ADVOKASI PEMAKANAN WANITA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMAKANAN Bahagian Pemakanan 2023
BORCELLE PARK HEALTHY EATING RESPONSIBILITY FOR WOMEN INISIATIF HER Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan WRA mengenai kepentingan pengambilan makanan sihat pada setiap kitaran hidup. 1 Membudaya2kan amalan pemakanan sihat dan kesedaran kesihatan melalui pemerkasaan kendiri dan sokongan komuniti. SIAPA SASARAN HER? 2 HER atau Healthy Eating Responsibility for Women adalah program pemakanan yang memberi fokus kepada advokasi pemakanan wanita umur reproduktif (WRA) yang berumur di antara 18-49 tahun. Inisiatif HER ini juga dapat membantu WRA meningkatkan status kesihatan dan pemakanan bagi persediaan kehamilan dan seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang lebih sihat. 18 hingga 49 tahun OBJEKTIF UTAMA Umur Wanita Sihat Melahirkan Generasi Sihat Bahagian Pemakanan 2023 1
STRATEGI INISIATIF HER STRATEGI INISIATIF HER Saringan kesihatan berkala membantu WRA untuk lebih bersedia dan yakin memasuki fasa kehamilan dengan lebih sihat selain dapat mencegah dan mengawal masalah kesihatan yang timbul dari peringkat awal lagi. WRA akan lebih bersemangat dan komited dalam misi kekal sihat melalui sokongan persekitaran kondusif di tempat kerja, institusi pengajian mahupun komuniti setempat yang menerapkan amalan pemakanan sihat dalam kehidupan. Pemerkasaan kendiri Pemerkasaan komuniti #HER@Work #HER@Campus #HER@Community STRATEGI 1 WRA dengan pengetahuan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka. WRA yang lebih sihat dapat membantu dan memberi kesan positif kepada individu lain disekelilingi mereka untuk melakukan perkara yang sama. #HERNutrition Memperkukuhkan jaringan sebaran maklumat pemakanan #HERSelfcare STRATEGI 2 STRATEGI 3 Bahagian Pemakanan 2023 2
RASIONAL INISIATIF HER WHY HER? WRA yang tidak mengamalkan pemakanan sihat terdedah kepada isu kesihatan berkaitan pemakanan. Ini seterusnya memberi impak kepada kualiti kehidupan harian serta boleh memberi risiko kepada kesihatan bayi sekiranya hamil. 3 KESAN PEMAKANAN TIDAK SIHAT KEATAS KITARAN KEHIDUPAN WANITA Bahagian Pemakanan 2023 Risiko Kekurangan Nutrien Semasa Hamil Risiko Melahirkan Bayi Kurang Sihat Risiko Perkembangan Fizikal & Kognitif Kanak-Kanak Terjejas Risiko Remaja Membesar dengan Beban Berganda Malpemakanan
Gunakan panduan Pinggan Sihat Malaysia bagi merancang menu makan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Pelbagaikan makanan harian merangkumi 5 kumpulan makanan di dalam Piramid Makanan Malaysia setiap hari. Usaha mendapatkan berat badan dalam kategori BMI normal (18.5kg/m - 24.9kg/m ) bagi kesihatan yang lebih baik dan persediaan untuk hamil. WRA perlu menitikberatkan amalan pemakanan sihat Antara yang perlu diberi dalam kehidupan harian. keutamaan adalah seperti berikut: CALL OUT FOR ACTION! Utamakan pengambilan makanan kaya nutrien berbanding tinggi kalori. Cukupkan pengambilan air kosong 6-8 gelas setiap hari. Elakkan pengambilan kafein secara berlebihan yang biasanya terdapat dalam air kopi, air teh, minuman coklat, minuman berkarbonat dan minuman tenaga. HERNutrition Amalan Pemakanan Sihat Wanita 1 2 3 4 5 4 2 2 Bahagian Pemakanan 2023
Rujuk Piramid Makanan Malaysia terkini dan Pinggan Sihat Malaysia untuk merancang menu harian. Pelbagaikan jenis makanan merangkumi sayur-sayuran, buah-buahan, susu/produk tenusu, protein dan bijirin. Bergerak secara aktif setiap hari bagi mencapai berat badan ideal dan kekal cergas. Remaja perempuan perlu menitikberatkan amalan pemakanan sihat bagi menjalani kehidupan yang aktif. Antara yang perlu diberi keutamaan adalah seperti berikut: CALL OUT FOR ACTION! Pilih makanan kaya zat besi untuk memastikan simpanan zat besi yang tinggi bagi persediaan permulaan haid. Minum cukup air kosong dan susu setiap hari sebagai sumber kalsium bagi perkembangan yang sihat. HERNutrition for Adolescent Girls Amalan Pemakanan Sihat 1 2 3 4 5 Bahagian Pemakanan 2023 5 untuk Si Gadis
Pilih pelbagai makanan untuk memenuhi keperluan tenaga untuk hasil kehamilan yang sihat dan semasa kehamilan. Pilih makanan yang pelbagai dan makanan penuh mikronutrien. 2 Kekal aktif dengan melakukan pelbagai aktiviti fizikal setiap hari bagi membantu ibu kekal sihat. Wanita hamil perlu menitikberatkan amalan pemakanan sihat untuk kurangkan risiko kesihatan kepada wanita dan bayi. Antara yang perlu diberi keutamaan adalah seperti berikut: CALL OUT FOR ACTION! Capai berat badan yang optima untuk kehamilan yang sihat. Tingkatkan pengambilan makanan kaya zat besi. Elakkan pengambilan kafein secara berlebihan yang biasanya terdapat dalam air kopi, air teh, minuman coklat, minuman berkarbonat dan minuman tenaga. HERNutrition for Pregnancy Amalan Pemakanan Sihat Wanita Hamil 1 3 4 5 Bahagian Pemakanan 2023 6 6
WRA turut disarankan untuk membuat saringan paras hemoglobin dalam darah sebagai salah satu strategi bagi pencegahan dan kawalan masalah Anemia. Anemia berlaku apabila hemoglobin dalam sel darah merah berkurangan. Ini boleh menyebabkan keletihan, kelesuan, kurang konsentrasi dan produktiviti kerja yang menjejaskan kualiti hidup wanita. Apabila hamil, masalah anemia ini turut boleh memberi risiko kepada bayi dalam kandungan. INISIATIF #HERSELFCARE Mempergiatkan usaha memberi kesedaran kepentingan saringan kesihatan kepada WRA. Menjalankan advokasi dan saringan ujian hemoglobin darah dalam program pemakanan peringkat komuniti yang diterajui oleh NutritionistKKM. Sesi libat urus kepada ahli farmasi komuniti untuk menyediakan khidmat saringan Hemoglobin dalam darah di kedai ubat-ubatan komuniti. 1 2 3 CALL OUT FOR ACTION! HERSelfcare Bahagian Pemakanan 2023 7
INISIATIF HER@WORK CALL OUT FOR ACTION! Majikan digalakkan untuk memberi akses kepada persekitaran yang menyokong amalan pemakanan sihat di tempat kerja. Ini membantu WRA membuat pilihan pemakanan berkhasiat dengan lebih mudah. WRA yang sihat ditempat kerja merupakan satu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan sesebuah organisasi. Menyediakan mesin air tapis di pejabat untuk menggalakkan minum air kosong. Mewujudkan sudut kesihatan dengan menyediakan penimbang berat serta maklumat berkaitan kesihatan, pemakanan dan pengurusan berat badan wanita. Baucar atau diskaun khas ke atas pembelian makanan berkhasiat (sayur dan buah) di kafeteria khusus untuk pekerja wanita hamil. Menjalin usahasama bersama NutritionistKKM dalam mengadakan aktiviti pemakanan berkaitan pemakanan wanita dan kehamilan. 01 02 03 04 HER@Work Bahagian Pemakanan 2023 8
HER@Campus Memperluaskan kesedaran berkaitan pemakanan sihat dan Anemia dalam kalangan pelajar wanita menerusi kerjasama antara fakulti kesihatan, pusat kesihatan, majlis perwakilan pelajar dan NutritionistKKM. Menjalankan saringan paras hemoglobin darah dan berat badan sebagai salah satu kriteria saringan kesihatan bagi kemasukan pelajar baru. Aktiviti yang boleh dilaksanakan di pusat pengajian dalam menyokong amalan pemakanan sihat : 1 2 Memberi perkhidmatan nasihat pemakanan dan kesedaran mengenai masalah Anemia dalam kalangan pelajar wanita yang telah dikesan. 3 CALL OUT FOR ACTION! Bahagian Pemakanan 2023 9
PERANAN HER@COMMUNITY IMPAK HER@Community memberi tumpuan meningkatkan usahasama dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam kesihatan wanita di komuniti secara aktif. SIAPA SASARAN HER@COMMUNITY? Sebagai penggerak dan agen perubahan kepada komuniti, NGO berkaitan wanita adalah wadah pemula bagi NutritionistKKM untuk bekerjasama dalam membantu melatih, memberi input teknikal dan berkongsi pandangan berkaitan pemakanan wanita di komuniti setempat. Melalui pemerkasan komuniti ini, pihak NGO berkaitan yang telah terlatih dapat menggunakan pengetahuan pemakanan sihat yang diperolehi dalam merancang, melaksanakan dan intergrasi elemen pemakanan sihat ke dalam komuniti wanita setempat masing-masing. CALL OUT FOR ACTION! HER@Community Bahagian Pemakanan 2023 10
Untuk Maklumat Lanjut, Layari: https://hq.moh.gov.my/nutrition/HER Sebarang pertanyaan sila hubungi: [email protected] Disediakan oleh: Sektor Pemakanan Ibu Hamil & Wanita Umur Reproduktif (WRA), Cawangan Pemakanan Keluarga Bahagian Pemakanan, KKM (2023)