VOLUME 1
ILMU, BUDI DAN BAKTI
MAJALAH TAHUNAN UUM
''IMBASAN 2020''
KANDUNGAN
1 KENALI KAMI BERITA SEMASA
2 LAGU BIRU WARNA 12 UUM TANGGUH KEMASUKKAN PELAJAR
3 VISI, MISI & MOTTO UUM
4 KATA KATA ALUAN SECARA FIZIKAL
13 PILIHAN RAYA KAMPUS UUM
5 - ARTIKEL UTAMA 14 RAIH ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA
6 JOM KENALI UUM!
OLEH: MUHAMMAD ALI QAYYIM BIN
OLEH: NOR IZIANI BT ISA RODSZAMAN
ARTIKEL SAMPINGAN 15- RUANGAN IKLAN
7 BAS 3 PINTU 17
8 ARKED GAMES DI UUM
9 PEMBUKAAN TEALIVE DI UUM
OLEH:TISYA IZZATI BT AZMAN
RUANGAN KREATIF
10 PUISI
11 CERPEN
OLEH: NURAIN SYAFIQAH BT AZMAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 SintokKedah
Darul Aman, Malaysia
AJK MAJALAH
Pengarah Dr. Melor Fauzita
KENALI KAMI Pengarang
Ali Qayyim
Penerbit Tisya Izzati
Aida Shada
Pereka
Kreatif
Ali Qayyim Tisya Izzati
Ketua Nor Iziani
penyunting
Eksekutif Nurain Syafiqah
Aida Shada Nor Iziani Nurain Syafiqah
Ikuti Kami tel: 03-4567899
www.uum.edu.my Majalah_UUM
@majalah_uum @UUM_MAG
LAGU BIRU
WARNA
Lirik Lagu/ Lyrics: Biru Warna - Lagu Rasmi
Universiti Utara Malaysia (UUM)
ami anak alam insan TuhanMengembara langit biru mencari ilmuBerteman kebudimananBina nusa bina dunia sejahteraUNIUTAMA ibu yang tercintaKami doa lanjut usia bahagiaKami janji hormati pesanmuIlmu budi dan baktiKami anak alam insan TuhanMengembara langit biru mencari ilmuBerteman kebudimananBina nusa bina dunia sejahteraUNIUTAMA ibu yang tercintakami doa lanjut usia bahagiakami janji hormati pesanmuilmu budi dan baktiilmu budi dan bakti
Kami anak alam insan Tuhan
Mengembara langit biru mencari
ilmu
Berteman kebudimanan
Bina nusa bina dunia sejahtera
UNIUTAMA ibu yang
tercintaKami doa lanjut
usia bahagiaKami janji
hormati pesanmu
Ilmu budi dan bakti
Kami anak alam insan Tuhan
Mengembara langit biru mencari
ilmu
Berteman kebudimanan
Bina nusa bina dunia sejahtera
UNIUTAMA ibu yang tercintakami
doa lanjut usia bahagia
kami janji hormati pesanmu
ilmu budi dan bakti ilmu budi dan
bakti
Visi, misi & moto UUM
Kata Alu - aluan
Dr. Melor Fauzita
Tahniah dan syabas kepada sidang redaksi majalah UUM yang
telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan
penerbitan majalah tahunan UUM. Penerbitan majalah edisi
''volume 1'' adalah amat bermakna kerana ia adalah bersemperna
dengan ulang tahun Universiti Utara Malaysia yang ke-36 tahun
(1984 -2020).
Penerbitan sesebuah majalah merupakan satu wadah yang sesuai
bagi merakamkan detik peristiwa yang berlaku di kampus dan
mengembalikan nostalgia bagi alumni Universiti Utara Malaysia.
Akhir kata saya ingin merakamkan penghargaan saya yang ikhlas
kepada semua warga pelajar UUM, penderma dan pengiklan yang
telah memberi sumbangan yang murni bagi menjayakan
penerbitan majalah 'volume 1: IMBASAN 2020' ini.
Sekian, terima Kasih
Dr. Melor Fauzita
Pengarah Majalah
Universiti Utara Malaysia
Universiti Utara Malaysia, tersergam indah
nama nya sejak dari mulaia terbina pada tanggal
keramat 16 Februari 1984. Objektif utama universiti ini merupakan untuk melatih
dan menghasilkan golongan professional di dalam bidang-bidang perniagaan dan
pengurusan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa di negara ini. Sejak dari
penubuhannya, pada tanggal 23 April 1998 UUM telah diangkat menjadi sebuah
perbadanan korporat.
Jom Kenali UUM!
Artikel oleh : Nor Iziani Isa
Kampus utama UUM terletak di Sintok, Kedah iaitu kira-kira 48km menuju arah utara dari
bandar Alor Setar dan 10 km menuju arah timur dari Changlun. Pekan Changlun
merupakan sebuah pekan kecil dan sangat unik
kerana lokasinya yang terletak di tepi Lebuhraya Utara-Selatan. Kampus yang berkeluasan
1,061 hektar ini dimana asalnya merupakan Kawasan perlombongan bijih timah dikelilingi
dengan landskappemandangan yang indah sekali. Disamping itu, terdapat juga, hutan
tropikal yang
menyamankan dan bukit-bakau yang menarik perhatian.
Yang membuatkan UUM istimewa adalah sungai-sungai yang mengalir melalui Kawasan
kampus ini. Ya, terdapat dua sungai iaitu Sungai Sintok dan Sungai Badak. Kampus UUM
juga merupakan antara kampus yang
paling terkini dan mempunyai rekabentuk yang cantik jika hendak dibandingkan dengan
universiti yang lain dikawasan utara ini.
Kampus yang bernilai 580 juta ringgit ini telah
memulakan operasinya pada tanggal 15 September 1990
BESWTNOYWA UUM!
Antara bangunan-bangunan yang terdapat
di dalam kampus utama adalah bangunan
akademik, Perpustakaan Sultanah Bahiyah,
Bangunan Pentadbiran, Masjid Sultan Badlishah,
Dewan Muāadzam Shah, Dewan Tan Sri
Othman, Kompleks Sukan, Pusat Membeli Belah
Universiti dan banyak lagi. UUM terus tekad
untuk mendukung objektif utamanya
disamping mempunyai pihak pengurusan yang
sangat aktif dan responsive dalam
mengendalikan hal ehwal pelajar daripada segi
akademik mahupun social.
Berbekalkan rekod dan hasil yang terbaik
selama ini telah menjadikan Universiti Utara
Malaysia sebagai pilihan utama
bagi pelajar dan keluarga mereka.
ARTIKEL
SAMPINGAN
2020
WOW!!WOW!
WOW!! !
ARTIKEL
OLEH:
Tisya Izzati
BAS 3 PINTU
UUM
Pihak Universiti Utara Malaysia mengambil inisiatif Maka jelaslah bahawa dengan
yang wajar bagi memastikan keselesaan kesemua kepantasan dan keprihatinan pihak UUM
mahasiswa dan mahasiswi diutamakan. UUM telah dalam memudahkan aktiviti pelajar di
naik taraf kemudahan Bas tiga pintu yang telah dalam kampus dapat membantu pelajar
diperkenalkan pada awal bulan Desember 2020 UUM dari segi ketepatan waktu ke
sebagai satu langkah bijak bagi menyelakkan dewan kuliah dan emosi pelajar. Dengan
kesesakkan dan ke tidak selesaan pelajar. Oleh kemudahan bas baharu ini dapat
yang demikian, dengan adanya kemudahan bas menjadikan perjalanan mahasiswa
tiga pintu ini yang dapat memuatkan lebih ramai lebih efisyen.
kuantiti pelajar di dalam satu masa.Seterusnya,
sebanyak 10 unit bas tiga pintu yang mampu
memuatkan seramai 64 penumpang pada satu
masa, akan mula beroperasi pada semester
hadapan.
Semestinya dengan pembaharuan ini memberi sudut
pandangan positif dari rata-rata pelajar UUM di
dalam negara mahupun antarabangsa. Dengan
adanya lebih banyak kelebihan daripada bas sebelum
ini misalnya, bilangan tempat duduk yang lebih
banyak , keluasan ruang duduk lebih lebar dan luas,
mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sempurna,
dilengkapi dengan alat penyaman udara yang segar
dan mempunyai pintu ketiga dan dua tangga untuk
memudahkan aliran keluar masuk penumpang.
ARKED GAMES
UUM 2019
ARTIKEL
OLEH:
Tisya Izzati
Bosan?Stress belajar? Nak isi masa lapang ? say no
more ! Ramai dikalangan pelajar masih tidak tahu
kewujudan Arked Games UUM yang sudah pun mula
beroperasi sejak tahun lalu. Seringkali dijadikan bual
bicara mengenai tahap tekanan mahasiswa dan
mahasiswi sepanjang tempoh pembelajaran kuliah ,
hal ini disebabkan lambakan dan timbunan
kerjayang membuatkan mereka berasa tertekan dan
tidak dapat fokus untuk menimba ilmu.
Arkid Games UUM telah diwujudkan hasil
daripada buah fikiran rakan-rakan MPP UUM
(majlis perwakilan pelajar) yang mengambil
berat dan peka dalam mendengar
rintitan serta keluhan pelajar. Dalam pada itu
, pihak UUM bersetuju untuk
menubuhkan satu kawasan yang sesuai
untuk para pelajar UUM meluangkan masa
dan merehatkan minda di Arkid Games
Pelbagai jenis permainan dan aktiviti yang menarik dapat dilakukan oleh pelajar
misalnya terdapat pusat karoke mesra pelajar , permainan snooker , PS4 PRO dan
pelbagai permainan yang menggunakan token dan mesin ais krim layan diri.
Rata-rata pelajar yang sudah mengunjungi Arked Games UUM berpuas hati dengan
adanya kemudahan seperti ini, tambahan pula bayaran yang dikenakan amatlah
berpatutan.
PEMBUKAAN
TEALIVE DALAM
KAMPUS
Teringin nak minum minuman daripada Tealive ? nak beli tapi tiada pengangkutan ? usah
bimbang ! kerana Tealive telah menambang cawangan mereka di dalam UUM iaitu di bangunan
SEF UUM. Kini mahasiswa tidak perlu lagi mengewa kenderaan untuk merasa Keenakkan minuman
yang digilai ramai ini.
Tealive Akan menjadi satu tarikan yang baharu kepada para pelajar ARTIKEL
dan kakitagan awam UUM ,bukan sahaja di dalam kampus, orang OLEH:
awam juga dialu-alukan membeli di Tealive UUM. pelajar hanya perlu
menaiki bas kira -kira 5 minit dari penginapan masing-masing untuk Tisya Izzati
membeli Tealive. Oleh kerana, cawangan Tealive dibuka didalam
kampus. Syarikat Tealive juga telah membuka peluang pekerjaan
kepada Pelajar UUM untuk mencari pengalaman serta duit poket
untuk meneruskan pelajaran.
Dengan adanya staff yang sangat berkebolehan dan mempunyai
sistem pengurusan yang baik, ramai pelajar gemar membeli Tealive di
dalam kampus. Tambahan pula,dengan kawasan yang stratergik dan
mempunyai kawasan tempat letak kereta yang agak luas,
menggalakkan lagi ramai pembeli untuk mengunjungi Tealive.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi
sebahagian daripada Tealive Family. Daftar
sekarang untuk menjadi ahli dan
pemegang kad pelanggan setia Tealive untuk
menikmati pelbagai kelebihan dan
potongan harga yang menarik
RUANGAN
KREATIF
ILMU
DI ATAS BUMI YANG HIJAU,
DAN UDARA SEJUK DI PAGI HARI,
KAKI MELANGKAH DEMI ILMU,
AGAR DAPAT BERBAKTI DIKEMUDIAN HARI.
AKAN KU USAHA UNTUK CAPAI CITA CITA,
WALAU LELAH MENCARI ILMU,
TAK AKAN AKU SEKALI BERPUTUS ASA,
UNTUK MENGEJAR CITA CITAKU.
ILMU YANG TELAH BERJAYA DIPEROLEHI,
AKAN KU HARGAI SEPENUH HATI,
WALAU PELBAGAI CABARAN TELAHKU TEMPUHI,
SEGALA USAHA AKAN TETAP DIINGATI.
KARYA:
NURAIN SYAFIQAH
10
KARYA:
NURAIN SYAFIQAH
Kenanganku di UUM
Masih segar diingatanku ketika saat pertama kali aku menjejakkan kaki di bumi Sintok ini.
Tidak aku sangka sudah hampir 4 tahun berlalu dan hanya berbaki beberapa hari sahaja
lagi aku disini untuk aku mengukir memori sebanyak yang mungkin. 4 tahun yang berlalu
ini berlalu dengan cukup pantas sekali. Terasa seperti baru sahaja semalam aku berada di
Dewan Muadzam Shah untuk sesi Minggu Suai Kenal dan berjumpa dengan rakan rakan
seperjuangan baru.
Aku akui aku akan rindukan segala memori sepanjang bergelar mahasiswi di UUM. Siapa
sangka, disinilah aku belajar untuk hidup berdikari dan belajar benda baharu. Aku juga
tidak akan lupakan kenangan aku pergi ke kelas dengan menaiki bas. Masih segar
diingatan ketika aku masih lagi bergelar pelajar semester satu, sesat ketika mencari
dimanakah bilik kuliah dan bas mana yang harus aku naik untuk ke kelas seterusnya. Aku
juga masih ingat aku pernah silap memasuki bilik kuliah ketika diawal semester. Bila
diingat kembali pengalaman memalukan tersebut sangat lucu untuk aku.
Tanpa pensyarah dan rakan rakan aku disini, mungkin aku tidak akan berjaya dan semua
kenangan aku disini akan aku ingat sampai bila bila
Ilmu, Budi, Bakti 11
Terima Kasih UUM.
Berita
Semasa
UUM TANGGUH PROSES KEMASUKAN PELAJAR SECARA FIZIKAL.
1 OKTOBER 2020, SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil
keputusan untuk menangguhkan proses pendaftaran pelajar baharu
dan lama secara fizikal susulan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia
khususnya di negeri Kedah.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Profesor
Madya Dr Hendrik Lamsali menjelaskan, penangguhan berkenaan akan
berkuatkuasa sehingga satu tarikh baharu yang akan diumumkan
kelak.
"UUM mengambil maklum kenyataan media Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) bertarikh 2 Oktober 2020 mengenai Penangguhan
Pendaftaran Secara Fizikal atau Bersemuka Pelajar IPT Kemasukan
Oktober 2020.
"Susulan itu pihak universiti bersetuju untuk menangguhkan
pendaftaran kemasukan pelajar sehingga ke satu tarikh baharu yang
akan dimaklumkan kelak," jelasnya menerusi satu kenyataan pada
Ahad.
Tambahnya, langkah berkenaan diambil bagi memastikan kesihatan,
keselamatan dan kesejahteraan pelajar dan staf UUM terjamin.
Menurut beliau, UUM sebelum ini telah mengambil langkah proaktif
sejak Februari lalu dengan perlaksanaan kelas menggunakan mod
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara "remote learning".
Sementara itu, bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang
mengikuti aktiviti akademik, kesemua mereka boleh terus kekal berada
di kampus dan pihak universiti akan membantu dari segala aspek
dalam memenuhi keperluan yang diperlukan mereka.
Dr Lamsali turut menyatakan bahawa Minggu Suai Kenal (MSK) pelajar
baharu pada 7 dan 8 Oktober 2020 akan diteruskan seperti biasa
seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu secara dalam talian.
"Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) juga akan berjalan mengikut
jadual secara atas talian mulai 11 Oktober 2020.
"UUM juga mematuhi setiap SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan
Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KPT bagi
mencegah penularan wabak ini seterusnya memastikan UUM kekal
selamat," tambahnya.
ARTIKEL
OLEH:
ALI QAYYIM
12
PILIHAN RAYA KAMPUS
UUM! UNTUK PILIH 39 KERUSI MPP 2020/2021
PILIHAN Raya Kampus (PRK) Universiti Utara Malaysia (UUM)
yang akan diadakan pada Khamis, 26 November 2020 akan memilih 39 kerusi Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2020/2021. Pelajar yang layak mengundi boleh
menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemilih mulai 9.00 pagi hingga 1.00
tengah hari mengikut giliran yang telah ditetapkan.
Pengarah Sekretariat PRK Behoney Low Lee Tong berkata,
sebanyak 39 kerusi dipertandingkan pada PRK kali ini meliputi 30 kerusi kawasan
Pusat Pengajian dan sembilan kerusi umum.
Selepas penamaan calon dan masa bantahan yang diberikan lima
kerusi kawasan Pusat Pengajian telah diumumkan sebagai menang tanpa bertanding.
Kerusi-kerusi tersebut ialah Pusat Pengajian Kuantatif
(SQS), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Pusat Pengajian Perakaunan Tunku
Intan Safinaz (TISSA), Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan
Acara (STHEM) dan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML).
Dalam pada itu, Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr
Massudi Mahmuddin ketika ditemui berpuas hati dengan proses penamaan calon yang
dijalankan secara online pada kali ini berikutan pandemik Penyakit
Koronavirus-2019 (COVID-19).
"Saya melihat pengendalian oleh Sekretariat PRK UUM
kali ini yang diuruskan oleh pelajar sepenuhnya membuktikan mereka mampu mengalas
amanah yang diberikan, manakala laluan kepada calon untuk memenangi PRK tanpa
bertanding juga membuktikan kepercayaan kepada calonnya untuk menggalas
tanggungjawab dan amanah yang diberikan," ujarnya lagi.
Dr Massudi berharap semua calon yang terpilih nanti akan
memikul tanggungjawab mereka sebagai MPP sesi 2020/2021, sekali gus akan
bersama-sama Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk terus memberi khidmat terbaik
kepada pelajar dan universiti ini.
ARTIKEL
OLEH:
ALI QAYYIM
13
RAIH ANUGERAH
PELAJARAN DIRAJA, GRADUAN CEMERLANG UUM KONGSI
RAHSIA KEJAYAAN
Pada tahun 2019, seorang graduan Universiti Utara Malaysia
(UUM) yang bernama Nur Athirah Rushami Zien telah mencuri tumpuan ramai apabila
meraih Anugerah Pelajaran Diraja. Apa yang lebih mengagumkan apabila gadis
berusia 23 tahun ini Berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu 4.00 selama 7
semester berturut-turut. Malah dia menamatkan pengajian dengan PMK 3.99 dalam
jurusan Undang-Undang dan perniagaan.
Menurut gadis kelahiran Perlis ini, dia tidak mempunyai
sebarang resepi kejayaan yang luar biasa kecuali dengan menjaga adab dan hormat
pensyarah serta orang di sekeliling. Hali ini kerana dia yakin ilmu yang
disertakan dengan adab dapat memberi keberkatan dalam hidup sekali gus segala
urusan akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Jelasnya lagu, sebagai seorang pelajar perlulah membina
hubungan baik dengan pensyarah untuk mewujudkan persekitaran selesa dan juga
memudahkan bertanya sebarang soalan yang kurang difahami. Di samping itu juga,
Nur Athirah memberitahu bahawa segaka tugasan yang diberi perlu dilakukan
dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa memberi focus di dalam bilik kuliah.
Dia mengakui sangat terkejut kerana kisahnya menjadi viral
dan berharap agar ia menjadi titik permulaan bagi dirinya untuk memberi
sumbangan kepada masyarakat dan Negara. Dalam pada itu, NUr Athirah meluahkan
rasa syukur meskipun percaya ramai lagi graduan lain yang cemerlang dalam
pelbagai bidang.
ARTIKEL
OLEH:
ALI QAYYIM
14
Ruangan Iklan
15
ANDA LAPAR?
SSaannccoorrnn
HARGA: RM19.90
ANDA PERLUKAN KUDAPAN
SEMASA STUDY ATAUPUN
SEMASA BUAT ASSIGNMENT?
DAPATKAN POPCORN
KARAMEL DARI SANCORN
instagram: sancornhq
whatsapp:+60173189732
16
SERENDAH
RM299!!
17
AHLI KUMPULAN
1) Muhammad Ali Qayyim Bin Rosdzaman (255192)
2) Tisya Izzati Binti Azman (255280)
3) Nor Iziani Bt Isa (255302)
4) Nurain Syafiqah Bt Azman (255308)
5) Aida Shada Bt Ahmad Sariduan (255330)