The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azyan Athirah, 2021-09-13 09:46:48

BUKU LOG PENGAKAP

BUKU LOG PENGAKAP

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

BUKU LOG

UNIT
BERUNIFORM

PENGAKAP

SEKAWAN UNGU

Disediakan oleh:
AZYAN ATHIRAH BINTI

AHMAD TULUS
PISMP PENDIDIKAN ISLAM 6

AMBILAN JUN 2020
MPU 3062

BIODATA DIRI

NAMA: AZYAN ATHIRAH
BINTI AHMAD TULUS
AMBILAN: JUN 2020

UNIT: PENDIDIKAN ISLAM 6
NO AG: 2020142340255
NO IC: 011103-01-0716
TARIKH LAHIR: 03
NOVEMBER 2001
KUMPULAN: SEKAWAN
UNGU
NO TEL: 0112645941

BENDERA MALAYSIA

BIRU TUA MELAMBANGKAN PERPADUAN
RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM

MERAH MELAMBANGKAN KEBERANIAN DAN
BERSEDIADALAM MENGHADAPI SEGALA RINTANGAN

KUNING BERMAKSUD KEDAULATAN
RAJA BERPELEMBANGAAN

PUTIH MELAMBANGKAN KESUCIAN,
KEIKHLASAN DAN KESUNGGUHAN

SEJARAH
PENGAKAP

DUNIA &
MALAYSIA

SEJARAH

PENGAKAP

DUNIA

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa
lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-
Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-
Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar
London, England pada 22 Februari 1857, dan
meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-
Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah
seorang mahaguru di Universiti Oxford, London,
England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana
British bernama W.T. Smyth.

Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun,
bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau
bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana.
Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak
menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya
seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam
masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga
orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan
kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah
berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah
ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula
berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan
dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand)
dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.

SEJARAH

PENGAKAP DUNIA

Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di
Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di
Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang
bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell
sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh
hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud
Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP
dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di
India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah
memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan
kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar
SCOUTS (Peninjau).

Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England
membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di
Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu
mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama
kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan
untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk
mempertahankan sempadan British dari serangan orang
Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-
orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu
sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan
satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer.
Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai
seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000
orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk
api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah
berjaya memperdayakan orang-orang Boer.

SEJARAH
PENGAKAP DUNIA

Beliau telah menggunakan budak-budak untuk
mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell
berjaya memenangi peperangan itu. Di atas
kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat
Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai
yang termuda menerima pangkat itu. Selepas
perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan
pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai
Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral
pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50
tahun.

Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell

pulang ke England dan telah menganjurkan satu

perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada

tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut

serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell

menggunakan idea berpandukan kepada

pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan

buku “Aids To Scouting”. Budak-budak itu

dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar

dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati,

mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan

mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun

api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan

amat diminati oleh budak-budak yang

menyertainya.

SEJARAH

PENGAKAP DUNIA

Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula
mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”.
Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau
semasa menjadi askar di India dan Afrika serta
perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu
telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah
Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja
Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak
ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan.
Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap
ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan
selepas itu di seluruh dunia.

Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui
peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan
pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam
masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah
mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui
beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada
tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah
diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah
dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan
British menganugerahkan ” Lord Baden Of Gillwell ”
kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap
telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau
mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8
Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu,
Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.

SEJARAH

PENGAKAP

MALAYSIA

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan
Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya)
apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap
Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun
1910 (Dua tahun setelah BP mengasaskan
Pergerakan ini di England).

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919
Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu
telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan
Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri
Melayu yang pertama memulakan Pergerakan
Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.
Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur
setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap
dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan
Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang
memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman
(seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah
menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau
Pinang iatu di Penang Free School pada tahun
1915

SEJARAH

PENGAKAP MALAYSIA

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13
tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap
ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922,
pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala
di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun
1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab
Sultan Abu.Bakar.

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan
pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh
Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan
Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.
Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini
pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah
A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku
Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak
menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan
Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun
1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah
Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap
Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia),
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu
ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

SEJARAH
PENGAKAP MALAYSIA

Ringkasan Tahun Negeri Yang

menubuhkan pergerakan Pengakap 1910

Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak

aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah

(tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915

Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura

(pengakap Melayu) Kepten NM

Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC

Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926

Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri

Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen

Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J.

Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad

Temenggong 1931 Perlis.

BENDERA PENGAKAP

LOGO LOGO
PENGAKAP PENGAKAP
MALAYSIA
DUNIA

LOGO

PENGAKAP

DUNIA

PECAHAN TIGA KELOPAK-MELAMBANGKAN
PERSETIAAN PENGAKAP YANG TIGA
DUA BUAH BINTANG PECAH LIMA WARNA UNGU
PADA KELOPAK KIRI DAN KELOPAK KANAN-
MELAMBANGKAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP
YANG SEPULUH ITU.
IKATAN PUTIH-MENUNJUKKAN IKATAN
PERSAUDARAAN PENGAKAP.
LINGKARAN TALI BERWARNA PUTIH-
MELAMBANGKAN PERSAUDARAAN PENGAKAP
SEDUNIA.
WARNA UNGU-WARNA BIRO PENGAKAP SEDUNIA.
WARNA PUTIH-KESUCIAN DAN KEBERSIHAN.

LOGO

PENGAKAP

MALAYSIA

TERDAPAT 3 KELOPAK PADA LAMBANG YANG MEMBAWA MAKSUD 3
PERSETIAAN PENGAKAP IAITU:
- TAAT KEPADA TUHAN,RAJA DAN NEGARA, MENOLONG ORANG SETIAP
MASA, MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP.
BINTANG PECAH LIMA (BERWARNA HIJAU) MENANDAKAN UNDANG-UNDANG
PENGAKAP YANG SEPULUH.
IKATAN HIJAU YANG MENGIKAT KELOPAK MELAMBANGKAN "PERSAUDARAAN
PENGAKAP"
BINTANG PECAH 14 MELAMBANGKAN "KESEMUA NEGERI-NEGERI DALAM
MALAYSIA"
BULAN SABIT MENANDAKAN "AGAMA RASMI NEGARA IAITU AGAMA ISLAM".
LINGKARAN TALI MELAMBANGKAN "PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA DAN
PERSAUDARAAN PENGAKAP SEDUNIA".
WARNA KUNING PADA BULAN SABIT DAN BINTANG JUGA MELAMBANGKAN
WARNA DIRAJA BAGI DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA.
WARNA KUNING,HIJAU,MERAH YANG TERDAPAT PADA LAMBANG
MENANDAKAN UNIT-UNIT PENGAKAP.
- KUNING - "PENGAKAP KANAK-KANAK",
- HIJAU - "PENGAKAP MUDA",
- MERAH - "PENGAKAP REMAJA"

PERSETIAAN
PENGAKAP

BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA, saya
berjanji dan bersetia, yang saya, dengan

seberapa daya upaya saya akan:-



Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut Undang-undang Pengakap.

UNDANG-UNDANG

PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan
kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat setia kepada Seri Paduka
Baginda Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja, Pemimpin-

Pemimpin Pengakapnya, ibu bapanya, majikannya serta orang-
orang di bawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan
menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara
kepada lain-lain Pengakap walau apa pun negara, negeri,
bangsa, pangkat dan agamanya.

5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi
pekertinya.

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada haiwan.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perentah dan

suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya, atau Pemimpin-Pemimpin
Pengakapnya tanpa persoalan.

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan sentiasa
senyum walaupun semasa kesusahan.

9. Pengakap sentiasa berjimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan

perbuatannya.



HORMAT
PENGAKAP

1. APABILA BERTEMU PENGAKAP LAIN, SAMA ADA
DALAM ATAU LUAR NEGERI, IAITU MENANDAKAN
PERSAUDARAAN DAN PENGHORMATAN.

2. APABILA MENEMUI PEMIMPIM, PENOLONG
PEMIMPIN PENGAKAP DAN KETUA PATROL.

3. SELEPAS DAN APABILA MENAIKKAN BENDERA
MALAYSIA, BENDERA NEGERI DAN BENDERA
PENGAKAP.

4. APABILA LAGU KEBANGSAAN DAN LAGU NEGERI
DINYANYILAN

5. DALAM ISTIADAT-ISTIADAT MENERIMA
ANUGERAH, SIJIL DAN SEBAGAINYA.

LAGU-LAGU
PENGAKAP

SELAMAT JUMPA

Selamat Jumpa,
Selamat Jumpa,
Selamat Jumpa Kawanku,

Apa Khabar,
Apa Khabar,
Apa Khabar Kawanku,
Senang Hey, Riang Hey,
Hura, Hure, rio,
Enak, Enak, Enak Hey,
Enak, Enak, Enak Hey,
Hura, Hure, rio

BIYAKE

SORO SORO

Biyake soro soro
Nampase imprisa
Siria siria randa
Yondoyo baya rande
Yapena yapena

2 cincin di jarimu
Beri 1 tanda mata
Tanda mata di dunia
Tak ku lupa selamanya

KAMI PILIH

PENGAKAP SAJA

Yippi, Ye, Ye,
Yippi, Yippi, Ye,Ye.
Saya Pilih Pengakap Saja,
Siang Jadi Kenangan,
Malam Jadi Impian
Cintaku Semakin Mendalam

Ingat, ingat itu “to remember”
Jangan lupa itu “don’t forget”
Saya sayang awak, “I Love You”
Hanya engkau, “Only You"

YAMKO RAMBE YAMKO

Hee yamko rambe
yamko aronawa kombe

Hee yamko rambe
yamko aronawa kombe



Teemi nokibe kubano ko bombe ko

Yuma no bungo awe ade
Teemi nokibe kubano ko bombe ko

Yuma no bungo awe ade



Hongke hongke hongke riro
Hongke jombe jombe riro

Hongke hongke hongke riro
Hongke jombe jombe riro

APA GUNA

KELUH-KESAH

She labe belata blero
Kutube bi abi ebo
Kutube we we we
Kutubo wo wo wo
Kutube bi abi ebo



Di mana letaknya sayang
Di hati lalu dikenang
Susah pun bersama
Senang pun bersama
Itulah amalan kita

HONDA CUP

YAMAHA SUZUKI

Honda Cup Yamaha Suzuki
Mazda Toyota Corolla

Semua ini senang dibaiki
Spare part melambak di

kedai



A a a ajinomoto
O o o odorono
Dapat duit jangan tikam ekor
Harta habis tidak dapat tidur.

PENGAKAP
SIAPA PUNYA

Pengakap siapa yang punya 3x
Yang punya Malaysia
Pengakap apakah tandanya 3x
Tandanya jari tiga
Pengakap apakah janjinya 3x
Janjinya taat setia

MANDOLO

Mandolo mandolo
de pa pale,
PALE!

Mandolo mandolo
de papa le,
PALE!



Ala tendang, Ala tendang,
Ala tendang, Ala tendang

TENDANG!!



Berkhemah, mari kita
berkhemah, KHEMAH!
Berkhemah, mari kita
berkhemah, KHEMAH!



Ala hujan, ala hujan,
ala hujan, ala hujan,

BOCOR!!!

DI SINI KITA

BERKUMPUL

Di sini di sini, kita berkumpul
Di sini di sini, kita berkumpul
Salam, salam, salam, salam, salam, ooi

Here we are, here we are, here we are again
Here we are, here we are, here we are again
Hello, hello, hello, hello, hello, ooi

Cai celi, cai celi, who mei cai celi
Cai celi, cai celi, who mei cai celi
How ma, How ma, How ma, How ma, How ma,
ooi

Engeh ye, engeh ye, engeh porenge
Engeh ye, engeh ye, engeh porenge
Vanekem, Vanekem, Vanekem, Vanekem,
Vanekem, ooi

Nengkene, nengkene, ketemu mering
Nengkene, nengkene, ketemu mering
Kabare, kabare, kabare, kabare, kabare, ooi

SAYONARA

Sayonara
Sayonara
Kita berjumpa lagi
Apa guna susah
Apa guna susah
Susah itu tak ada
gunanya

DI SINI SENANG
DI SANA SENANG

Di sini senang, di sana
senang 4x
Di mana-mana hatiku
senang 4x
La la la la la la la

Di sini senang, di sana
senang 4x
Di mana mana hatiku
senang 4x
La la la la la la la

PENGAKAP MALAYSIA

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa

Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna

Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setiap masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita

Pengakap Malaysia

ORGANISASI
PENGAKAP

ORGANISASI PENGAKAP
MALAYSIA

ORGANISASI PENGAKAP
MALAYSIA

ORGANISASI PENGAKAP
IPGKPM MELAKA

ORGANISASI PENGAKAP
SEKOLAH

ORGANISASI PENGAKAP
SEKOLAH

ORGANISASI PENGAKAP
SEKAWAN UNGU

OBJEKTIF,
VISI & MISI

OBJEKTIF
PENGAKAP

1.Menggalakkan lebih ramai
golongan muda menyertai
pengakap.

2. Menjadi program pembangunan
manusia yang berkesan dan
berkualiti bagi golongan remaja

3. Melatih jurulatih yang
berkeupayaan dan berkualiti di
semua peringkat

4. Menerapkan nilai murni di dalam
program berpandukan prinsip dan
undang-undang pengakap

5. Menjadi sebuah organisasi yang
berdikari dan diurus dengan
berkesan.

VISI
PENGAKAP

‘Menjelang tahun 2023,
Persekutuan Pengakap Malaysia

akan menjadi pertubuhan
pendidikan golongan muda
terunggul, moden, berdikari,
yang akan melatih golongan

muda negara menjadi
warganegara aktif yang
menjadi agen perubahan positif
kepada masyarakat melalui
nilai-nilai kepengakapan’

MISI
PENGAKAP

‘Misi kepengakapan adalah
menyumbang kepada pendidikan

generasi muda melalui satu
sistem nilai yang berdasarkan
kepada Persetiaan dan Undang-

Undang Pengakap, membantu
membina dunia yang lebih baik,

di mana rakyatnya boleh
berdikari sebagai individu dan

memainkan peranan yang
berguna kepada masyarakat’

PENGURUSAN
DAN

PENTADBIRAN

1.MENUBUHKA
N KUMPULAN

- Menubuhkan satu kumpulan bagi
sebuah sekolah.
- Boleh menubuhkan beberapa pasukan
dalam kumpulan tersebut. Contohnya:

1.Sekawan Ungu
2. Sekawan Biru

2. BILANGAN ANGGOTA

- Sekurang-kurangnya 18 orang dengan
dua orang pemimpin.
- Seramai-ramainya 48 orang.
- Sekiranya melebihi 48 orang anggota,
perlu pecahkan kepada dua pasukan.

3. PENDAFTARAN

- Setiap kumpulan perlu berdaftar dengan
PPM.
- Kenali beberapa jenis borang:-

+ Borang PPM8 (Pendaftaran
kumpulan)

+ Borang PPM 1A (Pendaftaran Aggota)
+ Borang PPM 1B (Borang Kawalan)
+ Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah
Pemimpin / Penolong)

4. YURAN PENDAFTARAN

- Anggota baru perlu didaftar dan
anggota lama perlu memperbaharui
pendaftaran.
- Yuran Pendaftaran (Setahun):-

+ Kumpulan: RM30.00
+ Anggota: RM5.00
+ Pemimpin / Penolong: RM10.00

5. PENTAULIAHAN PEMIMPIN

- Setiap pemimpin wajib memiliki dua
jenis pentauliahan daripada PPM:

+ Tauliah Sementara - diberi kepada
pemimpin yang telah lulus Kursus
Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu
dan Dua.

+ Tauliah Tetap - diberikan kepada
pemimpin yang telah lulus Kursus
Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga.

6. BILIK PERJUMPAAN

- Carta Organisasi.
- Buku Rujukan
- Peralatan Latihan
- Meja dan kerusi untuk Mesyuarat.

7. KEGIATAN

- Semua kegiatan dijalankan berdasarkan
kepada Skim Latihan PPM:-

+ Program Latihan PKK (Sekolah
Rendah)

+ Program Latihan PM (Pelajar Ting.
1-3)

+ Program Latihan PR (Pelajar Ting.
4-5)

+ Program Latihan PK (Pelajar Ting 6
dan Remaja)

8. JAWATANKUASA
KUMPULAN

- Jawatankuasa Kumpulan.
- Jawatankuasa Pemimpin Kumpulan.
- Jawatankuasa Majlis Ketua Patrol
(Pelajar Pengakap).

9. PENTADBIRAN KUMPULAN

- Dilaksanakan oleh kuasa penganjur dan
pemimpin.
- Surat menyurat dibuat secara rasmi dan
di tandatangani oleh kuasa penganjur /
pemimpin bagi pihak pelajar.
- Anggota tidak dibenarkan menjalankan
urusan pentadbiran.
- Pihak sekolah perlu memiliki satu fail
pengakap.

10. REKOD-REKOD

- Rekod kehadiran & prestasi.
- Rekod Perancangan Semesta dan
minggu.
- Rekod Kewangan.
- Fail surat - menyurat dan minit
mesyuarat.
- Laporan akhir

11. TUGAS MAJLIS PEMIMPIN

- Memeriksa dan menyemak buku log
anggota.
- Mengambil kedatangan aggota kumpulan
dan pemimpin.
- Memeriksa stok alatan.
- Membuat persediaan mengajar (Program
Mingguan)
- Mengeluarkan surat kebenaran Ibu Bapa.

12. BUTIRAN PERIBADI
PENGAKAP

- Nama dan no. Kad Pengenalan.
- Nombor pendaftaran.
- Nama ibu bapa / penjaga.
- Alamat dan no. telefon ibu bapa
- Tarikh lahir.
- Bangsa dan agama.
- Kesihatan dan alergi makanan
- Kecenderungan / Minat

PAKAIAN
SERAGAM DAN

LENCANA
PENGAKAP


Click to View FlipBook Version