MODUL FONOLOGI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DISEDIAKAN OLEH NUR AFIFAH FASIHAH BINTI ALI M20221000819 NUR RABIATUL ADAWIYAH BINTI MUHAMMAD AZHAR M20221001519 NUR ASYIQIN BINTI ABAS M20211002137 NURUL NAZIHAH BINTI MOHD NASIR M20221000099 INSYIRAH BINTI ABU HASSAN M20212003415 NURFARAH NAJIHAH BT MOHD FARIDZULATRASH M20221001107
PENGENALAN Kesedaran fonologi didefiniskan sebagai kebolehan mengenal dan memanipulasi struktur bunyi bahasa lisan (Morrow, 2019; Vukelich, 2018). Kesedaran fonologi lebih menfokuskan unit-unit bahasa lisan yang lebih besar seperti perkataan, suku kata, bunyi berima, dan fonemik (Beaver et al., 2018; Morrow, 2019)
KONSEP FONOLOGI Fonemik dan fonik merupakan sebahagian daripada kesedaran fonologi yang perlu dikuasai kanak-kanak untuk belajar membaca. KESEDARAN FONEMIK Kebolehan mengenal dan memanipulasi bunyi-bunyi tunggal iaitu fonem yang membina perkataan lisan (Morrow, 2019). Contohnya, i/b/u terdiri daripada tiga fonem/bunyi. KESEDARAN FONIK Kebolehan membaca dengan menghubungkan huruf bahasa bertulis dengan bunyi tunggal lisan.
KONSEP FONOLOGI
KEPENTINGAN KESEDARAN FONOLOGI Kesedaran fonologi telah dikenal pasti sebagai peramal paling kuat terhadap kejayaan masa depan kemahiran membaca kanakkanak (NELP, 2018) Kurangnya kesedaran fonologi akan menyebabkan kanak-kanak tercicir dalam pelajaran kerana belajar memerlukan pembacaan.
TEORI MODUL 1) Play-based Learning Aktiviti bahasa dan literasi dalam modul ini didasari dengan teori belajar sambil bermain sesuai dengan teori bahawa kanak-kanak belajar melalui cara bermain daripada Maria Montessori (1912) dan Jean Piaget (1962). 2) Bottom - Up Model Modul ini banyak menggunakan kaedah fonik bagi meningkatkan kesedaran fonologi. Justeru, model Bottom-up (Gough, 1972) diaplikasikan iaitu belajar membaca daripada unit kecil seperti bunyi huruf .
Objektif pembelajaran : 1) Mengenal abjad dan sebutan yang betul. 2) Melatih kemahiran motor halus dan koordinasi mata dan tangan. 3) Melatih kemahiran sosial kanak-kanak bersama ibu bapa atau guru 4) Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah. AKTIVITI 1 PUZZLE ABJAD
PUZZLE ABJAD 1) Laminate kertas template abjad. 2) Guntingkan kertas template abjad supaya menjadi kepingan puzzle. 3) Letakkan kepingan puzzle abjad huruf besar dan huruf kecil bersama-sama. 4) Kanak-kanak harus mencari kepingan huruf besar dan huruf kecil untuk digabungkan bersama dan perlu menyebut huruf tersebut. 5) Ibu bapa atau guru digalakkan untuk membetulkan sebutan kanak-kanak bagi membantu proses pembelajaran mereka. BAHAN-BAHAN KERTAS TEMPLATE ABJAD GUNTING CARA MENJALANKAN AKTIVITI
PUZZLE ABJAD 1) Dapat membantu kanak-kanak belajar mengenal huruf dan membunyikan huruf dengan cara bermain puzzle. 2) Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti literasi yang bermanfaat. 3) Dapat meningkatkan kemahiran asas kaedah fonik KELEBIHAN AKTIVITI
AKTIVITI 2 1) Menulis huruf abjad dengan betul 2) Menyebut nama huruf abjad semasa menulis 3) Meneka nama huruf abjad berdasarkan pergerakan jari OBJEKTIF SALT WORD
BAHAN-BAHAN 1. Pendidik / ibu bapa meletakkan dulang di atas meja. Di dalam dulang tersebut terdapat dua kertas warna yang berlainan warna. 2. Pendidik / ibu bapa meminta kanak-kanak menuangkan sedikit garam di atas kedua-dua kertas warna di dalam dulang tersebut. 3. Pendidik / ibu bapa membunyikan huruf dan meminta kanak-kanak melihat kad yang tertulis huruf abjad tersebut dan mengikut dan menulisnya semula di dalam dulang berisi garam tadi. 4. Pendidik / ibu bapa meminta kanak-kanak untuk menulis huruf besar di sebelah kiri dan huruf kecil di sebelah kanak dulang menggunakan jari. 5. Pendidik / ibu bapa meminta kanak-kanak menyebut huruf yang di tulis dengan betul. SALT WORD CARA MENJALANKAN AKTIVITI KERTAS WARNA DULANG GARAM KAD HURUF ABJAD
KELEBIHAN 1) Boleh menarik minat kanak-kanak untuk belajar menulis huruf abjad. 2) Merangsang minda kanak-kanak untuk berfikir. SALT WORD AKTIVITI 2
Mengenal abjad yang terdapat pada stick word dengan betul Dapat menyebut abjad yang dinyatakan pada “stick word” Dapat menyebut suku kata dengan betulsetelah mencantumkan abjad tersebut. 1. 2. 3. 4. Melatih kemahiran moto halus kanak-kanak 5. Meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak bersama orang lain. AKTIVITI 3 STICK WORD OBJEKTIF
Pendidik / ibu bapa harus menyediakan bahan yang disenaraikan Pendidik/ ibu bapa diminta untuk mewarnakan separuh batan ais krim dengan warna yang berbeza Batang ais krim tersebut haruslah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu vocal dan konsonan. Setelah mewarnakan batang ais krim tersebut, pendidik / ibu bapa diminta unutk menuliskan abjadabjad dan suku kata. Setelah selesai, pendidik / ibu bapa akan memasukkan batang ais krim tersebut kedalam dua bekas yang berbeza untuk digunakan ketika aktiviti tersebut. 1. 2. 3. 4. 5. STICK WORD BAHAN-BAHAN CARA PENYEDIAAN BAHAN
Pendidik / ibu bapa diminta untuk menyediakan dua bekas yang mengandungi abjad vocal dan konsonan. Kemudian kanak-kanak diminta untuk mengambil satu batang ais krim daripada setiap bekas. Kemudian, meraka diminta untuk mencantumkan dan menyebut suku kata yang terdapat pada batang ais krim tersebut. Setelah selesai kanak-kanak diminta untuk mengambil abjad seterusnya. 1. 2. 3. 4. STICK WORD CARA MENJALANKAN AKTIVITI KELEBIHAN Membantu kanak-kanak mengenal abjad-abjad. Membantu motor halus kanak-kanak sepanjang aktiviti dijalankan. Menarik minat kanak-kanak dalam proses pembelajaran. 1. 2. 3.
Membantu kanak-kanak menguasai kesedaran fonologi dengan lebih baik. Dapat melihat perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. 1. 2. AKTIVITI 4 BOWLING HURUF OBJEKTIF
1. Menggunakan cawan kertas yang belum digunakan lagi. 2. Jadikan cawan kertas tersebut sebagai permainan bowling dengan melekatkan perkataan dalam cawan kertas atau guna marker pen untuk menulis perkataan. 3. Ambil sebiji bola dan leretkan kepada bowling berhuruf tersebut. 4. Minta anak anda mengumpul bola yang telah dijatuhkan dan menyebut perkataan pada cawan kertas tersebut. BOWLING HURUF BAHAN -BAHAN CARA MENJALANKAN AKTIVITI CAWAN KERTAS MARKER PEN KERTAS A4 GAM GUNTING BOLA KECIL
BOWLING HURUF KELEBIHAN Menerusi aktiviti ini, kanak-kanak dapat belajar dan memperkaya kosa kata mereka dengan cara yang menyeronokkan. Mereka juga dapat memperbaiki kemahiran motor kasar, bahasa lisan, pemahaman visual, serta membangun kemahiran sosial, fokus, dan konsentrasi. Aktiviti ini memberikan pengalaman pembelajaran yang holistik dan melibatkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.
AKTIVITI 5 GOAL, GOAL LETTER! 1. Menggalakkan kemahiran bahasa kanak-kanak dalam membina perkataan. 2. Meningkatkan kemahiran pemahaman dan penggunaan fonem dalam perkataan. 3. Meningkatkan kemahiran mendengar dan mengenal perkataan secara auditif. 4. Meningkatkan kemahiran sosial bersama kanak-kanak lain atau ibu bapa. 5. Melatih kemahiran motor halus kanak-kanak. OBJEKTIF
AKTIVITI 5 GOAL, GOAL LETTER! KAD PERKATAAN BERDASARKAN KATEGORI (BUAH, PENGANGKUTAN, SAYUR, ETC.) PERMAINAN GOAL, GOAL FOOTBALL! BAHAN-BAHAN
AKTIVITI 5 GOAL, GOAL LETTER! CARA MENJALANKAN AKTIVITI 1. Memperkenalkan konsep "Bina Perkataan" dengan menggunakan kad perkataan yang mengandungi perkataan yang berkaitan dengan objek atau aktiviti yang dikenali oleh kanak-kanak. 2. Pastikan kanak-kanak sudah menguasai kesemua 26 huruf A-Z. 3. Sambil menunjukkan gambar huruf, sebutkan huruf tersebut dan minta murid-murid menyebutkannya bersama-sama untuk memastikan mereka sudah menguasai kesemua huruf. 4. Berikan contoh perkataan yang bermula dengan huruf tersebut dan minta murid-murid menyebutkan perkataan tersebut. 5. Pilih dua (2) orang dari kalangan kanak-kanak untuk bermain permainan ini. 6. Mereka akan diberikan arahan bagaimana untuk bermain permainan ini. 7. Kanak-kanak akan ditunjukkan satu kad perkataan beserta gmbar. 8. Mereka perlu merebut huruf di tengah-tengah dan bentuk perkataan didalam kotak masingmasing. 9. Kanak-kanak yang berjaya membentuk perkataan yang betul dan paling awal dikira berjaya dalam permainan ini.
AKTIVITI 5 GOAL, GOAL LETTER! KELEBIHAN Dengan menggunakan aktiviti ini, kanak-kanak dapat belajar dan menguasai huruf-huruf A-Z sambil memperluas kosa kata mereka. Mereka juga dapat memperkembangkan kemahiran kerjasama, motor halus, dan pemahaman visual. Aktiviti ini memastikan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan bagi kanak-kanak.
KESIMPULAN Kesedaran fonologi dapat dipupuk dengan pembelajaran secara bermain (play-based learning) sambil meraikan fitrah kanak-kanak yang suka bermain. Menerusi aktiviti fonologi secara bermain, kanak-kanak bukan sahaja merasa seronok untuk belajar malah secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran fonologi dan sebagai intervensi awal bagi proses membaca.
RUJUKAN Bacotang, J. , & M.Isa, Z. (2022). Kemahiran Literasi Awal: Asas Celik Huruf bagi Awal Kanak-kanak. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bhat, Sartaj. (2021). Educational Philosophy of Maria Montessori: A Coordination Between the Teacher and Child. Vol 4. 11-22. 10.31426/ijamsr.2021.4.11.4913. Buang, K., & Kayar, R. (2022). Perkembangan dan Pemerolehan Bahasa Kanakkanak. Local Publications(M) Sdn Bhd Gough, P. B. (1972). One second of reading. In J. F. Kavanagh, & I. G. Mattingly (Eds.), Language by ear and by eye. Cambridge, MA: MIT Press. Nachiappan, S. (2022). Panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak: Teori, Model, Kaedah, dan Aktiviti ke Arah Perkembangan Kognitif. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
TERIMA KASIH DISEDIAKAN OLEH: NUR AFIFAH FASIHAH BINTI ALI M20221000819 NUR RABIATUL ADAWIYAH BINTI MUHAMMAD AZHAR M20221001519 NUR ASYIQIN BINTI ABAS M20211002137 NURUL NAZIHAH BINTI MOHD NASIR M20221000099 INSYIRAH BINTI ABU HASSAN M20212003415 NURFARAH NAJIHAH BT MOHD FARIDZULATRASH M20221001107 SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT PENSYARAH KAMI: PROF. MADYA DR. MAZLINA BINTI CHE MUSTAFA