesunyian lalu terpancar pada arcawajah. Kedamaian tiada lagi sedang dahulunya tika alunan bergema akulah insan paling ceria mereneung redup matanya sebening embun pagi menatap rautwajahnya setulus sinar mentari betapa di dada tuanya teranyam kelongsong kesabaran di hati penuh makna. Sunyi membungkam dalam diri sepi diritanpa bonda kepiluan melamarjua Ibu, kau masih dalam ingatan memoriku sepitanpa ibu.


https://youtu.be/ZWU9e406X3I?si=uwx-kmnn653C6EHJ


https://youtu.be/GmID9VMuWCk?feature=shared


https://youtu.be/q6aG4I_55Rk?si=yfFduxe9-9bJBeYV


Tuntasnya, merealisasikan sajak dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan langkah yang proaktif untuk menjana minat, idea, kreativiti murid-murid. Langkah atau aktiviti ini juga memberi keseronokan dalam sesi pembelajaran serta menarik minat mereka. Perkara yang dijadikan landasan dalam membina sebuah sajak ialah ekspresi jiwa,bahasa,bentuk rima dan sajak yang dipersembahkan haruslah seiring pada cetusan jiwa pengarangnya. RUMUSAN


SEKIAN TERIMA KASIH!


Click to View FlipBook Version