Majlis Pelancaran BULAN KEMERDEKAAN 2023 BULAN KEMERDEKAAN 2023 HARI : TEMPAT : RABU TARIKH : 16 OGOS 2023 DEWAN SKTKJ 7.20 PAGI 1.00 PETANG : MURID BERKUMPUL DI DEWAN 7.30 PAGI 1.10 PETANG : BACAAN DOA 7.45 PAGI 1.25 PETANG : UCAPAN PERASMIAN 8.00 PAGI 1.40 PETANG : GIMIK PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 8.15 PAGI 1.55 PETANG : PERSEMBAHAN MURID 8.45 PAGI 2.30 PETANG : NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK 9.00 PAGI 2.45 PETANG : BERSURAI DIRASMIKAN OLEH: EN. MOHD JAZID BIN IMAN Guru Besar S'JAYA Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan S'Jaya 2023 dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Terima Kasih
Detik 31 Ogos sentiasa kita kenang dan laungan kemerdekaan sering kita ucapkan sejak tahun 1957. Kenangan dalam minda dan laungan yang berkumandang telah dilaksanakan oleh pelbagai lapisan rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berganding bahu mengekalkan kemerdekaan. Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! bagi sambutan kemerdekaan pada kali ini dan selama-lamanya. Sambutan Bulan Kemerdekaan yang diadakan di SK Taman Klang Jaya pada tahun ini ialah selaras dengan tema sambutan iaitu "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan". Membina identiti nasional dalam kalangan murid-murid untuk melahirkan murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional , berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara dan sentiasa mengutamakan perpaduan seperti yang diterapkan dalam Multi disiplin ilmu seperti mata pelajaran sejarah. Menyuburkan semangat patriotisme dan sayangkan negara dalam kalangan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat agar mempunyai sifat berbangga sebagai anak Malaysia, memahami dan menerima perbezaan, menghormati orang lain dan bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya. Objektif Sambutan Bulan Kemerdekaan : 1. 2.
Takkan pernah ku jauh Sentiasa ku teguh Pertahankan tanah airku Panas hujan ku tempuh Penuhi harapanku Negaraku gagah bersatu Tekad Perpaduan Penuhi harapan Cintai Malaysia Demi Malaysia laungkan bersama Cintai Malaysia Walau berbeza warna Kita semua sama Bersatu kita takkan goyah Negaraku Madani Perpaduan di hati Selamanya ku Malaysia LAGU TEMA Tekad Perpaduan Penuhi harapan Cintai Malaysia Demi Malaysia laungkan bersama Cintai Malaysia Laungkan bersama Demi Malaysia Penuhi tekad harapan kita Ini negara kita Cintai Malaysia Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Cintai Malaysia Demi Malaysia laungkan bersama Cintai Malaysia "TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN" “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM2023). Tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera. HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormatmenghormati dan ihsan. Pemilihan logo Malaysia MADANI berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’ serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa. Pengibaran Jalur Gemilang Penyiaran Lagu-Lagu Patriotik dan Ucapan Pertandingan Kelas Patriotik (Tahun 1-6) Pertandingan Melukis Poster (Tahun 4-6) Pertandingan Mewarna Poster Kemerdekaan (Tahun 1-3) Pertandingan Puisi Kemerdekaan (Tahun 5-6) Pertandingan Koir Kemerdekaan (Tahun 4-6) Pertandingan Pakaian Bertema (Tahun 1-3) Bacaan Yaasin dan Tahlil Sempena Kemerdekaan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.