DRABC DAN TOTAPS
UNIT KOKURIKULUM
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
PENGURUSAN KECEDERAAN/BANTU
MULA
• Semua kecederaan sukan yang dialami semasa
bertanding atau latihan mestilah diuruskan dan
diperiksa untuk menentukan sama ada mangsa
itu dibenarkan meneruskan latihan atau berkasi
atau dirujuk dengan segera kepada pakar
perubatan.
DRABC
Kaedah ini digunakan untuk memberi
bantu mula kepada mangsa yang tidak
sedarkan diri atau mengalami kejutan
PROSEDUR DRABC
D (“Danger”)
• Elakkan Bahaya kepada mangsa dari
persekitaran.
• Pastikan mangsa bebas dari bahaya
R (“Response”)
• Periksa mangsa samada bertindakbalas kepada
deria cahaya, suara, bunyi, sentuh, bau, panggil
nama, tanyakan keadaan, dan rasa untuk
melihat sebarang respons
A (“Airway”)
• Pastikan pernafasan mangsa tidak tersekat-
sekat atau berbunyi kuat.
• Periksa hidung dan mulut mangsa agar tiada
bendasing menghalang salur pernafasan.
B (“Breathing”)
• Pastikan adanya pernafasan melalui mulut dan
hidung.
• Jika tiada,berikan bantuan pemulihan
pernafasan dengan segera.
• Sekiranya mangsa tidak bernafas, segera
lakukan cara pulih nafas “Expired Air
Resuscitation” (EAR). Kaedah pulih nafas mulut
ke mulut.
• 2 kali hembusan, periksa pernafasan, ulang
sehingga pulih.
C (“Circulation”)
• Peredaran darah melalui denyutan nadi –
mengesan denyutan jantung melalui denyutan
nadi karotid.
• Sekiranya tiada denyutan nadi bermakna
denyutan jantung telah berhenti.
• Tindakan untuk merangsang semula denyutan
jantung melalui kaedah CPR “Cardiopulmonary
resuscitation”.
https://www.youtube.com/watch?v=8fna9f-MAtg
https://www.youtube.com/watch?v=UGFLhQQqFoQ
TOTAPS
adalah kaedah membuat penilaian
terhadap kecederaan mangsa
setelah diberi rawatan DRABC.
Prinsip dan Proseur TOTAPS
• T Talk
• O Observe
• T Touch
• A Active
• P Passive
• S Skill
TALK (Bercakap)
• Tanya bahagian mana yang sakit, jenis dan
tahap kesakitan yang dialami.
• Soalan-soalan yang boleh ditanya adalah seperti
yang berikut.
- Apakah yang telah berlaku?
- Adakah anda berasa sakit?
- Di bahagian manakah anda berasa sakit?
Observe (Melihat keadaan)
• Perhatikan sekiranya ada bengkak atau
kemerahan, atau perbezaan saiz dengan anggota
lain.
• Pernafasan dan perubahan denyut nadi mangsa
sama ada normal atau tidak. Periksa bahagian
mulut dan hidung jika terdapat sesuatu yang
menyekat laluan udara semasa pernafasan.
• Jika berlaku pendarahan , perhatikan jenis
pendarahan itu. Pada masa yang sama
perhatikan wajah si mangsa. Adakah ia sedang
menahan kesakitan, kelihatan pucat atau
terkejut.
• Memerhati untuk mengesan tanda-tanda
kecederaan. Pembantu mula hendaklah juga
memerhati tanda-tanda luka, lebam, bengkak,
atau sesuatu yang tidak normal dibahagian yang
cedera.
Touch (Sentuh)
• Melalui sentuhan dapat dirasa keadaan seperti
bengkak, lembut atau sesuatu yang tidak normal
bila bahagian yang tidak cedera.
• Sentuh bahagian badan mangsa yang cedera
dengan berhati-hati.
• Tujuan utama sentuhan dengan tangan adalah
untuk mentafsir darjah kecederaan itu.
• Minimumkan pergerakan pada anggota yang
cedera parah
Active (Aktif)
• Sekiranya keadaan tidak serius, minta mangsa
menggerakkan anggota yang cedera untuk
mengesan tahap kecederaan.
• Perhatikan wajah si mangsa, beri rawatan bantu
mula yang sewajarnya di peringkat ini tanpa
meneruskan langkah yang berikut.
• Pergerakan itu hendaklah dilakukan sehingga
julat dimana si mangsa mula berasa sakit di
bahagian yang cedera.
5.) Passive (Pasif)
• Bantu pesakit menggerakkan bahagian yang
cedera jika pesakit tidak mampu melakukannya
sendiri.
• Sekiranya bahagian anggota yang cedera tadi
tidak dapat digerakkan atau pasif, ini
menunjukkan kecederaanya adalah serius dan
mangsa hendaklah dibawa segera ke hospital
untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Skill (Kemahiran)
• Lakukan pelbagai pergerakan asas pada bahagian
badan yang mengalami kecederaan.
• Sekiranya berasa sakit, mangsa berkenaan hendaklah
dibawa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan
rawatan doktor atau paramedik.
• Tetapi jika mangsa tidak menunjukkan tanda berasa
sakit, mangsa berkenaan boleh meneruskan aktiviti
yang dilakukan sebelum kecederaan berlaku.
• Ulangi pergerakan ini beberapa kali jika kecederaan
tidak dapat dikenal pasti.
KEPENTINGAN
o Mengelakkan kecederaan daripada bertambah
teruk.
o Mengurangkan kesakitan.
o Mengenalpasti bahagian anggota badan yang
cedera.
https://www.youtube.com/watch?v=TQfiVQxjcbg