The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jacelynjoachim1982, 2020-05-18 02:52:39

PBL BM BRAYDEN

PBL BM BRAYDEN

SM ST MICHAEL,
PENAMPANG

Penghargaan i
Biodata Saya ii

1.0 Pengenalan Tentang Kuih-Kuih Tradisional 1
2
2.0 Cara-Cara Penyediaan Kuih Tradisional 9
3.0 Langkah-Langkah Untuk Mempromosikan
10
Kuih-Kuih Tradisional 11
4.0 Penutup 12
Sumber rujukan
Lampiran

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas
kesihatan dan berkat yang telah diberikan-Nya sehingga terhasilnya buku skrap yang
tidak seberapa ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada guru Bahasa Melayu
kami, Cikgu Jonas kerana memberikan kami peluang untuk menghasilkan sebuah
buku skrap yang bertajuk Susur Budaya Kuih Tradisional.

Kesempatan ini juga saya ambil untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada keluarga saya kerana telah banyak membantu saya untuk menyiapkan projek
buku skrap ini.

Semoga Tuhan terus memberkati kita semua.
#staysafe

#stayathome
#kitajagakita

i

Biodata Pelajar

Nama : Brayden Carl Linus

Kelas : 1 Bestari

Umur : 13 Tahun

Bangsa : Kadazan

Agama : Kristian (Roman Catholic)

Hobi : Membaca buku

Cita-cita : Doktor

Sekolah : SM.ST.Michael,Penampang

Tajuk : Susur Budaya Kuih Tradisional

Fokus Kerja : Cara-cara Penyediaan Kuih Tradisional

Projek : Buku Skrap

ii

1.0 Pengenalan Tentang Kuih-Kuih Tradisional
1. Kuih tradisional ialah kuih yang dihasilkan dengan menggunakan bahan tempatan

yang mudah didapati di negara kita.
2. Kuih tradisional biasanya dihasilkan dengan menggunakan bahan tempatan

seperti pisang, ubi keledek, ubi kayu, sagu, tepung, beras, tepung pulut, gula
melaka, keladi, santan dan sebagainya.
3. Di negara kita terdapat pelbagai jenis kuih tradisional yang boleh didapati dalam
dua jenis, iaitu jenis manis dan savouri.
4. Kebanyakan kuih tradisional dimasak dengan cara mengukus, membakar,
menggoreng dan sebagainya.
5. Kuih tradisional mengandungi banyak nutrient seperti karbohidrat dan lemak.
6. Kuih tradisional merupakan pilihan ramai untuk dijadikan sebagai:
a) Pencuci mulut
b) Hidangan untuk sajian minum pagi dan petang
c) Makanan bekal

1

2.0 Cara-Cara Penyediaan Kuih Tradisional
Kuih Tradisional Plihan: Kuih Nona Manis

Gambar 2.0 Kuih Nona Manis
Resepi Kuih Nona Manis yang lembut, harum dan menarik rupa bentuknya. Bahagian
luar yang hijau rasanya manis, dan dilengkapi bahagian dalam berwarna putih lemak
masin rasanya.
Ada 3 bahagian dalam penyediaan kuih nona manis. Bahagian A dan B ialah untuk
penyediaan lapisan luar atau yang berwarna hijau pandan. Bahagian C pulak ialah
penyediaan filling putih di tengahnya.

2

2.1 Bahan-Bahan:
• Bahan-bahan untuk A (kisar halus):
o 1 cawan santan
o 1 biji telur
o 1 cawan tepung gandum
o 1/2 cawan gula
o semua bahan B (yg dah dimasak)
• Bahan-bahan untuk B (masak):
o 1/2 cawan santan
o 1/2 cawan air pati pandan (dari 5 helai daun pandan)
o 2 1/2 besar tepung jagung
o sedikit pewarna hijau
o 1/2 sudu kecil garam
• Bahan-bahan untuk C (masak):
o 1 1/2 cawan santan
o 1 1/2 sudu besar gula
o 1 1/2 sudu besar tepung gandum
o 1/2 sudu kecil garam

Gambar 2.1 Bahan-bahan

3

2.2 Cara Penyediaan:
2.2.1 Cara-cara untuk bahagian hijau (A+B):

a. Masak kesemua bahan B di atas api perlahan. Kacau dengan hand whisk
sehingga pekat sekata dan sejukkan.

Gambar 2.2.1 (a) Bahagian hijau
b. Kisar halus kesemua bahan A dan bahan B yang telah disejukkan tadi, di dalam

pengisar.
c. Tuang adunan hijau ke dalam botol sos, atau boleh juga disudukan sahaja.

Gambar 2.2.1 (b) Bahagian hijau yang telah dikisar
4

2.2.2 Cara-cara untuk bahagian C (putih):
a. Masukkan santan, tambah gula, tepung gandum, garam. Kacau sehingga
pekat di atas api perlahan menggunakan hand whisk. Tuang adunan ke dalam
botol sos.

Gambar 2.2.2 (a) Bahagian putih

Gambar 2.2.2 (a) Bahagian putih
5

2.3 Cara-cara untuk mengadun kuih nona manis di acuan:
a. Sapukan acuan lompang dengan sedikit minyak.
b. Picit atau tuangkan adunan hijau 3/4 penuh ke dalam acuan.
c. Kemudian picitkan adunan putih di tengahnya. Tenggelamkan sikit muncung
botol. Picit sehingga menjadi bentuk bulat putih di tengah.

Gambar 2.3.1 (c) Adunan putih diletakkan ke dalam adunan hijau
d. Kukuskan dalam anggaran 10-13 minit jika acuan besar. Jika menggunakan

acuan kecil, kukus selama 8-10 minit.
e. Ikat penutup kukusan dengan kain supaya air tidak menitik.
f. Apabila kuih telah masak, keluarkan daripada tempat mengukus dan sejukkan

betul-betul sebelum dikeluarkan dari acuan. Gunakan lidi atau pangkal sudu
teh yang nipis untuk mengeluarkan kuih.

6

Gambar 2.3.1 Adunan yang telah dimasukkan ke dalam acuan dan dikukus
7

Gambar 2.3.1 Kuih Nona Manis yang telah siap

Tips:
• Untuk bahagian putih, perlu dimasukkan ke dalam botol sos supaya mudah
dipicit di tengahnya menjadi bentuk bulat.
• Acuan perlu disapu sedikit minyak supaya mudah untuk dikeluarkan nanti.
• Sekiranya menggunakan santan kotak, boleh larutkan 2 kotak kecil santan
dengan air sehingga menjadi 3 cawan. Kemudian dibahagikan kepada 3
bahagian santan untuk A, B dan C.

8

3.0 Langkah-Langkah Untuk Mempromosikan Kuih-Kuih Tradisional.
a. Kenalpasti nilai produk kepada pelanggan.
b. Kenal pasti produk yang boleh menarik perhatian pelanggan.
c. Kenal pasti masa terbaik serta jenis pemasaran dan saluran media.
d. Kenal pasti lokasi terbaik untuk produk ditempatkan supaya mudah dibeli oleh

pelanggan.
e. Kenal pasti indivdu yang paling sesuai berhadapan dengan pelanggan.
f. Kenal pasti kaedah terbaik untuk menghasilkan produk atau menyampaikan

perkhidmatan dengan kos yang minimum.
g. Kenal pasti penampilan premis perniagaan dan lokasi untuk menarik

pelanggan.

9

4.0 Penutup
Sebagai anak jati Malaysia, kuih-muih tradisional tempatan sudah

menjadi salah satu makanan kegemaran saya dan keluarga. Saya berharap agar
kuih-muih tradisional di Malaysia dapat dikomersilkan ke seluruh dunia dan dapat
meningkatkan lagi sumber pendapatan di dalam negara. Pada pandangan saya,
kuih-muih traidisional negara kita adalah sangat mudah untuk dihasilkan serta
mempunyai rasa yang sangat enak, maka tidak mustahil jika ia dapat
dikomersilkan ke serata dunia.

Negara kita boleh mempromosikan kuih-muih tradisional dengan mudah
dan secara meluas melalui internet seperti di laman Facebook, YouTube, Google
dan sebagainya.

10

Sumber rujukan:

https://resepichenom.com/resepi/kuih-nona-manis-yang-lembut-sedap/show
https://babab.net/out/resepi-nona-manis-sukatan-cawan-yang-sedap-lembut-dan-
manis-secukup-rasa.html
https://www.youtube.com/watch?v=KezJSo_OjZQ

11

PROJECT BASED LEARNING(PBL)
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 1 2020

TUGASAN : Hasilkan sebuah ‘BUKU SKRAP’ berkaitan dengan cara-cara penyediaan

Kuih Tradisional.

Topik Pembelajaran : Kata Kerja (cara penyediaan kuih tradisional)

Tajuk : Susur Budaya Kuih Tradisional Melayu

Projek : Buku Skrap

Sasaran : Murid Tingkatan 1

Tempoh : 1 Minggu

Memulakan Projek :

1. Guru membimbing murid mencari maklumat tentang kuih tradisional iaitu
bahan yang digunakan, cara pembuatan dan harga di pasaran.

2. Maklumat dikumpul melalui internet, buku, majalah dan sumber manusia.

Membangunkan Projek :

1. Murid mengenal pasti kata kerja yang tepat penggunaannya dalam
penyediaan kepelbagaian jenis kuih tradisional di Malaysia. Murid perlu
memastikan kuih-kuih yang dipilih ini menggunakan cara penyediaan yang
berbeza-beza .(cth: menggoreng, merebus, mengukus dan sebagainya)

2. Murid cuba menyediakan satu jenis kuih tradisional mudah di rumah
dengan berpandukan resipi yang disediakan. (kuih siput/kuih
penjaram/apam balik dan sebagainya)

Menamatkan Projek :

1. Guru membimbing murid menguruskan maklumat yang diperoleh
mengikut kreativiti masing-masing.

2. Murid-murid perlu menulis kata kerja berserta dengan gambar kuih-kuih
tradisional yang dipilih.

3. Murid dihasilkan karya kreatif bersumberkan maklumat dan bahan
daripada kuih tradisional seperti resepi baharu, lukisan kraf tangan, dan
sebagainya.

Dokumentasi Projek :

1. Mengumpul maklumat dan bukti bergambar, berjadual dan sebagainya.
2. Disusun mengikut sub tema membentuk folio dan buku skrap.

12

Contoh :
Tajuk: Susur Budaya Kuih Tradisional
Fokus Kerja: Cara-cara penyediaan kuih tradisional
Projek: Buku Skrap (Anda boleh sediakan projek ini sama ada anda tulis tangan atau menggunakan
computer)
Penghargaan:
Natakan penghargaan anda kepada semua orang yang telah membantu anda untuk menyiapkan
projek ini
1.0 Pengenalan Tentang Kuih-Kuih Tradisional

-Murid-murid boleh cari artikal dalam internet, majalah atau bahan bacaan yang seuai
- Boleh masukkan contoh gambar-gambar kuih tradisional
2.0 Cara-cara penyediaan kuih Tradisional.
- pilih salah satu kuih tradisional yang anda suka
- ambil gambar daripada internet atau majalah
- Sediakan resepi untuk menyediakan kuih tradisional tersebut
- Nyatakan kelebihan kuih tradisional yang anda pilih
3.0 Langkah-langkah untuk mempromosikan kuih-kuih tradisional
- Berikan cadangan anda tentang bagaimana mempromosikan kuih tradisional di negara ini

supaya kuih-kuih tradisional kita boleh menjadi produk ekonomi yang menguntungkan.
(sila rujuk dalam internet,majalah,buku dan sebagainya untuk mendapatkan idea)
4.0 Penutup
Nyatakan harapan, cadangan atau pandangan anda tentang kuih-kuih tradisional dalam negara kita.

Catatan: Tuliskan bahan rujukan anda pada bahagian halaman akhir buku skrap anda

13


Click to View FlipBook Version